Sunday, May 8, 2011

Hukum menyambut hari ibu

Betul ker tak baik menyambut hari ibu?Eh,takkan sambut hari ibu tak baik kan...Sambut hari ibu tu baik tapi kalau kena caranya dan tak mengikut budaya agama lain...Dan lagi kita kena tahu asal usul sambutan hari ibu ni..Tapi bagi aku hari ibu tak ada tarikh khusus..Hari-hari pun hari ibu sebab setiap hari dia menjadi ibu kita... so nak tahu lebih lanjut boleh la pergi dekat link ni  HUKUM SAMBUT HARI IBU sebab blog ni cerita pasal asal usul hari ibu

Sebagai tanda aku sayang ibu aku, aku nak buat dia marah la esok..Hah?Gila ke?Mana ada gila..Betul la, aku nak buat dia marah la..Bila dia marah tandanya?Kan orang-orang tua selalu cakap kalau ibu bapa marah tanda sayang..So aku nak buat mak aku marah supaya dia akan sentiasa sayang aku.....hahahahaa......tak dela,aku gurau je. Takkan la aku nak buat mak aku marah..Terguris sikit je hati dia tak cium bau syurga la jawabnya apatah lagi nak menjejak ke sana....

Cakap pasal terguris, aku teringat kisah seorang kawan aku ni..Dia ada mesej abang dia tanya balik tak sempena kenduri kecil-kecilan yang dibuat dirumah dia dan abang dia hanya balas ‘tak balik’..Kawan aku ni tak sampai hati nak bagitahu isi mesejnya kat mak dia..Sebabnya?First dia takut mak dia terasa...Second, bila mak terasa dah sah-sah la abang dia dikira anak derhaka dan dia tak nak abang dia dianggap anak derhaka. So dia senyap je la tapi tiba-tiba mak dia tanya abang dia reply apa..Yang kawan aku ni memang la lurus selurusnya,dia tak sanggup nak bohong so dia cakap la mengikut apa yang dimesejkan. Seperti dugaan dia(macam ayat novel dah)...seperti agaakan dia, mak dia terasa..Mak dia cakap ikutlah nak balik ke tak, tak paksa...Jelas kan kalau hati dia terguris walaupun dia tak cakap dia kecewa...Herm...Kesian juga kat kawan aku ni, dia selalu jadi tempat luahan atas kesalahan orang lain sampai dia terbelenggu dengan masalah tu...At leasr kalau abang dia tak nak balik, bagi la alasan sikit..Kenapa mesej macam orang merajuk...Dan lagi apalah salah kalau call bagitahu kenapa tak dapat balik..Susah ke?Hey,susah lagi tau ibu nak melahirkan kita!Aku dengar sendiri kakak ipar aku yang sulong cerita sakitnya nak melahirkan anak..Suami kat sisi Cuma dapat bagi support..Yang lawaknya abang aku la, suruh akak aku push and aksi dia macam orang tengah tegok bola kata kakak ipar aku..hahaha..

So nasihat aku untuk diri aku dan yang membaca entry aku, respect la ibu kandung,ibu angkat ke, ibu tiri atau ibu mertua..Ibu mertua tu ibarat ibu kita. Semalam aku tengok cerita ampunkan aku ibu..Tak silap aku tu la tajuknya. Ceritanya berkisarkan menantu dia cam tak guna sikit rupanya akibat sikap dia dulu..So ingat-ingat la untuk berbuat baik dengan ibu mertua yer kalau tak nak menantu korang suatu saat nanti buat benda yang sama dengan korang...Wahh,bila aku nak dapat mak mertua ni???hikhikhik.....


sayang mak!!!!


*Perkara selalu terjadi - Menantu akan kelihatan sangat baik bila dibawa berjumpa bakal mertua,rajin lah pemurah lah,macam - macam lah..Tapi bila dah dapat, dah sah jadi menantu...perangai pun jadi macam HANTU

Pisang Goreng dan taik cicak?





Pisang goreng?Of course la boleh mencairkan tekak bila tengok goreng pisang tu tengah panas kan...pehhh..Tapi kalau taik cicak?Herghh, mencairkan air liur untuk diludah-ludah ada la.....

Actually, petang tadi berlaku la cerita nya dimana kawan aku datang rumah aku tengok baby...Anak sedara aku ni ha, nama dia Qalish Reezqy (tiba-tiba plak introduce anak sedara)...Sambung balik story aku, so ada la goreng pisang/pisang goreng (aku tak ingat la cikgu BM aku ajar...huhu..sorry cikgu)....so,aku jamu la kat kawan aku...Kitaorang sembang la punya sembang siap makan pisang goreng tu..dan...jeng,,,jeng...jeng...

Lepas tu tengah aku makan tiba-tiba kawan aku cakap, chu......taik cicak!Then aku tergamam bila tengok taik cicak tu ada kat dalam pinggan tapi tak mengenai mana-mana goreng pisang...Terkeluar la balik pisang yang kat dalam mulut aku tu...hahaaha..so aku tanya la kawan aku, tadi tak ada kan?Baru jatuh kan?then dia pun tak tahu sambil gelak-gelak.......So aku buat coclusion sendiri...Mybe baru jatuh..Kalau memang dah lama,mesti la tahi cicak tu dah penyek atau melekat dekat pisang tu kan...(sedap kan hati)...

Lepas ni mybe aku dah trauma dengan pisang untuk sementara waktu ni..Aku memang tak boleh tengok pisang....tak bolehhhhh!!!


dulu masa adik aku kecil,dia selalu ambil tahi cicak nak makan, and aku juga la yang tahan dari dia makan..Tu yang aku nampak,yang aku tak nampak,entah-entah dah masuk  mulut...hahaha
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers