Sunday, January 9, 2011

Shahir AF8

Malam ni agak menyedihkan sebab aku tak dapat tengok AJL..Pdahal niat hati ni nak tengok Shahir...Dah la dah lama tak nampak Shahir..(wahh..Macam Shahir tu jiran sebelah umah pulakkk..)Tapi nak buat macam mana,nak tengok tv jauh sangat,UiTM kena upgrade letak TV dekat setiap blok pula lepas ni...Lepas tu UiTM akan sentiasa dihatiku...hahahaha...Sebelum ni aku pelik juga mana perginya Shahir.Rupanya Shahir sakit,dah la tu timbul kontroversi yang dia tak berdisiplin..Daripada apa yang aku tahu,Shahir ni masuk AF 8 sebab dia nak buka gelanggang futsal,dari budak2 melepak baik dia buka tempat futsal..Ada juga aktiviti berfaedah..Tapi sayangnya,Shahir kena tipu,duit dia lesap tak silap..Kesian dia kan?Tapi ada hikmah disebaliknya bila dia jadi juara AF8...Tuhan tu Maha Adil.Tapi kejayaan dia tu pun sebenarnya menguji dia sama ada dia lupa diri ke tak..Of course la Shahir tak macam tu kan..kan..kan..hahaha...Kira dia masuk AF tu niat dia baik,then Allah tolng dia..Bukan dia nak kejar populariti semata-mata..(Mesti makin sihat Shahir kalau baca aku punya pujian ni...hahahah)

Shahir kalau berzanji sedap sangat..Macam Mawi jugak,Mawi kalau azan memang meremang la...Peribadi mcam diorang ni dah tak banyak kat lelaki2 sekarang...Ada tu memang la ada kan,tapi susah la sikit nak jumpa..

Baru-baru ni aku tengok trek selebriti Asyraf Muslim..Suka sangat tengok...Bukan sebab apa,sebabnya aku tengok dia ni macam ala-ala Shahir juga la lepas dia balik umrah..Antara hobi dia nak tahu?Membaca Al-Quran...=)...Dia pun tengah belajar kaedah rawatan cara Islam dengan menggunakan Al-Quran...Cara dia bercakap pun nampak kematangan,kebijakan dia dalam menyusun kata...Wahh,aku terasa macam tengah tulis majalah pula sekarang ni...Tapi betul la,suka tengok cara dia bercakap..Memang dah nampak dia ni macam mana,muka dia je dah ceritakan serba sedikit....Tengok la muka dia,tenang..nampak bersih je...Tengok Shahir pula...Cool kan..Aku rasa la kan,kalau aku dapat suami macam dia,confirm takkan marah..Mana tak nya asal nak marah tengok plak muka suami suci yang amat,memang cair la kan...hahaha...

Tapi moral kat sini yang aku boleh cakap membaca Al-Quran buat hati kita bersih dan bercahaya..Cahaya pun akan terpancar kat wajah kita..Macam tu juga air sembahyang tu penyeri wajah..

Tengok episod Asyraf tu pun kebetulan sebab aku tak pernah la plak ikut perkembangan dia..Lepas balik umrah tu yang dia makin berubah sedikit demi sedikit..Heerm,buat aku terasa nak sangat pergi rumah Allah..Teringin rasanya bawa keluarga lepas tu tunaikan haji bersama-sama...(Tingginya angan-angan aku..)
Tapi berangan tu perlu,kalau tak nanti tak ada la cita-cita..kan..kan..hahaha...InsyaAllah ada rezeki mana tahu hajat aku ni tercapai...Lepas pergi Haji nak pergi Korea lak..Boleh tak?hahaha..Teringin nak pergi tengok keindahan ciptaanNya kat sana...InsyaAllah...


Handsome kan?Tapi yang penting dalam mesti mau cantik maa...

Mesti makcik2 banyak nak buat menantu..Mak saya tak
nak try kerr??hahaha...
Suka sangat tengok mata dia..redup..=)
Tengok muka dia..Cool kan?Memang tak jadi marah la kalau dah
tengok muka dia yg setenang ini..hahaha


Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers