Wednesday, October 19, 2011

Fida Dan Mamat : Salah siapa?

Assalamualaikum w.b.t..
Wah lama dah aku tinggalkan blog aku ni...And siap ada rasa nak tinggalkan terus jer dunia blogging aku ni...Tapi bila fikir balik, sayang la pula...Hahaha..Lagipun ni dah jadi satu hobi aku...
  Anyway aku nak teruskan dengan tajuk aku...Rasanya dah kecoh kot  kat internet, kat tv, majalah gossip pasal Mamat dengan Fida..Nampak gaya macam hubungan diorang ni dah pun berakhir...Sayangnya...Sebab aku suka tengok kalau diorang berdua..Lagipun diorang baru jer bagitahu hubungan diorang tup..tup...herm..Berakhir suda kisah diorang...
Dalam kenyataan Fida, dia macam salahkan Mamat jer...Tapi fikir balik takkan la Mamat sajer nak aib kan dia, apa untung yang dia dapat..Aku rasa dia betul-betul tak sengaja...Dan lagi dalam hal ni Fida pun salah..Kenapa dia biarkan Mamat ambil gambar dia tak bertudung?Dan lagi lately ni dia dah tukar fesyen tudung tutup kepala jer, leher terbuka..Leher tu kan aurat..Terlalu ikut fesyen sangat pun tak boleh...Ala-ala dato CT..Tapi Dato CT memang dah cakap awal-awal yang dia pakai tu bukan style tudung ..
Tapi Fida dah mengaku salah dia...So tak boleh la nak terus menghukum dia dengan mencemuh dan memaki dia..Kesian juga tengok dia menangis masa kena interview kat melodi...Yer la, kita ni kan manusia biasa, tak lari dari kesilapan..Lagi pun kita Cuma manusia, tak layak nak menghukum..Jangan la sampai nak lempar tohmahan kat dia..
Fida dan Mamat sama-sama buat salah, Mamat pun tak ego, dia mengaku dia salah...Why not kalau diaorang berbaik dan saling memaafkan kan....Kan indah bila memaafkan, hati pun tenang..Semoga semuanya jadi pengajaran buat diorang dan buat kita..
Dan umum tahu kumpulan Sepah dah berpecah...Aku rasa diorang patut fikir balik...Cuba la bagi Mamat peluang lagi sekali mana tahu dengan kontroversi yang dia dah lalui dia akan berubah ker...Bukan nak bela Mamat, tapi aku yakin peminat Sepah yang lain mesti tak suka kan tengok Sepah berpecah...
p/s : Susah betul jadi artis, orang asyik nak paparkan keburukan..Asyik yang kontroversi jer jadi tajuk utama..Yang baik tak nak pula dikorek...Cuba la korek artis nasyid dah berjaya bawa muzik sampai ke luar negara tu...Baik juga untuk penonton kan..Lumrah manusia macam tu la wehh...