Monday, March 7, 2011

Kasih Ibu dan ayah tiada tandingan..

Assalamualaikum...


jawab jangan tak jawab,dalam hati pun boleh la...Yang penting jawab..Jawab salam kan wajib even kita dapat salam dari orang yang kita tak suka pun,kita kena juga jawab..Eh2..terkeluar suda ceramah AYP..Hahaha..


Anyway,dalam keadaan yang tak berapa baik lagi demam ni kan (sambil buat muka kesian...)..aku tetap juga nak menulis coretan mengenai hari ini..hahaha(gelak tanpa sebab)...


Bercerita mengenai kasih ayah dan ibu ni kan..(story mengenai kasih ayah dan ibu sayee..Ye la,takkan ayah dan ibu kau pulak!hahaha)...Ha,sambung balik,pagi jumaat tu aku rasa sera sejuk jer..Mula-mula aku ingat aku tengah bermimpi,rupa-rupanya aku berada di alam realiti. Pelik juga la tiba-tiba demam kan,tapi malam tu aku just sakit tekak jer...Tiba-tiba pagi tu dah tak larat nak bangun sampai terpaksa skip class favourite..So aku sms la bapak aku,aku buat-buat la tanya, tak keluar pergi segamat ker..Dipendekkan cerita, my father tanya la nak balik ke then aku cakap aku tak larat nak naik bas so dia cakap dia datang ambil kalau dia habis kerja awal. Masa tu,sebagai seorang anak, aku rasa sangat terharu...Korang terharu tak? (yang tak ada perasaan senyap jer...)..Dalam masa yang sama rasa bersalah juga sebab menyusahkan dia tapi lepas dia tanya nak balik ker,terus aku rasa nak balik sangat...Padahal aku tak plan nak balik pun minggu ni...


So,sampai rumah aku cuma terbaring je la yang aku mampu..Lepas tu aku disuruh makan panadol. So aku berjaya sekali lagi menelan panadol yang dikerat empat..hahah...So, mak aku aku masak pun aku makan sikit je, yang sikit tu pun tak habis..Mak aku siap buat sup lagi tu..Sup kan selalunya untuk orang demam..Tapi aku bukan la nak kecewakan dia tapi tekak aku sakit sangat..Setiap kali telan rasa sakit,so aku tak dapat makan masakan mak seperti selalu..Sorry mak..:(...Aku makan apa-apa pun tekak aku rasa macam tawar je,kecuali coklat..heheh..(sambil buat muka tak bersalah)..Bukan main syok balik-balik ada coklat dalam peti..hahaha. Hari sabtu tu pun aku tak makan sangat sampai bapak aku tegur kenapa tak makan kang lapar..Memang selera tak ada bila tekak dah macam ni gaya kan..Tapi redha je la,dugaan tu datang dengan hikmahNya..Sekurang-kurangnya memberi aku kesedaran kalau hidup ni tak selalunya indah..(--_)


Then pagi tadi pun aku tak larat sangat, aku bangun lewat..Tak dapat tolong mak..:(..Sorry mak..:(...Mak ada beli roti telur tapi aku tak makan..Sorry,tapi tekak aku sakittt..(T_T)..Lepas tu, tengah hari tu aku dengar mak aku suruh adik aku pergi cari serai...Masa tu entah kenapa aku dah dapat bayangkan sesuatu...Lepas tu seperti yang dijangka, betul sekali..Mak aku masak makanan kegemaran aku,tomyam....Tekak aku sakit,tapi kesungguhan mak aku,buat aku nak makan juga...Aku makan tapi tak banyak macam selalu...Aku harap mak faham..Lepas tu aku cadang nak bungkus bawa balik pergi uitm lagipun bukan ada yang makan kalau tinggal kat rumah..Selalunya kaki tomyam ni aku dengan kakak aku je...Tapi terlupa pulakk..hermm..Mak aku pun teringat masa dalam kereta..Tak apa la bukan rezeki aku..


sampai sekarang tekak aku sakit lagi, dan aku dah makin sembuh dari demam tapi selsema pula datang menjelma..;)..Welcome selsema..hahaha


Seriously,waktu tulis post ni,aku rasa nak menangis....Nak nagis sangat..Tapi AYP kan pemalu..hahahah...Tapi seriously,aku nak nangis sangat bila ingat semua yang terjadi.....Tapi ada sesuatu yang menyedarkan aku balik jer dari rumah..Aku akan ingat kata-kata mak aku tu..InsyaAllah..


Kasih ayah dan mak kita memang tak akan terganti kan?Walau macam mana kita balas budi dia pun tak akan pernah terganti..Aku harap Allah melindungi kedua ibu bapa aku dan berikan diorang kebahagiaan,amin..Aku sayang mak ayah aku dan aku yakin semua orang pun sayang mak ayah dia..('',)


* I love you mum,dad...



Frame gambar ni dari sem lepas ada sentiasa di atas meja belajar
untu mengubat kerinduan pada parents aku
dan pada laptop aku letak gambar family bagi
mengubat kerinduan pada keluarga tercinta
so dengan itu,aku sentiasa ingat kan diri aku,
aku datang sini bukan bersendiri..
tapi dengan family aku..
dengan kasih sayang diorang,..('',)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers