Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Thursday, November 24, 2011

Memalukan negara

Aku harap page yang mengutuk Fakri Sarani ditutup..iaitu page fakri sarani rubbish...suka-suka hati dia je...Memalukan negara betul...Dah boleh dah kalau dia tukar kerakyatan...Malaysia dah menang pun nak kutuk-kutuk...Padahal yang kutuk tu pun kaki bangku..Mealukan negara betul...ecehhhh, marah la pula ek aku ni...of course la!hahahah.....
Normal la tu, ada masa diorang main ada mistake yang diorang buat...Bukan si Fakri tu jer, pemain lain pun ada buat salah kat padang...Cetek betul pemikiran...Senang kau jer la main bola wahai pengutuk...orang macam ni la yang buat sukan bola sepak tak dapat maju ke depan..Seriously penyokong Indonesia lagi bagus dari kau..sebabnya penyokong diorang tak kutuk pemain sendiri, diorang akan cari salah pemain lawan juga sebab diorang support tinggi pemain diorang even kalah pun..
So apa kata kita klik report jer page tu...cun kan?hahaha...Jom la buat..Actually Fakri punya goal yang melayakkan team Malaysia ke final tau..Tapi it’s okay la, dia dah kata dia tak kisah apa pun orang kutuk dia..yang penting dia dah sedaya upaya...Aku harap dia terus bersemangat...
Haihh..boleh tak nak minta mimpi main bola dengan Asra?Aku jadi keeper lepas tu dia tanduk bola macam masa lawan Indon tu...heheh...macam boleh jadi pelapis Amri Yahyah...Tandukan ajaib gitu....
perlawanan menentang syria tadi nampaknya Malaysia kalah..it's okay la, penat lagi kan...tapi second goal tu masalah sikit la..Muslim agak cuai sikit...Bukan nak salahkan dia just an opinion sahaja..;)..keletihan la tu agaknya..kesian diorang tapi takpe, rm 30000 menanti...haha
yang bestnya kan masa first goal,hampir semua pemain dia sujud syukur...Macam tu kan bagus..;)

Tuesday, November 22, 2011

Malaysia juara pingat emas sukan SEA

Alhamdulillah....syukur pada Allah, berkat doa rakyat Malaysia, negara kita berjaya mempertahankan emas sukan sea...yeayy, Malaysia juara bola sepak sukan Sea....
Actually aku rasa macam nak menjerit bila tengok tandukan asraruddin putra...memang tak expect boleh masuk and hantaran dari siapa aku tak sure tak hantaran yang baik sangat...teringat shahrul idlan talaha yang pandai kelirukan pihak lawan....Dan Khairul Fahmi Che Mat memang tak dapat dinafikan lagi kemampuan dia sebagai keeper Malaysia...Hermm, makin tinggi la saham dia ek, pula tu tengah single...hahaha
Pemain jersi 24, Muslim pun menjalankan tugas dengan baik bersama kawan-kawan dia walaupun ada mistakes juga, normal la...Takkan nak perfect jer semua kan...Dan Badrul menamatkan permainan dengan kegembiraan yang tak tahu lah nak cerita macam mana...Rasa nak tidur ni sambil dengar lagu negaraku..
Yang sedihnya pemain kita disekat oleh fans Indonesia...Kenapa nak macam tu...Aku tak tahu kenapa anti sangat dengan negara kita...Kata serumpun...Pasal bola pun nak gaduh ke...Rakyat dia dilayan baik kot kat sini...artis diorang pun..pemain dia datang malaysia tak ada pun nak kena naik kereta kebal...Tu la dikatakan Tuhan Maha Adil...kecekalan pemain, pengorbanan diorang tu tak sia-sia..
Pengorbanan Nazmi pemain jersi 21 yang menangguhkan SPM pun tak sia-sia...Semangat tinggi betul kau dik...ecehh, sejak bila entah dia jadi adik aku..Bukan apa, dia kan muda dari aku..hahahah
Keseluruhannya, bagi aku kedua-dua pasukan sama-sama hebat...Tapi perlawanan malam ni paling mendebarkan..Perasan tak kedua-dua pasukan macam bagi debaran antara satu sama lain...macam sama-sama buat mistake yang sama...Mula-mula Indonesia gol, lepas tu Asra menyamakan kedudukan...corner kick pun Malaysia dengan Indonesia lebih kurang banyaknya..Then, Indonesia masuk gol tapi offside...Tak lama lepas tu Malaysia sumbat gol tapi offside juga...Cuma harapnyer lepas ni tak timbul la kan Malaysia jampi-jampi...Sebab player Malaysia sememangnya hebat...;)
Entah kenapa aku rasa pengadil tak berapa nak adil la....Ke aku salah pandang...Tak kisah la tapi happy sangat...haha..Tahniah pemain team Malaysia...Malaysia boleh!!!
adoi...nak demam rasanya..memang mas atengok bola tadi dah rasa menggigil...pelik sungguh..

