Monday, July 25, 2011

Dia Yang Bernama Adik

Aku rasa geram! Kenapa aku geram? Entah la...Tapi mood aku down la lepas parents aku hantar tadi....Adoiiii....AYP, kau bukan sem 1 tau tak!!Kau tu dah jadi senior, takkan nak homesick lagi...
Actually aku pun memang tak sihat lagi...Lama woo, before cuti hari tu...Sebelum aku berjimba ramba dengan kelab KEMUSA UiTM ke Cameron...Then balik rumah aku demam, batuk aku tak hilang dari seminggu lepas sampai hari ni...Macam mana nak hilang kalau makan ubat...Aikk, makan ubat la patut hilang kan?Tapi ubat yang aku makan special sikit...Ubatnya buah mata kucing, durian, air batu, ais krim.......Amacam?Memang padan la kalau tak baik-baik batuk aku ni...Sorry la my roomate, malam ni ada bunyi drum lagi...Tak habis lagi la derr..
Cerita pasal adik ni...Aku agak sedih sebab before aku balik aku ada gaduh dengan dia petang tadi...Kitaorang main bola...Lepas tu aku bengang la kan asal aku sumbat gol dia kata tak aci...Dah la tu tak habis-habis minta penalti..Macam la kau main kat padang...hahaha.Main kat ruang tamu rumah je kot, ala-ala padang futsal la konon...Mula-mula main kat beranda tapi beralih arah sebab ada orang datang..Dia merajuk sekejap siap nangis, lepas tu aku pujuk..Tapi aku warning “sekali lagi kau cakap gol aku batal aku tak nak main dah”...Then tengah main-main bola tu terhempap kuat kat almari kaca mak aku..Aku secara automatik tepuk dahi dia sebab aku terkejut...Mujur almari tu tak ada apa-apa...Kalau tak habis aku kena pancung sebab madam besar dah warning “dah-dah la main tu Qah, pecah pasu mak tu kang..’...So adik aku ni nangis la..so bayang la kan aku tepuk kat cermin mata tu so sakit la dahi dia kot...Aku pujuk dia tak mahu, aku pun stop main pergi mandi...Konon tunjuk bengang la sebab dah pujuk tak jalan..
Then adik aku ni cakap kat mak aku yang dia nak pergi rumah mak Ani (mak kedua dia a.k.a mak angkat)...Masa tu aku rasa bersalah, aku tak nak dia pergi sebab aku nak dia ada bila aku balik...Lepas tu mak aku tak bagi sebab mak aku suruh dia mengaji dulu...Aku try cakap dengan dia..Dia tak layan, lepas tu aku cakap la “Tak pe Mi..Achu nak balik dah..”..Lepas tu dia menangis..Aku ingat dia nangis sebab tak nak pergi mengaji...
Before dia pergi mengaji tu, aku try cakap lagi dengan dia, lepas tu dah okay and dia suruh aku tunggu dia...Tapi dia habis ngaji lambat sangat so aku pun pergi la kedai sorang-sorang sebab dah pukul 6.55 pm..Masa tu kenapa entah rasa  lain la, macam bersalah bila tinggal dia...Padahal bukan tak biasa keluar sorang-sorang..Mybe sebab aku cakap kat dia yang aku nak tunggu dia..
Dalam pukul 7 lebih tu dia minta ajar math..Masa tu aku tanya “Kimi, kenapa Kimi menangis tadi dekat situ(sambil tunjuk satu sudut)...” lepas tu dia jawab “Ye la lepas ni nak main bola dengan siapa..”..Pehh, masa dia cakap tu aku tersentuh...then after aku siap menjalankan kewajipan sebagai umat Islam, aku tengok dia makan..Lepas tu kitaorang makan sama-sama..
Bila parents aku hantar tadi, dia main handset aku lepas tu dia tertidur...Bila sampai je, dia bangun...Lepas tu dia cakap “Achu balikkan Jumaat ni?” aku Cuma angguk...Kalau tak ada program minggu ni memang aku akan balik..Mana boleh tahan macam ni....Sabar la hati menunggu hari Jumaat...
Dia yang bernama adik, dia yang sangat rapat dengan aku, dia la teman aku..Dia la teman ketawa, teman bergaduh..Dia yang bernama adik, sabar lah tunggu akak mu untuk bermain bola...Hahahah..Touching sikit malam ni mybe stress kot memikirkan nak bagi speech esok......Kecewa bila dapat tahu kelas esok banyak batal, kalau tahu awal aku balik je esok..Boleh main dengan adik aku, tak la menyusahkan bapak aku yang tengah penat membetul lori tadi...urghhh

berusia 9 tahun pada 7/7 baru ni

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers