Assalamualaikum
Hari ni hari aku submit assignment yang terakhir untuk sem ni, dan merupakan terakhir sebagai pelajar full time selepas aku decide untuk tukar mod program dan beralih arah kepada flp.. Tiada niat nak berpaling tadah pada subjek Knowledge Management yang menjadi rebutan pada awalnya. Tapi disebabkan keadaan, terpaksa la berpaling tadah. semoga keputusan aku ni keputusan yang aku tak menyesal..
Keputusan.. Kalau cakap orang putih is decision, aiceh.. Keputusan memerlukan kita berfikir dengan teliti untuk memilih yang terbaik.. Macam tu juga la situasi aku dalam memilih untuk stay atau let go.. I mean stay in KM or let go course KM ni and pada akhirnya aku memilih untuk let go. it is not an easy decision tapi aku buat keputusan muktamad dalam masa sehari... Actually aku pun blur lagi, tak tahu mana yang patut aku buat..
There are lot of things happened.. Pernah jatuh, pernah rasa give up, and now rasa lost and tak ada arah tuju.. Dugaan silih berganti. Diri yang dulunya tak mudah mengalah, tak mudah untuk give up now dah jadi manusia yang tersangat lemah dan lembik, cengeng...
Mungkin dari situ aku belajar, ada masanya kita harus mengalah sebab tak semua benda boleh jadi macam yang kita impikan. sekuat mana kita berusaha kalau hakikatnya bukan milik kita memang takkan pernah jadi milik kita..
Now, paper dah habis, assignment pun dah habis.. Tiba masa untuk aku fikir macam mana untuk bangkit, macam mana untuk dapatkan balik senyum yang dulu, macam mana untuk jadi kuat seperti dulu yang menangis dibelakang pintu, tapi pada sisi depan pintu ketawa ceria..It's okay, pelan-pelan kayuh.. Bangun perlahan-lahan, bila tersungkur tak boleh bangun terlalu laju.. It's okay, biar lambat asal selamat..
Life is so hard but it depends on how we face and control it as well as how make a good decision.. It can be hard and easy at the same time.. Sometimes it feels so unfair. Sometimes I was like, why it happened?Mana silapnya?Kenapa boleh terjadi?And bla bla bla..
Kembali pada yang satu.. Dia ada jawapannya, dan kita pun harus mencari jawapan pada persoalan tu. Jawapannya mungkin hikmah atau hidayah yang Dia nak bagi untuk manusia yang selalu leka bila diberi bahagia..
Yang paling penting, there are many people out there that have gone through lebih teruk daripada kita.. Kalau apa yang kita lalui ni tak setanding dengan ujian orang lain yang mungkin lagi susah life dia.. Dekat sini kita patut belajar erti syukur, tak semua orang graf hidup dia menaik je. ada masa jatuh juga berdebuk debuk..
Di saat kita diuji, masa ni la kita diperlukan untuk membuat sebuah keputusan yang terbaik untuk diri kita, untuk hari mendatang. It's all about decision.. Pilih kanan atau kiri, jalan sempit atau jalan luas, jalan berliku, atau jalan straight, bahagia sementara atau bahagia selamanya.. It's your choice.
Oh by the way, I feel so sad and down at the same time sebab dah nak kena keluar dari bilik tercinta 2E12, Dah tua pun duduk kolej lagi.. Patut umur macam ni duduk rumah sendiri.. Haha. Haih, kenapa rasa berat hati sangat ni, mybe sebab dapat housemate dan adik adik yang sangat baik.. Sedih tengok sorang demi sorang pulang untuk menyambut raya.. Well, ni housemate yang the best sepanjang aku dekat puncak (pernah duduk kolej dua kali je pun, first sem time degree and first sem time master).. Perpisahan tu memang pasti untuk setiap pertemuan, ada jodoh kita jumpa lagi :) waaaa sedihnya last sebagai penduduk kolej..
Wednesday, June 29, 2016
Friday, April 1, 2016
1st April 2016
Assalamualaikum..
It’s too late kalau nak cakap sekarang ni pembukaan tahun..
Dah masuk bulan 4 lagi pun. But right from the start, so many things
happen. Aku diuji dan diuji. Lepas satu, satu yang muncul. Belum sempat reda,
diuji lagi dan lagi. Kadang-kadang sampai terfikir ‘kuatnya hati aku terima
semua ni’. Tapi kita pun tahu, Allah takkan uji kita melebihi kemampuan kita
Well yeah, ada masa kita di atas, ada masa kita dibawah, ada
masa senang ada masa susah. Memandangkan tahun 2014 tahun yang penuh dengan
sweet memori then tiba masa la pula untuk aku berada di bawah. Bermula pada
hari raya 2015, semuanya berubah.. hidup aku jadi turun naik turun naik… Dah
macam ship yang aku naik masa kat sunway.. benda alah apa entah nama dia..
Haahah. Sekejap normal, sekejap terbalik…
Tapi aku manusia biasa juga.. Aku bukan ada super power yang
bila kau tercedera then kau boleh pulih sekali tiup je.. fuhh..
My master life sangat tough.. kadang-kadang aku tak tahu
macam mana nak handle. Sometimes aku fikir nak back off.. sometimes I feel that
it is not for me.. but I sometimes I do feel that it is for me sama ada suka
atau tak. Nak pilih sama ada bertahan atau undur diri, it’s not an easy thing
to decide. That’s why la aku belajar decision theory dulu, tapi sepatah haram
aku tak faham… Hhahaha
Mybe it is not a good start but who knows, ending dia diluar
expectation kan. Thank you so much to someone who always be there for me,
comforting me. Nak kena layan angin pasang surut… sampai kadang-kadang dia pun
tumbang.. Even 2016 not a good start for us, but I believe that, mybe there is
something yang menanti.. ceewaaahhh
Mybe aku patut lupakan sekejap hal kahwin.. hermm mybe. Hidup
membujang pun tak tentu arah, macam mana nak harungi ombak badai pantai
berduri.. eh pantai berduri?? So macam mana nak go through semua tu dengan
encik husband kan.. tambah pula orang dok kecoh hal hantarn 15k.. Alahaii
Kita yang tak tahu cerita baik tutup mulut.. menyampah la
terlampau banyak pengkritik. It’s okay kalau nak bagi pendapat, tapi tak payah
la nak cakap mak jual anak.. anak jual mak. Eh macam mana tu. Lepas tu muka tak
layak dapat 15k la apa la, cakap ikut sedap anak tekak. kalau muka cun macam tu
dicakapnya tak layak, hermmm.. muka aku pula macam mana *tengok cermin*.
O myyyyyyyyyy... *pengsan* |
But yes, hantaran tak perlu tinggi-tinggi supaya tak
membebankan pihak lelaki. At the same time kena la ada perbincangan dan
persetujuan. Kalau lelaki rasa tak mampu mungkin boleh ajak berbincang bukan
main setuju je macam cerita p ramli.. “ Hantaran seribu serba satu” “ saya
setuju mak eton!” dan yang paling penting, ada ustad cakap kalau pihak lelaki
setuju dengan hantaran haruslah dipastikan dia ikhlas untuk bagi nilai
tersebut. Jangan tahu setuju tapi tak ikhlas
bimbang tak berkat rumah tangga nanti. Wallahualam..
Nanti timbul isu macam citer p
ramlee tu.. “mak bapak kau yang bersalah dalam hal ni” pung pang pung pung pang... The End.. Hahaha
Friday, January 15, 2016
Ego
Ego ni suatu perasaan yang susah nak diperjelaskan secara
detail. Yang pasti ego ni wujud sebab ada rasa diri dia betul, then sebab ada
rasa tak nak kalah, dan lagi sebab rasa malu nak show your true feeling.
Contohnya bila kita suka seseorang tapi kita tak nak admit, tu pun salah satu
ego tapi depends juga la.. sebab ada orang tak nak admit feeling dia mungkin
juga sebab dia tak ready or any other reason kan.. Cumanya ego ni ada baiknya
juga laa
Tapi yang aku nak cakap sekarang ego dalam perhubungan..
Haaaa akak nak jadi dokter love kejap.. selalunya ego ni naik meninggi bila kau
dengar perkataan maaf, bila dipujuk. Ha masa tu lagi mengada-ngada kau punya
merajuk.
Dalam satu situasi bila si A minta maaf kat kau, tapi kau
punya rasa sakit hati tu sampai kau tetap juga nak teruskan marah kau. Itu kes
bila si A minta maaf.. Contoh tiba-tiba si B pula mengaku salah and minta maaf
kat A, haaa masa tu tiba-tiba si A pun
rasa nak kebalkan la pertahanan dia.. itu lumrah laa, bila sorang minta maaf
yang sorang akan degil. And bila yang degil minta maaf yang sorang tu pula
degil so conclusion dia dua-dua degil and lagakan je kepala dua-dua
Itu satu kes.. another kes bila A dan B tengah bergaduh then
dua-dua rasa betul. Dua –dua tak nak mengalah.. dua-dua senyap and dua-dua tak
nak start berbaik dulu then akhirnya bila dua-dua merindu dua-dua tetap juga
pertahankan ego masing dan sanggup ketepikan rindu.. Yang ni dinamakan ego yang
merugikan.. Haha.. Aku jarang berada dekat
situasi ni :p A+B + AB kuasa 2
Situasi lagi satu bila A and B tengah bergaduh, dan si A
akan mengalah dan pujuk.. Si B tetap juga ego dengan bagi serangan bertali
arus.. pung pang pung pang, si A pun apa lagi, terasa dicabar keegoaannya maka
sama-sama berkeras. Ni sama macam A kuasa 2 tolak B kuasa 2 sama dengan AB
kuasa 4.
Tapi pada aku, ego ni ada je positive nya. Disebabkan ego juga la aku terselamat dari buaya-buaya tembaga. Ego ni kadang-kadang tunjukkan orang tu tegas dengan pendirian dia. But ego ni biar la kena pada tempatnya. Sebab bila tak kena pada tempat, diri sendiri merana bai.. Yang ni pun gua pernah rasa der..I have so many experienced yang mana aku ego dengan someone
yang aku suka, ego nak mengaku perasaan sendiri and akhirnya, I lose them..
Hahah. So perlahan-lahan wa try untuk tak mengulangi kesilapan yang sama. Wa tak
nak ego become only requirement to destroy my relationship. I’ll try my best.. Hohoho
Actually, setiap orang ada ego sendiri. Bezanya banyak ke
sikit dan the way you control your ego. As for me, wa mengaku wa memang ego and
Alhamdulillah wa dapat partner yang gigih memecahkan dinding ego wa.
But don’t worry, dalam setiap perhubungan mesti ada ion –
dan ion +. Bila sorang jadi positive another one akan negative. Macam tu la
sebaliknya. Sebab kalau dua-dua sama negative or positive kita tak nampak
tarikan magnet kat situ. Hahah.. Nampak macam merapu kan, tapi Nampak ada logic
kan..?well well well.. Dah la aku nak sambung kerja.. Papai..
Tuesday, January 12, 2016
Angin
Assalamualaikum
Hai hoi, long time no see huh?huhuhu… Actually aku tak idea
nak karang ayat pun. Tapi disebabkan kemalasan melanda, dan tengah belum sampai
mood tender, so aku rasa nak membebel seorang diri dihadapan laptop pinjam ni
ha…
Since aku tak dapat nak bebel secara nyata, so aku bebel la
secara maya. Tak kisah la maya Karin ke maya ape ke yang penting maya. So
alkisahnya di pagi yang hening, burung berkicauan, cengkerik bersembunyi.. Okay
stop, yang tu sekadar illusi aku. Mana pula datangnya burung berkicau dengan
cengkeriknya dekat office ni. Kalau yang berkicau pun burung kakak tua version
manusia. Pagi-pagi dah bising. Hahaha
Inilah masalahnya perempuan.. suka sangat ikut emosi.
Sebab aku perempuan so aku admit la benda tu. Cuma masalahnya, bila beremosi,
habis semua orang lain nak dihentamnya. Bak kata bro kat office ni “ susah la
kerja dengan perempuan, perempuan ada angin”.. well said. Actually ada cara
yang lebih elok nak menegur orang ni. Jangan sebab kau bad mood, kau main lepas
je kat orang. Orang yang kau lepas tu ada hati juga. Haa… dia bukan tunggul
yang kau boleh sesedap anak tekak kau nak lepaskan angin kus kus kau.
Aku tak ada la nak mengata orang. Sebab aku pun sama.
Hahaha… cumanya angin aku ni jarang kena kat kawan office ke or kat kawan-kawan aku
ke. Tapi selalunya angin aku dia pergi dekat someone special sikit. Hahaha.. So
yang jadi mangsa selalunya adik aku, dan my senior. Tempat luahan perasaan…
Hahaha. So hati-hati la ye dengan angin yang tak di undang ni
Yang penting sebelum melepaskan angin tak kira la angin
yang mana pun, make sure tengok kiri kanan dulu, tengok pada situasi dulu. Belajar
control angin. Jangan sebab angin kita, orang pun jadi tak suka bekerja dengan
kita.. Kan? By the way, bukan perempuan je ada angin tau.. Please la jangan nak
salah kan perempuan je, lelaki pun sama je. Tapi tak nak mengaku. Hahaha.. Tapi
kalau lelaki, angin dia bukan angin kus kus dah tapi angin puting beliung.
Lagi la kena hati-hati. Kat office ni
pun aku risau je terkena angin puting beliung.. Hahha
Chow dulu sebelum semua angin yang ada menterbalikkan office
ni.. Hahaha
Subscribe to:
Posts (Atom)