Friday, April 1, 2016

1st April 2016

Assalamualaikum..

It’s too late kalau nak cakap sekarang ni pembukaan tahun.. Dah masuk bulan 4 lagi pun. But right from the start, so many things happen. Aku diuji dan diuji. Lepas satu, satu yang muncul. Belum sempat reda, diuji lagi dan lagi. Kadang-kadang sampai terfikir ‘kuatnya hati aku terima semua ni’. Tapi kita pun tahu, Allah takkan uji kita melebihi kemampuan kita 



Well yeah, ada masa kita di atas, ada masa kita dibawah, ada masa senang ada masa susah. Memandangkan tahun 2014 tahun yang penuh dengan sweet memori then tiba masa la pula untuk aku berada di bawah. Bermula pada hari raya 2015, semuanya berubah.. hidup aku jadi turun naik turun naik… Dah macam ship yang aku naik masa kat sunway.. benda alah apa entah nama dia.. Haahah. Sekejap normal, sekejap terbalik…

Tapi aku manusia biasa juga.. Aku bukan ada super power yang bila kau tercedera then kau boleh pulih sekali tiup je.. fuhh.. 


My master life sangat tough.. kadang-kadang aku tak tahu macam mana nak handle. Sometimes aku fikir nak back off.. sometimes I feel that it is not for me.. but I sometimes I do feel that it is for me sama ada suka atau tak. Nak pilih sama ada bertahan atau undur diri, it’s not an easy thing to decide. That’s why la aku belajar decision theory dulu, tapi sepatah haram aku tak faham… Hhahaha

Mybe it is not a good start but who knows, ending dia diluar expectation kan. Thank you so much to someone who always be there for me, comforting me. Nak kena layan angin pasang surut… sampai kadang-kadang dia pun tumbang.. Even 2016 not a good start for us, but I believe that, mybe there is something yang menanti.. ceewaaahhh 

Mybe aku patut lupakan sekejap hal kahwin.. hermm mybe. Hidup membujang pun tak tentu arah, macam mana nak harungi ombak badai pantai berduri.. eh pantai berduri?? So macam mana nak go through semua tu dengan encik husband kan.. tambah pula orang dok kecoh hal hantarn 15k.. Alahaii
Kita yang tak tahu cerita baik tutup mulut.. menyampah la terlampau banyak pengkritik. It’s okay kalau nak bagi pendapat, tapi tak payah la nak cakap mak jual anak.. anak jual mak. Eh macam mana tu. Lepas tu muka tak layak dapat 15k la apa la, cakap ikut sedap anak tekak. kalau muka cun macam tu dicakapnya tak layak, hermmm.. muka aku pula macam mana *tengok cermin*.
O myyyyyyyyyy... *pengsan*


But yes, hantaran tak perlu tinggi-tinggi supaya tak membebankan pihak lelaki. At the same time kena la ada perbincangan dan persetujuan. Kalau lelaki rasa tak mampu mungkin boleh ajak berbincang bukan main setuju je macam cerita p ramli.. “ Hantaran seribu serba satu” “ saya setuju mak eton!” dan yang paling penting, ada ustad cakap kalau pihak lelaki setuju dengan hantaran haruslah dipastikan dia ikhlas untuk bagi nilai tersebut. Jangan tahu setuju tapi tak ikhlas  bimbang tak berkat rumah tangga nanti. Wallahualam..

Nanti timbul isu macam citer p ramlee tu.. “mak bapak kau yang bersalah dalam hal ni” pung pang pung pung pang...  The End.. Hahaha

Keeps the beautiful memories and forget the bad one...