Friday, May 20, 2011

Pengorbanan ayah bagaimana?



Syurga itu dibawah tapak kaki ibu. Kita selalu dihidangkan dengan ayat pengorbanan ibu. Sampai-sampai kita terlupa pengorbanan ayah. Memang tak dinafikan ibu harus diutamakan tapi ayah tetap harus dihormati dan pengorbanan seorang ayah bukan kecil tapi besar. Pengorbanan ibu senang dilihat contoh bila anak menangis ibu yang bersusah payah menghentikan tetapi ayah?dihatinya penuh kerisauan tambahan lagi tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk anak tersayang. Pengorbanan ayah tidak jelas tetapi ada...Jom hayati cerita ni

MY FATHER N Y SISTER
                                     
Seorang ayah yang sangat gembira dengan kelahiran putera sulongnya dan menyambut dengan penuh kesyukuran. Tapi kegembiraan itu hanya sementara. Selepas dua hari anak yang baru lahir itu harus dibawa kehospital setelah dua hari usianya memandang dunia. Penuh kerisauan didadanya. Dua hari anaknya tidak membuang air besar dan perutnya kembung,lebih tinggi dari dada. Hati bapa mana tak risau. Isteri pula masih dalam pantang. Kerisauan dihati ibu apatah lagi. Dengan keadaan tak terdaya,hanya doa yang dipanjatkan oleh insan bernama ibu. Dan terpaksalah si ayah menguruskan sendirian anaknya yang masih kecil itu. Baru usia dua hari si ayah dengan kesedihan membawa anaknya menaiki ambulans untuk ke johor bharu. Nurse yang menjaga sudah tersengguk-sengguk mengantuk lalu si ayah meminta anaknya itu,biarlah dia sendiri yang menepuk anaknya. Maka si nurse terus melelapkan mata. Dapatkah kita lihat bagaimana kasihnya seorang ayah?ditahan mata mengantuk untuk menjaga anaknya sepanjang perjalanan ke hospital. Si ayah menunggu dihospital. Tidur dihospital gara-gara tidak mampu untuk berulang-alik dari rumah ke hospital. Akhirnya doktor menyuruhnya balik kerana kasihan melihat si ayah yang menunggu tanpa dapat berbuat apa-apa. Si ayah menurut tambahan lagi dia harus bekerja, kalau tidak bagaimana mahu menampung pembiayaan anaknya. Dapat tak kita bayangkan si ayah bekerja dalam keadaan masih risau dengan keadaan putera sulongnya. Kesusahan jelas terasa dengan duit yang tidak mencukupi. Bekerja sebagai penoreh getah. ..Gaji penoreh getah sekarang tidak sama dengan penoreh getah dulu. Setahun kemudian rezeki Tuhan pasangan ini dikurniakan anak lelaki. Memandangkan anak sulong masih tidak baik dan harus menjalani pembedahan maka mereka terpaksa mencari orang menjaga anaknya namun sedih sekali tidak ada yang mahu menjaga. Maka ibu saudaranya yang belum berkahwin menyuruh untuk meninggalkan anaknyan itu untuk dijaga sementara oleh keluarga si isteri. Tapi siapa sangka pada mulanya ingin memberi sementara tetapi terpaksa diberi terus untuk dijaga. Hati ayah lagi merana bila tak dapat besarkan anaknya dengan tangan sendiri.  Bayangkan jika kita terpaksa menyerahkan anak kita untuk dijaga orang lain, sekeras-keras seorang lelaki, hatinya pasti terluka tak dapat besarkan putera keduanya. Sayangnya seorang ayah tak dapat kita bayangkan. Hanya kesedihan yang tersimpan..Ketenangan wajahnya digunakan menutup kesedihan Meskipun begitu, ayah sentiasa berusaha keras mencari rezeki dan dengan rezeki itu si ayah dan si ibu akan kirimkan ke kampung untuk anaknya itu. Segala belanja sekolah masih diabawah tanggungan ayah dan ibu meskipun tak dapat membesarkan anaknya. Kasih sayang pada anaknya sentiasa utuh. Sabarlah wahai ayah...Kesusahan itu ada hikmahnya. Kini si ayah hanya melihat anaknya membesar dan mempunyai kerja. Tidak mengharapkan balasan wang ringgit hanya mengharapkan perhatian. Pandang wajah ayah...Lihat lah wajah nya, sudah ada garis kedutan..Kedutan yang memikirkan masalah keluarga, masalah kerja. Begitu besar tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Penat lelahnya, peluh keringatnya...Pernah ke kita cuba bayangkan....Ayahhh....Pengorbanan mu meskipun tak terlihat namun yang tersembunyi itu sangat besar nilainya. Kerana ianya tersembunyi maka kita terlepas pandang..

coretan  19 may 12.10 am

seriously mamat ni memang cool

hahahah..best giler tengok video dia ni...sebab video dia ni berisi..Bukan hiburan semata-mata tapi ada selingan yang boleh bagi pengajaran..Aku rasa dia ni patut masuk rajalawak,...hahaha

typical local film/drama scenes

cool seyh mamat ni...Suka aku tengok video dia...hahaha...very the coollllaaahhh bro...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers