Saturday, January 22, 2011

Yupp,dah tiga minggu campur minggu ni tak silap aku,aku tak melihat rumah aku...Hahaha...teror juga aku..Mana taknya sem lepas tiap2 minggu aku balik..Homesick?Tak la homesick kot (AYP tak nak menerima kenyataan..hahah..)..Bukan apa,aku memang rapat sikit dengan rumah aku..hahahah..termasuk dengan isi rumah..Aku memang sangat rapat dengan parents aku,sebab aku dari kecil sampai aku form 5 tak berpisah..Pernah aku dihantar ke sekolah Tanjung Gemuk,Sekolah Teknik..Tapi aku tak lama kat situ..Kat Teknik aku menerima tekanan,kat Tanjung Gemuk bukan sebab homesick sebabnya mak aku tinggal dengan aku..Cuma aku masa tu sayang kawan sangat kot,tu yang balik sekolah asal then kena tinggal dengan kawan yang aku sayang sangat tu..Padan muka aku kan??hahaha..Tapi tak kisah la,aku dengan dia pun dah ok..Tak sempat lagi nak tengok anak dia,dia baru lepas bersalin..Tengok la nanti kalau ada masa..


Semalam aku tolong kawan aku menghias blog dia..Cantik kot blog dia,AYP jealous tau..Sebab blog dia yang mula2 simple sekarang dah nampak mewah dengan warna pink dia tu....cantik,lagi cantik dari AYP punya tau..Kepada tuan blog Sweet Choki , nanti belanja Secret Recipe tau,I dah puji you ni..hahaha..Pukul 3 lebih baru aku tidur sebab tolong dia buat blog sambil mesej dengan seseorang..Aippp!!Jangan nak fikir negatif,AYP mesej dengan kawan je tau...hahahah...AYP masih single,tapi borang pendaftaran belum dibuka..huahuahua...


Sekarang AYP nak turun ke uptown mencari Benjo bersama roomate AYP..Lepas tu nak sambung buat assignment yang berlambak (kononnya la kan..)..Lepas tu AYP nak tolong fikirkan idea untuk menolong kawan AYP yang tengah dilamun cinta la katakan..Masalah dia si lelaki ni lembap bin slow untuk memulakan perhubungan..Padahal dah suka sama suka kot..Masalah juga macam tu kan?AYP suruh dia je mulakan dulu,tapi malu la kan kalau perempuan mulakan dulu..Tapi tak salah mencuba kan..kalau mencuba tapi melepas,jangan putus asa..cari je yang lain daripada melepas sebab takut mencuba,lagi la frust..kan2..Cehh,ye2 je aku ni..


Tapi kan kajian menunjukkan kan <kajian AYP sendiri ye...> bila kita sukakan orang,kita akan menyerlahkan kebodohan kita..Bagi aku tu betul sebab masa zaman sekolah,waktu umur aku yang tak matang lagi kan..Aku ada la minat seorang mamat ni,aku selalu lalu depan rumah dia dalam keadaan malu..Dah malu tapi lalu juga,tak ke Bo***  tu kan..hahaaha...


ok..AYP nak bersiap untuk mengambil burger...hahaha