Thursday, June 30, 2011

Aku suka kena tipu


Sumpah tak lawak seyh kena tipu macam ni..Dah malam kot...Nak bergurau pun macam ni der..Haihh..sabar AYP, sabar....sabar itu kan separuh daripada iman...Smile...Try to smile dear..Ok, dah boleh dah kalau nak ambil gambar tu..Hahaha

Actually aku dan kawan baik aku Hazirah Norizan telah ditipu bila dikatakan ada kelas malam ni dan kelasnya memerlukan kami mendaki bukit...Memang tak lawak...Tiba-tiba, aku diberitahu kalau sebenarnya tak ada kelas pun..Aku rasa macam nak lompat kijang kejap...Yey, aku kena tipu...Gua rasa macam nak tumbuk orang yang gua jumpa pun ada..Rasa macam nak menari zapin pun ada.. Kalau budak dua orang tu ada depan aku memang aku dah smackdown..hahah
Bukan apa, malam ni bilik aku jadi tuan rumah (dah macam main sukan)...tuan rumah untuk yassin wing...So macam tak best la kan aku serah semuanya kat roomate aku...Dan agak segan la kan bila orang baca yassin aku pula keluar...Kalau keluar betul ada kelas tak apa, masalahnya kelasnya tak wujud pun...Haihh, kau tanggung la dosa wahai yang menipu wei...
Dah la segan keluar melalui orang tengah baca yassin, menunggu si Hazirah ni pun lambat yang amat...Ingat kan dia tak nak pergi kelas...Then last-last dapat tahu kelas mana ada...Pehh, dah boleh dah kalau aku nak terjun bangunan tingkat tiga kolej ni...Then, lagi malu bila aku terpaksa balik bilik semula dan semua orang memandang aku (saya tak jadi artis lagi, jangan la pandang macam tu..Saya juga tidak terlibat dengan sebarang jenayah)..Balik jer terus makan nasi lemak, penat kena tipu kan...Nasib baik nasi lemak jadi pengubat hati..
Dan kesian juga buat hazirah sebab bilik dia juga yassin dan dia and her roomate kena lead yassin tu... Then dia pun rushing la nak pergi kelas...Sekali kena tipu..Tanggung la dosa wei...Hahah...Aku tak tahu...Then si zira ni cakap “aku jumpa budak dua orang tu memang botak kepala dua-dua..”...Hahah
Dan status dia di facebook “Ada sesiapa nak hulur muka nak kasi aku tumbuk satu kali kat muka tak skrg? hari yang agak sial harini (y)
Status aku yang awal seminit dari dia “aku memang suka kena tipu... memang best pergi DK sorang ambik angin...Lagi best bila tahu tak ada kelas pun sebenarnya... Hari ni bukan hari jadi aku rasanya.. (-.-)
Hahaha..Bila aku balik semula roomate aku semua tanya..Then aku cakap kena tipu and my roomate semua cakap..Siapa tipu kau?Kurang ajar gila...Lagi sorang cakap macam ni “siapa tipu kau?bagitahu aku, biar aku belasah..” (aku takut kau yang kena belasah ..haha)..dan junior aku “siapa tipu kak Iqa?Bagitahu kita..”......Actually, memang gurauan tu tak patut kot..Orang lain pun rasa macam tu...Kalau aku ni macam roomate aku sorang ni memang dah gegar  satu kolej..But nasib baik la aku dikurniakan kesabaran..kui.kui..So aku boleh consider la benda ni sebagai gurauan...Dan kak Dana,Senior aku mencadangkan aku dan hazirah untuk bermain angry bird...Haha..Terbaik..
Tak salah bergurau..Tapi kena ingat setiap manusia berbeza...Mungkin bagi kita benda tu simple and just nak suka-suka tapi kena ingat tak semua orang boleh terima..Tak semua hatinya sekebal besi kan..
But remember that, jangan suka gurau benda-benda yang keterlaluan, takut satu saat kita akan menangis disebabkan gurauan orang..Masa tu tak boleh nak salahkan orang lain...Peace.. J

Shahir AF dah berubah..

Actually aku baru je lepas tengok cerita KARAK yang ditayangkan di kolej aku ni...So excited la nak tengok cerita ni sebab ada Shahir kan...Aku memang minat Shahir, suara dia, peribadi dia...Then bila kawan aku ada cakap “Aku tak minat dah Shahir lepas tengok cerita KARAK”, so aku tertanya-tanya dan rasa tak sabar nak tengok..
Cerita ni banyak buat aku tergelak...Hahah..Lawak tengok budak-budak ni sebenarnya...Belum apa-apa dah jerit..Yang tak boleh bla, time part handphone Zura (siapa ntah pelakonnya, tak ingat la nama asal dia)....part handphone berdering pun kecoh nak jerit-jerit...Aku tak nampak dimana seramnya handphone berbunyi...Haha...Cerita ni macam cerita khurafat, banyak bermain dengan sound effect...Then buat orang rasa berdebar-debar... Nak kata seram sangat tu tak la, sebab aku tak rasa nak tutup muka pun...But kalau tengok cerita hantu Korea and Jepun, memang aku akan mencari somehing untuk dijadikan benteng...hahahah
Then kenapa aku cakap Shahir dah berubah?Mungkinkah sebab dia dah tak pakai pendakap gigi dah sekarang?Oh bukan itu yang patik ingin persembahkan...wah..wah..main drama pula (mana tahu KRU buat Karak 2, boleh la contact aku untuk jadi partner Shahir..kui..kui..kui..)
Ada banyak babak yang aku tak expect Shahir akan buat...First babak dia pegang tangan dengan Zura tu...Aku relax lagi (wah statement macam awek Shahir pula kan..) Then, tiba-tiba ada babak Shahir peluk dengan perempuan tu....Kecewa seketika aku..Sebab tak silap aku Shahir ada buat statement yang dia tak nak berpegangang yang melampau la kan...Lebih kurang macam tu la, tak silap aku, aku baca kat surat khabar...Tapi kalau dah berpeluk, takkan tu dikira tak melampau?Huhuhu.. Sorry Shahir, terkutuk suda...
Before dia masuk AF umum tahu dia ni macam mana kan..Then dia ni kan teror taranum...Datang dari keluarga yang alim...So aku mengharapkan dia kekalkan imej tu after dah keluar AF, but lain jadinya...Tapi kesian juga Shahir, dia tak pernah pun mention yang dia alim kan...Tapi orang pandang tinggi pada dia dan aku yakin mesti ramai juga tak suka babak Shahir pegang-pegang tu...Whatever la, aku still lagi minat dia as long as tak keluar aksi terover lepas ni pasal dia....
Suara dia pun best.... (selalunya suara orang biasa baca Al-Quran memang sedap, lunak...)...Contohnya Mawi..Suka suara dia..(^^,)


Tertanya-tanya la...Kalau Shahir tak jadi artis mungkinkah, dia tidak akan berpegangan macam dalam cerita tu...(Apa ntah yang aku merepek ni..Hak dia kot, suka hati la dia nak pegang ke apa ke kan..)
Saya tetap minat Shahir...Harap tu last cerita Shahir dengan aksi macam tu..Lebih elok tak payah berlakon, seeloknya menyanyi je la... Kalau nak berlakon pun, berlakon la cerita macam Syurga Cinta, Nur Kasih ke.. Ayat-ayat cinta...Wahhh..Ha, ada lagi...Ustad Amirul..dan yang sewaktu dengannya..Macam la aku ni mak dia kan..
Aku harap MR.B masuk Imam Muda....Hahahaha...



Shahir segak berbaju Melayu

Tuesday, June 28, 2011

PC Fair

Memang la semua benda-benda ni kerjanya nak menghabiskan duit aku kan... Dan aku terpaksa merelakan la duit aku dihabiskan....


So sebelum  pergi PC Fair ni lagi aku dah plan nak beli apa so nanti aku tak la melalut ke benda lain...Dan aku sememang nya membeli kesemua yang diplan pada harga okay la.....First aku beli headphone, kawan aku cakap “kau dah tak boleh nak beli yang lagi besar eh? Beli yang kecil suda....Kau ingat kau telinga gajah apa...” ahahah.. Lebih kurang macam tu la, tak sempat la nak record bebelan dari makcik suaida tu....Then my roomate pula “ Kau nak buat apa lagi benda ni? Kau nak sumbat kat dalam mulut kau?” Hahaha...Lebih kurang macam tu la...Tak sempat nak record juga...Actually aku baru je beli headphone baru, aku suruh kawan aku belikan... Tapi aku kan memang pemusnah barang-barang yang ada....... Headphone yang first dah patah dan boleh sangat kalau nak rebus but masih berfungsi...Cuma batang headphone tu je patah..Yang second aku beli dah rosak telinga sebelah...(Bukan telinga aku, telinga headphone yang sebelah tu..Telinga???Ah, lantak la.. Aku tak tahu la namanya...Haahhaha) Dan tadi aku beli untuk kali yang ketiga...Harap yang ni lama la sikit..Huhuh...Jangan la habiskan duit aku lagi...Then, aku beli mouse pad, and cooling pad...cOOLing pad aku yang lama dah tercabut wayar kat kipas tu..Mula-mula satu je kipas tak berfungsi at the last semua sekali tak berfungsi, dengan wayar-wayar tercabut...Ok, aku faham..Aku memang pemusnah harta benda...Tak payah cakap, aku tahu.. Dalam rumah pun memang aku antara yang merupakan perosak barang-barang yang ada..Hahaha...

Cooling pad aku cadang nak beli yang biasa, yang putih punya.. But setelah ditanyakan opinion Suaida Alwee, dia mencadangkan aku membeli yang warna hitam, yang elok sikit punya la...Harga pun ELOK sikit la..Terima kasih Suaida Alwee, kau memang suka cadangkan benda-benda yang membuat kan purse aku ni makin menipis kan...Kau memang mempunyai taste yang tinggi untuk menghabiskan duit aku...Hahahhaa...

Monday, June 27, 2011

Qasidah Istighfar



Secara tak sengaja masa kelas tadi aku lupa nak silent handphone aku.. So tiba-tiba phone aku berbunyi lagu ni part rabbi zidni....Aku cut bahagian tu.. Then masa berbunyi ada la yang tertanya-tanya 'lagu apa tu'.. ada yang cakap 'lagu benda lahh tu' dengan nada macam aku ni pasang lagu merepek la sangat kan... ada 'lagu apa tu doh' dengan nada macam pelik sangat lagu aku ni...Eh, lagu aku pulak, i mean lagu kat handphone aku ni....Dan mybe ada yang dengar cakap' scary nya lagu kau'....well....Lantak lah kan, nak komen lebih-lebih pun tak elok rasanya...So pada yang dah baca post aku ni, so korang tahu la dah kan lagu handphone aku yang berbunyi time kelas puan Iffa...Not a weird song but qasidah song....okay?May Allah blessing you... (^^,)

Muslim football player




Saya suka sangat tengok video ni....awesome!

I'm not Perfect...I'm sorry dear

Aku dah nampak silapnya langkah aku...First aku leka dengan ‘yang satu ni’ sampai lupa komitmen aku pada ‘yang lain’..Then silap aku, bila marah menguasai diri, aku lupa pandang kebaikan ‘yang satu’ ni...Padahal masa aku kecewa ‘dgn yang lain’ yang ‘satu ni’ la yang ada.....Aku ingat lagi ada la satu hari ni masa aku di sem dua..Aku tunggu ‘yang lain’ ni...Tunggu punya tunggu rupanya ‘yang lain’ ni dah tinggalkan aku...Hahaha..Padan muka kau kena tinggal!..But ‘yang satu’ ni cakap “Kau jangan risau la, aku kan ada”..Ayat ni la yang pujuk hati aku masa tu...Senang cerita ‘yang satu’ dan ‘yang lain’ ni sebenarnya ADA Cuma mungkin ada masanya aku rasa kewujudannya dan ada masa aku tak rasa kewujudannya....


Yeah, I admit my mistake...It’s not your fault la ‘yang satu’ dan ‘yang lain’...That’s my mistake...Like my friend said before, nobody is perfect...Today I learn that nobody is perfect and practice make perfect so that I should put an effort to practice more and more to be a good friend for my belove friend......








I’m the author of my life, unfortunately I’m writing in pen so I can’t erase my mistakes

Hipokritnya aku

Today aku kena present aku punya speech at in front of my class..I’m so nervous...And try to fight with my nervousness..Thank to Allah, semuanya okay...Ramai(lebih dari satu tu ramai la kan.. :P ) yang puji aku punya confident level dah makin meningkat...Even masa bagi speech tu aku ada sangkut sekejap sebab nak ketawa..semuanya sebab nervous...Disebabkan nervous, I told them that I’ve two brothers..Actually, i’ve 3 brothers include my younger brother..haha..Kawan aku ada perasan my mistake la..Aku ada tanya classmate aku, nampak sangat ke nervous aku sebab dia yang paling hampir but dia cakap tak pun and dia tak sangka aku boleh cakap macam tu, dengan lembut, dengan cara aku cakap pun ok... haha, blushing sekejap....my motivator pun cakap aku dah improve..My lecturer asked me “are you nervous” and i said yes...mybe sebab aku terberhenti tiba-tiba..haha..thanks ye KIM LUTADIAS dan Miera yang sudi bagi tepukan kat aku..haha
Actually ada bad moment..





Aku ni tak dipandang..Sedih aku bila aku tanya tak ada sorang pun reply apa yang aku tanya..Terus berbincang seolah-olah aku tak ada..Bohong la kalau tak dengar..Aku ulang lebih dari 3 kali..Takkan la sorang pun tak boleh nak jawab soalan aku..Aku bukan bagi soalan add math pun..Try la imagine, kau tanya kat orang then tak ada sorang pun layan seolah-olah kau masa tu memang tengah cakap sorang-sorang kan...Bila aku rapat dengan yang lain, kau kata aku lupa, tinggal kau..Tapi sedar tak kau tak hargai aku,,That’s why aku mencari yang lain...Dari dulu aku rasa tersisih, that’s why juga kerenggangan dulu menyebabkan tercipta satu hubungan baru..But bila hubungan tu runtuh aku sedar something..I need you and you need me..but then I felt that I need you but you did not need me..Kadang-kadang aku rasa hipokritnya aku..Pretend eolah-olah tak ada apa-apa jadi padahal hati sakit..Tapi tak salah hipokrit untuk kebaikan...So teruskan lah hipokrit AYP...




life quotes at charmroyal.com

Yeah.. u killed me!


Sad Love Quotes from dolliecrave.com

Sunday, June 26, 2011

Kisah dongeng Stacy

Lagu terbaru Stacy ni memang best, lagipun sebelum ni stacy asyik bawa lagu rancak je kan..Bila dengar lagu ni memang tersentuh la, tengok video klip dia lagi la...Best-best...Suka sangat lagu ni




Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka yang jauh lebih megah dari ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima
Insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya kisah dongeng saja

Belum pernahku merasakan dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan kehadiran
Seorang teman tulus mencurah kaasih sepenuh hati
c/o
Mencintai aku...

STACY AF 6

Wednesday, June 22, 2011

explorace

Huh... Giler penat hari ni...Ada explorace sampai kena pusing satu UiTM ni..Nasib baik UiTM Segamat je... Aku tak dapat bayangkan kalau kitaorang kena pusing UiTM yang macam UiTM Shah Alam......Sebenarnya aku pelik juga, kitaorang ni nak jadi usahawan ke jadi atlit...hahaha...Tak apa la, sihat kan badan... Habis kaki aku melecet sampai aku lari cabut kasut... Kepala aku giler macam nak pecah, muka aku rasa macam nak meletup, terbakor rasanya... yang paling tak boleh bla, kitaorang kena lari ke susur masuk ke UiTM, betul-betul kat gerbang luar nak masuk UiTM...Gila ouh...Tak lawak siot macam tu..Kena pergi ambil gambar dekat ‘WELCOME TO UITM’.....dah la kat luar ada pasar... Semua student tengok kitaorang lari..Mybe diorang ingat kitaorang nak jogging kot..Dah la tu siap ada yang nganjing lagi tu lari sama-sama dengan kitaorang...Aku nak jalan je masa tu tapi kawan-kawan aku semua lari, aku terpaksa la lari sebab perjalanan kami masih jauh...Ouhh, tak lawak derr...
Tak apa, susah dahulu senang kemudian...Next month kami dapat pergi Cameron Highland seyhh..First time nak pergi ni, aku Cuma pernah pergi Genting je...Ouuuu, aku memang suka pergi tempat sejuk-sejuk ni, sebab aku suka pakai baju tebal-tebal, baju berlapis-lapis ni..That’s why la tempat yang aku nak pergi sangat-sangat tu Korea...Bukan sebab Super Junior or Kyuhyun okay....hahahah....
Yeah, malam ni ada program kat masjid kitaorang, ustad Nazri datang bagi ceramah....Tajuk dia best sangat-sangat.. Nak tahu?Tajuknya ‘JANGAN HANTAR AKU KE NERAKA’....Fuhhh, hangat rasanya tajuk ni..Mybe aku pergi lambat sikit, masing-masing masih kepenatan..
*Eh, tadi aku nampak Hanis Zalikha naik basikal masa kitaorang explorace tadi..I thought dia dah praktikal....Actually, ada sedikit kekaguman la dengan dia...Cantik, bijak, semua orang nak cerita pasal dia...Lengkap pakej!heheh..




Tuesday, June 21, 2011

Your Turn

Sad Love Quotes from dolliecrave.com
Ayat ni memang sesuai sangat dengan aku.. Itu yang terjadi antara aku dengan dia.. Stop la berharap.. Don’t put any hope on the meaning that already disappeared.. Sorry to say... Tapi itu hakikat yang kita kena terima...Dunia berputar macam roda..Then, kena ingat dan jadikan pengajaran, jangan terlalu mudah bina harapan kalau satu saat kau hancurkannya.. At the last kau tercipta harapan sendiri..Sorry, tak pernah terlintas untuk balas dendam, sumpah.. Semua jadi diluar jangkaan aku.. Kalau kau rasa kecewa, kau kena ingat aku lebih kecewa dari kau.. Saat aku jatuh, tak ada siapa-siapa dekat sisi aku.. Yang ada kau buat aku bertambah terjatuh dan tersungkur.. Mujur Allah sentiasa ada bersama hambaNya lagi-lagi hamba yang teraniaya..... Hopefully kau faham, dan tak simpan rasa benci dan dendam kat aku... Honestly, dah tak ada apa-apa yang dapat aku simpan melainkan memori dulu.. Itupun dah aku kunci......
Aku tak tahu kenapa ayat aku malam ni touching.... Ini salah Norsuaida Alwee.. Kau bagi aku jumpa benda alah ni...hahahah...Sorry dear, not your fault la... Actually seronok main benda alah ni, betul kau cakap....Hehehe.. Thanks dear, sebab selalu bagi aku support.... (“,).. I’m your friend right?forever right?Please say yes... L

I was LYING


Love Quotes from Dolliecrave.com




MR. B..........................I was lying... Iwas lying!!!

Friday, June 17, 2011

Berdikari lah!

Today aku jadi student UiTM yang setia di mana aku tak balik minggu ni (Tu pun sebab ada gotong-royong...Tak payah nak bajet setia sangat la kan...:P)..
Dah rasa bosan ke cik AYP?Nope!Belum lagi sebab aku ada banyak kerja nak kena buat..Hahaha....Tadi petang parents aku ada datang hantar kasut aku yang tertinggal....Biasala aku kan careless...Actually aku tak la minta dengan tergesa-gesanya kasut tu tapi parents aku memang nak ke bandar segamat ni nak beli tayar lori katanya dan terus la UiTM hantar aku punya kasut..
Dan mak aku bawa mee sup...Dan sememang nya naluri ibu tu kuat sebab aku  memang tak makan apa-apa dari pagi tadi...Asal mak bapak aku datang nanti mula la kedengaran suara sumbang cakap “untung la mak ayah datang kan..” “untunglah rumah dekat”...Hahaha...Tapi betul juga kata member-member aku ni....
Nasib baik la aku dapat dekat uitm segamat ni...sejam beberapa minit je perjalanan dari rumah aku...Dah la aku ni careless, untung la dekat, anytime boleh hantar..Bayangkan kalau kat Sabah Sarawak ke Kelantan ke...Tak ke merana hidup..Masa aku part  2 ke part 1 entah aku tertinggal handset...Mula ar macam cacing kepanasan...Tu pun ayah aku hantar beberapa hari selepas tu...Kau ingat ayah kau tak ada kerja ke nak melayan kau punya masalah?sapa suruh cuai sangat...Hahaha
So aku start berfikir kalau aku kena belajar berdikari la....Dan kena belajar untuk tidak mudah cuai lagi...Bayangkan kalau ada rezeki sambung degree nanti then kau dapat kat Shah Alam or Machang....Siapa nak layan kau dah wei?Siapa yang nak datang jenguk kau tiap-tiap minggu wei?Siapa nak hantar barang kau yang tertinggal memanjang tu?Melainkan kau balik sendiri la beb...Tapi kalau aku dapat kat UiTM sana mungkin aku akan jadi student yang setia...Takkan nak balik tiap-tiap minggu macam kawan-kawan aku kat sini yang majoriti budak KL and JB...Kalau anak dato tu tak apa la juga..Ni tak, duit PTPTN pun tak dapat.......hahahah
A’ah la, hai ptptn..Bila yang kau boleh luluskan pinjaman ni...Sem satu dulu dah lulus tapi bermasalah kat dalam maklumat diri pula..Apply baru pun bermasalah juga, sekarang dah lulus pun bermasalah nak download surat tawaran pula!Asal suwey sangat kau ni AYP?hahahah...Dah nasibku begini..Antara dua je, sama ada aku yang suwey atau ptptn yang suwey....haha..tadi ayah aku tanya ada duit tak...Aku tersenyum simpul..Konon nak buat muka kesian..Then dia cakap kalau dah senyap tu makananya tak ada la tu...Apa boleh buat, aku dah ikat perut sehabis-habisnya tapi awal-awal sem ni memang kena beli banyak buku...
Dan mak aku beli selipar baru...Ganti yang putus masa event baru-baru ni..Hahaha....Setahun dah berapa banyak kasut kau yang putus ni AYP....Cuba la jalan macam model sikit..Macam Hanis Zalikha ke...waaa...Eh, masuk sem baru ni aku dah tak nampak hanis zalikha...Dia dah grade ke?Don’t know la...


Ceritera hari ini

 Actually kelas pukul 2 hari ni (Khamis) batal..So macam kanak-kanak ribena la rakan sekelas aku bersorak dengan riang ria rayanya..Haihh, time semangat nak belajar time tu la kelas batal..Time aku tak semangat berderet pula kelas..Kelas aku hari Khamis ni start pukul 8 dan lagi kena mendaki bukit dekat UiTM Segar Amat ni kan of course la ada rasa malas ditambah dengan rasa ngantuk lagi kan..but today is different..Aku memang rasa malas nak pergi kelas tapi semangat tu ada...Dah mendaki bukit tu kan, tiba-tiba bapak tiri bagi student UiTM a.k.a pak guard tengah menunggu untuk menyaman student yang tak pakai kad matrik..
Guess what?Aku boleh tak bawa kad matrik aku hari ni...Alhamdulillah dia tak perasan even dia mengahadap ke arah aku..syukur sangat dah la aku tengah pokai..Buku pula mahal-mahal tapi it’s okay la sebab duit tu ke arah kebaikan...So jadi pengajaran kat aku, jangan lupa bawa kad matrik!!Then, selamatla aku sampai ke kelas..
Ada lagi yang aku pelik, bila belajar subject ni aku tak rasa mengantuk(ada la sikit) atau boring even subject ni more on theory..Mybe semangat pagi tadi kot..Mungkin juga sebab keikhlasan...Bila kita ikhlas, kerja jadi mudah dan seronok..Dan tak boleh bla next week kena bagi specch in Bahasa Inggeris ye kawan-kawan...Oh tidak!Rasa nak pengsan..Mesti datang penyakit parkinson tu..
Tapi yang best nya bila lecturer aku cerita dia pergi oversea tak silap aku London kot then dia cakap shopping mall diorang ada library..Dekat Malaysia aku tak tahu la tapi aku rasa patut diperbanyakkan..Sebab dapat encourage people untuk membaca at the same time boleh gain knowledge, pinjam buku...Kalau book store nak kena beli, of course la majoriti manusia nak yang free kannnnn..kannn..Then tak silap aku Singapore pun ada...Bagus nya orang negara luar ni diorang pergi mall untuk membaca bukan shopping je kat dalam fikira diorang..Dan sangat sesuai buat lelaki yang bosan-bosan tunggu bini or awek bershopping lebih baik diorang pergi library daripada usha awek lain kan...hahahaha

Today is fairytale...Hahaha...apa yang aku mengarut ni...But today memang have fun sangat...Sangat ker?Ermm..Boleh la untuk merawat hati yang lara...(ehem..ehem..lain macam bunyinya ye cik AYP...)
Kitaorang outing tanpa plan apa-apa...Aku pula teringin nak makan ayam KFC..So dapat la makan kan kang kempunan pula...Tengah khusyuk bercerita terbuka cerita pasal Nora Elena..Dan kawan aku sebut nama Aaron Aziz penuh dengan dengungnya..hahah..Dan aku tersebut kuih jadi kueyyy...Dan lagi best member sorang ni nak beli shawl..So aku cakap kat dia beli kat Bintang..Memang ada kedai nama ni..Entah macam mana dia dengan confident level yang tinggi ajak pergi Bukit Bintang..Haihh, jauh benor kau ajak kitaorang...Dah advance yerk Segamat, ada Bukit Bintang seyh..So kitaorang cantumkan ayat kitaorang tu jadi Pergi Bukit Bintang Dengan Aeronnnn beli kueyyyy...Hahahah...seronok betul ek gelakkan orang..Kena batang hidung sendiri baru tahu



Corat-corettadi ada debat roadshow dan tajuk debat nya pasal poligami..yang paling menarik minat aku pasal ayat seorang pendebat ni "usul kerajaan untuk berpoligami nak sangat ikut, kerajaan usul kan share kereta untuk elakkan pencemaran tak nak pula ikut...Lebih kurang macam tu..Tapi aku suka sangat ayat dia...Yang cakap tu lelaki tau...Senag cakap mana ada perempuan yang happy dimadukan..sebaik-baik mana pun perempuan tu mesti hati dia sakit punya la...Aku perempuan aku tahu la kan..Tapi bagusnya perempuan yang sanggup beroligami ni kan dia sanggup terguris semata-mata nak keredhaan suami dan payung emas...Kalau aku?Tak confident la boleh seteguh tu...Bukan tamak tapi....Yer la kot tamak, mana ada yang suka berkongsi kasih suami..Ada ke perempuan bila laki cakap nak kahwin lain then dia bersorak "yeyy suami aku nak kahwin!"..Hahah..










Saturday, June 11, 2011

Dia Kembali Pulang

Bintang terlihat terang saat dirimu datang....... ßMemang tak dinafikan
Lihat lah dia mulai bernyanyi ß Dia pula penyanyi..
Wajah mu mengingatkanku dengan masa laluku ßSeriously nak dekat sama..Memang buat aku teringat...Kesukaan diorang pun sama
Kekasih yang dulu hilang, kini dia telah kembali pulang.. ß bukan kekasih..suka dalam diam (T-T)...
Memang dia yang baru itu pulang tapi hanya sementara..Kemudian dia berlalu pergi seperti yang lainnya.....
Asal seyh ayat aku malam ni nak jiwang lebih...Atoiiiii....Apa ni?Apa ni? Don’t put any hope yang tak memberi apa-apa erti la weiiii...(sambil hentak kepala ke dinding)
Esok nak kena bersiap awal pagi, bukan untuk balik ke segamat tapi untuk ke Kuantan untuk hantar my sister pergi interview..Actually tak pernah lagi drive ke Kuantan, hopefully semuanya berjalan lancar...Amin..
Haihh, fikiran aku tengah berserabut, tengok bola pun tak ada mood...Kalau fikir benda yang berfaedah tak apa juga, ni serabut dengan benda-benda temeh..Tapi apa yang aku boleh buat?Dah benda tu datang terjah kat kotak pemikiran aku..Kalau boleh aku halau macam aku halau ayam tak apa la juga kan...Haih....Astaghfirullahalazim....Hai manusia, berhenti lah merungut....
Nak melukis pun tak ada mood...Dah lama aku tinggalkan dunia lukisan dan penulisan puisi..Semuanya sejak masuk UiTM..Sejak masuk UiTM ni aku rasa masa aku macam full je...Tapi ye ke?Aku aku tak sure full untuk perkara berfaedah ke tak...Nanti aku check balik..Hahahah..
Tak pasal-pasal aku kembali pada kerja lama aku iaitu top manager stalker...Dah la weiii, forget it.....Tak nak Fikir dah!!Ya Allah, tunjukkan aku jalan....huhuhuhuhuu....Bukan jalan ke Kuantan, jalan untuk aku pilih bagi teruskan hari esok...Harap tak tersesat, dalam masa yang sama aku harap tak sesat la nak ke Kuantan esok...Aku ni kira pemandu baru lagi....(“,)

Hanya Sementara

Akhirnya doa aku termakbul...Alhamdulillah...Even effectnya kena pada aku tapi it’s ok.....Tak salah berkorban untuk orang yang kita sayang..Tapi kenapa niat yang baik selalu disalahertikan........Padahal aku bertujuan baik tapi sayangnya....
Tak kisah la, yang penting Tuhan Maha Mengetahui, Dia tahu siapa aku....Walaupun kegembiraan yang dia bagi semalam Cuma sementara, hanya pinjaman tapi aku akan simpan jadi kenangan.......Alangkah baiknya kalau ianya berpanjangan, haih manusia.....Sentiasa tak cukup dengan pemberianNya.....By the way, aku mengharapkan kenangan semalam akan datang lagi.......(‘’,)
Thanks to Allah, Dia datangkan cahaya saat aku tersungkur...




  


Corat-coret
-> Aku lebih suka kalau orang berterus terang dengan aku, tak payah buat muka...Lagi-lagi bila menampakkan kalau aku ni menyusahkan..just tell me the truth.....Bagi je tahu yang kau tak boleh tolong atau tak nak tolong...Itu lagi baik dari kau bagi isyarat muka kalau hal kau lagi pentng daripada terbabit dengan masalah aku...arghh, sakit hati..marah pun ada, tapi biarlah..Dah la wahai pemilik bagi nama Afiqah..Tuhan tengah menguji kau sekarang ni..Sabarlah wahai hati...Anggap tak ada apa yang buruk terjadi hari ni..Forget it and open the new memory...just delete the past memory..
-> Aku bermasalah betul kalau orang berhutang ni tapi liat betul nak bayar...Aku ni bukan bank lah..Kalau sikit-sikit tu boleh la aku halal kan...Masalahnya nilainya besar la juga, lagi pun aku student je kot...Kalau aku perdana menteri or anak raja ke, aku kasi free je duit tu.......Bukan sekali dia buat macam ni...Tak bagi kang kesian pula sebab tak tolong..Tapi bila dah tolong macam ni la jadinya.........haih......sabar je la.........

Thursday, June 9, 2011

Pakai kasut gajah je la!

Huhuhu..penat jer aku pergi malam penutup UNIFEST...Bukannya dapat cop pun...Astaghfirullahalazim..Tak ikhlas ke kau pergi tadi?Buat la sesuatu tu dengan ikhlas...(terus insaf)...Tapi tak apa la, tak dapat cop pun aku tetap dapat pengalaman....Pengalaman apa?Pengalaman kasut putus...huahuahua....Entah macam mana boleh putus entah..Kalau cerita dekat mak aku ni mesti dia Cuma mampu geleng kepala..Sebab dah penat leter kat aku...Dia cakap aku ni patut pakai kasut besi jer..Tak pun pakai kasut gajah...Wahhh...Mak, gajah pakai kasut ke?hahaha (gelak minta penampar)...PANG!!..dah dapat dah penampar sulong....
Macam yang aku cakap hari ni ada UNIFEST atau untuk kefahaman yang lebih jitu program untuk student daftar kelab contohnya taekwando...hahah...gelak tiba-tiba sebab nak mention kalau aku masuk taekwando...hahah...Sebenarnya hari ni aku tiba-tiba jatuh....Bukan jatuh tangga atau jatuh yang menyakitkan tubuh badan...Tapi aku jatuh hati...kuang...kuang...kuang...Masa aku tengah mencari kelab untuk aku daftar tu la kan aku ternampak la seorang mamat ni...Tapi sebelum ni dah biasa nampak kot...Tapi tak ada la feeling pun tapi petang tadi bila berhadapan betul-betul dengan dia and siap bercakap dalam beberapa patah perkataan la kan, entah kenapa rasa lain...Wahh, dah macam dalam drama la pula....Lepas tu masa balik bilik aku terbayang-bayang muka dia...hahahaha....Tak boleh jadi ni...Then masa aku pergi program penutup ni pun aku tercari-cari dia...Adoiiiii....STOP IT!!!!Yeah....
Aku rasa esok-esok aku dah buka buku baru...;)...Tapi first time aku jumpa dia masa first sem, aku ingat dia ni ustad...Hahaha...Aku ingat dia nak sound kawan aku ke kan sebab kawan aku free hair, sekali rupa-rupanya dia nak bertanya...Hahahah..Dah, dah....Stop cerita pasal dia...Habis jer hari ini, maka habislah cerita tentang dia.....Alright!
Lepas ni kena pakai kasut macam ni kot..
            






Ceritera couple

Kyuhyun : Berani betul awak pandang lelaki lain ye..
AYP : eh, mana ada!Saya tak pandang, saya jeling jer...Don't worry be happy cause u always in the top and bottom of my heart..seriously...
Kyuhyun : I don't trust youuuu
AYP : Yeah, me too...Saya pun tak boleh nak percaya diri saya sendiri...
Kyuhyun : agagaga....

Saturday, June 4, 2011

Tak boleh mengucap selagi tidak diampunkan ibu..

Aku betul-betul tak habis fikir dengan manusia yang tak takut bila dia dah derhaka dengan ibu bapa tapi boleh angkuh dan seolah-olah dia tak bersalah..Sedar tak dia siapa yang melahirkan dia?sedar tak dia siapa yang sara perbelanjaan dia...Dan paling tak habis fikir bila tergamak dia berburuk sangka dengan ibu sendiri...Astaghfirullah alazim..Mana pergi akal yang diberi Tuhan entah...
Even kalau ibu buat salah, kita tak ada hak nak menghukum, sepatutnya mendoakan dia...Nabi pesan apa?orang yang patut dihormati tu IBU..yang kedua? Masih juga Ibu....Dah la tu boleh terfikir ibu sendiri pilih kasih..Nauzubillah...Si Ibu akan menyayangi semua anak nya..Kerana anak anugerah Tuhan..Anak itu lahir dari rahimnya sendiri...Ya Allah...Kenapa wujud orang macam ni..Kau tunjukkan la kebenaran pada mereka-mereka seperti ini..Aku ni pun tak kata la aku ni anak yang patuh sangat kan..Aku pun buka lah anak yang baik tapi aku berusaha jadi anak yang baik dan tak akan pernah ada rasa benci pada darah daging aku sendiri..Bukan apa aku takut jadi macam kisah di bawah..




Pada zaman Rasullullah ada seorang pemuda yang bernama Alqamah yang mana pemuda ni alim..Rajin solat, rajin puasa pokok dan daunnya kira rajin beribadat la..Tiba-tiba Alqamah ni sakit teruk so Rasulullah utuskan Ammar Bin Yasir, Shuib ar Rumi dan Bilal Bin Rabah untuk jenguk Alqamah. Sabda Rasulullah : pergilah ke rumah Alqamah dan talqin lah untuk mengucap La Illaha Illallah. Dan tiga orang ni tadi pun pergilah and rupanya Alqamah dalam keadaan naza’ dan yang paling sedih dia tak dapat mengucapkan kalimat Allah tu tadi..
Bila Raulullah dapat tahu, Nabi pun tanya sama ada Alqamah ni ada ibu bapa ke tak. Dipendekkan cerita Alqamah ni memang ada ibu yang dah tua maka Nabi minta untuk berjumpa dengan si ibu dan si ibun tu datang menemui Nabi..
Dan Nabi ajukan pertanyaan : “Wahai ibu Alqamah, jawablah pertanyaanku dengan jujur, sebab jika engkau berbohong, maka akan datang wahyu dari Allah yang akan memberitahukan kepadaku, bagaimana sebenarnya keadaan putramu Alqamah?”
Si ibu :  “Wahai Rasulullah, dia rajin mengerjakan shalat, banyak puasa dan senang bersedekah.”
Nabi : “Lalu apa perasaanmu padanya?”
Si ibu : “Saya marah kepadanya Wahai Rasulullah.”
Nabi :  “Kenapa?”
Si ibu : “Wahai Rasulullah, dia lebih mengutamakan istrinya dibandingkan saya dan diapun durhaka kepadaku.”
Nabi : “Sesungguhny,a kemarahan sang ibu telah menghalangi lisan Alqamah, sehingga tidak bisa mengucapkan syahadat.”
Nabi : Wahai Bilal, pergilah dan kumpulkan kayu bakar yang banyak.”
Si ibu : “Wahai Rasulullah, apa yang akan engkau perbuat?”
Nabi :  “Saya akan membakarnya dihadapanmu.”
Dia menjawab, : “Wahai Rasulullah , saya tidak tahan kalau engkau membakar anakku dihadapanku.”
Nabi : “Wahai Ibu Alqamah, sesungguhnya adzab Allah lebih pedih dan lebih langgeng, kalau engkau ingin agar Allah mengampuninya, maka relakanlah anakmu Alqamah, demi Dzat yang jiwaku berada di Tangan-Nya, shalat, puasa dan sedekahnya tidak akan memberinya manfaat sedikitpun selagi engkau masih marah kepadanya,”
Si ibu : “Wahai Rasulullah, Allah sebagai saksi, juga para malaikat dan semua kaum muslimin yang hadir saat ini, bahwa saya telah ridha pada anakku Alqamah”.
Setelah itu Nabi meyuruh Bilal untuk tengok keadaan Alqamah sama ada dia boleh mengucap ke tak sebab Nabi tak nak si ibu ni tadi ucap ayat tu hanya kerana malu pada Raulullah..Maka pergilah Bilal ke rumah Alqamah dan Alqamah meninggal dunia saat itu juga setelah dapat mengucap..




Pengajaran dalam cerita ni of course la pasal jangan derhaka kat ibu tapi jika hayati betul-betul kisah ni pun menunjukkan walaupun dia terasa dengan anak dia tapi kasih sayang dia tak berubah..Contohnya bila Nabi cakap nak bakar, dia kata dia tak sanggup..Itu lah murninya hati seorang IBU…


Untuk mak aku..Mak, orang sayang mak, tak kira apa pun…Mak ayah sentiasa memberi yang terbaik untuk anaknya..Terima kasih Ya Allah sebab aku diberi peluang menjadi anak kepada  kdua-dua orang tua aku..;)