Haih..tadi aku buka facebook, aku nampak dua benda yang mengejutkan...First, erm tak boleh nak cerita kat sini...Cuma aku doakan dia bahagia je la...Second, tiba-tiba dekat most recent tu ada seorang perempuan ditag pada satu gambar...Gambar tu dua orang yang berpasangan...Adoii, sekali ex gua la...Hahaha...Senang cerita aku doakan kau dan si kau bahagia la wei....Let by gone be by gone...Tu semua kisah fantasi belaka...haha
Tapi bukan benda tu yang utamanya untuk aku cerita..Aku nak cerita pengajaran yang aku dapat hari ni...Pernah tak dengar dari mulut perempuan “lelaki senang je, nak keluar tak payah nak tutup bagai..Pakai je seluar tutup lutut pun tak ada masalah..Nak solat pun tak payah nak tutup bagai...Kalau kes lahir anak luar nikah pula, lelaki selalu terlepas...” and so on...Selalu kan kita dengar kalau jadi lelaki tu senang, tak payah nak mengandung, period, and so on..
Tapi sebenarnya tak mudah juga jadi lelaki ni....Tahu apa itu DAYUS?..Yang aku tahu ,setelah mendengar satu tazkirah di radio yang mengatakan lelaki yang membiarkan anak perempuan, isteri, adik perempuannya melakukan kesalahan, tak menutup aurat, melakukan dosa...Lelaki tersebut tergolong dalam lelaki dayus...
aku pun pernah buat entry pasal ni DAYUS part 1
Nabi SAW bersabda :
Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )
Hadith lain
Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )
Dayus itu hukumnya BERDOSA BESAR…jeng jeng jeng…Buat lelaki, dan bakal suami aku in the future (belum jumpa lagi orangnya)…Ingatlah…Nampak simple tapi….Fikir-fikir kan lah…
Actually yang buat aku terasa nak tulis pasal ni ialah lepas aku baca nasihat seorang ayah kepada anaknya…Sangat menyentuh hati….Seorang ayah yang minta anaknya berubah kerana merasakan dirinya semakin hampir dengan neraka…antara isi kandungannya ialah sebuah tazkirah dari seorang ustad di surau
Tazkirah dari surau : barang siapa isteri atau anaknya tak memakai tudung keluar daripada rumah, setiap langkahnya dikira semakin hampir ibu bapanya menghampiri ke neraka…
Astaghfirullah……Sedih bacanya…Ibu bapa kita dah besarkan kan kita bersusah payah, sanggup ke kita nak menghantar mereka ke neraka? Sanggup ke?
so itulah pengajaran hari ni yang aku nak kongsikan...Moga bermanfaat InsyaAllah..
Keterangan yang lebih jelas dekat dua link ni
Wallahualam..
Terasa insaf sebentar membaca entry nie.. bagus entri mcm nie... ^_^
ReplyDeleteberat tugas seorg lelaki :)
ReplyDeletenice entry!
ReplyDeletelaki dayus ,,g ramai..adag pilih nak jadi dayus...
ReplyDeleteselamat hari raya maaf zahir batin
good job for islam..
ReplyDelete# LikeCopyPaste
thanks...
ReplyDelete