Wednesday, June 29, 2016

Sebuah Keputusan

Assalamualaikum


Hari ni hari aku submit assignment yang terakhir untuk sem ni, dan merupakan terakhir sebagai pelajar full time selepas aku decide untuk tukar mod program dan beralih arah kepada flp.. Tiada niat nak berpaling tadah pada subjek Knowledge Management yang menjadi rebutan pada awalnya. Tapi disebabkan keadaan, terpaksa la berpaling tadah. semoga keputusan aku ni keputusan yang aku tak menyesal..

Keputusan.. Kalau cakap orang putih is decision, aiceh.. Keputusan memerlukan kita berfikir dengan teliti untuk memilih yang terbaik.. Macam tu juga la situasi aku dalam memilih untuk stay atau let go.. I mean stay in KM or let go course KM ni and pada akhirnya aku memilih untuk let go. it is not an easy decision tapi aku buat keputusan muktamad dalam masa sehari... Actually aku pun blur lagi, tak tahu mana yang patut aku buat..

There are lot of things happened.. Pernah jatuh, pernah rasa give up, and now rasa lost and tak ada arah tuju.. Dugaan silih berganti. Diri yang dulunya tak mudah mengalah, tak mudah untuk give up now dah jadi manusia yang tersangat lemah dan lembik, cengeng...

Mungkin dari situ aku belajar, ada masanya kita harus mengalah sebab tak semua benda boleh jadi macam yang kita impikan. sekuat mana kita berusaha kalau hakikatnya bukan milik kita memang takkan pernah jadi milik kita..

Now, paper dah habis, assignment pun dah habis.. Tiba masa untuk aku fikir macam mana untuk bangkit, macam mana untuk dapatkan balik senyum yang dulu, macam mana untuk jadi kuat seperti dulu yang menangis dibelakang pintu, tapi pada sisi depan pintu ketawa ceria..It's okay, pelan-pelan kayuh.. Bangun perlahan-lahan, bila tersungkur tak boleh bangun terlalu laju.. It's okay, biar lambat asal selamat..

Life is so hard but it depends on how we face and control it as well as how make a good decision.. It can be hard and easy at the same time.. Sometimes it feels so unfair. Sometimes I was like, why it happened?Mana silapnya?Kenapa boleh terjadi?And bla bla bla..

Kembali pada yang satu.. Dia ada jawapannya, dan kita pun harus mencari jawapan pada persoalan tu. Jawapannya mungkin hikmah atau hidayah yang Dia nak bagi untuk manusia yang selalu leka bila diberi bahagia..

Yang paling penting, there are many people out there that have gone through lebih teruk daripada kita.. Kalau apa yang kita lalui ni tak setanding dengan ujian orang lain yang mungkin lagi susah life dia.. Dekat sini kita patut belajar erti syukur, tak semua orang graf hidup dia menaik je. ada masa jatuh juga berdebuk debuk..

Di saat kita diuji, masa ni la kita diperlukan untuk membuat sebuah keputusan yang terbaik untuk diri kita, untuk hari mendatang. It's all about decision.. Pilih kanan atau kiri, jalan sempit atau jalan luas, jalan berliku, atau jalan straight, bahagia sementara atau bahagia selamanya.. It's your choice.

Oh by the way, I feel so sad and down at the same time sebab dah nak kena keluar dari bilik tercinta 2E12, Dah tua pun duduk kolej lagi.. Patut umur macam ni duduk rumah sendiri.. Haha. Haih, kenapa rasa berat hati sangat ni, mybe sebab dapat housemate dan adik adik yang sangat baik.. Sedih tengok sorang demi sorang pulang untuk menyambut raya.. Well, ni housemate yang the best sepanjang aku dekat puncak (pernah duduk kolej dua kali je pun, first sem time degree and first sem time master).. Perpisahan tu memang pasti untuk setiap pertemuan, ada jodoh kita jumpa lagi :) waaaa sedihnya last sebagai penduduk kolej..


Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers