Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 28, 2011

Dalam masa 5 minit 3 goal & isu kontroversi yang tengah hangat

Haihh..dalam masa 5 minit...sumbat 3 goal ma....haiyaaa..apex, apa suda jadi?Hahahah...
No matter what, kami tetap sokong Harimau Malaya..Ha, itulah antara kata-kata penyokong yang masih support team Malaysia dan boleh terima kekalahan menentang Bahrain..Yang tak boleh terima pula, mula persoalkan wang RM 30000 yang diterima pemain...
Dan lagi kekalahan bola sepak pula dikaitkan isu politik...Aku pun tak faham macam mana boleh berkait-kait...Sorry la, hamba tak minat politik...lagipun pun aF student lagi...Lebih baik fikir macam mana nak dapat DL dulu...heheheh
Isu kontroversi pun mula la keluar bila bola sepak dah kalah ni...Haihh...Besar betul impak bola sepak ni..Tak apa la, berbaloi la tu..Pemain Malaysia dah berpuluh ribu kan dapat habuan, so nak tak nak ni la harga yang diorang terpaksa bayar..Terbaru, isu yang tengah panas macam pisang goreng ialah isu skandal dengan artis, yang parahnya isu tidur dengan perempuan ni..Aku pun tak kenal artis mana.. antara blog yang ada gambar-gambar tu semua ialah .....

Kenapa la perempuan ni nak malukan diri dia sendiri ek..Tak faham la aku..Actually, kalau tengok gambar memang nampak mesra pasangan ni..Tapi jangan la terus menilai kalau si fahmi tu betul tidur dengan perempuan tu..Bukan apa, fitnah mengundang bala Allah...Nasib kau la Fahmi, nak buat macam mana...Begitulah bila dah famous, banyak je yang nak jatuhkan, atau mungkin jatuh disebabkan kesilapan sendiri?Yang pasti bekas tunang dia sepastinya dah makin berbahagia dengan kehidupan barunya...Baguslah macam tu...Dia berhak dapat yang lebih baik dan begitulah sebaliknya..
Antara komen mengenai gambar tu ialah
< Inilah rupanya dua orang anak muda berjoli pastu bergaduh sebab dah bosan. Last-last si mamat keeper bernama Apex ni melepaskan 3 goal dalam 6 minit! Pergggghhh >
actually banyak lagi blog yang sekarang ni berpusu-pusu nak siarkan gambar kontroversi tu, maklum la...kontroversi kan..mesti ramai pengunjung...Tapi aku tak nak la bubuh gambar-gambar tu kat blog aku..So kalau nak tengok pergi je kat blog kat atas tu...Lepas tu nilai la sendiri...Tapi..Apa pula cerita Dahlia Teck?Amboi Fahmiiiiiii....Banyak tau gegel nak kat u...hakhakhak...
By the way, kekalahan malam ni tak boleh la nak salahkan Fahmi je...Pertahanan macam mana pula?Opps, bukan la maksud aku nak suruh salahkan diorang..hahah..I mean, kalau dah nak salahkan fahmi sangat, salahkan la pertahanan sekali..hahah...Time dapat selamatkan goal, dia dipanggil wira negara..Bila gagal selamatkan, orang mula nak salahkan dia...Lumrah bola sepak negara kita, menang disorak, kalah dimaki...Main sendiri je la macam tu..Kau menang kau sorak sendiri, kalah kau maki la diri kau sendiri..amacam?Tapi yang buat aku bangga ar kan, penyokong Malaysia dah tak macam dulu..Even kalah, masih ramai supporter lagi...Masa kalah dengan Singapore pun peminat tak melenting sangat...Bagus!
Hehh...Aku punya la confident Malaysia menang..Pulak tu bila masuk goal kedua...Sekali aku tengok bapa aku dah tutup tv awal, pelik juga aku..Rupanya dah masuk goal ketiga Bahrain..Eh, bila masa masuk goal pertama?Hahaha..Actually aku tengok sampai Nazmi masukkan goal je, then aku chow buat kerja lain...Apa pun BOLA ITU BULAT..apa pun boleh jadi...Ayat ni aku dapat masa Selangor cipta hatrik menang bila masukkan goal minit-minit akhir..Tak tahu la menentang siapa, dah tak ingat.. -_-
Malaysia boleh!!!Tetap support team Malaysia!Dari Aku darjah enam sampai la sekarang... ^_^


KALAU RAJIN KOMEN LAH..;)

Sunday, November 27, 2011

Segmen klik churp churp sampai dapat merasa cash out

Assalamualaikum..
Setelah berjalan-jalan dalam keadaan line yang agak lembap aku akhirnya menemukan sesuatu...satu segmen yang sangat menarik...iaitu segment klik churp churp sampai merasa cash out..Bagi aku segmen ni sangatlah menarik..Sebab diibaratkan kita membantu antara satu sama lain...So, yang tak ada churp churp boleh la sign in kat sini.. (sign up)

Dan bila dah ada churp churp tu jangan la lupa klik iklan yang ada kat ada dalam blog aku ni...hikhikhik..Yang paling penting, jom lah masuk segmen adik chopper ni dengan klik banner tu atau link ni ..<adik chopchopper> Jom la apa lagi...



KALAU RAJIN KOMEN LAH..;)

Saturday, November 26, 2011

How does getting rewarded through sharing sound like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sound like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!
KALAU RAJIN KOMEN LAH..;)

Friday, November 25, 2011

Pengakuan seorang warga Indonesia berikutan kekalahan pada sukan Sea



Assalamualaikum..


Yeah, aku cukup teruja nak buat entry berkaitan hal ni...Kredit buat blog  ni ---> http://www.taufiqnazli.com/indonesia-kalah-kerana-kebencian-dan-dendam.html  sebab dari blog dialah aku jumpa link blog seorang warga Indonesia yang memberi pengakuan yang sangat jujur dan ikhlas bagi aku...Kalau aku jadi rakyat diorang aku dah buka mata luas-luas sampai tersembul..Seriously, memang best kalau baca entry dia, rupanya ada juga rakyat Indonesia yang penuh adab macam dia...Tapi aku pasti ramai lagi yang macam dia..;)


kita pun tahu bagaimana layanan negara seberang terhadap kita kan..Kalau diorang tak mengaku diorang menganiaya negara kita, kenapa bendera Malaysia tak cukup bilangan jalurnya?Nyanyian lagu kita tak dihormati..Pemain ditahan time nak balik, pelajar Malaysia diugut bunuh..Petugas Malaysia dapat layanan buruk berbanding negara lain..Kenapa?pemain terpaksa naik kereta kebal..bas diludah, mereka di caci..dan lagi terdapat banner Malingsia..Kenapa?Kenapa anti sangat dengan negara kita?Tempat aku ni berlambak tau warga negara sana...Bahagia jer aku tengok hidup dia kat sini...




Dan permainan pun kacau sekali, ditambah seluruh stadion yang menyumpah serapah i negara lawan. Maka doa yang didasari oleh energi negatif tidak akan sampai dan diterima oleh Tuhan. Justru doa penonton Malaysia yang datang ke GBK dikabulkan. Kenapa? Karena mereka termasuk orang-orang yang teraniaya,sebagai tamu mereka bukannya dihormati tetapi malah disumpah-serapah. Padahal mereka belum tentu salah, maka saat mereka berdoa meminta kemenangan, dengan cepat Tuhan mengabulkan. Doa orang-orang teraniaya lebih makbul.


I'm proud to be Malaysian



Aku suka sangat ayat dia yang ni..Lagipun kita tahu kan antara doa yang mudah dimakbul ialah doa orang yang teraniaya...Nampakkan..Tuhan tu Maha Adil..Awal permainan memang kita tengok pemain Indonesia yang bersujud, berdoa semua tu...Sayangnya, gara-gara rakyat lain yang pendengki, petugas-petugas yang cuba bagi layanan buruk maka Tuhan lebih memandang doa yang teraniaya...Dan mangsanya?Tentulah pemain diorang yang bertungkus lumus nak menang..Tapi kemenangan ni belum tentu dapat menutup mulut mereka mencaci negara kita..Biarlah..Doa je semoga Allah memberi hidayah..al fatihah buat rakyat dioarang yang meninggal...Harap perkara tu jadi pengajaran dan iktibar buat rakyat diorang..

Cuba fikir, team Indonesia boleh dikatakan hebat, tapi Malaysia tetap boleh kalahkan diorang even kita kekurangan penyerang yang berbisa jika nak dibanding pemain diorang yang ada striker hebat..negara kita bertembung final dengan negara seberang untuk piala aff suzuki, and sukan sea..AKU CUKUP RESPECT DENGAN KEKUATAN MENTAL PEMAIN MALAYSIA YANG DIKERUMUNI BERIBU RAKYAT INDONESIA DI STADIUM GBK..Dan kedua-dua final ni layanan kepada pemain Malaysia sangat teruk, sampai naik kereta kebal bagai..negara kita ada buat macam tu?Even kalah dengan Singapore hari tu, tak ada pun player Singapore kena naik kereta kebal, atau kena layanan buruk ke..Tapi sebaliknya terjadi..isteri salah seorang pemain bola sana pula yang mengeji pemain kita Safee Sali..That’s why aku bangga jadi rakyat Malaysia, yang tak berdendam, masih mengamalkan ‘budi bahasa budaya kita’..Dalam Islam pun kita dilarang berdendam..Buatlah baik pada orang yang berbuat jahat pada kita..Contohilah..Rasullullah sollahualaihiwasalam..


Aku respect pemain diorang yang Bonia even mula-mula kurang suka juga dia ni...Tapi lepas tahu yang dia je pemain yang menghormati kemenangan negara kita, aku jadi suka pemain ni...Even kalah, dia datang bersalam dengan pemain Malaysia and ucap tahniah..Macam ni barulah professional...


Peminat diorang terlalu fanatik..Bagus untuk support team sendiri tapi jangan sampai berlebihan... Tak perlu sampai nak menghina negara lain.. diorang tak ada semangat kesukanan tapi fanatik yang lebih...Bagus untuk fanatik tapi kalau pandai seimbangkan dengan semangat kesukanan..Kalau rasa benci sangat dengan Malaysia, panggil balik rakyat diorang yang datang Malaysia..Jangan kasi kerja dah kat Malaysia and then jangan bagi artis korang datang promote kat Malaysia..Amacam?


Hey, bapak aku punya pekerja Indon tau..Tak pula dilayan teruk-teruk even Indonesia dah mengutuk macam-macam kat negara kita..Tahu tak diorang rakyat diorang kat negara ni berapa ramai?Kalau Malaysia hantar balik semua agaknya banyak la penganggur kat sana..Doa jer la semoga one day dua negara ni berdamai..Mana tahu boleh bersatu untuk terus maju?eceh....hahaa..
Kalau semua rakyat Indonesia berfikiran macam penulis blog ni, mybe Malaysia dan Indonesia dapat bergabung menjadi negara yang disegani...Peace!

Erm...Aku baru tahu kalau diorang sangat marah kalau kita panggil diorang budak Indon...Memang aku agak lambat sikit..Tapi ada yang boleh bagitahu tak apa maksud Indon?Kenapa diorang marah dengan panggilan tu?Rasanya ramai lagi yang tak tahu... 

My favourite player..

KALAU RAJIN KOMEN LAH..;)

Thursday, November 24, 2011

Memalukan negara

Aku harap page yang mengutuk Fakri Sarani ditutup..iaitu page fakri sarani rubbish...suka-suka hati dia je...Memalukan negara betul...Dah boleh dah kalau dia tukar kerakyatan...Malaysia dah menang pun nak kutuk-kutuk...Padahal yang kutuk tu pun kaki bangku..Mealukan negara betul...ecehhhh, marah la pula ek aku ni...of course la!hahahah.....
Normal la tu, ada masa diorang main ada mistake yang diorang buat...Bukan si Fakri tu jer, pemain lain pun ada buat salah kat padang...Cetek betul pemikiran...Senang kau jer la main bola wahai pengutuk...orang macam ni la yang buat sukan bola sepak tak dapat maju ke depan..Seriously penyokong Indonesia lagi bagus dari kau..sebabnya penyokong diorang tak kutuk pemain sendiri, diorang akan cari salah pemain lawan juga sebab diorang support tinggi pemain diorang even kalah pun..
So apa kata kita klik report jer page tu...cun kan?hahaha...Jom la buat..Actually Fakri punya goal yang melayakkan team Malaysia ke final tau..Tapi it’s okay la, dia dah kata dia tak kisah apa pun orang kutuk dia..yang penting dia dah sedaya upaya...Aku harap dia terus bersemangat...
Haihh..boleh tak nak minta mimpi main bola dengan Asra?Aku jadi keeper lepas tu dia tanduk bola macam masa lawan Indon tu...heheh...macam boleh jadi pelapis Amri Yahyah...Tandukan ajaib gitu....
perlawanan menentang syria tadi nampaknya Malaysia kalah..it's okay la, penat lagi kan...tapi second goal tu masalah sikit la..Muslim agak cuai sikit...Bukan nak salahkan dia just an opinion sahaja..;)..keletihan la tu agaknya..kesian diorang tapi takpe, rm 30000 menanti...haha
yang bestnya kan masa first goal,hampir semua pemain dia sujud syukur...Macam tu kan bagus..;)

KALAU RAJIN KOMEN LAH..;)

Tuesday, November 22, 2011

Malaysia juara pingat emas sukan SEA

Alhamdulillah....syukur pada Allah, berkat doa rakyat Malaysia, negara kita berjaya mempertahankan emas sukan sea...yeayy, Malaysia juara bola sepak sukan Sea....
Actually aku rasa macam nak menjerit bila tengok tandukan asraruddin putra...memang tak expect boleh masuk and hantaran dari siapa aku tak sure tak hantaran yang baik sangat...teringat shahrul idlan talaha yang pandai kelirukan pihak lawan....Dan Khairul Fahmi Che Mat memang tak dapat dinafikan lagi kemampuan dia sebagai keeper Malaysia...Hermm, makin tinggi la saham dia ek, pula tu tengah single...hahaha
Pemain jersi 24, Muslim pun menjalankan tugas dengan baik bersama kawan-kawan dia walaupun ada mistakes juga, normal la...Takkan nak perfect jer semua kan...Dan Badrul menamatkan permainan dengan kegembiraan yang tak tahu lah nak cerita macam mana...Rasa nak tidur ni sambil dengar lagu negaraku..
Yang sedihnya pemain kita disekat oleh fans Indonesia...Kenapa nak macam tu...Aku tak tahu kenapa anti sangat dengan negara kita...Kata serumpun...Pasal bola pun nak gaduh ke...Rakyat dia dilayan baik kot kat sini...artis diorang pun..pemain dia datang malaysia tak ada pun nak kena naik kereta kebal...Tu la dikatakan Tuhan Maha Adil...kecekalan pemain, pengorbanan diorang tu tak sia-sia..
Pengorbanan Nazmi pemain jersi 21 yang menangguhkan SPM pun tak sia-sia...Semangat tinggi betul kau dik...ecehh, sejak bila entah dia jadi adik aku..Bukan apa, dia kan muda dari aku..hahahah
Keseluruhannya, bagi aku kedua-dua pasukan sama-sama hebat...Tapi perlawanan malam ni paling mendebarkan..Perasan tak kedua-dua pasukan macam bagi debaran antara satu sama lain...macam sama-sama buat mistake yang sama...Mula-mula Indonesia gol, lepas tu Asra menyamakan kedudukan...corner kick pun Malaysia dengan Indonesia lebih kurang banyaknya..Then, Indonesia masuk gol tapi offside...Tak lama lepas tu Malaysia sumbat gol tapi offside juga...Cuma harapnyer lepas ni tak timbul la kan Malaysia jampi-jampi...Sebab player Malaysia sememangnya hebat...;)
Entah kenapa aku rasa pengadil tak berapa nak adil la....Ke aku salah pandang...Tak kisah la tapi happy sangat...haha..Tahniah pemain team Malaysia...Malaysia boleh!!!
adoi...nak demam rasanya..memang mas atengok bola tadi dah rasa menggigil...pelik sungguh..

KALAU RAJIN KOMEN LAH..;)

Sunday, November 20, 2011

first day yang malang..

Assalamualaikum w.b.t
Yeah, salam aku dimulakan dengan keadaan yang tak bermaya..huhuhu...semuanya disebabkan first day..
Aku pun tak faham..setiap kali first day sem baru aku masuk mesti ada malang menimpa..hehehe...masa sem 2 aku aku punya loker bermasalah sampai bapak aku terpaksa datang balik pada hari yang sama dan membaiki loker aku sendiri....buat sendiri jer,tak buat aduan pun sebab aku tahu mesti lambat punya prosesnya..
Pada sem 3 first day aku, muka aku berbiji-biji lepas sembahyang..mybe sebab kena ulat bulu yang terkena pada telekung kot sebab aku salah ambil telekung masa tu...dan sem terbaru ni loker dah okay dah....tapi malangnyer mangga aku buat hal...aku nak keluar jumpa roomate lama tadi aku pun kunci la kan loker aku...sekali nak buka balik, macam hang tiba-tiba..Apa lagi, atas idea ex-roomateku, pecahkan besi tu la citernye..dan akhirnyer berjaya...
Cuma yang menjadi masalahnyer, semua dah tercabut so aku kena minta bapak aku datang juga esok untuk pasang besi apa ntah namanya untuk sangkut mangga tu...haha...takper ar kot, mybe ada hikmah disebalik semua ni...ujian kot untuk aku..sedih tu memang la ada kan, yer ar dengan suasana baru dengan orang baru lagi..tiba-tiba problem pula benda alah ni...
Seriously, belum rasa selesa duduk  kat bilik ni dengan orang baru..Tapi mula-mula jer kot...masa sem 2 pun aku rasa macam tu jugak..masa tu tak kenal lagi orang yang bernama anis dan achik tu..tapi yang rasa terkilannya dua sem kitaorang bersama...cewahhhh, macam pasangan bercinta la pulakkkk....tapi seriously memang dah selesa dengan diorang, dah tahu sikit perangai masing-masing...gelak, masam,gaduh manja, buli....paling aku rindu sem 3 punyer roomate la, dengan junior sekali...walaupun agak mencabar sikit..
Actually aku memang berharap satu bilik dengan diorang lagi even aku tahu aku takkan sebilik dah dengan si junior aku sebab dia pra dip...tapi ..haihh banyak betul tapi dalam cerita aku ni..kenyataan harus diterima yang kitaorang bukan satu bilik dah...hahaha...kalau bilik dekat best jugak,ni masing-masing jauh gila...hermmm....
So bila one of my ex-roomate ajak lepak so aku rasa idea yang sangat menarik dikala aku keboringan di sini..tapi tak sangka pula benda malang terjadi...haihh loker...kenapa kau buat masalah..gara-gara kau, aku nyaris skip kelas first esok...
Apa yang aku rasa sekarang sama dengan apa yang aku rasa masa second sem, masa mula-mula dapat bilik..rasa nak balik tu dah memang ada sikit...hahahah..tapi berbeza masa sem 3..masa sem 3 memang lek jer walaupun muka bengkak-bengkak....hahahah....
Aku boring ni...patutkah aku melukis dikala kesunyian ni...line broadband ni pula dah serupa siput lembapnya...skip kelas esok okay tak?hissshhh, idea tak baik....first day dah tak semangat hari yang seterusnya lagi la bungkus citernyer...so hari pertama kena lebih semangat supaya memberi inspirasi pada hari seterusnya...ecehhh..ayat penyedap hati...
Semua roomateku dah tidur...dan aku masih tak berubah, still juga nak tidur lewat...rilex la kot, baru pukul 11.40 p.m...heheh....malam masih muda..


KALAU RAJIN KOMEN LAH..;)

Saturday, October 22, 2011

Ombak Rindu

Rasanya ramai dah tahu novel ombak rindu akan dijadikan filem..Aku tak sure la filem atau drama yang pasti aku nak sangat tengok ceritanya..Sebabnya novel Ombak Rindu novel favourite aku..Seriously, best sangatttt....Betul, tak tipu..Bacalah...Tapi aku baca ombak rindu satu jer, yang kedua aku tak baca pun sebab si Izzah ada kembar pula dah..Dan katanya ada omabk rindu 3...
Aku baru jer tahu semalam (agak lambat la aku ni..)...Tu pun sebab aku tengok iklan dia...Mula-mula tengok tayangan tu aku macam tertanya-tanya la gak novel mana yang dia ambik...Then aku tengok jer part yang Maya Karin suruh Aaron kahwin dengan dia, aku dah dapat agak...Then last sekali memang betul jangkaan aku..Tak sangka, dulu aku pernah gak terfikir macam mana kalau novel ni dijadikan filem atau drama, mesti best...Sekali dia buat sungguh..Hahaa
Harap-harap cerita lakonan ni nanti sama macam novel...Actually aku tak lepas lagi baca novel Lagenda Budak Setan dengan lepas tu yang Nora Elena punya novel....
Tapi pendapat aku la kan, lagi best kalau Lisa Surihani yang jadi Izzah..Sebab Izzah ni macam gadis kecil molek, agak manja sikit..Kalau Amy Amylia pula watak dia macam diva, artis terkenal gitu la..Watak Hariz pula macam sesuai sangat dengan Aaron Aziz..Lagipun pelakon ni memang berbakat..Bagi watak apa pun menjadi...Dalam novel ni, Hariz ni mula-mula jahat sikit..Asyik dera Izzah sebab Izzah kan budak kampung..Tapi slow-slow dia jadi jatuh hati kat Izzah...Part yang sedih bila dia terkena buatan Mila Amylia then masa dia nak kena kahwin lagi satu...Sedih juga cerita ni tapi ending yang best..
Aku harap sangat novel Pergilah Sepi akan dijadikan filem atau drama..Novel ni best sangat...Kalau boleh watak lelakinya kena handsome sebab dalam novel tu lelaki tu macam playboy awalnya...Tak apalah, tunggu aku jadi pengarah nanti ke kan..Aku buat filem adaptasi dari novel tu...Yang pegang watak Syafiq aku bagi Kyuhyun yang bawa..Kalau watak Afiqah, aku bagi aku la yang bawa....Hahahaha....
*Murah rezeki Aaron sekarang kan..Tapi isteri dia tak jealous ke ek suami dia bawa babak ‘berbahaya’ dalam cerita ni?

KALAU RAJIN KOMEN LAH..;)