Sunday, December 3, 2017

Hello December 2017

Assalamualaikum


Today dah  3/12/2017. Cepat betul masa berlalu. Jumaat lepas aku balik kampung and hari ni aku dah pulang semula ke bandar. I was like " Rasa macam baru je semalam aku lipat baju kemas-kemas nak balik. Hari ni aku dah pulang semula ke sini"

Sedih. Sebak

Hari ni post lebih kepada luahan hati. Bukan lagi motivasi sebab diri aku sekarang ni pun tak termotivate.Kahkahkah. So here I am... Membuat luahan seperti zaman 2012 di blog aka diari alam maya. Pftt

December

Bulan yang penuh cerita. Lebih kepada cerita sedih. Oh by the way, this is my final sem. But alot of things happened. Kena buatan orang la, kena buang la, dengan final year lagi research entah kemana, dengan expired day laa...Pfttt

Bila diputarkan semula masa...

December 2012.

Bulan getir. I fell in love with someone tapi bukan dalam bulan ni. But I saw him with someone else pada bulan ni. Bulan heartbroken mybe. Haha. Gila tak patah hati. Dah diberi harapan macam apa alih-alih aku nampak dia post gambar dengan awek baru declare couple siap. A few days later....
Haih, yang ni sebak sikit nak cakap. I lost someone buat selamanya. Arwah yang aku panggil Cik E. He is a good person. Like a father to me. Kawan paling rapat ayah. Our family tersangat rapat. After dia pergi, semuanya hilang.. Hubungan kekeluargaan tu pun hilang. it breaks my heart. So much. Even saaat aku type ni pun hati aku rasa hancur. Need a tissue right now.. Hahahah


December 2014

Allah pinjamkan aku kebahagiaan. Dia hantarkan kebahagiaan yang tak disangka melalui seseorang.

December 2017

Struggling with my life. Alone.


What can I say is aku seringkali diuji pada saat-saat yang aku rasa macam big day untuk aku. Big day bukan hari perkahwinan ye, maksud aku big day is hari yang getir. Time PMR aku diuji dengan persahabatan, kawan makan kawan dan lelaki tak guna ( by the way this guy ada sibuk dok mesej-mesej aku. Melayu kan mudah lupa).. Waktu SPM pun diuji dengan kawan tikam belakang, ditambah dengan seorang lelaki yang memberi harapan dan hilang bersama gadis lain. Haha kes ni sama dengan kes december 2012. Ke nasib aku memang selalu kena macam ni ek? Kahkahkah. During diploma, sem 3 is sem yang sanagt tough pada aku. Masa ni diuji dengan hal keluarga. Allahu masalah dalaman macam ni hanya orang melalui tahu sakitnya. Final year diploma, nenek aku  meninggal. Saat nyawa dia ditarik, semua sanak saudara tengah mengadap arwah. Time ni aku susah nak move on, mybe sebab aku duduk sebelah dia malam tu tak tidur sebab salah seorang kena berjaga takut tak sempat nak ajar mengucap. Aku tak la rapat sangat dengan arwah nenek tapi masa dia meninggal aku macam susah nak move on.

After arwah nenek, arwah cik E menyusul. After December 2012, aku tekad mulakan hidup baru. Aku dapat tawaran degree. Aku punya la tak sabar nak sambung time tu. Sebab masa tu aku macam terperuk seorang diri. After arwah cik E meninggal, aku menyendiri. Kawan baik aku siap tanya wei kau hilang ke mana whatsapp twitter ask.me semua tak ada. Time tu rajin main ask.me.. Rasa terpukul gila dengan kehilangan tu. Sampai aku rasa Allah nak ambil mamat tu dari aku, takpe aku redha dia pergi dengan perempuan lain but please jangan ambil Cik E... I cried so hard at that time. Bayangkan siang tu dia datang tersenyum riang panggil kau but malam tu (around 3-4 am,) tahu-tahu dia meninggal. It breaks my heart :(

Betul mak cakap, kematian menegejut ni lagi sakit dari kematian orang yang sakit pada masa yang lama. Macam arwah nenek. kitaorang masing-masing dah redha. Sebab tengok keadaan dia time tu memang masing-masing dah bersedia kehilangan. Tapi yang tu pun hati aku dah hancur apatah lagi kematian mengejut macam tu.

Aku bawa diri pergi Puncak Perdana. Dengan harapan buka buku baru. Aku selalu ditegur "Memang suka senyum eh". Orang bagi nickname smiley. The pain behind that smile tersimpan rapi. No one knows. Heh.

And now December 2017. Dah tak ada gelaran smiley. Sampai orang pula minta aku senyum. Dah terkena beberapa kali. Sampai beli tiket bas tu pun akak tu cakap "senyum sikit".. Masa tu malu gila. I mean like muka aku masam sangat ke sampai orang pula minta aku senyum. :( . Orang terdekat mostly cakap muka aku dah lain..My officemate pula baru dapat IG aku. Dia rajin stalk gambar lama aku sampai time lunch hari tu dia buka cerita kat yang lain. Diorang semua cakap wei lain gila. Sampai yang sorang tu suruh letak handphone tepi muka aku nak compare muka dulu dengan sekarang. Macam mana boleh jadi macam tu? Hanya Allah yang tahu..

Dear December,
please be nice to me.b Gua nak kena struggle final year ni.. Dengan sakit yang belum sembuh. But Alhamdulillah dengan izin Allah aku dah makin sembuh. Sakit apa? Sakit misteri. One day bila aku dah sembuh and dah tenang, aku akan ceritakan dengan harapan mungkin orang yang terbaca tu.. mungkin la mangsa seperti aku. Who knows kan? Buat mereka yang mungkin.. MUNGKIN terbaca post ni, doakan aku untuk fight harungi semua ni. Buat mereka yang sedang diuji, semoga Allah bagi kekuatan buat kita... Aamiin..


Friday, February 17, 2017

Tuhan Berikan Aku Cinta


My favourite song dari diploma tak silap. Masa dengar lagu ni konon2 feeling nak minta cinta. Miang sangat time belajar dulu. Haha.


By Ayu Shita. Credit to lirik.kapanlagi.com


Walau aku senyum bukan berartiAku selalu bahagia dalam hariAda yang tak ada di hati iniDi jiwa ini hampa
Ku bertemu sang adam disimpang hidupkuMungkin akan ada cerita cintaNamun ada saja cobaan hidupSeakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cintaUntuk temaniku dalam sepiTangkap aku dalam terang-MuBiarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cintaAku juga berhak bahagiaBerikan restu dan halalmutuhan beri aku cinta...
Ku bertemu sang adam disimpang hidupkuMungkin akan ada cerita cintaNamun ada saja cobaan hidupSeakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cintaUntuk temaniku dalam sepiTangkap aku dalam terang-MuBiarkanlah aku punya cinta

P/S : Pada saat kita terjumpa sang adam dipersimpangan, jangan terlalu berharap. Mungkin dia jodoh mungkin juga sekadar dugaan. Teruskan berdoa semoga terus bertemu jodoh dunia akhirat. 
Dalam aku scroll post lama2, aku terperasan satu post yang tak di publish bertajuk kisah si A.. Dalam aku baca aku cuba cari siapa A siapa C siapa S la. Tapi makin aku baca aku makin faham. And tak sangka ni post 30 jun 2013, hari Ahad. Mungkin time tu broadband aku la selalu buat hal, tu yang tak dapat nak update..

Rasa kelakar.. Sebab dulu jadi persoalan, now dah dapat jawapan. Dan lagi kesemua watak dalam cerita ni semuanya berpunya kecuali si A. Now dah 2017, kau masih kesian la si A. haha

Semoga tahun berikutnya kau dah tak dikesiankan la... Oh by the way, ni post 2013, so agak miang sikit. Wakakakak.. Sekarang dah insaf okay. Aku nak post lirik lagu alih-alih jumpa benda alah ni. Bila baca rasa sebak pun ada. almost 4 years ago. At that time jomblo happy katanya. I miss those moments. Moment yang pada saat kau pulih dari brokenheart is sangat berharga. Sangat-sangat. Sebab time tu kau rasa macam baru sembuh dari penyakit. Last-last kau cari penyakit semula. Haha


Sebuah kisah mengenai gadis si A ni...Si A ni orangnya setia...Tiba-tiba dia kena penyakit heartbroken dengan si C....Selalunya orang heartbroken ni tak nak pandang mana-mana lelaki dah...Berbeza pula dengan si A ni bila lepas brokenheart makin banyak pula lelaki yang dia crush..Alasannya sebab kalau ada banyak crush kalau sorang buat kita kecewa, kita ada backup lagi...Hahaha..Dalam masa yang sama alasan dia "Dulu aku setia tapi lepas frustla aku jadi macam ni..Semuanya salah lelaki tu"...Itulah alasan dia dengan menyalahkan lelaki yang patahkan hati dia..Padahal diri sendiri yang miang...Hahahah

 So si A ni suka banyak orang..Si S dia nak, si H dia nak, si F dia nak...contact list tak payah cerita la kan..Sekejap wechat dengan orang ni sekejap dengan orang tu..Bila member tanya "Kau nak yang mana satu?"...Si A jawab "Aku guna konsep sapa cepat dia dapat...Siapa datang dulu kat aku dia la dapat aku" HAHAHAHA...si member pun malas nak layan..then, Dia rapat la dengan si S tapi last-last kecewa dengan si S..Tapi dont worry, backup ada lagi...Hahahaa

 Si A ni pun makin lama makin rapat dengan si F..kira si F macam hadir untuk mengubati..Si F ni sangatlah baik..Disebabkan baik sangatlah si A ni tak mampu nak terima hati dia..Sebab dia takut nanti dia cuma akan melukakan si F je...Dalam gatal-gatal si A ni ada gak sisi baik dia ni...Hahahaha

 Masalahnya sekarang..Si F makin menunjukkan perasaan dia sikit demi sedikit..Yang si A ni pula tetiba crush dekat kawan si F...Makin complicated cerita Si A ni...dalam masa yang sama juga si A masih mempunyai perasaan pada si C..Dan masih menyimpan perasaan pada si S..Dan tengah mengenali si H yang sangat misteri identitinya..Tambahan lagi...amboihh...Si M pun menaruh hati pada si A..Si A tak memberi harapan apa-apa sebab si M pun baik orangnya...luaran la..dalaman tak pasti sangat...

 Kesian si A..lepas kecewa, dia tak pasti dengan perasaan dia sendiri..Dan kalau boleh dia tak nak tahu siapa yang ada kat hati dia ni..Semuanya sebab tak nak kecewa lagi... Mungkinkah si A masih mengharap si C?atau tengah fall in love dengan kawan F?Atau mungkin dia nak dekat F?Atau mungkin suka dekat S dan H?Bagaimana pula nasib si M?semuanya tinggal persoalan..Hahaah

Monday, January 9, 2017

First post in 2017

Assalamualaikum my alam maya diary. Kahkah

Cepatnya masa berlalu, dah masuk 2017. Blog pun dah berubah wajah, aku punya layout blog bila nak tukar tak tau. Makin lama makin sikit post aku every year. last year just a few post je. Tapi yang aku tak sangka, sangka pula ada orang baca blog aku. Kahkahkah. Siap ada yang dah khatam. woi malu la woi, time diploma dulu aku main bedal je cerita. status kat facebook pun dah malu inikan karangan kat blog.. aduss malu.

Tapi tu la at least kat situ nampak aku makin matang. wakakka.. matang dan makin banyak masalah I mean dugaan yang mendatang. Tahun 2016 tahun yang sangat tough untuk aku. Aku lalui benda yang aku tak expect benda yang aku harap tak terjadi dan orang yang aku tak pernah sangka.. Paling worst bila orang yang kau percaya sangat-sangat tu la yang khianati kepercayaan kau. Dapat bayangkan tak macam mana pari-pari bertukar menjadi witch. macam tu la transformation diri aku last year.

