Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts

Tuesday, September 17, 2013

Anehnya perasaan

Suatu perasaan yang datang tak terduga..lalu ia bertapak di dalam hati. entah dari mana ia datang entah bila kan pergi..ia datang menyerang, bikin keresahan yang tak menentu. tiba-tiba perasaan itu diselangi dengan rasa sedih..kemudian rasa takut kehilangan...Aneh..

Ku mencari-cari jawapan..apakah sebenarnya yang terjadi..perasaan apakah itu..mungkinkah itu c...tidakk..hatiku cuba menafikan..

Masa berlalu dan terus berlalu...hati kian terluka dan terluka..makin aneh perasaan itu tidak berganjak..masih ditempat yang sama..bilakah akan pergi?

Hati semakin terluka dan terluka...masa berlalu, luka cuba diubati..masa berganti masa..manusia datang dan pergi..ku leka seketika...hati kian lega

Disaat aku menyangka perasaan itu pergi, rupa-rupanya perasaan itu masih ada..masih bertapak di dalam hati..ianya tidak berganjak, hanya bersembunyi..kini aku sedar..ianya bukan perasaan biasa..

Bilakah ia akan pergi...?Bilakah saat itu kan tiba..????

Monday, July 1, 2013

Permata Jadi Kaca

Mood jiwang datang tetibe...Dia datang..datang..dan terus mendekati dannnnnn....Terhasil la yang dibawah ni...Hahaha

Dalam perjalananku menuju ke ke arah satu tujuan
Aku melalui susur-susur sepi
Penuh liku-liku serta rintangan
Ku kuatkan hati dalam memijak duri
Luka lama berjaya aku ubati

Dalam perjalanan itu
Aku bertemu sebutir permata
Berkilauan tapi tak bercahaya
Terpegun dan kaku aku melihatnya
Nak disentuh tak terdaya
Cuba ditepis,kilauannya seakan memanggill
Aneh
Kakiku kaku namun pemata itu terasa semakin dekat
Hatiku riang tak terkata
Bertemu permata idaman semua
Disaat tangan mula menggapainya
Kurasa ada sakit yang menusuk
Rupanya permata itu adalah kaca
Menjadi serpihan saat tangan menggapainya
Luka yang baru sembuh berdarah semula

Ku kutip sisa kekuatan yang masih ada
Ku gagahkan kaki memijak kaca
Melangkah ke hadapan ke arah tujuan

Dalam menuju destinasi tujuan
Kelihatan banyak permata di perjalanan
Aku menutup mata, tidak menghiraukannya
Yang cuba menarik perhatian melalui kilauannya
Aku tetap ke depan menghindarinya
Namun aku terleka
Tersasar dari landasan dek sebutir permata
Apa ini permata atau kaca?
Terlupa kesakitan dulu laluku sentuh
Kerana kilauannya berbeza
Tertipu lagi disebalik kilauan itu
Lukaku makin bertambah dalam

Ku undur setapak ke belakang
Menuju kembali ke arah destinasi tujuan
Masih ada permata yang menanti
Tapiku tak pasti
Apa mungkin permata bertukar kaca kembali?
Senyumku menjadi taruhan
Aku tersenyum tak mahu terpedaya lagi
Kembali kepada landasan
Tak mahu tersasar lagi

Senyum ku ini menjadi teman
Di sebalik senyuman, luka ku simpan
Akan terus tersenyum dan tersenyum
Kerna aku tahu
Senyum ini masih diharapkan
Oleh mereka yang menghargai diriku...

PERMATA 

Jadi

KACA


Sunday, June 30, 2013

Hati yang kau sakiti

Hati yang kau sakiti...Ecehhh dah macam lagu Rossa plak

eh lupa plak muqadimah..Assalamualaikum..

Actually aku sepatutnye sangat busy sebab nak mengadap final...Tapi time macam ni la jugak baru semangat nak menulis..Nampak tak kat situ permainan makhluk bertanduk..Aku sepatutnya sekarang study tau tak..STUDY!!!Tapi aku manusia biasa yang tak lari dari godaan...Hahaha..Apa ke panjang sangat muqadimah aku ni...-,-


Okay aku terus pada tajuk aku...Hati yang kau sakiti....yess, hati yang KAU sakiti..Kau dah hancurkan dua hati...itu yang aku tahu la kan..yang aku tak tahu mungkin dua tiga kucing berlari mana nak sama....ehh apa aku merepek ni...

Well aku sebenarnya rasa kesian dengan someone ni...Because of 'him', she scared to fall in love again...Aku dapat bayangkan kesakitan yang dialami seorang gadis ni..Dia tersangat lah sayang kan lelaki ni, tetapi at the end, sang lelaki pergi meninggalkan dia dan tengah berbahagia dengan orang baru...Cepat sungguh sang lelaki mencari pengganti sedangkan sang perempuan ni bertemankan air mata, bertemankan kesunyian, bertemankan kerinduan dan akhirnya bertemankan ketakutan....

Dia takut didekati, dia takut untuk mendekati, dia takut untuk membuka hati, dia takut untuk menerima, bahkan takut untuk mengenali...Bimbang kehilangan terjadi lagi..Itu lah perempuan...Sedih kan?Dari luaran dia ceria bercerita, dia kata dia dah move on..Dari cara dia mungkin dia dah benci pada si lelaki..Tapi aku sebagai perempuan tahu disebalik yang terselindung..Aku tahu dia sayang lagi lelaki tu, mesti ada sisa rindu, tapi hati yang sakit cuba menidakkan...

Aku tak tahu kenapa aku kesian kan dia...apa bezanya dengan aku?Act like nothing is wrong..I act like I don't care about him but the truth...................................tetttt.....Hahaha...Aku still fikir pasal dia kot..hahaha..

Well, aku harap si gadis tadi akan bertemu dengan lelaki yang betul sayangkan dia macam mana dia sayangkan lelaki tu..She deserve someone better..Bukan la aku cakap ex dia tak baik..Aku tak salahkan si lelaki..Sebab kita tak tahu cerita sebenar hubungan diaorang..Dan lagi kalau hati dah tak ada buat seseorang tu lebih baik lepaskan...Setiap yang jadi ada hikmahnya...Suatu hari nanti akan muncul jawapan yang kita cari...Kenapa aku still nak backup si lelaki?Arghhhhhh.......Aku tak nak berprasangka buruk kat dia...Aku memang sengal!Hahah



Aku harap one day aku jumpa jawapan yang aku cari...Supaya aku dapat terus ke depan tanpa menoleh ke arah dia ..Hahaha



Friday, December 14, 2012

Buka hati


     Assalamualaikum..*sambil teropong* 



Setelah menyepi...fuhhh *tiup habuk sikit*..Macam berhabuk sikit blog aku ni..

Hahaha..Aku still dalam mood bengang dengan refree korea tu..Kesian Fadhli Shas..Tapi tak boleh nak kesian lebih-lebih sebab Fadhli Shas dah berpunya..Sob sob sob..Tapi Safee dah solo kan?Asra pon solo kan?Kunalan pon solo kan?errrrr................Hahaha..Tu semua favourite player wa..

Tapi..Bukan itu cerita utamanya..Hahaha..

Finally, aku berjaya untuk berhadapan dengan sebuah kenyataan...Tapi aku tak salahkan dia atau berdendam ke apa..perasaan ni bukan boleh dipaksa kan, so kalau perempuan itu pilihannya, aku kena la respect keputusan dia..ala lagu Shahir - Dia Yang Kau Pilih...Ececehhhh..Tak pun 1 atau 2 dari Gamma Band..hOhohoh

The most important thing is aku dapat pengajaran yang bermakna, dan semua ni menjadikan aku lebih kuat!Yeah..Memang sebelum ni aku pernah cakap, lepas dia mungkin aku dah tutup hati buat sementara...Tapi fikir balik, hello!!Buat apa sehh tutup hati untuk orang yang hatinya dah untuk orang lain..Hahaha..Cukup la cerita 3 tahun lepas..Haa, 3 tahun tau hati tertutup....eceehhhhh..Tak berbaloi langsung...Jangan jadi Bo*@#$...Lain la cinta macam adam dan hawa...Yang tu cinta sejati, terpisah sebab godaaan syaitan, tapi setia menunggu sebab perasaan setia yang kuat antara satu sama lain..Dan dengan takdirNya kembali bersatu..Kalau kau menunggu orang yang perasaan dia sama macam kau, tunggu seribu tahun pun tak apa..Tapi kalau ditunggu orang yang bahagia bersayang-sayang dengan orang lain tu macam tindakan kurang bijak laa..

Masa mula-mula kena memang la sakit, rasa macam dipanah ...ececehhh ayat nak dramatik...Memang menusuk juga la, masa tu dalam kepala rasa serik nak suka dengan orang..Tapi aku ni mana pernah serik..Trauma?Tak rasanya...Normal la tu patah hati, semua orang pernah lalui kot..Malu?mula-mula malu la tapi fikir balik..Bukan aku sorang je pernah patah hati...Tak ada yang pelik pun kann

Untuk mereka yang dah tertutup hatinya kerana kenangan silam, please buka la hati untuk mereka yang setia menanti..Jangan takut untuk mencuba..Kita memang akan bertemu dengan salah dulu baru yang betul..ibarat buah yang tak masak, mula-mula akan berada pada fasa pahit dulu, tapi dah lama-lama akan jadi manis kann..Lagi banyak kita sakit, lagi kebal kita..Macam orang yang hari-hari kena rotan..Bila dah hari-hari kena rotan tempat yang sama, akan tiba satu saat dia dah lali dan tak rasa sakit pun..Macam tu juga hati, kalau dah asyik terluka berkali-kali sampai satu tahap kita dah biasa dilukai..Sebabnya kita dah makin kuat dan kita makin matang untuk handle rasa sakit tu..:)


There’s so many guys in this world, so it doesn’t matter if you’re not there. Until the day I find a boy that only cares for me, I’ll wait by myself



Dalam pencarian mencari permata yang bernilai, biarlah kita bertemu dengan yang palsu, yang rosak, dan yang buruk dulu...supaya suatu saat kita lebih arif untuk menilai permata yang mana palsu dan yang mana sangat bernilai..Dan pada saat kita bertemu permata yang bernilai dan indah itu, kita akan jadi lebih menghargai dan tahu erti syukur...;)

well orang yang masih buka hatinya meskipun pernah dilukai ialah orang yang kuat..Ibarat dah pernah jatuh tangga tapi still nak guna tangga..itu bermakna kita kuat dan tak takut untuk jatuh lagi..Tapi kalau dah jatuh terguling-guling tu, lebih baik aku naik lif jela..Hahaha

Kadang-kadang orang yang frust ni selalu cakap.."Hidupku tak bermakna tanpamu".."Aku tak boleh hidup tanpamu""Tiada guna hidupku tanpamu disisi"..dan bla bla bla...Erghhh please la..Sebelum kenal dia kita boleh hidup kan?So kalau dia tinggalkan kita kenapa tak boleh hidup pula?Just back to the normal la,kembali pada saat sebelum kita kenal dia....

Memang susah nak move on, jangan paksa diri..Perasaan tak boleh dipaksa, tapi ajar la hati untuk menerima kenyataan yang dia bukan untuk kita..;)

Heyy Dokter!!You are not my dokter peribadi lagi okay...you are fired..Hahaha..Semoga berbahagia jela dokter..Tak ada dendam, tak ada rasa tak puas hati..Yang ada, rasa ikhlas dihati tengok awak dengan dia

sumber dari cik google


Your words don't even make sense

Just turn around

It hurts me too much

I don't want to see you anymore

I was being fooled all this while

I didn't even know who you were

But I know now

You don't know love

So that's why I'm gonna be okay

Gonna be okay

I'll be okay

Gonna be okay

Baby WITHOUT YOU

Friday, July 29, 2011

selamat hari lahir ayah...

Selamat hari lahir buat ayah aku.....
Itu je yang mampu aku ucap, nak bagi hadiah pun ...er..er...saya student lagi, duit pun minta dengan ayah lagi....huhuhu
Pagi tadi aku baru balik rumah.......Petang aku bertolak balik ke kampung menjenguk tok aku...Hanya tiga orang, mak aku dan adik aku......Bapak aku kerja..Itulah seorang ayah....Gigih berusaha mencari rezeki..
Yang membuatkan aku sedih bila aku tahu ayah aku sakit badan..sakit bahagian pinggang pukul 5 setengah pagi tadi tapi still pergi kerja juga...Kerja kalau senang tak apa, ni kerja berat.....Nak je aku cakap “Dah sakit tak payah la kerja” tapi..........Lain la aku ni bekerja, boleh la aku cakap macam tu...Ni duit pun bergantung dari mak bapak lagi...PTPTN pula entah bila nak datang....Dah sem akhir baru nak dapat baik tak payah..
Ayah aku memang garang sangat...Tapi ada masa dia macam boleh jadi kawan..Bergurau, main pukul-pukul........Tapi time dia marah, huihhh....No wonder la anak lelaki dia jadi orang...Hikhikhik..Abang aku yang sulong, bukan jenis kaki lepak masa zaman remaja dia, tiap malam ada kat rumah.......Abang aku first and second bukan perokok even bapaknya mak aihh, kuat nor hisap rokoknya.......
Setiap dari kitaorang ada kenangan masing-masing..Yang aku tahu abang aku yang first pernah kena denda duduk atas lori, tak tahu sebab apa...Tapi yang mak aku cerita bila dia balik kerja dia tengok abang aku tercongok atas lori...Kakak aku pernah kena biar tidur dalam gelap, kalau aku pula yang paling aku ingat sekali, aku kena duduk dekat pokok rambutan....Ada nyamuk, ada kerengga yang teman aku..hahah...tapi masa tu kecil lagi...But bila fikir balik semua tu ada sebabnya..
Mak aku sendiri cakap besarkan dua abang aku tak ada masalah, tak ada nak pening-pening dengan masalah sosial ke apa..Tok aku pun cakap cucu yang senang dia nak jaga abang aku yang second sebab abang aku tinggal dengan atok  aku..
Yang pasti ayah selalu sediakan yang terbaik buat kami adik beradik...Masa abang aku yang second perlukan motor nak guna pergi sekolah time form 6, dia sanggup beli motor ex5 yang second hand then ubah suai motor tu jadi totally nampak baru...sampai orang ingat tu motor baru...Aku ingat lagi rupa motor tu masa first beli....macam motor cabuk..
Handphone kitaorang adik beradik pun dia yang keluarkan duit. Masa dulu-dulu handphone kan mahal even yang 3310..Tapi untuk anak, dia beli walaupun dia tak dapat pakai phone...Lepas tu abang aku yang first dah kerja, dia bagi phone dia kat ayah aku...phone yang ada kamera...Huh, masa zaman tu dapat phone kamera, gila seronok...sikit-sikit ambil gambar, tapi aku yang lebihnya..Masa abang aku yang second tak kerja lagi pun ayah aku yang belikan phone untuk dia...sampai la phone dia beli tahun dulu aku buat jadi harta aku..hahah......
Sanggup berhabis duit buat anak........Itulah ayah.............terima kasih ayah...Selamat hari jadi.......Terima kasih kerana membesarkan kami lima beradik.....Semoga ayah sembuh dan diberi kesihatan..Amin...

Monday, July 25, 2011

Dia Yang Bernama Adik

Aku rasa geram! Kenapa aku geram? Entah la...Tapi mood aku down la lepas parents aku hantar tadi....Adoiiii....AYP, kau bukan sem 1 tau tak!!Kau tu dah jadi senior, takkan nak homesick lagi...
Actually aku pun memang tak sihat lagi...Lama woo, before cuti hari tu...Sebelum aku berjimba ramba dengan kelab KEMUSA UiTM ke Cameron...Then balik rumah aku demam, batuk aku tak hilang dari seminggu lepas sampai hari ni...Macam mana nak hilang kalau makan ubat...Aikk, makan ubat la patut hilang kan?Tapi ubat yang aku makan special sikit...Ubatnya buah mata kucing, durian, air batu, ais krim.......Amacam?Memang padan la kalau tak baik-baik batuk aku ni...Sorry la my roomate, malam ni ada bunyi drum lagi...Tak habis lagi la derr..
Cerita pasal adik ni...Aku agak sedih sebab before aku balik aku ada gaduh dengan dia petang tadi...Kitaorang main bola...Lepas tu aku bengang la kan asal aku sumbat gol dia kata tak aci...Dah la tu tak habis-habis minta penalti..Macam la kau main kat padang...hahaha.Main kat ruang tamu rumah je kot, ala-ala padang futsal la konon...Mula-mula main kat beranda tapi beralih arah sebab ada orang datang..Dia merajuk sekejap siap nangis, lepas tu aku pujuk..Tapi aku warning “sekali lagi kau cakap gol aku batal aku tak nak main dah”...Then tengah main-main bola tu terhempap kuat kat almari kaca mak aku..Aku secara automatik tepuk dahi dia sebab aku terkejut...Mujur almari tu tak ada apa-apa...Kalau tak habis aku kena pancung sebab madam besar dah warning “dah-dah la main tu Qah, pecah pasu mak tu kang..’...So adik aku ni nangis la..so bayang la kan aku tepuk kat cermin mata tu so sakit la dahi dia kot...Aku pujuk dia tak mahu, aku pun stop main pergi mandi...Konon tunjuk bengang la sebab dah pujuk tak jalan..
Then adik aku ni cakap kat mak aku yang dia nak pergi rumah mak Ani (mak kedua dia a.k.a mak angkat)...Masa tu aku rasa bersalah, aku tak nak dia pergi sebab aku nak dia ada bila aku balik...Lepas tu mak aku tak bagi sebab mak aku suruh dia mengaji dulu...Aku try cakap dengan dia..Dia tak layan, lepas tu aku cakap la “Tak pe Mi..Achu nak balik dah..”..Lepas tu dia menangis..Aku ingat dia nangis sebab tak nak pergi mengaji...
Before dia pergi mengaji tu, aku try cakap lagi dengan dia, lepas tu dah okay and dia suruh aku tunggu dia...Tapi dia habis ngaji lambat sangat so aku pun pergi la kedai sorang-sorang sebab dah pukul 6.55 pm..Masa tu kenapa entah rasa  lain la, macam bersalah bila tinggal dia...Padahal bukan tak biasa keluar sorang-sorang..Mybe sebab aku cakap kat dia yang aku nak tunggu dia..
Dalam pukul 7 lebih tu dia minta ajar math..Masa tu aku tanya “Kimi, kenapa Kimi menangis tadi dekat situ(sambil tunjuk satu sudut)...” lepas tu dia jawab “Ye la lepas ni nak main bola dengan siapa..”..Pehh, masa dia cakap tu aku tersentuh...then after aku siap menjalankan kewajipan sebagai umat Islam, aku tengok dia makan..Lepas tu kitaorang makan sama-sama..
Bila parents aku hantar tadi, dia main handset aku lepas tu dia tertidur...Bila sampai je, dia bangun...Lepas tu dia cakap “Achu balikkan Jumaat ni?” aku Cuma angguk...Kalau tak ada program minggu ni memang aku akan balik..Mana boleh tahan macam ni....Sabar la hati menunggu hari Jumaat...
Dia yang bernama adik, dia yang sangat rapat dengan aku, dia la teman aku..Dia la teman ketawa, teman bergaduh..Dia yang bernama adik, sabar lah tunggu akak mu untuk bermain bola...Hahahah..Touching sikit malam ni mybe stress kot memikirkan nak bagi speech esok......Kecewa bila dapat tahu kelas esok banyak batal, kalau tahu awal aku balik je esok..Boleh main dengan adik aku, tak la menyusahkan bapak aku yang tengah penat membetul lori tadi...urghhh

berusia 9 tahun pada 7/7 baru ni

Monday, July 18, 2011

Ketulusan Hati

sedih ku sakitku, ku terima
ku rela ku pasrah jalanku
ini suratan, aku dicoba
demi rahmatMu ku memohon

Ya Allah, redhai ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah, aku sanggup berkorban
Demi rahmatMu..
Ya Allah….


Bawa aku kepada jannahMu
Selamatkan aku dari al hawiyah
Ya Allah kami menyujud Mu
Ya Allah kami memohon kepada Mu

Sunday, July 3, 2011

Kita Berbeza...

 
Kita ni manusia biasa...Tak sempurna...Kalau kita rasa orang tu mampu angkat lori, tak semestinya kita boleh kan...Kalau kita rasa kita mampu pusing 1000 kali, jangan fikir orang lain pun boleh buat...Kalau kita rasa kita mampu terjun bangunan tanpa luka, jangan fikir orang lain pun boleh buat..kan..Setiap manusia tu berbeza...Kalau kita rasa orang tu boleh berjalan pantas, jangan paksa diri untuk sepantas tu sebab kemampuan kita berbeza...Tapi tak salah mencuba...Kalau kita rasa orang tu pemalu yang amat (macam aku) jangan fikir yang dia mampu jadi orang yang seyakin kita bila dikhalayak ramai...
Kita mungkin boleh cakap “Itu pun nak malu”... “Pergi bilik air pun nak takut” “jawab soalan senang pun tak dapat” “macam tu pun nak terasa”.........Biasakan kita dengar semua ni?Tapi biasakan diri untuk mengingati diri kita yang kita tak serupa...Kita semua berbeza...beza kemampuan, kebolehan..sikap dan macam-macam lagi...
Kalau kita rasa kita mampu bertahan jangan fikir orang lain mampu buat...Kita dicipta berbeza-beza......Mungkin pada kita benda tu kecil..Tapi belum tentu pada orang lain...Kalau kita rasa bunuh orang tu satu gurauan (gila melampau kan..-.0) tak bererti semua orang boleh terima bunuh tu satu gurauan...(macam tak kena je perumpamaan aku ni...)
Tukar lain..Kalau kita rasa jatuh tangga tu benda simple, tak semestinya bagi orang lain..Mungkin ada orang menangis bila jatuh tangga..Contohnya budak kecil..diorang menangis kan???Jangan fikir sesuatu tu simple pada kita maka boleh jadi sesimple itu untuk orang lain...
Actually, aku langsung tak kisah...Tak ambil hati pun...Tak touching pun..Aku orangnya open minded...Kau nak kata aku, kata lah wei...Nak kata hidung aku senget ker...(senget ke?)..Nak kata pipi aku macam belon ker...Nak kata dagu aku macam badut ke, kata lah...Tak kisah pun...Asal jangan kacau bab family aku sudah...Tu je aku pantang...Pasal aku, cakap la...Nak cubit aku, nak kenakan aku, nak sepak terajang (kalau berani ar kan...)..nak gurau-gurau ke..Tak ada masalah pun bagi aku.........Tapi aku sebenarnya nak tengok effort kau......kesungguhan kau....Tapi aku tak dapat benda tu...Tak sepatutnya aku berharap...Sebab kau adalah kau...Kau dan aku berbeza......ishh, sengal juga kan aku... (sambil hentak kepala laju-laju)....
Hanya bayangkan jika kita ditempat orang itu..marah ke kita?suka ke kita?bahagia ke kita?renungkan sejenak sambil minta Tuhan tunjukkan kisah  disebaliknya..Dan kita akan dapat jawapannya...
Aiseyymann..apa seyhh malam-malam ni ayat nak berbunga-bunga kan...but silent is better for me right now..huhu
Tapi ada satu blog yang mana ayatnya aku sangat suka.. so aku ambil bukan nak jadi plagiat okay... ni blog dan ayat asalnya tertulis  FIKRIJUMIRAN





 Niat itu sememangnya tak menghalalkan cara. Ada sempadan di antara setiap tutur kata. Jika niat hati untuk menggembirakan, teruskan. Sememangnya tak merugikan. Tetapi bukan semua orang sama. Kita kena akui kepelbagaian ragam setiap orang. Jadi yg terbaik, bersederhanalah dalam membahagiakan hari2 orang lain. Usahlah fikir tentang diri kita kerana memang tujuan kita mengukir senyuman di wajah seseorang. Sedih bukan? Tapi diri yg membahagiakan seorang perlu lebih ceria daripada orang yg ingin diceriakan ;)

Aku pun pernah lalui keadaan macam ni..Niat kita memang nak buat orang happy tapi jadinya lain...Mybe gara-gara tersalah langkah.......so apa yang dikata penulis tu aku setuju sangat...



Monday, June 27, 2011

I'm not Perfect...I'm sorry dear

Aku dah nampak silapnya langkah aku...First aku leka dengan ‘yang satu ni’ sampai lupa komitmen aku pada ‘yang lain’..Then silap aku, bila marah menguasai diri, aku lupa pandang kebaikan ‘yang satu’ ni...Padahal masa aku kecewa ‘dgn yang lain’ yang ‘satu ni’ la yang ada.....Aku ingat lagi ada la satu hari ni masa aku di sem dua..Aku tunggu ‘yang lain’ ni...Tunggu punya tunggu rupanya ‘yang lain’ ni dah tinggalkan aku...Hahaha..Padan muka kau kena tinggal!..But ‘yang satu’ ni cakap “Kau jangan risau la, aku kan ada”..Ayat ni la yang pujuk hati aku masa tu...Senang cerita ‘yang satu’ dan ‘yang lain’ ni sebenarnya ADA Cuma mungkin ada masanya aku rasa kewujudannya dan ada masa aku tak rasa kewujudannya....


Yeah, I admit my mistake...It’s not your fault la ‘yang satu’ dan ‘yang lain’...That’s my mistake...Like my friend said before, nobody is perfect...Today I learn that nobody is perfect and practice make perfect so that I should put an effort to practice more and more to be a good friend for my belove friend......








I’m the author of my life, unfortunately I’m writing in pen so I can’t erase my mistakes

Hipokritnya aku

Today aku kena present aku punya speech at in front of my class..I’m so nervous...And try to fight with my nervousness..Thank to Allah, semuanya okay...Ramai(lebih dari satu tu ramai la kan.. :P ) yang puji aku punya confident level dah makin meningkat...Even masa bagi speech tu aku ada sangkut sekejap sebab nak ketawa..semuanya sebab nervous...Disebabkan nervous, I told them that I’ve two brothers..Actually, i’ve 3 brothers include my younger brother..haha..Kawan aku ada perasan my mistake la..Aku ada tanya classmate aku, nampak sangat ke nervous aku sebab dia yang paling hampir but dia cakap tak pun and dia tak sangka aku boleh cakap macam tu, dengan lembut, dengan cara aku cakap pun ok... haha, blushing sekejap....my motivator pun cakap aku dah improve..My lecturer asked me “are you nervous” and i said yes...mybe sebab aku terberhenti tiba-tiba..haha..thanks ye KIM LUTADIAS dan Miera yang sudi bagi tepukan kat aku..haha
Actually ada bad moment..





Aku ni tak dipandang..Sedih aku bila aku tanya tak ada sorang pun reply apa yang aku tanya..Terus berbincang seolah-olah aku tak ada..Bohong la kalau tak dengar..Aku ulang lebih dari 3 kali..Takkan la sorang pun tak boleh nak jawab soalan aku..Aku bukan bagi soalan add math pun..Try la imagine, kau tanya kat orang then tak ada sorang pun layan seolah-olah kau masa tu memang tengah cakap sorang-sorang kan...Bila aku rapat dengan yang lain, kau kata aku lupa, tinggal kau..Tapi sedar tak kau tak hargai aku,,That’s why aku mencari yang lain...Dari dulu aku rasa tersisih, that’s why juga kerenggangan dulu menyebabkan tercipta satu hubungan baru..But bila hubungan tu runtuh aku sedar something..I need you and you need me..but then I felt that I need you but you did not need me..Kadang-kadang aku rasa hipokritnya aku..Pretend eolah-olah tak ada apa-apa jadi padahal hati sakit..Tapi tak salah hipokrit untuk kebaikan...So teruskan lah hipokrit AYP...




life quotes at charmroyal.com

Tuesday, June 21, 2011

Saturday, June 11, 2011

Dia Kembali Pulang

Bintang terlihat terang saat dirimu datang....... ßMemang tak dinafikan
Lihat lah dia mulai bernyanyi ß Dia pula penyanyi..
Wajah mu mengingatkanku dengan masa laluku ßSeriously nak dekat sama..Memang buat aku teringat...Kesukaan diorang pun sama
Kekasih yang dulu hilang, kini dia telah kembali pulang.. ß bukan kekasih..suka dalam diam (T-T)...
Memang dia yang baru itu pulang tapi hanya sementara..Kemudian dia berlalu pergi seperti yang lainnya.....
Asal seyh ayat aku malam ni nak jiwang lebih...Atoiiiii....Apa ni?Apa ni? Don’t put any hope yang tak memberi apa-apa erti la weiiii...(sambil hentak kepala ke dinding)
Esok nak kena bersiap awal pagi, bukan untuk balik ke segamat tapi untuk ke Kuantan untuk hantar my sister pergi interview..Actually tak pernah lagi drive ke Kuantan, hopefully semuanya berjalan lancar...Amin..
Haihh, fikiran aku tengah berserabut, tengok bola pun tak ada mood...Kalau fikir benda yang berfaedah tak apa juga, ni serabut dengan benda-benda temeh..Tapi apa yang aku boleh buat?Dah benda tu datang terjah kat kotak pemikiran aku..Kalau boleh aku halau macam aku halau ayam tak apa la juga kan...Haih....Astaghfirullahalazim....Hai manusia, berhenti lah merungut....
Nak melukis pun tak ada mood...Dah lama aku tinggalkan dunia lukisan dan penulisan puisi..Semuanya sejak masuk UiTM..Sejak masuk UiTM ni aku rasa masa aku macam full je...Tapi ye ke?Aku aku tak sure full untuk perkara berfaedah ke tak...Nanti aku check balik..Hahahah..
Tak pasal-pasal aku kembali pada kerja lama aku iaitu top manager stalker...Dah la weiii, forget it.....Tak nak Fikir dah!!Ya Allah, tunjukkan aku jalan....huhuhuhuhuu....Bukan jalan ke Kuantan, jalan untuk aku pilih bagi teruskan hari esok...Harap tak tersesat, dalam masa yang sama aku harap tak sesat la nak ke Kuantan esok...Aku ni kira pemandu baru lagi....(“,)

Hanya Sementara

Akhirnya doa aku termakbul...Alhamdulillah...Even effectnya kena pada aku tapi it’s ok.....Tak salah berkorban untuk orang yang kita sayang..Tapi kenapa niat yang baik selalu disalahertikan........Padahal aku bertujuan baik tapi sayangnya....
Tak kisah la, yang penting Tuhan Maha Mengetahui, Dia tahu siapa aku....Walaupun kegembiraan yang dia bagi semalam Cuma sementara, hanya pinjaman tapi aku akan simpan jadi kenangan.......Alangkah baiknya kalau ianya berpanjangan, haih manusia.....Sentiasa tak cukup dengan pemberianNya.....By the way, aku mengharapkan kenangan semalam akan datang lagi.......(‘’,)
Thanks to Allah, Dia datangkan cahaya saat aku tersungkur...




  


Corat-coret
-> Aku lebih suka kalau orang berterus terang dengan aku, tak payah buat muka...Lagi-lagi bila menampakkan kalau aku ni menyusahkan..just tell me the truth.....Bagi je tahu yang kau tak boleh tolong atau tak nak tolong...Itu lagi baik dari kau bagi isyarat muka kalau hal kau lagi pentng daripada terbabit dengan masalah aku...arghh, sakit hati..marah pun ada, tapi biarlah..Dah la wahai pemilik bagi nama Afiqah..Tuhan tengah menguji kau sekarang ni..Sabarlah wahai hati...Anggap tak ada apa yang buruk terjadi hari ni..Forget it and open the new memory...just delete the past memory..
-> Aku bermasalah betul kalau orang berhutang ni tapi liat betul nak bayar...Aku ni bukan bank lah..Kalau sikit-sikit tu boleh la aku halal kan...Masalahnya nilainya besar la juga, lagi pun aku student je kot...Kalau aku perdana menteri or anak raja ke, aku kasi free je duit tu.......Bukan sekali dia buat macam ni...Tak bagi kang kesian pula sebab tak tolong..Tapi bila dah tolong macam ni la jadinya.........haih......sabar je la.........

Tuesday, May 10, 2011

Cantiknya shoutbox diaaaa





Aku jeles!Aku jeles!(sambilguling-guling atas katil dengan menggigit bantal-bantal yang ada)...Huhhuhuhu..Kenapa bila aku pergi blog orang mesti cantikkkkk jer diorang hias blog diorang....Dengan shoutmix yang ada gambar sendiri la(aku tak pandai!tolong lah ajar!!!)hahahah....ada yang shoutmix gambar artis la..sape buh gambar Kyuhyun,aku bom blog diorang...hahahah..cewaaahh,mana ada nak bom,bomnya tak siap buat lagi...hahahha..Hari tu aku try juga letak gambar Kyuhyun tapi gambar nya muncul,chat box nya pula tak keluar...Time chatbox nya keluar gambar Kyuhyun pula tak keluar...Haihhh,main nyorok-nyorok pulak benda alah ni...

comel tak?handsome tak?yanag cakap tak tu maknanya anda dilanda penyakit kejelesan tatkala melihat gabar kyuhyun...hahaha


Dan lagi,aku jeles bila tengok blog yang kiut miut pas tu canggih-canggih sikit...Mula aku nak jakun....Haihh,sabar jer la aku...Macam mana aku nak buat blog aku jadi magic sikit ek???hahah..macam mana nak buat magic kalau shoutbox pun tak menjadi...yang bengang bila gambar Kyuhyun dah muncul,shoutbox nya pun menjadi tapi tiba-tiba tak boleh tutup...haahhaha..last-last aku kembali ke asal usul ku dengan menggunakan shoutbox classic punya style...

So aku berkata pada diriku, it's ok...I'm new blogger...Simple is dimple(tak tahu apa kaitannya)...


*Aku kan budak baru belajar(dah lama tak sebut dalam entry)

Friday, March 25, 2011

Sorry Kawan..

Baru-baru ni plus semalam aku ada buat status lebih kurang macam ni "Time ko perlukan aku,aku ada...Lepas tu kau tinggalkan bila aku tak diperlukan..Itu lah definisi kawan buat ko"

So,aku menerima beberapa feedback dari kawan aku..Ada yang tanya kepada siapa status tu aku tujukan..Ada juga yang like status tu..

Kepada Kim..

Sorry sebab sebenarnya status tu bukan totally buat kawan lama aku tu...Status tu untuk sesiapa yang rasa dia pernah buat macam tu...Tapi memang status tu untuk ex friend aku tu juga cuma tujuan status tu bukan untuk 'mereka' semata-mata...Status tu aku buat time bengang bila aku rasa diri aku diperlaku macam tu...

So,kepada mereka yang merasakan dirinya bergelar sahabat, jagalah sahabat anda...Bila kita ikhlas berkawan,Insya Allah hubungan itu sentiasa diredhaiNya..Tapi bila kita mengkhianati kawan,jangan tanya kenapa kalau anda sendiri akan dikhianati...Pesanan Khidmat Masyarakat ini dibawakan oleh Stalker Management iaitu company aku...Hahahahah......

Giler tak boleh bla bila aku berkeadaan formal macam tu...Tapi macam best je kalau cakap dengan kawan macam tu..Paling tidak kena penyepak je tak pun kena pangkat 'buang tebiat'...hahah..Yang pasti ayat diatas mempunyai maksud nya tersendiri...

Setiap orang ada kekurangan dan aku faham tu...So jom la kita perbaiki kelemahan tu di workshop yang berdekatan...AYP budak baru belajar..('',)

Monday, March 7, 2011

Kasih Ibu dan ayah tiada tandingan..

Assalamualaikum...


jawab jangan tak jawab,dalam hati pun boleh la...Yang penting jawab..Jawab salam kan wajib even kita dapat salam dari orang yang kita tak suka pun,kita kena juga jawab..Eh2..terkeluar suda ceramah AYP..Hahaha..


Anyway,dalam keadaan yang tak berapa baik lagi demam ni kan (sambil buat muka kesian...)..aku tetap juga nak menulis coretan mengenai hari ini..hahaha(gelak tanpa sebab)...


Bercerita mengenai kasih ayah dan ibu ni kan..(story mengenai kasih ayah dan ibu sayee..Ye la,takkan ayah dan ibu kau pulak!hahaha)...Ha,sambung balik,pagi jumaat tu aku rasa sera sejuk jer..Mula-mula aku ingat aku tengah bermimpi,rupa-rupanya aku berada di alam realiti. Pelik juga la tiba-tiba demam kan,tapi malam tu aku just sakit tekak jer...Tiba-tiba pagi tu dah tak larat nak bangun sampai terpaksa skip class favourite..So aku sms la bapak aku,aku buat-buat la tanya, tak keluar pergi segamat ker..Dipendekkan cerita, my father tanya la nak balik ke then aku cakap aku tak larat nak naik bas so dia cakap dia datang ambil kalau dia habis kerja awal. Masa tu,sebagai seorang anak, aku rasa sangat terharu...Korang terharu tak? (yang tak ada perasaan senyap jer...)..Dalam masa yang sama rasa bersalah juga sebab menyusahkan dia tapi lepas dia tanya nak balik ker,terus aku rasa nak balik sangat...Padahal aku tak plan nak balik pun minggu ni...


So,sampai rumah aku cuma terbaring je la yang aku mampu..Lepas tu aku disuruh makan panadol. So aku berjaya sekali lagi menelan panadol yang dikerat empat..hahah...So, mak aku aku masak pun aku makan sikit je, yang sikit tu pun tak habis..Mak aku siap buat sup lagi tu..Sup kan selalunya untuk orang demam..Tapi aku bukan la nak kecewakan dia tapi tekak aku sakit sangat..Setiap kali telan rasa sakit,so aku tak dapat makan masakan mak seperti selalu..Sorry mak..:(...Aku makan apa-apa pun tekak aku rasa macam tawar je,kecuali coklat..heheh..(sambil buat muka tak bersalah)..Bukan main syok balik-balik ada coklat dalam peti..hahaha. Hari sabtu tu pun aku tak makan sangat sampai bapak aku tegur kenapa tak makan kang lapar..Memang selera tak ada bila tekak dah macam ni gaya kan..Tapi redha je la,dugaan tu datang dengan hikmahNya..Sekurang-kurangnya memberi aku kesedaran kalau hidup ni tak selalunya indah..(--_)


Then pagi tadi pun aku tak larat sangat, aku bangun lewat..Tak dapat tolong mak..:(..Sorry mak..:(...Mak ada beli roti telur tapi aku tak makan..Sorry,tapi tekak aku sakittt..(T_T)..Lepas tu, tengah hari tu aku dengar mak aku suruh adik aku pergi cari serai...Masa tu entah kenapa aku dah dapat bayangkan sesuatu...Lepas tu seperti yang dijangka, betul sekali..Mak aku masak makanan kegemaran aku,tomyam....Tekak aku sakit,tapi kesungguhan mak aku,buat aku nak makan juga...Aku makan tapi tak banyak macam selalu...Aku harap mak faham..Lepas tu aku cadang nak bungkus bawa balik pergi uitm lagipun bukan ada yang makan kalau tinggal kat rumah..Selalunya kaki tomyam ni aku dengan kakak aku je...Tapi terlupa pulakk..hermm..Mak aku pun teringat masa dalam kereta..Tak apa la bukan rezeki aku..


sampai sekarang tekak aku sakit lagi, dan aku dah makin sembuh dari demam tapi selsema pula datang menjelma..;)..Welcome selsema..hahaha


Seriously,waktu tulis post ni,aku rasa nak menangis....Nak nagis sangat..Tapi AYP kan pemalu..hahahah...Tapi seriously,aku nak nangis sangat bila ingat semua yang terjadi.....Tapi ada sesuatu yang menyedarkan aku balik jer dari rumah..Aku akan ingat kata-kata mak aku tu..InsyaAllah..


Kasih ayah dan mak kita memang tak akan terganti kan?Walau macam mana kita balas budi dia pun tak akan pernah terganti..Aku harap Allah melindungi kedua ibu bapa aku dan berikan diorang kebahagiaan,amin..Aku sayang mak ayah aku dan aku yakin semua orang pun sayang mak ayah dia..('',)


* I love you mum,dad...



Frame gambar ni dari sem lepas ada sentiasa di atas meja belajar
untu mengubat kerinduan pada parents aku
dan pada laptop aku letak gambar family bagi
mengubat kerinduan pada keluarga tercinta
so dengan itu,aku sentiasa ingat kan diri aku,
aku datang sini bukan bersendiri..
tapi dengan family aku..
dengan kasih sayang diorang,..('',)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers