Sunday, July 3, 2011

Kita Berbeza...

 
Kita ni manusia biasa...Tak sempurna...Kalau kita rasa orang tu mampu angkat lori, tak semestinya kita boleh kan...Kalau kita rasa kita mampu pusing 1000 kali, jangan fikir orang lain pun boleh buat...Kalau kita rasa kita mampu terjun bangunan tanpa luka, jangan fikir orang lain pun boleh buat..kan..Setiap manusia tu berbeza...Kalau kita rasa orang tu boleh berjalan pantas, jangan paksa diri untuk sepantas tu sebab kemampuan kita berbeza...Tapi tak salah mencuba...Kalau kita rasa orang tu pemalu yang amat (macam aku) jangan fikir yang dia mampu jadi orang yang seyakin kita bila dikhalayak ramai...
Kita mungkin boleh cakap “Itu pun nak malu”... “Pergi bilik air pun nak takut” “jawab soalan senang pun tak dapat” “macam tu pun nak terasa”.........Biasakan kita dengar semua ni?Tapi biasakan diri untuk mengingati diri kita yang kita tak serupa...Kita semua berbeza...beza kemampuan, kebolehan..sikap dan macam-macam lagi...
Kalau kita rasa kita mampu bertahan jangan fikir orang lain mampu buat...Kita dicipta berbeza-beza......Mungkin pada kita benda tu kecil..Tapi belum tentu pada orang lain...Kalau kita rasa bunuh orang tu satu gurauan (gila melampau kan..-.0) tak bererti semua orang boleh terima bunuh tu satu gurauan...(macam tak kena je perumpamaan aku ni...)
Tukar lain..Kalau kita rasa jatuh tangga tu benda simple, tak semestinya bagi orang lain..Mungkin ada orang menangis bila jatuh tangga..Contohnya budak kecil..diorang menangis kan???Jangan fikir sesuatu tu simple pada kita maka boleh jadi sesimple itu untuk orang lain...
Actually, aku langsung tak kisah...Tak ambil hati pun...Tak touching pun..Aku orangnya open minded...Kau nak kata aku, kata lah wei...Nak kata hidung aku senget ker...(senget ke?)..Nak kata pipi aku macam belon ker...Nak kata dagu aku macam badut ke, kata lah...Tak kisah pun...Asal jangan kacau bab family aku sudah...Tu je aku pantang...Pasal aku, cakap la...Nak cubit aku, nak kenakan aku, nak sepak terajang (kalau berani ar kan...)..nak gurau-gurau ke..Tak ada masalah pun bagi aku.........Tapi aku sebenarnya nak tengok effort kau......kesungguhan kau....Tapi aku tak dapat benda tu...Tak sepatutnya aku berharap...Sebab kau adalah kau...Kau dan aku berbeza......ishh, sengal juga kan aku... (sambil hentak kepala laju-laju)....
Hanya bayangkan jika kita ditempat orang itu..marah ke kita?suka ke kita?bahagia ke kita?renungkan sejenak sambil minta Tuhan tunjukkan kisah  disebaliknya..Dan kita akan dapat jawapannya...
Aiseyymann..apa seyhh malam-malam ni ayat nak berbunga-bunga kan...but silent is better for me right now..huhu
Tapi ada satu blog yang mana ayatnya aku sangat suka.. so aku ambil bukan nak jadi plagiat okay... ni blog dan ayat asalnya tertulis  FIKRIJUMIRAN





 Niat itu sememangnya tak menghalalkan cara. Ada sempadan di antara setiap tutur kata. Jika niat hati untuk menggembirakan, teruskan. Sememangnya tak merugikan. Tetapi bukan semua orang sama. Kita kena akui kepelbagaian ragam setiap orang. Jadi yg terbaik, bersederhanalah dalam membahagiakan hari2 orang lain. Usahlah fikir tentang diri kita kerana memang tujuan kita mengukir senyuman di wajah seseorang. Sedih bukan? Tapi diri yg membahagiakan seorang perlu lebih ceria daripada orang yg ingin diceriakan ;)

Aku pun pernah lalui keadaan macam ni..Niat kita memang nak buat orang happy tapi jadinya lain...Mybe gara-gara tersalah langkah.......so apa yang dikata penulis tu aku setuju sangat...



MODUL

Alhamdulillah selesai suda modul aku bagi sem ni...Mula-mula ingatkan modul sem ni paling tak best ye la kena buat meeting bagai...Tapi makin lama makin fun sebab aku boleh masuk dengan ahli group aku even tak kenal pun diorang sebelum ni...Memang best la..Fasilitator nya toksah cakap la, memang sporting..Yang bet dia ingat nama aku sampai habis modul...Padahal aku tak banyak cakap pun dalam kelas..
Sangat best la...Then, dapat new knowledge and kitaorang diexpose dengan konsep kepimpinan..Cuma masa ceramah agak bosan..Aktiviti dalam kelas memang seronok semuanya..Makin nak habis makin seronok sampai rasa ‘ala, habis dah ke..’......hehe..
Dari first sem dah dapat fasi yang baik..First fasi perempuan bertudung labuh...Terhutang budi dengan dia sebab aku dapat keluar awal..Aku minta kebenaran sebab abang aku nak nikah kat Temerloh...Boleh nangis gua der kalau tak dapat tengok hari bersejarah dia...Aku sampai naik turun admin pada awalnya sebab aku nak extend modul aku hanya kerana nak tengok abang aku menikah..Ye la, hari bahagia dia, aku nak tumpang juga kan...
Second fasi best juga, orangnya alim sikit....Then, kata-kata yang keluar dari mulut dia mesti penuh makna and buat kita rasa nak merenung sekejap..Tak silap aku nama dia en.Adam kot..Then, lagi best sebab aku satu modul dengan kawan aku...So memang enjoy la kan...Start dari situ bermulanya CM aku dengan Mr.F...start dari situ aku jadi stalker sementara..hahah
Then modul yang terbaru ni, lecturer memang sporting...Best gila la lecturer ni..Nama dia En. Nazri bin Mohd Ali...Ha, disebabkan dia ingat nama aku so aku ingat nama penuh dia...hahhaah...Arghh, ada program lagi...Family day pula...Boleh tak kalau family day aku nak sambut dengan family aku bukan dengan fakulti??(-_-)...Ada kena buang fakulti aku ni...hehehe...
 ditulis pada 2 julai 2011.. ('',)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers