Friday, January 15, 2016

Ego



Ego ni suatu perasaan yang susah nak diperjelaskan secara detail. Yang pasti ego ni wujud sebab ada rasa diri dia betul, then sebab ada rasa tak nak kalah, dan lagi sebab rasa malu nak show your true feeling. Contohnya bila kita suka seseorang tapi kita tak nak admit, tu pun salah satu ego tapi depends juga la.. sebab ada orang tak nak admit feeling dia mungkin juga sebab dia tak ready or any other reason kan.. Cumanya ego ni ada baiknya juga laa

Tapi yang aku nak cakap sekarang ego dalam perhubungan.. Haaaa akak nak jadi dokter love kejap.. selalunya ego ni naik meninggi bila kau dengar perkataan maaf, bila dipujuk. Ha masa tu lagi mengada-ngada kau punya merajuk.

Dalam satu situasi bila si A minta maaf kat kau, tapi kau punya rasa sakit hati tu sampai kau tetap juga nak teruskan marah kau. Itu kes bila si A minta maaf.. Contoh tiba-tiba si B pula mengaku salah and minta maaf kat A, haaa masa tu  tiba-tiba si A pun rasa nak kebalkan la pertahanan dia.. itu lumrah laa, bila sorang minta maaf yang sorang akan degil. And bila yang degil minta maaf yang sorang tu pula degil so conclusion dia dua-dua degil and lagakan je kepala dua-dua



Itu satu kes.. another kes bila A dan B tengah bergaduh then dua-dua rasa betul. Dua –dua tak nak mengalah.. dua-dua senyap and dua-dua tak nak start berbaik dulu then akhirnya bila dua-dua merindu dua-dua tetap juga pertahankan ego masing dan sanggup ketepikan rindu.. Yang ni dinamakan ego yang merugikan.. Haha.. Aku jarang berada  dekat situasi ni :p A+B + AB kuasa 2

Situasi lagi satu bila A and B tengah bergaduh, dan si A akan mengalah dan pujuk.. Si B tetap juga ego dengan bagi serangan bertali arus.. pung pang pung pang, si A pun apa lagi, terasa dicabar keegoaannya maka sama-sama berkeras. Ni sama macam A kuasa 2 tolak B kuasa 2 sama dengan AB kuasa 4.



Tapi pada aku, ego ni ada je positive nya. Disebabkan ego juga la aku terselamat dari buaya-buaya tembaga.  Ego ni kadang-kadang tunjukkan orang tu tegas dengan pendirian dia. But ego ni biar la kena pada tempatnya. Sebab bila tak kena pada tempat, diri sendiri merana bai.. Yang ni pun gua pernah rasa der..I have so many experienced yang mana aku ego dengan someone yang aku suka, ego nak mengaku perasaan sendiri and akhirnya, I lose them.. Hahah. So perlahan-lahan wa try untuk tak mengulangi kesilapan yang sama. Wa tak nak ego become only requirement to destroy my relationship. I’ll try my best..  Hohoho



Actually, setiap orang ada ego sendiri. Bezanya banyak ke sikit dan the way you control your ego. As for me, wa mengaku wa memang ego and Alhamdulillah wa dapat partner yang gigih memecahkan dinding ego wa.


But don’t worry, dalam setiap perhubungan mesti ada ion – dan ion +. Bila sorang jadi positive another one akan negative. Macam tu la sebaliknya. Sebab kalau dua-dua sama negative or positive kita tak nampak tarikan magnet kat situ. Hahah.. Nampak macam merapu kan, tapi Nampak ada logic kan..?well well well.. Dah la aku nak sambung kerja.. Papai.. 






Tuesday, January 12, 2016

Angin

Assalamualaikum
Hai hoi, long time no see huh?huhuhu… Actually aku tak idea nak karang ayat pun. Tapi disebabkan kemalasan melanda, dan tengah belum sampai mood tender, so aku rasa nak membebel seorang diri dihadapan laptop pinjam ni ha…


Since aku tak dapat nak bebel secara nyata, so aku bebel la secara maya. Tak kisah la maya Karin ke maya ape ke yang penting maya. So alkisahnya di pagi yang hening, burung berkicauan, cengkerik bersembunyi.. Okay stop, yang tu sekadar illusi aku. Mana pula datangnya burung berkicau dengan cengkeriknya dekat office ni. Kalau yang berkicau pun burung kakak tua version manusia. Pagi-pagi dah bising. Hahaha

Inilah masalahnya perempuan.. suka sangat ikut emosi. Sebab aku perempuan so aku admit la benda tu. Cuma masalahnya, bila beremosi, habis semua orang lain nak dihentamnya. Bak kata bro kat office ni “ susah la kerja dengan perempuan, perempuan ada angin”.. well said. Actually ada cara yang lebih elok nak menegur orang ni. Jangan sebab kau bad mood, kau main lepas je kat orang. Orang yang kau lepas tu ada hati juga. Haa… dia bukan tunggul yang kau boleh sesedap anak tekak kau nak lepaskan angin kus kus kau. 

Aku tak ada la nak mengata orang. Sebab aku pun sama. Hahaha… cumanya angin aku ni jarang kena kat kawan office ke or kat kawan-kawan aku ke. Tapi selalunya angin aku dia pergi dekat someone special sikit. Hahaha.. So yang jadi mangsa selalunya adik aku, dan my senior. Tempat luahan perasaan… Hahaha. So hati-hati la ye dengan angin yang tak di undang ni

Yang penting sebelum melepaskan angin tak kira la angin yang mana pun, make sure tengok kiri kanan dulu, tengok pada situasi dulu. Belajar control angin. Jangan sebab angin kita, orang pun jadi tak suka bekerja dengan kita.. Kan? By the way, bukan perempuan je ada angin tau.. Please la jangan nak salah kan perempuan je, lelaki pun sama je. Tapi tak nak mengaku. Hahaha.. Tapi kalau lelaki, angin dia bukan angin kus kus dah tapi angin puting beliung. Lagi la kena hati-hati.  Kat office ni pun aku risau je terkena angin puting beliung.. Hahha

Chow dulu sebelum semua angin yang ada menterbalikkan office ni.. Hahaha