Monday, May 13, 2013

Tak Nak Hidup

Waaaaaaaa*sambil nganga mulut*

Tak nak hidup dah?Habis tu nak mati?Kenapa?Kenapa?
Sabar dulu...relax...tarik nafas..Tajuk kat atas bukan la berkenaan diri aku..Tapi berkenaan someone yang aku kenal yang mana aku rasa boleh dijadikan pengajaran untuk renungan bersama

Al kisahnya begini

Seorang lelaki yang menunggu seorang perempuan kerana terlalu menyayangi seorang perempuan ini..Bagaimanapun hati seorang perempuan ini sudah tertutup untuk bercinta..Barangkali dia menggunakan mangga yang diperbuat dari batu belah batu bertangkup. Dia menerima sang lelaki tanpa ada sekelumit perasaan namun si lelaki tidak berputus asa dan sanggup menanggung risiko...(menurut kajian aku, sang lelaki cakap dia sanggup terima risiko)

Mereka pun bersama suka dan duka..Tapi suatu hari si gadis bertemu dengan lelaki yang berjaya membuka hatinya yang tertutup itu..Mungkin lelaki kedua ini mempunyai kuasa mencairkan bahan jenis batu..Lalu mereka saling memendam perasaan dan bila saat tak mampu memendam, rasa hati terungkai jua..Namun si gadis ingin menjaga hati lelaki pertama, manakala lelaki kedua terpaksa menjaga hati tunangnya..Kedua-duanya tersepit dan terperangkap serta terseksa dengan perasaan sendiri...(amboiihh ayat akuuu)

Suatu hari, rahsia terbuka, lelaki 1 mendapat tahu tentang hubungan si gadis dan lelaki 2..Dan lelaki 1 memberi pressure yang berterusan kepada gadis yang tengah dalam tekanan maka gadis itu yakin untuk membuat keputusan dengan meninggalkan lelaki 1...Dan lelaki 1 meroyan tak tentu pasal lalu mengambil keputusan untuk membunuh diri...

Kalau cerita ni difilemkan, mungkin ada yang kata
"Kesian lelaki pertama..punya la setia..punya la mendalam perasaaan dia sampai nak bunuh diri kot..apa la gadis ni.."
"Dah ada tunang tapi nak menggatal lagi...yang gadis dah ada boyfriend pun nak menggatal dengan tunang orang"
"Kesian lelaki 1..Kesian tunang kepada lelaki 2...lelaki 2 dan gadis memang kejam!"

Tapi sabar para penonton..Kalau tengok pada luaran memang kita nampak pesalahnya gadis dan lelaki 2..Tapi pernah tak kita bayangkan  kalau kita ditempat dua insan tersepit ni?Macam mana pula dengan hati si gadis?Hati yang pernah diluka teruk, dan dia akhirnya berjumpa pembaikinya...Dia boleh kesiankan lelaki 1, tapi macam mana hati dia?Siapa pula nak kesian kan dia?

Yang pasti dua insan tersepit ni tak pernah minta untuk saling jatuh cinta..Mereka dah cuba mengelak, tapi hati...Siapa dapat mengubah hati kita?Tak ada siapa antara kita yang boleh mengawal hati kita..Hati kita milik Dia yang diatas..Hanya Dia yang lebih tahu segalanya..Kalau manusia boleh mengawal hati, pastinya tidak wujud perkataan patah hati..Kamus dewan pun takkan masukkan perkataan dalam kamus, membazir kertas katanya..That's why orang cakap, manusia cuma boleh tengok pada luaran..beban yang ditanggung tuan punya badan yang galas..

Kalau lah hati tu boleh main pause kejap, stop kan ke kan...Aku la orang yang akan stop kan terus perasaan aku pada semua lelaki yang pernah aku kenal sebelum ni*ehh,asal terlebih feeling pulak ni -,-*

Yang pasti, selepas kejadian itu, si gadis mula nampak sisi baru lelaki 1..Terlalu lemah menghadapi masalah..Cuba kalian...jappp...penat la nak main formal ni..ok cuba bayangkan seorang lelaki hanya kerana nak ditinggalkan girlfriend sampai nak bunuh diri..Otak sempit ouhh..Dalam dunia ni kau ada awek kau je ke?Family kau tak penting?Memang kau lahir, kau nampak awek kau terus ke?Kau lahir kau nampak parents kau dulu kan?Tapi kenapa kau pentingkan seorang perempuan yang belum halal untuk kau dari keluarga kau?Yeah, kau boleh cakap aku tak pernah rasa apa yang kau rasa..Kau silap..S.I.L.A.P..Aku pernah rasa lebih teruk dari kau..Dan aku perempuan*tak cukup bukti ke aku ni perempuan ha?*..Patutnya kau kena lagi kuat dari aku...

Sebagai lelaki, seorang khalifah,seorang bakal imam kepada keluarganya, lelaki sepatutnya lebih kuat sebab dia akan membimbing isteri dan anak-anaknya nanti..Kalau ada ribut badai melanda, dia orang patut lebih kuat dulu berbanding makmumnye..Sebagai seorang perempuan, menurut pandangan aku la kan, aku mencari lelaki yang sanggup mati demi agama bukan sanggup mati demi aku..Aku yakin perempuan lain pun macam tu juga..:)

Jangan sempitkan pemikiran, dunia ni terlalu luas..Allah sentiasa dengan kita,cuma kita yang selalu lari dari Dia..Apa pun dugaaan yang datang, perlu ingat...Bunuh diri bukan penyelesaian, mungkin kita tak banyak ilmu agama tapi at least, biarlah kita mati dalam Islam...:)


No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers