Showing posts with label Love Story. Show all posts
Showing posts with label Love Story. Show all posts

Sunday, June 30, 2013

Hati yang kau sakiti

Hati yang kau sakiti...Ecehhh dah macam lagu Rossa plak

eh lupa plak muqadimah..Assalamualaikum..

Actually aku sepatutnye sangat busy sebab nak mengadap final...Tapi time macam ni la jugak baru semangat nak menulis..Nampak tak kat situ permainan makhluk bertanduk..Aku sepatutnya sekarang study tau tak..STUDY!!!Tapi aku manusia biasa yang tak lari dari godaan...Hahaha..Apa ke panjang sangat muqadimah aku ni...-,-


Okay aku terus pada tajuk aku...Hati yang kau sakiti....yess, hati yang KAU sakiti..Kau dah hancurkan dua hati...itu yang aku tahu la kan..yang aku tak tahu mungkin dua tiga kucing berlari mana nak sama....ehh apa aku merepek ni...

Well aku sebenarnya rasa kesian dengan someone ni...Because of 'him', she scared to fall in love again...Aku dapat bayangkan kesakitan yang dialami seorang gadis ni..Dia tersangat lah sayang kan lelaki ni, tetapi at the end, sang lelaki pergi meninggalkan dia dan tengah berbahagia dengan orang baru...Cepat sungguh sang lelaki mencari pengganti sedangkan sang perempuan ni bertemankan air mata, bertemankan kesunyian, bertemankan kerinduan dan akhirnya bertemankan ketakutan....

Dia takut didekati, dia takut untuk mendekati, dia takut untuk membuka hati, dia takut untuk menerima, bahkan takut untuk mengenali...Bimbang kehilangan terjadi lagi..Itu lah perempuan...Sedih kan?Dari luaran dia ceria bercerita, dia kata dia dah move on..Dari cara dia mungkin dia dah benci pada si lelaki..Tapi aku sebagai perempuan tahu disebalik yang terselindung..Aku tahu dia sayang lagi lelaki tu, mesti ada sisa rindu, tapi hati yang sakit cuba menidakkan...

Aku tak tahu kenapa aku kesian kan dia...apa bezanya dengan aku?Act like nothing is wrong..I act like I don't care about him but the truth...................................tetttt.....Hahaha...Aku still fikir pasal dia kot..hahaha..

Well, aku harap si gadis tadi akan bertemu dengan lelaki yang betul sayangkan dia macam mana dia sayangkan lelaki tu..She deserve someone better..Bukan la aku cakap ex dia tak baik..Aku tak salahkan si lelaki..Sebab kita tak tahu cerita sebenar hubungan diaorang..Dan lagi kalau hati dah tak ada buat seseorang tu lebih baik lepaskan...Setiap yang jadi ada hikmahnya...Suatu hari nanti akan muncul jawapan yang kita cari...Kenapa aku still nak backup si lelaki?Arghhhhhh.......Aku tak nak berprasangka buruk kat dia...Aku memang sengal!Hahah



Aku harap one day aku jumpa jawapan yang aku cari...Supaya aku dapat terus ke depan tanpa menoleh ke arah dia ..Hahaha



Friday, December 14, 2012

Buka hati


     Assalamualaikum..*sambil teropong* 



Setelah menyepi...fuhhh *tiup habuk sikit*..Macam berhabuk sikit blog aku ni..

Hahaha..Aku still dalam mood bengang dengan refree korea tu..Kesian Fadhli Shas..Tapi tak boleh nak kesian lebih-lebih sebab Fadhli Shas dah berpunya..Sob sob sob..Tapi Safee dah solo kan?Asra pon solo kan?Kunalan pon solo kan?errrrr................Hahaha..Tu semua favourite player wa..

Tapi..Bukan itu cerita utamanya..Hahaha..

Finally, aku berjaya untuk berhadapan dengan sebuah kenyataan...Tapi aku tak salahkan dia atau berdendam ke apa..perasaan ni bukan boleh dipaksa kan, so kalau perempuan itu pilihannya, aku kena la respect keputusan dia..ala lagu Shahir - Dia Yang Kau Pilih...Ececehhhh..Tak pun 1 atau 2 dari Gamma Band..hOhohoh

The most important thing is aku dapat pengajaran yang bermakna, dan semua ni menjadikan aku lebih kuat!Yeah..Memang sebelum ni aku pernah cakap, lepas dia mungkin aku dah tutup hati buat sementara...Tapi fikir balik, hello!!Buat apa sehh tutup hati untuk orang yang hatinya dah untuk orang lain..Hahaha..Cukup la cerita 3 tahun lepas..Haa, 3 tahun tau hati tertutup....eceehhhhh..Tak berbaloi langsung...Jangan jadi Bo*@#$...Lain la cinta macam adam dan hawa...Yang tu cinta sejati, terpisah sebab godaaan syaitan, tapi setia menunggu sebab perasaan setia yang kuat antara satu sama lain..Dan dengan takdirNya kembali bersatu..Kalau kau menunggu orang yang perasaan dia sama macam kau, tunggu seribu tahun pun tak apa..Tapi kalau ditunggu orang yang bahagia bersayang-sayang dengan orang lain tu macam tindakan kurang bijak laa..

Masa mula-mula kena memang la sakit, rasa macam dipanah ...ececehhh ayat nak dramatik...Memang menusuk juga la, masa tu dalam kepala rasa serik nak suka dengan orang..Tapi aku ni mana pernah serik..Trauma?Tak rasanya...Normal la tu patah hati, semua orang pernah lalui kot..Malu?mula-mula malu la tapi fikir balik..Bukan aku sorang je pernah patah hati...Tak ada yang pelik pun kann

Untuk mereka yang dah tertutup hatinya kerana kenangan silam, please buka la hati untuk mereka yang setia menanti..Jangan takut untuk mencuba..Kita memang akan bertemu dengan salah dulu baru yang betul..ibarat buah yang tak masak, mula-mula akan berada pada fasa pahit dulu, tapi dah lama-lama akan jadi manis kann..Lagi banyak kita sakit, lagi kebal kita..Macam orang yang hari-hari kena rotan..Bila dah hari-hari kena rotan tempat yang sama, akan tiba satu saat dia dah lali dan tak rasa sakit pun..Macam tu juga hati, kalau dah asyik terluka berkali-kali sampai satu tahap kita dah biasa dilukai..Sebabnya kita dah makin kuat dan kita makin matang untuk handle rasa sakit tu..:)


There’s so many guys in this world, so it doesn’t matter if you’re not there. Until the day I find a boy that only cares for me, I’ll wait by myself



Dalam pencarian mencari permata yang bernilai, biarlah kita bertemu dengan yang palsu, yang rosak, dan yang buruk dulu...supaya suatu saat kita lebih arif untuk menilai permata yang mana palsu dan yang mana sangat bernilai..Dan pada saat kita bertemu permata yang bernilai dan indah itu, kita akan jadi lebih menghargai dan tahu erti syukur...;)

well orang yang masih buka hatinya meskipun pernah dilukai ialah orang yang kuat..Ibarat dah pernah jatuh tangga tapi still nak guna tangga..itu bermakna kita kuat dan tak takut untuk jatuh lagi..Tapi kalau dah jatuh terguling-guling tu, lebih baik aku naik lif jela..Hahaha

Kadang-kadang orang yang frust ni selalu cakap.."Hidupku tak bermakna tanpamu".."Aku tak boleh hidup tanpamu""Tiada guna hidupku tanpamu disisi"..dan bla bla bla...Erghhh please la..Sebelum kenal dia kita boleh hidup kan?So kalau dia tinggalkan kita kenapa tak boleh hidup pula?Just back to the normal la,kembali pada saat sebelum kita kenal dia....

Memang susah nak move on, jangan paksa diri..Perasaan tak boleh dipaksa, tapi ajar la hati untuk menerima kenyataan yang dia bukan untuk kita..;)

Heyy Dokter!!You are not my dokter peribadi lagi okay...you are fired..Hahaha..Semoga berbahagia jela dokter..Tak ada dendam, tak ada rasa tak puas hati..Yang ada, rasa ikhlas dihati tengok awak dengan dia

sumber dari cik google


Your words don't even make sense

Just turn around

It hurts me too much

I don't want to see you anymore

I was being fooled all this while

I didn't even know who you were

But I know now

You don't know love

So that's why I'm gonna be okay

Gonna be okay

I'll be okay

Gonna be okay

Baby WITHOUT YOU

Wednesday, November 14, 2012

Hati perempuan

Assalamualaikum ...

Aku nak gelak jap..(Hahahahah)...Ok dah tutup mulut..Actually malu nak cerita-cerita bab-bab hati ni...Hahahah..Tapi tak kira, aku nak kupas gak topik ni..

Hati perempuan?Dapat disimpulkan sebagai rapuh, lembut, sensitif dan yang sekutu dengannya...Tapi hati lelaki disifatkan lebih kuat..Itu sememangnya lumrah..Sebab tu bila kes patah hati perempuan selalunya akan ambil masa yang lama nak sembuh..Kadang-kdang ada yang dah terkunci hatinya..Macam aku..*wink*

Bila hati tu dah terkunci, selalunya hanya lelaki yang hebat je boleh pecahkan pintu tu tanpa menggunakan kunci memandangkan kunci bagi pintu hati gadis itu ada pada orang yang terakhir menghuni hatinya..So sama ada gadis tu sendiri yang membuka pintu hatinya atau lelaki itu yang memecahkan pintu itu untuk menghuninya..wahhh...*nyaris jatuh katil*

So yeah...Kali terakhir aku suka orang which is suka GILER ialah pada 3 tahun lepas..Lepas tu hati aku dah tertutup..Bukan dia yang kunci, aku sendiri yang kunci sebab tak nak bagi sesiapa masuk hanya untuk break my heart buat sekian kalinya..Then kunci tu aku campak jauh-jauh...

Of course tak dapat nak dinafikan bila kau single then semua kawan kau ada partner even yang pernah broken heart macam kau dah siap jumpa pengganti dah pun, akan ada sikit rasa jeles...Tak payah tipu la wahai orang single..Tapi untuk aku, feeling tu sekejap ada sekejap tak ada..Bila tengok kawan aku gaduh dengan bf dia then aku rasa “seronoknya tak ada bf”..Hahaha..

Tapi entah kenapa bila umur aku dah masuk angka puluh, aku macam ada rasa terbuka hati sikit..Tapi kali ni aku nak relationship yang serius bukan macam zaman sekolah yang mana aku asyik main-main.....kira macam for fun je..sampai la aku form 5 aku crush dengan someone tapi dia tinggalkan dengan harapan (biasa la lelaki)...Tapi bila ingat balik aku bersyukur kitaorang tak jadi couple...hehehe..ada hikmah disebaliknya

Then, last semester..kejadian tak diduga..aku....aku....aku...ala malu nya nak cakap..Yeah, aku fall in love with ‘him’..Tapi banyak sangat halangan...Actually bila aku cerita kat kawan aku baru baru ni, she was like “serious?dah lama kot aku tak dengar kau cerita yang kau suka kat someone”...then status aku kat fb pun kena bahan “amboii dah pandai berjiwang sekarang”...Kiranya kawan lama aku dah nampak perubahan aku yang dulu dengan sekarang.....errmmmm kira aku makin matang kan?*senyum menggoda*..Hahah...

Well semuanya akan jadi sejarah belaka...Aku nak tutup balik pintu ni, then kuncinya aku nak buang...kali ni aku guna pintu besi and besi yang tebal punya...Dah tak larat nak jadi broken heart girl...luka dulu dah elok nak sembuh dah ada luka baru...Biarlah luka ni pulih sepenuhnya..Kalau tak pulih juga lagi 5-7 tahun, aku suruh parents aku je la carikan jodoh..well, aku bukan jenis yang senang nak jatuh hati..aku mudah suka orang tapi lupakan orang tu juga mudah...Tapi aku susah nak fall kat orang dan susah nak lupakan orang yang dah buat aku jatuh tergolek-golek...selalunya bertahun juga la..

HATI AKU..Haha

Mungkin tak semua perempuan macam tu tapi kebanyakannya lebih kurang macam tu la hati perempuan..Once dia dah sayang, dia akan sayang sesungguhnya...that’s why kalau perempuan yang psiko lebih menakutkan dari lelaki psiko..contoh kes cinta, banyak kes bunuh diri perempuan..perempuan suka ugut nak bunuh diri, suka cederakan diri, DAN suka main bomoh untuk dapatkan lelaki yang dia nak...Alhamdulillah aku tak la sampai tahap macam tu...kumbang bukan seekor kot..Kat pokok bunga mak aku berlambak...Hahahah





Tapi aku still tak jumpa lagi jawapan yang aku cari...bila dah betul-betul jumpa jawapan tu baru la aku boleh decide sama ada walk away atau keep waiting..Dokter,please bagi hint sikit..hahaha

Sunday, November 11, 2012

Lepaskan

Assalamualaikum! (jawab please)

Ha...Tajuk dah macam tajuk lagu wana 'lepaskan' dah kan...ecehhh, nak lepas kan apa ni?
Well, bila cakap pasal lepaskan ia akan berkaitan dengan pengorbanan..Ha, senang cerita ini berkisarkan tentang perasaan..Lepaskan orang yang kita sayang, so ia akan melibatkan pengorbanan which is korbankan perasaan...aicehh, dr,Fiqa dah start motivasi cintanye..

Semalam tarikh yang sangat cantik right?10/11/2012..Tapi ianya sekadar tarikh buat aku dimana segala harapan berkubur dan dah disemadikan...hahaa..dan aku decide untuk lepaskan...haaa, tu pasal tajuk entry aku 'lepaskan'...haha

tapi jangan risau hujung tahun ni banyak lagi tarikh cantik contoh 12/12/2012 and 20/12/2012..So pada lelaki yang gentle lagi romantik, propose la pada your girl pada tarikh tersebut..ecehh..Be a man okay, jangan jadi pengecut dalam meluahkan perasaan..Buang ego atau insan yang tersayang akan terlepas...ehhh, macam lari tajuk je aku ni..

Tapi pengajaran yang aku dapat ialah, tak semua yang kita nak kita akan dapat..kadang-kadang kita ditakdirkan suka seseorang tu dan indahnya seseorang tu pun punya rasa yang sama..Tapi jadi tak indah bila keduanya tak ditakdirkan bersama...kita suka seseorang dan seseorang suka kat kita tapi tak dapat bersama?bagi aku keadaannya sama je macam bertepuk sebelah tangan tapi yang ni lagi SAKIT since kita tahu perasaan dah sama then of course akan ada rasa berharap..but the ending just like cinta tak kesampaian..haha..So bertahan je la..

kawan aku cakap cinta tak harus memiliki....so yeah, cinta tak harus memiliki tapi kalau dah memiliki tu haruslah cinta..*itu rekaan aku*..hahah..Orang kalau cakap nak lepas kan actually hatinya tak sependapat dengan dimulut..Mulut cakap lepas tapi hati nak tunggu lagi..disitulah kita mula berperang dengan perasaan..Sama ada lepaskan atau bertahan, ianya bergantung pada seseorang individu..lepaskan tak bermakna kita give up, tapi kadang-kadang ia memberi makna kita terlalu sayangkan dia so demi kebahgiaan dia mungkin kena berkorban lepaskan si dia..Bagi yang tetap nak pertahankan, well sangat bagus..tapi jangan psiko sangat...Hahah..Biarlah kita pertahankan rasa tu dengan cara yang bermaruah okay..So, aku akan mulakan langkah baru..Mulakan dengan senyuman...^^,

my dear dokter : I'll try to walk away from you...for your happiness....Even I know that he will never notice about it because he never realize that I always waiting for him....please take care of yourself...thanks for everything..terima kasih untuk segala rasa ini...T.T

Thursday, November 1, 2012

Patah Hati

Assalamualaikum..

huuu sejukkk..hujan turun tak berhenti menyekat perjalanan aku nak ke kedai..Actually hujan macam main-main sekejap dia lebat sekejap berhenti..

Actually hujan...erm...hujan yang turun bagaikan air mata..eh eh eh..apa entah yang aku mengarut ni..Actually kan aku dah tak tahu macam mana nak buat muqadimah memandangkan dah lama giler aku tinggalkan blog..Aku terus ker tajuk aku je la which is PATAH HATI...Ishh ishhh ishh sampai patah hati tu yerk..

Siapa yang patah hati?Mereka-mereka yang kecewa akan mengangkat tangan dalam diam...Hamboii teruk bebenor ayat bahasa Melayu aku..boleh pulak digandakan perkataan mereka tu..Sebenarnya aku tengok kat facebook, twitter banyak juga la buat status semua tangkap leleh, patah hati, jiwang dan yang sekutu dengannya..Aku?errr..aku pun ada buat juga *tutup muka*...

Orang yang tengah patah hati ni selalunya dah tak mempan dengan kata-kata motivasi..selalunya sang kawan akan menasihati si patah hati dengan ayat
 "mungkin Tuhan nak hadiahkan kau dengan yang lebih baik"
 "kalau dia untuk kau dia akan datang balik" *hug*
"kau layak dapat lagi baik dari dia"*tepuk bahu*
"sabar la eh..dugaan tu" *ambil usap-usap bahu* dan macam-macam lagi la ayat motivasi keluar kann..

Tapi kan..bagila ayat motivasi macam mana pun tak mampu nak sambung balik hati yang dah patah remuk redam hancur berkecai..Hammmbooii!Seriously, ayat-ayat tu semua hanya penyedap hati untuk seketika sebab orang yang patah hati ni cuma 'si pematah' jer yang boleh tolong..sama ada tolong pulihkan atau tolong patah kan lagi bagi patah riuk..hahah..

So untuk mereka yang hati tak tenang, mengadu la kat Dia....Dia kan yang ciptakan hati kita so Dia jer la ada penawar untuk kita..

Well aku rasa agak awkward sikit tulis blog kali ni mybe sebab dah lama kot tak update..Pula tu aku baca entry lama seriously rasa nak gelak gila-gila bab yang stalker..Giler teruk aku ni bila dah crush dengan orang..

Well well and well..Hahh!!!Dokter peribadi aku tegur aku.....
Dokter....sekarang musim hujan kan, dokter jaga la kesihatan ehh..Eh dia kan dokter pandai la dia cari ubat..hahah.....ermm..sob sob sob..Dokter I miss you.. Kbai..

Semoga Dia jagakan dokter untuk aku ^.^ semoga dia bahagia...ok  before cerita sedih bermula aku sudahi dengan wassalamualaikum w.b.t.........................

Wednesday, October 31, 2012

Aku dan Kau

Aku dan kau?erm..aku + kau = complicated...haha....Kita dan Dia je tahu macam mana perasaan yang kita alami. Even we are not meant to be together, aku tak pernah menyesal dengan apa yang jadi..Aku tak menyesal dengan perasaan yang datang walaupun bukan dipinta..Dan aku nak kau tahu if there's something precious that can't be thrown away..that is YOU..

Ego?Dah cukup ego yang ada aku buang jauh...whatever la yang penting semua ni mematangkan aku...Kadang-kadang aku terfikir mungkin ini balasan sebab suka pada sesuatu yang dah dimiliki..Tapi siapalah aku?Manusia biasa je kot yang tak dapat lari dari perasaan tu....Kalau aku doraemon senang sikit aku keluar alat dari poket untuk ubah hati aku..Hahaha..

Dah kenapa aku nak tiba-tiba buat cerita sedih..sejak bila pula blog aku jadi blog cintan cintun..Whatever!Bukan ke aku dah makin matang dekat situ?Hahaha..

kepada doktor peribadi aku, Mr. tuttttt...Nampaknya sakit aku dah tak ada yang nak check kan..Aku harap kau jaga kesihatan kau, gembira selalu okay?Hahah..Macam la kau akan baca kan?Ehhhh kalau boleh aku harap kau tak baca...Memalukan!Haha

rasanya tak salah kot blog aku sekali sekala jadi luahan rasa...bhahahaha..blog aku kot bukan blog orang lain..apa nak heran, ye dak?

Tuesday, June 21, 2011

Your Turn

Sad Love Quotes from dolliecrave.com
Ayat ni memang sesuai sangat dengan aku.. Itu yang terjadi antara aku dengan dia.. Stop la berharap.. Don’t put any hope on the meaning that already disappeared.. Sorry to say... Tapi itu hakikat yang kita kena terima...Dunia berputar macam roda..Then, kena ingat dan jadikan pengajaran, jangan terlalu mudah bina harapan kalau satu saat kau hancurkannya.. At the last kau tercipta harapan sendiri..Sorry, tak pernah terlintas untuk balas dendam, sumpah.. Semua jadi diluar jangkaan aku.. Kalau kau rasa kecewa, kau kena ingat aku lebih kecewa dari kau.. Saat aku jatuh, tak ada siapa-siapa dekat sisi aku.. Yang ada kau buat aku bertambah terjatuh dan tersungkur.. Mujur Allah sentiasa ada bersama hambaNya lagi-lagi hamba yang teraniaya..... Hopefully kau faham, dan tak simpan rasa benci dan dendam kat aku... Honestly, dah tak ada apa-apa yang dapat aku simpan melainkan memori dulu.. Itupun dah aku kunci......
Aku tak tahu kenapa ayat aku malam ni touching.... Ini salah Norsuaida Alwee.. Kau bagi aku jumpa benda alah ni...hahahah...Sorry dear, not your fault la... Actually seronok main benda alah ni, betul kau cakap....Hehehe.. Thanks dear, sebab selalu bagi aku support.... (“,).. I’m your friend right?forever right?Please say yes... L

I was LYING


Love Quotes from Dolliecrave.com




MR. B..........................I was lying... Iwas lying!!!

Saturday, June 11, 2011

Dia Kembali Pulang

Bintang terlihat terang saat dirimu datang....... ßMemang tak dinafikan
Lihat lah dia mulai bernyanyi ß Dia pula penyanyi..
Wajah mu mengingatkanku dengan masa laluku ßSeriously nak dekat sama..Memang buat aku teringat...Kesukaan diorang pun sama
Kekasih yang dulu hilang, kini dia telah kembali pulang.. ß bukan kekasih..suka dalam diam (T-T)...
Memang dia yang baru itu pulang tapi hanya sementara..Kemudian dia berlalu pergi seperti yang lainnya.....
Asal seyh ayat aku malam ni nak jiwang lebih...Atoiiiii....Apa ni?Apa ni? Don’t put any hope yang tak memberi apa-apa erti la weiiii...(sambil hentak kepala ke dinding)
Esok nak kena bersiap awal pagi, bukan untuk balik ke segamat tapi untuk ke Kuantan untuk hantar my sister pergi interview..Actually tak pernah lagi drive ke Kuantan, hopefully semuanya berjalan lancar...Amin..
Haihh, fikiran aku tengah berserabut, tengok bola pun tak ada mood...Kalau fikir benda yang berfaedah tak apa juga, ni serabut dengan benda-benda temeh..Tapi apa yang aku boleh buat?Dah benda tu datang terjah kat kotak pemikiran aku..Kalau boleh aku halau macam aku halau ayam tak apa la juga kan...Haih....Astaghfirullahalazim....Hai manusia, berhenti lah merungut....
Nak melukis pun tak ada mood...Dah lama aku tinggalkan dunia lukisan dan penulisan puisi..Semuanya sejak masuk UiTM..Sejak masuk UiTM ni aku rasa masa aku macam full je...Tapi ye ke?Aku aku tak sure full untuk perkara berfaedah ke tak...Nanti aku check balik..Hahahah..
Tak pasal-pasal aku kembali pada kerja lama aku iaitu top manager stalker...Dah la weiii, forget it.....Tak nak Fikir dah!!Ya Allah, tunjukkan aku jalan....huhuhuhuhuu....Bukan jalan ke Kuantan, jalan untuk aku pilih bagi teruskan hari esok...Harap tak tersesat, dalam masa yang sama aku harap tak sesat la nak ke Kuantan esok...Aku ni kira pemandu baru lagi....(“,)

Friday, March 4, 2011

stalker menjalankan tugasnya sebagai stalker

jeng..jeng..jeng,,,






Hahahah..(dimulakan dengan gelak..).Eh,mula dengan bismillah la..Ok,kita mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahi...


Ok,al kisahnya semalam (hari rabu) macam biasa miss stalker akan bertemu dengan aF nya..Dan guess what??Her aF la...Mereka bertemu dan meskipun si aF tidak menyedari akan kewujudan miss stalker namun miss stalker tak patah semangat. dan kelihatannya si aF berwajah baru (bukan buat pembedahan plastik okay..)..si aF memakai cermin mata!!Ohh..iman tergugat seketika...Wahh..muka dia mengingatkan aku pada Lee dong wook 
 ye,begini la..akan-akan la jugak..tak la sebiji kan...Dan dia memakai baju warna favourite miss stalker iaitu merah...(merah membara semangat waja..putih mu bersih budi pekerti..Kuning berdaulat...eh2..nyanyi plak dahhh..)...ok sambung balik..so total 9 kali..lepas tu petang tu time balik kelas pun terjumpa...ok,fine...Malam tu ada perasmian MITEK atau minggu terbuka kolej...dan dia berada si sana masih berbaju merah..Tapi bukan baju merah yang sama dengan petang tadi ye..




BUTTT...


TOday..(khamis)..miss stalker terjumpanya pada malam Minggu Terbuka Kolej..Still berbaju merah tapi tak sure dia pakai baju semalam atau dia memang banyak baju merah ATAU mungkin kami ni memang serasi..hahahaha...Tengok dia senyum mengingatkan pada Kyuhyun ... Hahaha..Ini lah akibatnya kalau terpengaruh dengan artis korea...Jangan mencontohi aku yer..








Hahaha...

Dan yang paling ditunggu aksi menyedihkan bila si aF bermesra dengan seorang perempuan..Dan perempuan tu memang suka bergesel dengan my AF. Memang jelas dan nyata...Sekejap kang dia pegang bahu aF..sekejap kang pegang itu la ini la..HEIII..baik kau pegang bahu aku jer,sah-sah tak berdosa..(istighfar banyak-banyak wahai manusia bernama Fieqa..)..hahaha..so total dah 10 kali la jumpa...

cukup 100 kali,aku pergi melamar dia..hahahah..AYP nak melamar????Nak percaya pun kena tunggu tumbuh janggut dulu baru boleh percaya..hahahaha..


Friday, February 25, 2011

Miss Stalker still a stalker

waaaaa...(sambil guling-guling macam cerita hindustann..)huhuhu...Why?Because i meet my aF la...Eh,patutnya aku suka la kan?sambil buat muka wondering...Bukan apa.pertemuan tadi dah macam pertemuan dalam drama-drama dah..Di mana si hero nak berlepas,si heroin tak nampak si heronyer..Bila si hero dah gerak barulah si heroin menoleh...hahahahah...Cewaahhh,aku heroinnyer ker?Dia mungkin la hero but for him,i'm nothing...But for me,he is everything...wah2...sejak bila aku jadi jiwang karat ni..


Al kisahnya,aku nak ke segamat so aku sewa la kereta and aku drive buat kali pertama kat bandar tengah2 Segamat tu..Huhh,giler jem kalah bandar besar beb...


Sebelum menunggu kereta sewa tu,aku duduk la kat bus stop,borak-borak pas tu bebel-bebel sebab abang yang bagi sewa kereta tu lambat sangat..So,ada la bas kat depan mata,ikut hati aku baik aku naik bas jer tapi dah booking so pandang bas tu dengan senyuman jer la kan..Aku  pun malas la nak pandang bas tu lama-lama,kalau bas tu Shahir af 8 boleh juga aku tenung samapai tembus kan..So,aku terus berborak dan berborak dan membebel kat abang tu..Tiba la masa yang menyedihkan bila bas nak gerak..Aku sedih bukan sebab bas tu gerak ye kawan-kawan...Aku sedih sebab masa bas tu gerak aku nampak my AF pegang beg (mybe balik)..Argghh,masa bila dia naik bas tu,aku tak perasan pun dia sampai kat bus stand tu..Atau mungkin dia meminjam sayap superman?Atau mungkin dia menggunakan kaedah cicakman??Waaaa...Dengan kecewa aku tengok bas tu berlalu pergi,eh silap!bukan bas tu berlalu pergi tapi my AF pergi...dah macam dalam cerita bila sang hero pergi meninggalkan si heroin..huhuhuhu..Kenapa ayat aku poyo setiap kali jumpa dia??hahahah


Cuma yang best nya dia berbaju warna hijau muda,dan aku???Aku pakai baju Kurung...warna nak tahu?warna HIJAU laaaaa!!!!!hahahahah....giler la si stalker ni kan...hahahah...Kenapa la time bas tu gerak baru aku nak pandang,ish..ish..ish...Kalau abang yang aku sewa kereta tu datang awal,mybe aku dah boleh drive ke terminal tengok dia...ahhahah..tapi abang tu lambat!!Tapi bukan salah dia,customer dia yang lambat..Dan bukan salah customer juga dah jalan jem..Habis,salah siapa?Entah,takkan aku pulakkk...


Tapi lagi bagus kalau abang kereta tu datang lagi awal dari tu,biar aku tak nampak my AF...Tak nampak tu lagi bagus daripada nampak tapi kecewa..kan..kan..kan....(Ye kan je la)


SO,TOTALNYA,DAH LAPAN KALI LA JUMPA..HAHAHAH
Ini la baju yang AYP pakai tadi...Ala,masa ternampak my AF tu..huhu..Ni gambar masa kat
bilik lamakuuuu..uhh,rindu nyer..




* I AM A STALKER FOR MY FUGITIVE (AF)

kali ketujuh aku dan my AF

uhh..AYP jumpa my AF kali ketujuh...masa aku pandang tiba-tiba dia toleh,tapi dia pandang budak belakang aku da...hahaha..kawan dia kot...uh,kuciwa rasanyer...

Thursday, February 24, 2011

3 in 1 ( 3 test dalam 1 hari) JIWAKUKACAU

Yeah..Macam tu la dia ceritanya..3 test sekali dalam sehari,giler nak pecah kepala otak aku...Nasib baik otak aku ni mempunyai daya tahan yang tinggi..huhuhu..


Giler stress wa cakap sama lu beb...Jadi ting tong dah aku...Tapi baca tak masuk mana pun..Tadi last test pun aku banyak tinggal..Aku ingat aku jer,rupanya classmate aku semua tak tahu nak jawab...Subject pula boring kan...Redha jer la...


Then,classmate aku cakap muka aku sejak akhir-akhir ni lain..Diorang cakap muka aku,muka stress,muka orang banyak masalah,pas tu muka sakit  siap tanya aku sakit apa..Actually memang aku ada penyakit....Penyakit migrain..hahahha..Tapi tak tahu la,memang la sejak akhir-akhir ni banyak sikit masalah tapi alhamdulillah semuanya dah beransur..;)..Cuma stress tu mybe sebab test dengan permohonan PTPTN aku tu lagi..Agak serabut sikit la..hahah


Actually,hari ni hari Rabu kan..So,of course la hari aku dengan my aF..Tapi kitaorang tak terserempak dekat tempat biasa pada waktu petang kebiasaanya..Kali ni malam tau tapi dia dengan girls...arghhh,giler tak jeles??of course la kan..kali keenam jumpa dalam keadaan yang tak best..dah la pakai baju pink..hahah..takpe la,i cuba menerimanya..hahahha


*AYP dah dapat gelaran baru tau...ada orang bagi gelaran miss stalker kat AYP..hahahah..pon boleyyy

Saturday, February 19, 2011

I am a good Stalker

Hahahah.....Giler tak boleh bla kan tajuk...Tapi betul la tu,i am a good stalker...Kali ke empat aku jumpa my Af hari Khamis baru ni tapi dari jarak jauh je la...Then,hari ni aku ternampak dia masa aku kat kolej member aku..Today ada perasmian SUKOL yang iaitu sukan antara Kolej  and ada la budak lelaki bising-bising,so aku tengok la kat tingkap..Kot ada yang mengamuk ke,kena histeria ke siang-siang kan..Tiba-tiba mata aku tertumpu la pada seorang lelaki berbaju hitam dalam kalangan lelaki-lelaki berbaju hitam yang lain...Giler tajam mata aku...Lepas tu kawan aku cakap bukan mata tajam tapi mata gatal...hahahah...So,total nya dah lima kali la aku ternampak dia...Hehehe


Actually today ada sambutan maulidur Rasul juga,so ada la perarakan tapi aku tak dapat tengok la perarakannya sebab aku ada kelas ganti kan...And malam tadi aku baru lepas test kot..Agak frust la menjawab,mana tak nya lain tanya lain yang aku jawab...So kena struggle untuk next test la nampaknya...And then aku pergi kelas pagi tadi aku pakai wedges (yang perempuan tahu la apa)..Lepas tu aku kena bahan dengan kawan aku..hahah...giler jahat...Malu sayeee....diorang cakap aku dah jadi ada improvement,hari tu aku pakai kemeja yang girl punya tu pun kena bahan...diaorang cakap aku dah pakai pakaian perempuan...Adoiii,selama ni aku pergi kelas kan pakai baju kurung,baju kurung tu bukan pakaian perempuan ker...huhuhu...Tapi nampak la kan betapa concern nya kawan-kawan aku...hahahaa

Friday, February 11, 2011

ANGAU

ting tong...


Hahaha..Now,aku ada dekat tempat yang aku rindukan, iaitu katil aku (katil dirumah)!!hahaha...Actually, semua kelas aku cancel hari ni..Yang tak cancel kelas debat je..Jangan tanya la pasal debat lagi,sebab perdebatan aku dipostpone lagi...hahahaah...asyik postpone je..sebenarnye kan..shhh..jangan bagitahu orang..Meh nak bisik..(Aku tak pergi kelas debat..)...hehehe..


Bukan main happy aku nak balik tadi...hehehe..giler tak happy,mesti la happy kan..


Lupakan sekejap pasal happy..Sebab aku nak buka topik angau..Angau atau nama glamournya gila bayang..Majoriti mereka-mereka yang dah matang pernah alami penyakit ni..Penyakit ni ubatnya bagi ubat batuk cap ibu dan anak jer senang..hahaha...kawan-kawan aku (termasuk aku kot) memang tengah dilanda penyakit ni..Penyakit ni rupanya berjangkit...So,penawarnya memang susah la nak dapat,kemungkinan untuk tak dapat tu 98 %..hahahahaha


symptom dia selalunya orang sakit angau ni makan tak lalu (kalau aku makan makin selera)..tidur tak lena (kalau aku sorong je bantal,confirm la lena)..mandi tak basah..(yang ni tipu...mana ada mandi tak basah,dah nama pun mandi kan,kena air..confirm la basah..lain la kalau mandi guna pasir kan..)..Selain tu orang angau ni kuat termenung,murah senyuman (sebab suka senyum sorang-sorang)..Nak tahu tak aku angau dekat siapa?Tak nak tahu?Ahh,peduli apa,aku nak bagitahu juga..Aku angau dekat....yang kat bawah ni..


amacam?handsome kan???cute la..hahaha..dah la aku minat tengok lelaki pakai cap,pakai pula cermin mata
memang bikin wa cair la kan..hahah..Actually,aku tiap-tiap hari jumpa dia..Dia je tak jumpa aku
sebab aku tengok muka dia dalam laptop tiap-tiap hari
hahahahahah
dia ajak aku kahwin...Tapi aku cakap tak boleh..Sebab kitaorang berlainan agama..huhuhuhu
Maka aku semadikan kisah cinta kitaorang dengan lagu Cinta Anganan Minah Jenin
hikhikhikhik..


Kalau dapat pakwe macam kat atas agak-agak ada ke girl la nak berlaku curang??Yang curang tu aku cadang pergi terjun bangunan je la..Melainkan kalau perangai si lelaki tu buruk memang wajib la ditinggalkan tapi bukan untuk dicurangkan..Tak baik tau curang-curang,jadi la manusia yang setia kalau kita nak orang setia dengan kita (eh,tiba-tiba pulakkk...)


Tapi kan kenapa ekk lelaki suka bagi harapan dekat perempuan???Last-last perempuan tu dok angau tapi lelaki tu sebenarnya tak ada feeling pun..huh,kejam bin zalim..Aku bercakap berdasarkan pengalaman kawan-kawan...........ter.....masuk....aku (sambil tutup muka)..


Dah la,tutup cerita pasal angau sebab aku pun dah nak tutup mata yang kian kuyu..Akhir kata dari pihak penaja, jauhi diri daripada  penyakit angau..(aku tak tahu apa yang aku mengarut..)
antara example muka orang tengah angau..
ni contoh jer..tapi pemilik wajah ni
takde angau kat sape-sape
pun..=P..HEHE

Thursday, February 10, 2011

Rabu yang indah

sekarang dah nak masuk kul 2...tapi aku tak tido lagi..Aku tak nak tido selagi tak post entry ni..hahaha
Tapi hari ni (Rabu) memang aku buat kerja giler jer kejer nyer...Mula - mula dalam pukul 12 kot gitu aku dengan my roomate pergi ke kolej yang berhadapan dengan kolej aku untuk dapatkan air gedegang (air tin..bila masuk duit je,gedegang!air pun jatuh..hahahah)..mula-mula try juga kat kolej aku tapi duit tersekat pulak dahh..memang macam tak betul sikit la kitaorang...


then,dalam pkul 1 lebih tiba-tiba lapar pula kan...Aku pun buat maggi la apa lagi...Hahaha..Teruk betul makan lewat macam tu..heheh


actually hari nni hari yang aku rasa best sangat.. Inilah hikmah dari Dia..Bermula dengan aku yang tengah serabut dengan jiwa kacau,then aku diberi sesuatu yang lebih baik..


sebenarnya kan, aku terjumpa dengan my AF...hahaha..orang yang aku admire tu la..hahaha...Bayang la, first and last aku jumpa masa bulan satu kot..Lepas tu tak nampak dah,yang peliknya kawan aku selalu terserempak dengan dia..Then,tiba-tiba masa aku nak pergi kelas petang tadi aku ternampak la dia..aku pandang sekali dan aku terus pusing ke lain...dia pandang juga cuma aku tak sure dia pandang aku atau kawan aku..heheh..Dah la aku pernah buat benda yang tak patut dibuat oleh seorang AYP..hahaha..Aku harap kalau nanti dia jumpa pasangan,biarlah dia jumpa yang baik..;)..aku akan happy sekali untuk dia...Sebab aku rasa dia sangat baik..cewaahh...pasrah je bunyi ayat..Tapi betul la,aku harap dia dapat girl yang baik-baik..Tapi kalau dia nak aku pun apa salahnya..Amat dialukan....hahaha.....


Tu cerita pasal my AF..Then,yang buat aku terharu sikap keterbukaan kawan aku ni..Thanks my friend (Nia and Sue), i love you plus-plus lah beb...hehehe...


Syukur sangat-sangat..Kalau sebelum ni aku pernah rasa kecewa now,Dia dah tunjukkan hikmahNya..Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..Sebab tu la redha itu penting...heheheh..

Sunday, February 6, 2011

sampai juga akhirnya aku ke UiTM Segamat ni...hahaha...Dah dapat cuti seminggu mesti ar dah mula liat kan nak balik..Pulak tu cuti seminggu ni sangat bermakna untuk aku...Mana taknya,adik beradik aku semua balik..Bukan senang kan nak berkumpul lengkap semuanya bila masing-masing dah ada komitment sendiri..Mybe tu hikmah lepas macam-macam situasi yang jadi kat aku sebelum balik ke rumah..:)..Ouuu,rindu my rumah...hahahah...

sekarang aku tengah mencari background baru...Tapi sayang la pula nak buang background ni...pulak tu aku terjumpa background yang lawa-lawa..Tapi masih tak berjumpa bckground warna merah hitam..it's okay,masih terus mencari...

owww....esok dah start kelas..well,AYP kena bersemangat!hahaha...

sebenarnya kan............aku tak tahu nak membebel apa la....hahahah..sebab tu ayat aku dari atas sampai ke bawah tak ada kena mengena...hahahah

ha...tiba-tiba idea datang menjelma saat aku tertengok fb seseorang...yup,seseorang yang aku suka. tapi rasanya dia ramai peminta kot,tipu la kalau tak ada yang minat kan. rupa ada,perangai pun nampak baik. tapi apa yang boelh aku cakap kat diri aku 'forget about him'...hahaha...dia tak kenal pun aku,tapi aku kenal dia...hahaha...peribadi dia yang nampak matang sebagai anak sulong buat aku bertambah-tambah la suka...hahaha....tapi bukan la sampai tahap nak bercinta dengan dia,just mengagumi keperibadian dia...ceeewaaahhh...

owhh,aku kesunyian la...dalam bilik ni aku sorang-sorang jer...roomate yang lain tak tahu kemana menghilang,yang tak balik lagi pun ada..maklum la esok dia kelas pukul 2...best kan???argghhh,jelesnyer aku dengan dia.....hahahah...

aishhh,keboringan yang datang melanda...tadi kawan aku ada cerita satu cerita...ermm...dia cakap si 'dia' yang pernah buat aku frust menonggeng dahulu kala (zaman aku tak matang agi..) ada minta tolong dia untuk tackle aku...hahahaha...jap,kelakar ke??macam tak je....huhuhu...ahh,benda dah lepas bia la terlepas..let by gone be by gone..harap dia jumpa perempuan yang sesuai dengan dia...hehehe...aku bukan orangnya...

eh,time aku tulis blog,time tu juga la ada yang ajak chat kat fb....ish ish ish...kebanyakan bagi ayat yang sama 'ganggu tak?'...'asal mana'...'ada kat mana'...herm...diorang ni pakat ke bagi ayat yang sama wahai kaum adam?opps,aku ternampak satu fb seorang lelaki ni yang nampak cool berbaju melayu..so,aku buka la kan...jeng...jeng..jeng..ada satu picture dia tak pakai baju...reject terus la...hahaha..aku tak suka betul tengok laki bergambar tak pakai baju,takpun lelaki yang suka tunjuk badan..jangan tanya kenapa,tapi aku memang tak suka...hahah

tiba-tiba aku teringat hari sabtu punya malam...kitaorang satu family tengok ceerita hindustan Badshah..Memang cerita lama,tapi best kot..Tergelak-gelak kitaorang...Ermmhhh,moment yang sangat indah...ku kepal-kepal lalu ku simpan dalam minda dan hati dan ku bawa ke uitm ini...hahahahah

dah la,aku rasa makin lama aku makin merapu...baik aku sudahi dengan wabillahitaufikwalhidayah...wassalamualaikum,warahmatullahhiwabarakatuh...hehehe

*tengah dalam dunia keblurran lagi....hahahah

Wednesday, January 26, 2011

Hujan dan air mata

Sejuk,itu la yang aku rasa sekarang...Dekat luar hujan sedang turun dengan lebatnya...Aduhh,macam mana aku nak pergi Segamat petang karang...Ermm..Nak pergi kelas kejap lagi,aku pula mana ada bawa payung...Memang dapat la kan..hahaha...tiba-tiba aku teringat lagu 'hujan rintik2..air bergelora..'...hahahaah...indah nya zaman kanak-kanak kan...Ehh,time hujan la baik untuk berdoa..Jom berdoa sekejap.................................................


Tapi bukan la hujan menjadi topik utama buat AYP..hahaha..Tapi mengenai kawan AYP yang patah hati..Nyaris-nyaris banjir je bilik AYP malam tadi...hahaha..Bukan apa,dia dah sayang sangat kat budak tu tiba-tiba dapat perkhabaran yang tak menyenangkan..Kira macam respond yang bukan seperti yang diharapkan..So,sekarang mybe dia dalam dilema,atau mungkin juga dalam alam maya sedang bermimipi lagi dia atas katilnya...hahahah


Actually,lelaki ni kadang-kadang susah nak faham..Apa yang dia nak,apa yang dia fikir..Cuma apa yang boleh aku cakap kan lelaki memang suka bagi harapan kat perempuan..Dan perempuan pula kan kaum yang lembut hati..Mudah terpaut begitu sahaja..Wahhh,ayat aku...Aku pun pernah alami macam tu..Dia bagi harapan,bagi baik punya hint..Last-last elok dia bercouple dengan orang lain..Then nak tahu apa alasan dia???Tak payah la bagitahu kan...Bukan penting pun..hahaha...Ahh,tak kira..aku nak bagitahu juga..Alasan dia,aku terlalu baik and dia tak layak nak dapat aku..Huh,whatever..Cerita lama usah dkenang..let by gone,be by gone...hahaha


Untuk kaum lelaki,tak patut la kan buat macam tu..Kalau nak cakap nak,jangan biar orang tertunggu-tunggu..Kalau tak nak pula,jangan la bagi harapan...


Bengang pula aku menaip sekarang ni sebab huruf I bermasalah untuk ditekan...Erm..macam mana ni???kenapa dengan huruf I nie...siapa yang boleh repair angkat kaki cepatttt...hahahah..


Opss,laju nya masa berjalan..Berjalan dengan penuh laju..Ke jam aku yang gerak cepat sangat ni??hahah...now,tiba masa nak bersiap pergi kelas...Hujan ni,cancel kelas boleh tak???hahhah...hei AYP!kau ingat kau anak menteri mana suka-suka nak cancel kelas..hahahah...ting tong la aku ni..Chow dulu..


*AYP pun sedang memburu cinta sekarang ni...Cinta yang teragung,iaitu cinta dari Allah..Cinta dariNya saja yang tak akan buat kita terluka..;)

Tuesday, December 21, 2010

Tawar hati

Apa maksud tawar hati?Macam mana kita nak tahu hati tawar ker masin ker?Kita boleh rasa ker hati tu?Adakah setawar air masak?huhuhuhu...Kalau ikut kamus dewan(aku tak tahu edisi ke berapa,bnyak sgt edisi nyer..)maksud tawar hati ialah tidak mempunyai minat lagi..Contohnya mcam situasi aku(ni la tujuan aku yg asal sbnarnye...;P)Pada mulanya aku sukakan 'ia' tapi setelah berkali2 benda yg lebih kurang sama terjadi,perasaan tu jadi pudar dan tercipta la perasaan tawar hati..For example,air nila yg kita biar kan beberapa hari,pasti warna nye akan memudar..Macam tu la juga hati kita,kalau terbiar tak dijaga,asyik disakiti je,of course la akan pudar kan?Erm..Kena ke perumpamaan yg aku bagi ni??Halal la tu...Dan kat bawah ni lirik lagu dari penyanyi Nadia,ada la kaitan sikit2 dgn cerita aku ni kan..Tapi aku tak kenal la siapa penyanyi nye,suara dia mmg baikkkkkk punyeeeeee la kan..Serak2 sikit,mmg fayourite la kan...Kalau Ain AF8 nyanyi lagu ni mesti best kan???erm...=)






Salam untuk kekasih


Di sebalik kalbu
Yang semakin layu
Terbenam rasa rindu
Terkunci suara hati
Tiada siapa tahu

Dimanakah kasih
Tak seperti dulu
Kata kau sayangkan ku
Benarkah itu

Walau kehadiranku hanyalah sementara
Bukan salahmu sayang kira kau jatuh cinta
Akan ku pergi jauh takkan kembali
Salam maaf permisi
Ku undur diri

Kini ku bersara
Dengan langkah baru
Menyisi luka ini
Kekasih... sekeras aku
Terhiris kerna kamu

Ku tinggalkan cinta
Kisah yang berlalu
Kisah kenangan kita
Hanya kau tahu

Walau kehadiranmu bagaikan menghiasi
Bukan caraku sayang harap engkau mengerti
Pemergianku ini tak ku relai
Salam maaf permisi
Ku undur diri
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers