Thursday, September 26, 2013

Persoalan

Dah tahu ianya menyakitkan..Tapi kenapa masih nak mencuba? Dah tahu semuanya tinggal kenangan..Tapi kenapa masih berharap?Dah tahu susah nak melupakan..Kenapa masih mengingati?Dah tahu tak dapat melupakan..Tapi kenapa gambar masih ditatapi?

Cerita kita dah lama berakhir..Kenapa terasa seperti baru bermula?Cerita kita tiada penghujung..Tapi kenapa rasa macam ianya satu pemulaan? Cerita kita dah lama berlalu..Tapi kenapa masih ada getaran?

Almost 1 year...the feelings are still there..boleh dikatakan fresh lagi..Haha..I have literally put myself through emotional hell for him...Terasa  macam dah completely buang feeling ni but then bila tengok something yang remind me of him...then the feeling was like...Fu#$@^...Hahaahaha

There is no point to blame him..Salah tu patut point kat diri sendiri. Menyakitkan hati sendiri, tak ada orang yang sakitkan pun tapi diri sendiri yang biar untuk disakiti..I'm the one that chose him, I'm the one that allow him to walk all over me..I'm the one that keep him inside of my heart..

I need a break from this feeling..

Persoalan yang sentiasa bermain-main difikiran...kenapa dan kenapa..tetapi hanya persoalan yang datang tanpa ada effort untuk menghalang dan menghapuskan..shame on me..:(




Tuesday, September 17, 2013

Anehnya perasaan

Suatu perasaan yang datang tak terduga..lalu ia bertapak di dalam hati. entah dari mana ia datang entah bila kan pergi..ia datang menyerang, bikin keresahan yang tak menentu. tiba-tiba perasaan itu diselangi dengan rasa sedih..kemudian rasa takut kehilangan...Aneh..

Ku mencari-cari jawapan..apakah sebenarnya yang terjadi..perasaan apakah itu..mungkinkah itu c...tidakk..hatiku cuba menafikan..

Masa berlalu dan terus berlalu...hati kian terluka dan terluka..makin aneh perasaan itu tidak berganjak..masih ditempat yang sama..bilakah akan pergi?

Hati semakin terluka dan terluka...masa berlalu, luka cuba diubati..masa berganti masa..manusia datang dan pergi..ku leka seketika...hati kian lega

Disaat aku menyangka perasaan itu pergi, rupa-rupanya perasaan itu masih ada..masih bertapak di dalam hati..ianya tidak berganjak, hanya bersembunyi..kini aku sedar..ianya bukan perasaan biasa..

Bilakah ia akan pergi...?Bilakah saat itu kan tiba..????

Monday, July 1, 2013

Permata Jadi Kaca

Mood jiwang datang tetibe...Dia datang..datang..dan terus mendekati dannnnnn....Terhasil la yang dibawah ni...Hahaha

Dalam perjalananku menuju ke ke arah satu tujuan
Aku melalui susur-susur sepi
Penuh liku-liku serta rintangan
Ku kuatkan hati dalam memijak duri
Luka lama berjaya aku ubati

Dalam perjalanan itu
Aku bertemu sebutir permata
Berkilauan tapi tak bercahaya
Terpegun dan kaku aku melihatnya
Nak disentuh tak terdaya
Cuba ditepis,kilauannya seakan memanggill
Aneh
Kakiku kaku namun pemata itu terasa semakin dekat
Hatiku riang tak terkata
Bertemu permata idaman semua
Disaat tangan mula menggapainya
Kurasa ada sakit yang menusuk
Rupanya permata itu adalah kaca
Menjadi serpihan saat tangan menggapainya
Luka yang baru sembuh berdarah semula

Ku kutip sisa kekuatan yang masih ada
Ku gagahkan kaki memijak kaca
Melangkah ke hadapan ke arah tujuan

Dalam menuju destinasi tujuan
Kelihatan banyak permata di perjalanan
Aku menutup mata, tidak menghiraukannya
Yang cuba menarik perhatian melalui kilauannya
Aku tetap ke depan menghindarinya
Namun aku terleka
Tersasar dari landasan dek sebutir permata
Apa ini permata atau kaca?
Terlupa kesakitan dulu laluku sentuh
Kerana kilauannya berbeza
Tertipu lagi disebalik kilauan itu
Lukaku makin bertambah dalam

Ku undur setapak ke belakang
Menuju kembali ke arah destinasi tujuan
Masih ada permata yang menanti
Tapiku tak pasti
Apa mungkin permata bertukar kaca kembali?
Senyumku menjadi taruhan
Aku tersenyum tak mahu terpedaya lagi
Kembali kepada landasan
Tak mahu tersasar lagi

Senyum ku ini menjadi teman
Di sebalik senyuman, luka ku simpan
Akan terus tersenyum dan tersenyum
Kerna aku tahu
Senyum ini masih diharapkan
Oleh mereka yang menghargai diriku...

PERMATA 

Jadi

KACA


Sunday, June 30, 2013

Terlindung

Assalamualaikum..

Aku rasa semangat sangat sekarang ni sebab aku baru dapat indulgence dari seseorang yang pandai mengambil hati...Kalau tiap-tiap hari macam ni, aku approve la kau jadi laki kawan aku..Haha..Mati aku kalau Paijah tahu...Belot gara-gara indulgence..Memang lemah bila jumpa indulgence, mana boleh tahan woo...

Hakikatnya..kebaikan dia tak dapat aku balas..Hati kawan aku dah memang untuk orang lain..Aku harap dia terima qada dan qadar...Terima la kalau bukan jodoh diorang dan aku harap dia berjumpa dengan seseorang yang lebih sesuai dan berbahagia..So that, kawan aku pun dapat berbahagia dengan pilihan dia sekarang

Kadang-kadang ada benda yang jadi yang kita tak nampak apa motif ianya terjadi, kenapa ianya terjadi, tapi disebalik benda tu semua, ada sesuatu yang tersembunyi..Apa yang tersembunyi?Mesti la hikmah..Sebuah hikmah yang menjawab segala pertanyaan dalam masa yang sama membawa sesuatu kebaikan dalam hidup kita..

Contoh yang aku boleh bagi..Si A hampir nak menerima si B..Tapi ada kejadian yang tak diingini berlaku..Si B pun tinggalkan si A..si A sangat sedih dan bertanya, kenapa mesti terjadi benda ni pada dia..Apa salah dia..Tapi setelah lama berlalu, suatu hari A menemui jawapan yang mana B bukan lah yang terbaik untuk dia dan feeling dia pada B yang banyak tu dengan tiba-tiba terus kepada kosong..yup, kosong..dalam bahasa inggeris kita panggil zero..kalau najwa latif mesti arif dengan kosong..kosong...

Dan lagi perhubungan banyak tak kesampaian dalam hidup A sampai dia rasa apa malang sangat ke dia ni..Hahaha..Tapi semua yang tak jadi tu semua ada sebab...Antaranya, sorang jenis kaki arak, sorang playboy, dan yang lelaki yang terbaru dia kenal dah melahirkan anak luar nikah..I mean pasangan dia la lahirkan takkan lelaki pulak lahirkan anak kan...So dia rasa terselamat, dalam masa yang sama dia dapat jawapan kenapa cepat betul berubah hati dia..Rupanya hati dia menolong dia dari jatuh ke hati-hati yang tak sepatutnya...Atau dengan ayat yang lebih tepat Allah melindungi dia..Mungkin Dia nak lindung si A sebab si A ni pun lemah sangat dengan godaaan...Kahkahkah

Well, kita biasa dengar, setiap yang jadi mesti ada hikmah..Allah knows better..Dia ada jawapan pada setiap yang terjadi..So jangan risau, jangan cepat sangat melatah bila diuji, sebab Dia takkan bagi ujian suka-suka..Setiap ujian dan dugaan akan datang dengan hikmah..Kira macam pakej la..buy one free one..err, macam tak kena je..Haha

So moral of the story, bersabar..Kalau tak sabar kita memang takkan nampak reason disebalik yang terjadi..Yang penting teruskan tersenyum walau seberat mana pun dugaan yang datang..Sebab senyum tu penawar duka...:)


Nampak tak aku senyum..Ha..sebab dapat aiskrim tu la panjang je senyum..Hantu aiskrim memang macam tu..Haha



Hati yang kau sakiti

Hati yang kau sakiti...Ecehhh dah macam lagu Rossa plak

eh lupa plak muqadimah..Assalamualaikum..

Actually aku sepatutnye sangat busy sebab nak mengadap final...Tapi time macam ni la jugak baru semangat nak menulis..Nampak tak kat situ permainan makhluk bertanduk..Aku sepatutnya sekarang study tau tak..STUDY!!!Tapi aku manusia biasa yang tak lari dari godaan...Hahaha..Apa ke panjang sangat muqadimah aku ni...-,-


Okay aku terus pada tajuk aku...Hati yang kau sakiti....yess, hati yang KAU sakiti..Kau dah hancurkan dua hati...itu yang aku tahu la kan..yang aku tak tahu mungkin dua tiga kucing berlari mana nak sama....ehh apa aku merepek ni...

Well aku sebenarnya rasa kesian dengan someone ni...Because of 'him', she scared to fall in love again...Aku dapat bayangkan kesakitan yang dialami seorang gadis ni..Dia tersangat lah sayang kan lelaki ni, tetapi at the end, sang lelaki pergi meninggalkan dia dan tengah berbahagia dengan orang baru...Cepat sungguh sang lelaki mencari pengganti sedangkan sang perempuan ni bertemankan air mata, bertemankan kesunyian, bertemankan kerinduan dan akhirnya bertemankan ketakutan....

Dia takut didekati, dia takut untuk mendekati, dia takut untuk membuka hati, dia takut untuk menerima, bahkan takut untuk mengenali...Bimbang kehilangan terjadi lagi..Itu lah perempuan...Sedih kan?Dari luaran dia ceria bercerita, dia kata dia dah move on..Dari cara dia mungkin dia dah benci pada si lelaki..Tapi aku sebagai perempuan tahu disebalik yang terselindung..Aku tahu dia sayang lagi lelaki tu, mesti ada sisa rindu, tapi hati yang sakit cuba menidakkan...

Aku tak tahu kenapa aku kesian kan dia...apa bezanya dengan aku?Act like nothing is wrong..I act like I don't care about him but the truth...................................tetttt.....Hahaha...Aku still fikir pasal dia kot..hahaha..

Well, aku harap si gadis tadi akan bertemu dengan lelaki yang betul sayangkan dia macam mana dia sayangkan lelaki tu..She deserve someone better..Bukan la aku cakap ex dia tak baik..Aku tak salahkan si lelaki..Sebab kita tak tahu cerita sebenar hubungan diaorang..Dan lagi kalau hati dah tak ada buat seseorang tu lebih baik lepaskan...Setiap yang jadi ada hikmahnya...Suatu hari nanti akan muncul jawapan yang kita cari...Kenapa aku still nak backup si lelaki?Arghhhhhh.......Aku tak nak berprasangka buruk kat dia...Aku memang sengal!Hahah



Aku harap one day aku jumpa jawapan yang aku cari...Supaya aku dapat terus ke depan tanpa menoleh ke arah dia ..Hahaha



Monday, May 13, 2013

Tak Nak Hidup

Waaaaaaaa*sambil nganga mulut*

Tak nak hidup dah?Habis tu nak mati?Kenapa?Kenapa?
Sabar dulu...relax...tarik nafas..Tajuk kat atas bukan la berkenaan diri aku..Tapi berkenaan someone yang aku kenal yang mana aku rasa boleh dijadikan pengajaran untuk renungan bersama

Al kisahnya begini

Seorang lelaki yang menunggu seorang perempuan kerana terlalu menyayangi seorang perempuan ini..Bagaimanapun hati seorang perempuan ini sudah tertutup untuk bercinta..Barangkali dia menggunakan mangga yang diperbuat dari batu belah batu bertangkup. Dia menerima sang lelaki tanpa ada sekelumit perasaan namun si lelaki tidak berputus asa dan sanggup menanggung risiko...(menurut kajian aku, sang lelaki cakap dia sanggup terima risiko)

Mereka pun bersama suka dan duka..Tapi suatu hari si gadis bertemu dengan lelaki yang berjaya membuka hatinya yang tertutup itu..Mungkin lelaki kedua ini mempunyai kuasa mencairkan bahan jenis batu..Lalu mereka saling memendam perasaan dan bila saat tak mampu memendam, rasa hati terungkai jua..Namun si gadis ingin menjaga hati lelaki pertama, manakala lelaki kedua terpaksa menjaga hati tunangnya..Kedua-duanya tersepit dan terperangkap serta terseksa dengan perasaan sendiri...(amboiihh ayat akuuu)

Suatu hari, rahsia terbuka, lelaki 1 mendapat tahu tentang hubungan si gadis dan lelaki 2..Dan lelaki 1 memberi pressure yang berterusan kepada gadis yang tengah dalam tekanan maka gadis itu yakin untuk membuat keputusan dengan meninggalkan lelaki 1...Dan lelaki 1 meroyan tak tentu pasal lalu mengambil keputusan untuk membunuh diri...

Kalau cerita ni difilemkan, mungkin ada yang kata
"Kesian lelaki pertama..punya la setia..punya la mendalam perasaaan dia sampai nak bunuh diri kot..apa la gadis ni.."
"Dah ada tunang tapi nak menggatal lagi...yang gadis dah ada boyfriend pun nak menggatal dengan tunang orang"
"Kesian lelaki 1..Kesian tunang kepada lelaki 2...lelaki 2 dan gadis memang kejam!"

Tapi sabar para penonton..Kalau tengok pada luaran memang kita nampak pesalahnya gadis dan lelaki 2..Tapi pernah tak kita bayangkan  kalau kita ditempat dua insan tersepit ni?Macam mana pula dengan hati si gadis?Hati yang pernah diluka teruk, dan dia akhirnya berjumpa pembaikinya...Dia boleh kesiankan lelaki 1, tapi macam mana hati dia?Siapa pula nak kesian kan dia?

Yang pasti dua insan tersepit ni tak pernah minta untuk saling jatuh cinta..Mereka dah cuba mengelak, tapi hati...Siapa dapat mengubah hati kita?Tak ada siapa antara kita yang boleh mengawal hati kita..Hati kita milik Dia yang diatas..Hanya Dia yang lebih tahu segalanya..Kalau manusia boleh mengawal hati, pastinya tidak wujud perkataan patah hati..Kamus dewan pun takkan masukkan perkataan dalam kamus, membazir kertas katanya..That's why orang cakap, manusia cuma boleh tengok pada luaran..beban yang ditanggung tuan punya badan yang galas..

Kalau lah hati tu boleh main pause kejap, stop kan ke kan...Aku la orang yang akan stop kan terus perasaan aku pada semua lelaki yang pernah aku kenal sebelum ni*ehh,asal terlebih feeling pulak ni -,-*

Yang pasti, selepas kejadian itu, si gadis mula nampak sisi baru lelaki 1..Terlalu lemah menghadapi masalah..Cuba kalian...jappp...penat la nak main formal ni..ok cuba bayangkan seorang lelaki hanya kerana nak ditinggalkan girlfriend sampai nak bunuh diri..Otak sempit ouhh..Dalam dunia ni kau ada awek kau je ke?Family kau tak penting?Memang kau lahir, kau nampak awek kau terus ke?Kau lahir kau nampak parents kau dulu kan?Tapi kenapa kau pentingkan seorang perempuan yang belum halal untuk kau dari keluarga kau?Yeah, kau boleh cakap aku tak pernah rasa apa yang kau rasa..Kau silap..S.I.L.A.P..Aku pernah rasa lebih teruk dari kau..Dan aku perempuan*tak cukup bukti ke aku ni perempuan ha?*..Patutnya kau kena lagi kuat dari aku...

Sebagai lelaki, seorang khalifah,seorang bakal imam kepada keluarganya, lelaki sepatutnya lebih kuat sebab dia akan membimbing isteri dan anak-anaknya nanti..Kalau ada ribut badai melanda, dia orang patut lebih kuat dulu berbanding makmumnye..Sebagai seorang perempuan, menurut pandangan aku la kan, aku mencari lelaki yang sanggup mati demi agama bukan sanggup mati demi aku..Aku yakin perempuan lain pun macam tu juga..:)

Jangan sempitkan pemikiran, dunia ni terlalu luas..Allah sentiasa dengan kita,cuma kita yang selalu lari dari Dia..Apa pun dugaaan yang datang, perlu ingat...Bunuh diri bukan penyelesaian, mungkin kita tak banyak ilmu agama tapi at least, biarlah kita mati dalam Islam...:)


Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Emak

Bling Bling *imagine ada bunga-bunga bertaburan*

Selamat hari emak...eh, bukan ibu ke?who cares?Kan sama je perginya..Selamat hari emak, hari ibu, hari ummi, hari mama, hari mommy, dan hari-hari...ehh..haha

Walaupun aku tahu mak aku tak baca blog aku ni, mungkin dia pun tak tahu kewujudan blog..Atau paling tidak  satu-satunya blog yang dia tahu ialah cool blog...yang perisa cendol tu..hahah..Tak kisah la, yang pasti aku harap dia tahu anak  bongsu bagi perempuan*nak jugak tu sebut bongsu* ni sentiasa ingat kat dia, sentiasa merindui dia dan menyebut dia dalam setiap doa...

Well, selama aku kat berada di perantauan ni, ecehh..Mak la banyak tolong aku even hari tu dia sakit dia tetap nak teman kan aku pergi buat medical checkup..Awalnya aku nak pergi buat sorang-sorang tapi dia kesian kot kat aku..Aku kan selalu buat muka kesian..Hahaha

Then, kesusahan yang aku lalui masa mula-mula belajar di puncak ni, aku kuatkan semangat untuk kedua ibu bapa aku..Bila aku call dia, aku tak cerita kepayahan aku..Cuma bila dia tanya "macam mana?" then aku cakap "mula-mula susah la sikit kot.." Tapi dari ayat aku tu dia dah dapat agak, biasa la naluri ibu dan dia pun memberi kata semangat"Pemulaan memang la susah, bertahan je la..Lama-lama nanti okay la tu..Kuat kan semangat " lebih kurang macam tu nasihat dia..

Emak orang yang banyak berkorban, wanita yang sangat kuat, tabah, isteri dan ibu yang baik..Kadang-kadang mengalah untuk kepentingan anak-anaknya

Kita sebagai anak, kena sentiasa call dia..Kena faham sikit, hati ibu ni sensitif bila anak dah jauh...So kadang-kadang kita busy tak call dia, dia dah fikir yang bukan-bukan..Ibu kita terlalu banyak berkorban untuk kita, mengalah...So ada masa kita pun kena mengalah even benda tu memang bukan salah kita tapi demi dia apa salahnya mengalah kan...

Kepada mereka yang dah tiada ibu disisi, tak bermakna tak boleh sambut hari ibu..ziarah la kubur dia..atau paling tidak, sentiasa sedekahkan al fatihah...Nak sedekah kan al fatihah tak semestinya kepada ibu yang dah tak ada je, kita boleh juga kirimkan buat ibu bapa yang masih hidup...Doa anak-anak ni takkan putus

Aku rindu mak aku sebenarnya ni...T.T dah la tengah tak sihat...I love u mom


my mom














Inilah mak saya!!!sama tak?Ada orang cakap aku ikut muka mak..ada yang kata aku ikut ayah..senang cerita aku kacukan mak dengan ayah...hahahah

so akhir kata..ewahh..selamat hari ibu buat emak, mak saudara, mak angkat, mak mentua....ehhh salah..mak mentua tak ada lagi so buat bakal mak mentua la senang cerita yang aku sendiri tak tahu di mana keberadaannya dan juga anaknya merangkap my future husband...ok aku dah jauh tersasar...dan selamat hari ibu buat semua ibu didunia dan tak lupaaa pada kakak ipar aku dan sepupu sepapat aku...Dah macam buat ucapan dekat radio -,-

Saturday, May 11, 2013

Tinggal kenangan

assalamualaikum

Dah terlalu lama aku tinggalkan blog...Semuanya lepas kehilangan yang aku alami...Terlalu perit sampai aku menyepikan diri..Lari dari semua orang, biarkan mesej tak berbalas. Sampai-sampai kawan aku tanya kenapa dah tak aktif twitter, facebook, viber, whatsapp, ask dan semua jenis social networking..haha

Tapi hilang sekejap je punnn..Hahaha, cuma nak tulis blog macam dah tak ada semangat...cewaaahh..haha

Actually dah hampir nak dekat 5 bulan ianya berlalu..Dalam masa 5 bulan tu aku kumpulkan balik semangat, cuba terima kenyataan..Sejujurnya sampai sekarang aku tak percaya dia dah tak ada..Baru-baru ni aku ke kubur dia..Aku tertanya-tanya, betul ke dia yang kat dalam ni...Dia orang yang selalu tersenyum, memanggil nama aku, orang yang dah aku anggap sebagai bapa sendiri..

Dia pergi dalam sekelip mata...Pada saat aku berhadapan dengan kehilangan seseorang..Tapi kehilangan dia ni kehilangan yang selama-lamanya..Petang tu dia ke rumah aku dengan senyuman, memanggil nama panggilan aku dengan ceria..siapa sangka pukul 3 pagi dia pergi buat selama-lamanya...meninggalkan isteri, dan tiga anaknya...meninggalkan kami sekeluarga yang dah pun macam darah daging dia..

mula-mula nenek aku pergi..pada semester akhir aku yang penuh dugaan..Pada masa tu dia sakit, dia menangis tak dapat datang ziarah arwah tok sebab dia kat IJN...Habis je diploma aku, sempat meluangkan masa dengan dia...Dan dia pergi tinggalkan kami dengan kenangan manis sebelum pemergian dia..Arwah cukup kuat, rupa-rupanya dia berpura kuat supaya orang disekeliling tak risaukan dia, before dia meninggal, dia sempat pasang syiling rumahnya...Itulah yang terakhir dari dia..setiap kali ditanya ok ke tak, dia akan tersenyum dan cakap dia okay..Padahal dia masih lemah..

sebelum aku menduduki peperiksaan akhir, subjek yang penuh dengan dugaan..subjek yang aku rasa aku tak mampu untuk lulus sekalipun...Tapi hari tu, dia pegang kepala aku and he said "buat betul-betul" dia juga ada pesan suruh belajar betul-betul..I miss him...seriously...:'(

Tak dapat nak teruskan...Aku still rasa dia ada lagi...Dia sentiasa dalam hati kami semua...Mungkin aku bukan anak kandung dia, tapi aku harap doa aku untuk dia diterima sama macam anak kandung dia...semoga rohnya dicucuri rahmat..Al Fatihah


Gatal tangan pegi make up kan kartun ni..-.-



Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers