Tuesday, January 12, 2016

Angin

Assalamualaikum
Hai hoi, long time no see huh?huhuhu… Actually aku tak idea nak karang ayat pun. Tapi disebabkan kemalasan melanda, dan tengah belum sampai mood tender, so aku rasa nak membebel seorang diri dihadapan laptop pinjam ni ha…


Since aku tak dapat nak bebel secara nyata, so aku bebel la secara maya. Tak kisah la maya Karin ke maya ape ke yang penting maya. So alkisahnya di pagi yang hening, burung berkicauan, cengkerik bersembunyi.. Okay stop, yang tu sekadar illusi aku. Mana pula datangnya burung berkicau dengan cengkeriknya dekat office ni. Kalau yang berkicau pun burung kakak tua version manusia. Pagi-pagi dah bising. Hahaha

Inilah masalahnya perempuan.. suka sangat ikut emosi. Sebab aku perempuan so aku admit la benda tu. Cuma masalahnya, bila beremosi, habis semua orang lain nak dihentamnya. Bak kata bro kat office ni “ susah la kerja dengan perempuan, perempuan ada angin”.. well said. Actually ada cara yang lebih elok nak menegur orang ni. Jangan sebab kau bad mood, kau main lepas je kat orang. Orang yang kau lepas tu ada hati juga. Haa… dia bukan tunggul yang kau boleh sesedap anak tekak kau nak lepaskan angin kus kus kau. 

Aku tak ada la nak mengata orang. Sebab aku pun sama. Hahaha… cumanya angin aku ni jarang kena kat kawan office ke or kat kawan-kawan aku ke. Tapi selalunya angin aku dia pergi dekat someone special sikit. Hahaha.. So yang jadi mangsa selalunya adik aku, dan my senior. Tempat luahan perasaan… Hahaha. So hati-hati la ye dengan angin yang tak di undang ni

Yang penting sebelum melepaskan angin tak kira la angin yang mana pun, make sure tengok kiri kanan dulu, tengok pada situasi dulu. Belajar control angin. Jangan sebab angin kita, orang pun jadi tak suka bekerja dengan kita.. Kan? By the way, bukan perempuan je ada angin tau.. Please la jangan nak salah kan perempuan je, lelaki pun sama je. Tapi tak nak mengaku. Hahaha.. Tapi kalau lelaki, angin dia bukan angin kus kus dah tapi angin puting beliung. Lagi la kena hati-hati.  Kat office ni pun aku risau je terkena angin puting beliung.. Hahha

Chow dulu sebelum semua angin yang ada menterbalikkan office ni.. Hahaha 


No comments:

Post a Comment