Friday, July 29, 2011

Malaysia tetap unggul

Yeah, seperti yang diketahui umum, Malaysia kalah kepada Singapore...Kelihatannya K Rajagopal agak sedih...Jangan sedih-sedih KR (nama manja dia..haha)...Jadikan pengajaran lebih penting barisan pertahanan tu kena baiki...Keep it up!apa yang boleh aku cakap K.Fahmi dengan Safee Sali memang terbaik...Penat Si Fahmi tangkis bola dan penat Safee memburu gol...Tapi kesilapan pertahanan......, tak apa la...Perbaiki lagi...
Ada yang still bagi kata perangsang, ada yang kutuk dan marah..Hey bro, tak payah cakap banyak lu pergi main sendiri tengok...Lawan mewakili untuk negara kot, bukan senang..Dengan bawa harapan rakyat Malaysia nyer..Yang berani nak kutuk tu, asal tak main?Biar aku jawab...Macam mana nak main ‘TAK TERPILIH’...Tak terpilih satu hal mungkin juga KAKI BANGKU..Jangan la nak harapkan kemenangan macam piala AFF Suzuki..
Tapi seronok la tengok dekat cafe UiTM ni, tak sangka student sini still support macam ni punya gempak...Siapa lagi kan nak sokong team kita kalau bukan kita?Takkan nak harapkan T.Henry, Frank Lampard, fernando Tores sokong Malaysia pula kan....
Aku penyokong setia Malaysia, dari saat Malaysia jatuh, dikutuk dilabel jaguh kampung, aku tetap sokong...Siap berdebat lagi dengan budak laki yang kutuk team Malaysia...Sebab aku warga Malaysia...Yang kutuk-kutuk tu, pergi la tukar kewarganegaraan, malaysia tak perlukan rakyat seperti anda..hahaha...Ambil contoh Indonesia la, team dia menang ke kalah ke tapi penyokong dia macam mana?Tak boleh ke kita macam tu?Of course boleh sebab Malaysia BOLEH....Hahaha 

ambik dari abang google..\
dah, sekarang habis cerita pasal bola, aku fikir nak balik...tepat pukul 12 pada tarikh 29 julai birthday kekasih hati aku iaitu bapak aku...Nak balik sambut sama-sama!hehe

Saturday, July 23, 2011

Malaysia kalah 3-5 menentang Singapore

 Malaysia menentang singapura

Aku rasa mesti ramai yang rasa tak puas hati juga kan permainan malam ni…Aku rasa pertahanan malam ni main teruk sangat…K Rajagopal pun cakap benda yang sama dengan aku(kiranya, aku dah boleh jadi coach la ni..hahaha)

Masa lawan Chelsea baru-baru ni pertahanan mantap, keeper pun hebat Cuma tak banyak penyerang berbisa…But team yang lawan Singapore ni, penyerang harapan Safee Sali dah ada tapi pertahanan pula buat hal…Adoii…K Rajagopal kena buat something untuk next match…Panggil la pemain berpengalaman macam Nor Hafiz Zamani Misbah…Dia hebat woo..

Yang paling aku tak boleh terima gol pertama dengan gol kedua…Keeper macam tercengang dan macam tak ada usaha langsung nak tepis bola..Nak kata kena laser, tak Nampak la pula…haihh…Lain kali nak tackle jangan la buat depan gol sayang oii..
Gol seterusnya sayang aku si Muslim ni macam tak daya je aku tengok, dia banyak terlepas bola yang menyebabkan Singapore dapat sumbat gol….Ish..Ish..Ish…Hahaha sorry la Muslim...
Tapi aku terpukau dengan gol Safee..Punya banyak pertahanan tapi dia dapat tak sia-sia kan bola..Kalau ikutkan bola tu memang dah hujung, kira masuk ngam-ngam..Hebat la dia ni..Selalunya dia memang tak siakan bola yang dia dapat…Memang tak rugi la kelab Indon beli…

Dah la, tunggu next match…Tapi aku macam tak boleh tengok je..Aku dah ada kena balik ke kampus…Alooooo…(buat muncung mulut)…Nak tengok online ibarat bermimpi di tengah hari, broadband dah la terputus-putus linenyer….Ada sapa-sapa nak bagi aku tV sebiji tak…Hahahah..
K.Rajagopal, ambil saya je la main...Hahahah..Jersi dah ada ni

Thursday, December 30, 2010

Anak muda yg berjuang utk ngara...
Tahniah kpd pmain dan juru latih

harimau dh 14 thun lpar,dpat gak dia lapah helang(indonesia) sbg mgsa terakhir



Fuiyoo..pengiktirafan kot,,

piala idaman setiap ngara
Perlawanan penuh mendebarkan..Walaupun dah ada bekalan 3 tapi macam yg aku cakap bola itu bulat..Haih,betul2 mndebarkan..Ibu mengandung dgn org yg ada sakit jntung mmg tak boleh tgk..Aku yg tak sakit jntung ni pun rasa mcam nk gugur jntung ni..Mula2 separuh masa pertama nmpak Malaysia banyak serang,then permainan pun laju sebab masing2 nak buru gol. Separuh masa kedua Malaysia banyak bertahan tapi dlm bertahan tetap bocor..Pelik jugak,kalau lawan kat Malaysia Gonzales pun tak dpat nk pegang bola tapi lwan kat Indon pertahanan nmpak pincang(wah,ayat cm pngulas sukan). Mujur Khairul Fahmi selamatkan gawang. Kalau ikutkan aku rasa Indon boleh ada banyak peluang mungkin boleh ulang kejayaan 5-1 tapi Fahmi betul2 mainkan peranan.. Naik sakit telinga aku dgr mak aku jerit..heheh..Lpas tu separuh masa kdua jiran aku dtang,pehh lagi la syok bila tgok rmai2 kan,jeritan pun bertmbah2 la..Mak aku buat bihun,goreng karipap..Tapi tgk bola,bihun dpn mte pun tak lalu,tak senang dduk selagi tak bunyi wisel penamat.Lepas tu bapak aku cakap tggu la Safee dpat bola tahu la nnti sekali tak dan beberapa minit Safee pun sumbat gol. Tendangan  kaki kiri Safee tadi memang superb..Cantik giler rembatan dia. Bapak aku ckap dia mcam pengganti arwah mokhtar dahari...arwah dulu kalau tak dpat takpe,kalo dh dpat mmg gol la...Safee pun ada ciri2 cam tu,kalau dpt bola kat dia,dia mmg tak sia2 kan pluang tu..Semuanya pemain muda kecuali Amri Yahyah..Teringat plak kat pemain berpengalaman mcam Nor Hafiz Zamani Misbah(pnjang tol namanya),Indra Putra(adik bradik Asraruddin Putra ke??Eh,bknnnnn..),Khalid Jamlus,Syukor Adan,Liew Kit Kong..And banyak la lagi. Dah lama tak ikut perkembangan bola so aku pun tak tahu pemain2 ni main team mana Cuma Amri aku tahu memang stay selangor..Anak jati selangor   la katakan..Time wisel penamat je aku pakat tepuk tgan dgn yg lain..Apa yg aku nmpak lepas habis tu,Muslim sujud syukur..(‘’,)Bagus,sebab kmenangan tu pemberian Dia kat atas,kte kne bersyukur..Tapi dkt facebook,rata2 dok sebut psal Khairul Fahmi. Time tu bru sdar handsome,jtoh ati pon ada..Market dia naik la lepas ni sebab jd hero utk team Malaysia..Kalau dia tak cekap mungkin Indon bantai 6-0 entah..Tapi sakit hati la Amri mesti masuk last,tak dpat nk tgok dia tnjuk skill..Sekarang team bola sepak Malaysia dah buktikan keupayaan masing2..Hopefully penyokong lepas ni cntohi pnyokong Indon,walaupun dah tahu Indon kalah diorang tetap gak stay sampai habis berbeza dgn penyokong Malaysia..Kalah je dikutuk,putus asa nk sokong. Aku banyak kali gak berdebat dgn org yg suka skong team luar ngara dr team ngara sndiri alsan diaorg team Malaysia lemau la,main tak best la apa la..Sekarang tgok sndiri. Jjur,aku tak ikut sgt pkmbangan bola luar ngara,tapi team dlm ngara mmg aku follow terutama team Pahang and Selangor..Dan pling aku follow team kbangsaan la..Selalunye yg ktuk2 keji2 team Malaysia ni org laki..ckp je pndai,klu pndai sgt pergilah main baru tahu rasa. Masa menang dijulang,kalah dilapah dengan cacian. Haih..adat manusia...Apa2 pun aku rasa team Malaysia dah buka mata semua org,terutama coach Indon yg pndang rendah kat Malaysia..Tapi kan,masa perlawanan tadi gol keeper Malaysia kena laser,jelas giler nmpak,tak ada complain pun??Tapi Gol keeper Indon kena laser tapi tak nmpak pun,lebih2 nk mengadu kat refree and jadikan alasan kalau kekalahan disebabkan laser.ALASAN!!!Coach dia sendiri mengaku kalau kekalahan tu sebab anak buah dia sendiri..Huh..Perlawanan yg paling best pernah aku tgok..Safee dgn Khairul Fahmi patut dpat angerah pmain terbaik..Perlawanan yg sgt best,mybe akan sntiasa jd ingatan..(‘’,)

Monday, December 27, 2010

Semangat Pemain Malaysia...

Malam tdi menyaksikan Harimau Malaya menumpaskan pasukan Indonesia dengan skill yg menarik ditunjukkan pemain Malaysia..(Asal ayat aku skema je ni..)..Agak mendukacitakan sebab aku tak dpat gi tgok kat stadium..Kalau stadium tu kt sebelah rumah,cnfirm la pergi..Tp stdium nyer agak jauh beribu batu..Yg lagi bikin wa panas ,bila kkak aku dgn kakak ipar aku menjeleskn aku..Mentang2 dorang dapat pergi,dorg pon berpakat menjeleskan aku,dan terpaksa aku mngakui yg aku memang jeles..

Abg aku plak siap ckp Amri Yahyah comel...Mentang2 dorang tahu aku minat giler pemain jersi 17 tu.Tp syg seribu kali syg Raja Gopal masukkan dia last minit..Patutnya separuh masa kdua terus jer bg dia msuk ganti pemain lain..Wah,dh mcm coach lak aku ni....Tapi aku seronok gila tgok permainan malam tadi..Gol yg Malaysia bagi diluar jangkaan aku..So team Malaysia dah ada bekalan yg selesa utk ke Indon. Cuma yg kurang best bila kontroversi laser dgn gol keeper Indon..Benda2 ni sbenarnya memalukan jer..Dah alang2 macam tu kenapa tak bakar jer bendera dorang plak?hahahaha...Tak ada la,tapi seriously tak best la main khianat macam tu kan,guna laser plak..Biar la menang dgn cara suci kan..Tapi kan yg menarik aku tgok kalau Safee Sali sumbat gol je dia akan cium lencana lambang Malaysia kat baju dia tu,macam tu la semangat cintakan negara..Pertahanan Malaysia memang gempak habis la..Sampai naik kesian aku tgok Gonzales sebab pemain yg menjadi kebanggaan Indonesia tu tak dapat pegang bola sangat..Setahu aku dia tu pemain import kan?tapi ada org Indonesia cakap dia tu memang org Indonesia mungkin mebesar kat luar negara...Entah ye ke tak...

Tapi bangga ar sikit,team Malaysia tak guna import2..100% tempatan beb..Lebih bagus mcam tu,ye la negara kita,biar la anak Malaysia yg main,pe kejadahnya nak import2 lak kan..Huhuhu..peluang Malaysia jd juara dah terbuka tapi belum tentu lagi akan jadi juara..Sebab org selalu cakap bola itu bulat..Agak2 kalau main bola sepak guna bola gelonjong,macam mana ek ??;/

Tuesday, December 7, 2010

Amri Yahyah pemain lincah

Aku baru je habis tengok perlawanan Malaysia lawan Laos.. First goal Amri Yahyah la yg gol kan..Dengan tandukan ajaib dia tu la..Yang bagusnya Amri ni kan,dia rajin..Rajin kejar bola.Kalau tengok pemain lain kdang2 bukan main susah nak kejar bola,diorang tahu ambik bola yg dekat jerr..Tapi Amri ni kecik2 cili padi,lincah seyh..Sebab tu dia digelar pemain yg rajin..Favourite team aku pun Selangor dgn Pahang cuma Pahang sekarang agk malap sikit.Aku start minat team Selangor,of course la sebab ada Amri,lepas tu plak Selangor tengah gah tak silap aku tahun 2006 kot yg team tu menang 3 piala.Dah la ada Bambang Pamungkas..Masa tu aku memang giler bola la,siap gduh dgan akak aku sebab rebut tengok tv.Aku lak pantang kalau Selangor main,memang aku pastikan aku dpat tengok.Masa tu aku memang minat Khalid Jamlus,Bambang and Amri...Dulu2 memang aku kumpul la buku bola,lagi2 yg ada gmbar amri atau nama mnje nye Aie..Heheheh...Nama dah la sama dengan ex aku..Eh,lari topik plak...Hehehe...Apa pun aku rasa Amri ni boleh jd legend bola sepak..Lebih kurang Bambang juga,kecik tapi lincah.Kalau prasan,Amri suka bagi tandukan yg superb..Nth2 dia memang suka menanduk kot,jgn ditnduk ank bini dia dh...Hahahaha..
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers