Saturday, July 23, 2011

Malaysia kalah 3-5 menentang Singapore

 Malaysia menentang singapura

Aku rasa mesti ramai yang rasa tak puas hati juga kan permainan malam ni…Aku rasa pertahanan malam ni main teruk sangat…K Rajagopal pun cakap benda yang sama dengan aku(kiranya, aku dah boleh jadi coach la ni..hahaha)

Masa lawan Chelsea baru-baru ni pertahanan mantap, keeper pun hebat Cuma tak banyak penyerang berbisa…But team yang lawan Singapore ni, penyerang harapan Safee Sali dah ada tapi pertahanan pula buat hal…Adoii…K Rajagopal kena buat something untuk next match…Panggil la pemain berpengalaman macam Nor Hafiz Zamani Misbah…Dia hebat woo..

Yang paling aku tak boleh terima gol pertama dengan gol kedua…Keeper macam tercengang dan macam tak ada usaha langsung nak tepis bola..Nak kata kena laser, tak Nampak la pula…haihh…Lain kali nak tackle jangan la buat depan gol sayang oii..
Gol seterusnya sayang aku si Muslim ni macam tak daya je aku tengok, dia banyak terlepas bola yang menyebabkan Singapore dapat sumbat gol….Ish..Ish..Ish…Hahaha sorry la Muslim...
Tapi aku terpukau dengan gol Safee..Punya banyak pertahanan tapi dia dapat tak sia-sia kan bola..Kalau ikutkan bola tu memang dah hujung, kira masuk ngam-ngam..Hebat la dia ni..Selalunya dia memang tak siakan bola yang dia dapat…Memang tak rugi la kelab Indon beli…

Dah la, tunggu next match…Tapi aku macam tak boleh tengok je..Aku dah ada kena balik ke kampus…Alooooo…(buat muncung mulut)…Nak tengok online ibarat bermimpi di tengah hari, broadband dah la terputus-putus linenyer….Ada sapa-sapa nak bagi aku tV sebiji tak…Hahahah..
K.Rajagopal, ambil saya je la main...Hahahah..Jersi dah ada ni