Tuesday, June 28, 2011

PC Fair

Memang la semua benda-benda ni kerjanya nak menghabiskan duit aku kan... Dan aku terpaksa merelakan la duit aku dihabiskan....


So sebelum  pergi PC Fair ni lagi aku dah plan nak beli apa so nanti aku tak la melalut ke benda lain...Dan aku sememang nya membeli kesemua yang diplan pada harga okay la.....First aku beli headphone, kawan aku cakap “kau dah tak boleh nak beli yang lagi besar eh? Beli yang kecil suda....Kau ingat kau telinga gajah apa...” ahahah.. Lebih kurang macam tu la, tak sempat la nak record bebelan dari makcik suaida tu....Then my roomate pula “ Kau nak buat apa lagi benda ni? Kau nak sumbat kat dalam mulut kau?” Hahaha...Lebih kurang macam tu la...Tak sempat nak record juga...Actually aku baru je beli headphone baru, aku suruh kawan aku belikan... Tapi aku kan memang pemusnah barang-barang yang ada....... Headphone yang first dah patah dan boleh sangat kalau nak rebus but masih berfungsi...Cuma batang headphone tu je patah..Yang second aku beli dah rosak telinga sebelah...(Bukan telinga aku, telinga headphone yang sebelah tu..Telinga???Ah, lantak la.. Aku tak tahu la namanya...Haahhaha) Dan tadi aku beli untuk kali yang ketiga...Harap yang ni lama la sikit..Huhuh...Jangan la habiskan duit aku lagi...Then, aku beli mouse pad, and cooling pad...cOOLing pad aku yang lama dah tercabut wayar kat kipas tu..Mula-mula satu je kipas tak berfungsi at the last semua sekali tak berfungsi, dengan wayar-wayar tercabut...Ok, aku faham..Aku memang pemusnah harta benda...Tak payah cakap, aku tahu.. Dalam rumah pun memang aku antara yang merupakan perosak barang-barang yang ada..Hahaha...

Cooling pad aku cadang nak beli yang biasa, yang putih punya.. But setelah ditanyakan opinion Suaida Alwee, dia mencadangkan aku membeli yang warna hitam, yang elok sikit punya la...Harga pun ELOK sikit la..Terima kasih Suaida Alwee, kau memang suka cadangkan benda-benda yang membuat kan purse aku ni makin menipis kan...Kau memang mempunyai taste yang tinggi untuk menghabiskan duit aku...Hahahhaa...