2015, awal nya graf aku okay turun tak terlalu turun, naik tak terlalu naik.. Aku cuba jujur dalam semua perkara tapi the thing that I've learned cuma "honest for nothing".. Then start hari raya, graf terus jatuh. Jawapan yang aku cari, yes aku dapat. Tapi itu la jawapan yang paling sakit pernah aku dapat. Terduduk. Rebah. Tapi aku cuba terima, sebab aku cakap pada diri things will get better. Tapi aku tak sangka it getting worst.

2016, sekali lagi diuji dengan dugaan-dugaan yang menjatuhkan. Tapi good memory yang boleh aku simpan is convocation day. Ayah aku korbankan kerja dia dan datang, first convo dia tak datang so dia tebus yang this time. Tahun ni juga la aku dapat baemok as peneman. My senior bagi untuk temankan aku kalau dia tak dapat ada dengan aku. Now aku faham patut la dia bagi aku baemok rupanya dia dah tak nak teman aku.. Kahkahkah (Okay yang tu gurau)

Tapi aku kena admit yang 2014 Allah pinjamkan aku happiness yang tak dapat aku gambarkan. Bukannya aku tak ada masalah time tu, tapi semuanya okay. Member ada, bila bosan ke stresst test pergi tengok movie, huha huha. Masalah tolak tepi, boyfriend pun tak de. Aku macam manusia yang tak ada masalah langsung. Orang aasyik tegur kau ni memang suka senyum ke. Kau ni asyik gelak je?
And ada la sekali tu group aku nak pergi buat research then kiteorang semua baru bangun. Masing2 macam mamai, jasad dalam kereta tapi yang lain entah ke mana tapi aku sorang je dalam kereta dok pot pet pot pet. Sampai member cakap " Kenapa kau aktif sangat eh? Orang lain semua tengah blur kau je aktif" sorang lagi cakap " Kau memang tak reti berhenti bercakap eh?" Kahkahkah.. Tahun ni juga la aku jumpa balik ex crush time sekolah dekat game Clash of clan. Tapi jodoh tak panjang, putus pun sebab aku taksub dengan game.. Kahkahkah. Teruk betul perangai aku. But then Allah bagi lagi pinjam kebahagiaan bila crush time diploma cakap dia minat aku. At that time ingat feeling biasa2, cinta monyet je... Tak sangka pula jadi angau meraban macam orang kena sampuk. Padahal first class time degree bukan main benci gila aku kat dia sebab aku memang dah buang nama dia time last diploma. Benci gila bila dia masuk kelas time tu siap harap tu je first and last day dia dalam kelas tu sebab geng dia ada kat kelas lain. Hari demi hari aku tengok dia memang stay dalam kelas tu.  first class dia duduk belakang aku and panggil nama aku untuk hulur kertas kedatangan. dalam hati aku "Eleh, bajet la tu nak panggil nama aku bajet macam kenal aku" Wakakakakak... Dari benci bertukar jadi terhutang budi. Padan muka aku.

And for this year, dengan apa yang jadi tahun lepas aku memang mengharapkan yang terbaik untuk this year. Well setiap dugaan ada hikmahnya, tapi aku kena terima hakikat yang mungkin bukan tahun ni aku bertemu hikmahNya. Sebab first month, first week, first day lagi dah diuji. *Sob sob sob*

Mungkin sekarang aku tak punya apa-apa, aku dipandang rendah. Dilempar kata-kata pedih. Dilayan kasar. Dituduh pada saat aku cuba puaskan hati orang. Dicampak. Apa lagi? You name it.. Lumrah hidup, bila kau tak ada apa2 orang sepak kau bila kau ada something orang belai kau. Aku mungkin tak ada apa2 sekarang, aku ditolak jatuh sekarang ni oleh orang sekeliling. Tapi baru-baru ni ustad cakap fikir positif, bila orang tolak kita.. Kat situ la kita makin maju ke depan. Moralnya makin orang tolak makin kita ke depan. Orang ni yang sebenarnya faktor kejayaan kau
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers