Thursday, January 27, 2011

Redha itu penting!!!!

Post aku kali ni tak macam post aku yang lepas yang mana aku ni macam ting tong sikit..tapi entry kali ni lebih kepada slow..Layan feel sementara waktu...hahahah...esok2 kembali menjadi ting tong kot..hahaha

Story aku pasal terpinggir..yupp,hal yang sama seakan berlaku tapi tak seteruk dulu..Tapi semua tu buat aku terbayang balik..Aku tak tahu kenapa,aku mudah sangat sayang orang.. Lagi2 kawan aku... Aku tak pernah buat kat orang..Tapi...........Ermm,tak payah la nak disebutkan..Sedih tapi aku kena redha kan..redha itu.....????(5 saat untuk menjawab)..yupp,tepat sekali,redha itu penting...
Ermm,aku ada dapat assignment tapi...Ishh,tak payah kot nak cerita benda2 ni..Bak kata classmate aku apa yang jadi mesti ada hikmahnya..Part 2 ni aku kena lebih kuat,yang pasti kena bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan..Sememangnya part 2 ni tak sama dengan kisah part 1 dulu..Cuma aku kecewa..Aku selalu salah tafsir dalam persahabatan aku sendiri..Kenapa la aku lupa pesan Salwa (kawan baik aku)..Kalau tak,aku tak la kecewa macam ni..

Kisah aku form 5,aku dipinggir yang namanya kawan..Tak kisah la salah siapa pun..Even kalau salah aku diaorang tak perlu nak buat aku macam musuh..Siap nak perli-perli aku..Apa hak diorang nak hukum aku macam tu??Yang layak menghukum tu Cuma Allah..Bila aku tengking mula senyap (first time aku tengking orang selain adik aku)..Semua yang ada dalam kelas tu terkejut tengok aku..Sebab diorang kenal aku  sebagai orang yang tak reti marah..Kawan sejati bukan meninggalkan kawannya ketika kawannya itu melakukan kesilapan tapi kawan sejati ialah orang yang membantu kawannya jika kawannya salah dengan membantunya memperbaiki kesilapan..Bukan dengan cara menghukum..Tapi lepas apa yang jadi,orang boleh nampak salah siapa...No matter what,aku bersyukur sebab Dia selalu bantu aku..Dia hadirkan orang yang bantu aku bangkit...Aku doakan semoga Allah je la balas kebaikan korang..Tapi kisah ni macam datang balik ganggu aku sebab kes yang terjadi hari ni..Ishh,kenapa la aku nak serabutkan otak kan..Memang dah jadi kebiasaan kalau aku diambil time perlu..(--_)..Tapi aku redha...(‘’,)..Tuhan selalu bersama dengan orang yang sentiasa mengharapkan pertolongan dia..Aku bukan budak2 lagi..Semua ni mematangkan aku untuk jadi lebih baik..(‘’,)..Dan apa pun jadi kat aku,aku tak nak jadi selfish...even ada orang lain macam tu buat kat aku,aku tak boleh balas balik..Aku tetap aku..Biarlah perasaan mudah simpati ni terus ada...


*Kenapa terlalu mudah untuk meninggalkan...
*Takut untuk jadi selfish...Harap dijauhkan...Sebab itu menyakitkan...

Ustad Asyraf Imam Muda datang Segamat

Siapa ustad Asyraf???Ada ke yang tak kenal?Alaaa yang kat astro Oasis dia jadi juara Imam Muda then dia pengacara bagi soal Asyraf..Kalau tak kenal juga seacrh je la kat internet..hahaha..Memang ustad Asyraf ada datang pada hari semalam dan memberi ceramah pada waktu malamnya selepas Isyak kot (sebabnya aku datang pukul 9 tapi ceramah dah mula)

Tapi sebelum aku bercerita lanjut,aku nak cerita yang debat aku kena postpone lepas raya cina..Hahahah..Terlepas lagi aku,tapi aku tahu minggu depannya lagi aku takkan terlepas..Tapi tadi kelas debat memang happening..So,kurang la sikit kekacauan jiwa aku..Tapi masih mengganggu aku lagi..Ok,stop story about debate..Now we change to story about ustad Asyraf..

Ceramah malam tadi memang best sebab ustadnya pandai buat lawak,and aku tak rasa sangat ceramah tu panjang..Tahu2 eh,dah habis dah...Kalau boleh aku nak bangun minta ditambah lagi masa..Cewaahh..AYP nak bangun??Memang tak la kan....Tapi ceramah yang disampaikan tu memang sampai la kan..Aku memang selalu juga tengok ceramah dia kat astro,bagi aku dia boleh pergi jauh macam dato Fadhilah Kamsah..(pengkritik bebas)..Aku tersangat la suka kalau Dato Fadhilah bagi ceramah,kalau ada episod ulangan Bersama Dato and then sekarang ada Anjakan Paradigma aku akan tengok punya...

Tapi kan,ada satu slide yang ditayangkan masa Ustad Asyraf break kejap,slide tu sangat sedih.Even aku dah pernah baca macam yang kat slide tu tapi kesan dia tetap ada,mendalam..Nyaris nak menangis,tapi bergenang juga la mata ni...Tapi I cover line konon2 mengantuk...hahaha...Isi slide tu pasal saat2 kewafatan Rasulullah S.A.W...yupp,Rasul junjungan kita..Sebelum dia wafat pun dia sebut juga ummati..ummati..ummati..Dah nak wafat tapi tetap ingat umatnya tapi umat sekarang nak selawat pun susah,ingat kat baginda entah la..

Antara isi slide semalam yang aku nak kongsikan 

Dari Ibnu Mas'ud ra bahwa ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:
"
Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah." Allah berfirman: "Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa."
Kemudian kami bertanya: "Bilakah ajal baginda Rasulullah? Baginda menjawab: 
Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyi la' la." Kami bertanya lagi: "Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: "Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah." Kami bertanya: "Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?" Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.
Kemudian baginda bersabda: "
Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua."
Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir. Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah ra. selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah SAW, kemudian memberi salam: "
Assalamualaikum ya Rasulullah?" Kemudian ia berkata lagi "Assolah yarhamukallah." Fatimah menjawab: "Rasulullah dalam keadaan sakit?" Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: "Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan saja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat." Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: "Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?" Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar ra. agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar ra. melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan.
Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi ribut sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: "
Wahai Fatimah, suara apakah yang ribut itu? Fatimah rha. menjawab: "Orang-orang menjadi ribut dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka." Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan ibnu Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda:
"
Ya ma'aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini."
Malaikat Maut Datang Bertamu Pada hari esoknya, yaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali saja. Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa.
Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: "
Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"
Fatimah rha berkata kepada tamunya itu: "
Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit." Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: "Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?" Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: "Seorang lelaki memanggil ayah, saya katakan kepadanya bahwa ayahanda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma." Rasulullah SAW bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?"Fatimah menjawab: "Tidak wahai baginda." Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: "Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur."
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "
Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan `Assalamualaika ya Rasulullah." Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?" Malaikat Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang. Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? "Saya tinggal ia di langit dunia?" Jawab Malaikat Maut.
Baru saja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW.Maka bersabdalah Rasulullah SAW: "
Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahwa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah." Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: "Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab: "bahwa pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu." Baginda SAW bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: bahwa pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu." Baginda SAW bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti." Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku.
Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?
" Jibril as bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: "Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?" Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu." Maka berkatalah Rasulullah SAW: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku.
Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?
" Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW. Ali ra bertanya: "Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga. Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut." Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?" Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW. 

Erm..yang selanjutnya aku tak dapat tapi yang aku ingat Rasulullah sebut umatnya sebelum baginda menghembuskan nafasnya..Sayangnya Rasulullah kat kita kan..(T-T)..

*Aku merindukan Rasulullah S.A.W..
Di atas satu cinta...Nasib ada lagu ni...Hari ni dah berapa kali tukar lagu...(jiwa kacau)

Tukar lagu lagi..

Yupp,time to change lagu blog ni..Bawah ni urutan lagu yang pernah dipasang..

Naturally - Selena Gomez
InsyaAllah - Maher Zain
Surga Cinta - Ada Band
Ketulusan Hati - Marsyanda <terkini>

Untuk jiwa yang tengah kacau ni aku nak blog aku pasang lagu favourite aku ni...Lagu ni kalau hayati betul2 memang menusuk segala tulang rusuk..hahaha..Mybe lepas ni tukar lagi...(--_)

* AYP akan berdebat hari ni...(takuttttt)

Lirik lagu ketulusan hati

Lagu ni memang sesuai untuk aku sekarang ni..Dan sesuai bagi mereka yang rasanya ditimpa dugaan..Yang pasti,redha itu penting....(",)


Sedih ku sakit ku ku terima
Ke rela ku pasrah jalan ku
Ini suratan aku di coba
Demi rahmatmu ku memohon

Ya ALLAH redhoi ketulusan hati
Ya ALLAH  beri aku ketabahan

Ya ALLAH aku sanggup berkorban
Demi rahmat mu ya ALLAH

Di dunia yang sarat godaan
ku mohon dosa ku ampunkan
ingin bahagia dunia akhirat
turun kan rahmatmu utk ku

Wednesday, January 26, 2011

Hujan dan air mata

Sejuk,itu la yang aku rasa sekarang...Dekat luar hujan sedang turun dengan lebatnya...Aduhh,macam mana aku nak pergi Segamat petang karang...Ermm..Nak pergi kelas kejap lagi,aku pula mana ada bawa payung...Memang dapat la kan..hahaha...tiba-tiba aku teringat lagu 'hujan rintik2..air bergelora..'...hahahaah...indah nya zaman kanak-kanak kan...Ehh,time hujan la baik untuk berdoa..Jom berdoa sekejap.................................................


Tapi bukan la hujan menjadi topik utama buat AYP..hahaha..Tapi mengenai kawan AYP yang patah hati..Nyaris-nyaris banjir je bilik AYP malam tadi...hahaha..Bukan apa,dia dah sayang sangat kat budak tu tiba-tiba dapat perkhabaran yang tak menyenangkan..Kira macam respond yang bukan seperti yang diharapkan..So,sekarang mybe dia dalam dilema,atau mungkin juga dalam alam maya sedang bermimipi lagi dia atas katilnya...hahahah


Actually,lelaki ni kadang-kadang susah nak faham..Apa yang dia nak,apa yang dia fikir..Cuma apa yang boleh aku cakap kan lelaki memang suka bagi harapan kat perempuan..Dan perempuan pula kan kaum yang lembut hati..Mudah terpaut begitu sahaja..Wahhh,ayat aku...Aku pun pernah alami macam tu..Dia bagi harapan,bagi baik punya hint..Last-last elok dia bercouple dengan orang lain..Then nak tahu apa alasan dia???Tak payah la bagitahu kan...Bukan penting pun..hahaha...Ahh,tak kira..aku nak bagitahu juga..Alasan dia,aku terlalu baik and dia tak layak nak dapat aku..Huh,whatever..Cerita lama usah dkenang..let by gone,be by gone...hahaha


Untuk kaum lelaki,tak patut la kan buat macam tu..Kalau nak cakap nak,jangan biar orang tertunggu-tunggu..Kalau tak nak pula,jangan la bagi harapan...


Bengang pula aku menaip sekarang ni sebab huruf I bermasalah untuk ditekan...Erm..macam mana ni???kenapa dengan huruf I nie...siapa yang boleh repair angkat kaki cepatttt...hahahah..


Opss,laju nya masa berjalan..Berjalan dengan penuh laju..Ke jam aku yang gerak cepat sangat ni??hahah...now,tiba masa nak bersiap pergi kelas...Hujan ni,cancel kelas boleh tak???hahhah...hei AYP!kau ingat kau anak menteri mana suka-suka nak cancel kelas..hahahah...ting tong la aku ni..Chow dulu..


*AYP pun sedang memburu cinta sekarang ni...Cinta yang teragung,iaitu cinta dari Allah..Cinta dariNya saja yang tak akan buat kita terluka..;)

Saturday, January 22, 2011

Yupp,dah tiga minggu campur minggu ni tak silap aku,aku tak melihat rumah aku...Hahaha...teror juga aku..Mana taknya sem lepas tiap2 minggu aku balik..Homesick?Tak la homesick kot (AYP tak nak menerima kenyataan..hahah..)..Bukan apa,aku memang rapat sikit dengan rumah aku..hahahah..termasuk dengan isi rumah..Aku memang sangat rapat dengan parents aku,sebab aku dari kecil sampai aku form 5 tak berpisah..Pernah aku dihantar ke sekolah Tanjung Gemuk,Sekolah Teknik..Tapi aku tak lama kat situ..Kat Teknik aku menerima tekanan,kat Tanjung Gemuk bukan sebab homesick sebabnya mak aku tinggal dengan aku..Cuma aku masa tu sayang kawan sangat kot,tu yang balik sekolah asal then kena tinggal dengan kawan yang aku sayang sangat tu..Padan muka aku kan??hahaha..Tapi tak kisah la,aku dengan dia pun dah ok..Tak sempat lagi nak tengok anak dia,dia baru lepas bersalin..Tengok la nanti kalau ada masa..


Semalam aku tolong kawan aku menghias blog dia..Cantik kot blog dia,AYP jealous tau..Sebab blog dia yang mula2 simple sekarang dah nampak mewah dengan warna pink dia tu....cantik,lagi cantik dari AYP punya tau..Kepada tuan blog Sweet Choki , nanti belanja Secret Recipe tau,I dah puji you ni..hahaha..Pukul 3 lebih baru aku tidur sebab tolong dia buat blog sambil mesej dengan seseorang..Aippp!!Jangan nak fikir negatif,AYP mesej dengan kawan je tau...hahahah...AYP masih single,tapi borang pendaftaran belum dibuka..huahuahua...


Sekarang AYP nak turun ke uptown mencari Benjo bersama roomate AYP..Lepas tu nak sambung buat assignment yang berlambak (kononnya la kan..)..Lepas tu AYP nak tolong fikirkan idea untuk menolong kawan AYP yang tengah dilamun cinta la katakan..Masalah dia si lelaki ni lembap bin slow untuk memulakan perhubungan..Padahal dah suka sama suka kot..Masalah juga macam tu kan?AYP suruh dia je mulakan dulu,tapi malu la kan kalau perempuan mulakan dulu..Tapi tak salah mencuba kan..kalau mencuba tapi melepas,jangan putus asa..cari je yang lain daripada melepas sebab takut mencuba,lagi la frust..kan2..Cehh,ye2 je aku ni..


Tapi kan kajian menunjukkan kan <kajian AYP sendiri ye...> bila kita sukakan orang,kita akan menyerlahkan kebodohan kita..Bagi aku tu betul sebab masa zaman sekolah,waktu umur aku yang tak matang lagi kan..Aku ada la minat seorang mamat ni,aku selalu lalu depan rumah dia dalam keadaan malu..Dah malu tapi lalu juga,tak ke Bo***  tu kan..hahaaha...


ok..AYP nak bersiap untuk mengambil burger...hahaha

Friday, January 21, 2011

Segar Amat Part 2

Yup...aku dah kembali untuk menyambung citer yang ini..hahaahhaa..(gelak jahat)..berkenaan budak tuuuttt tu yang mengatakan segamat ni hutan tu kan,erm...dia sedar tak kalau HUTAN ni juga la tempat dia belajar,tempat dia menuntut ilmu..DAN yang terpenting HUTAN ni juga la satu-satunyer tempat dia diterima..Kira dia patutu bersyukur UiTM Segamat tu nak terima dia,kalau tak dia bukan siapa2..upss(tutup mulut)..terlepas suda...


Bukan apa,aku tak suka dengar orang macam hina2 ni...Hutan pun ciptaan Allah juga kan,kiranyer you dah kira menghina ciptaan Tuhan,macam mana kalau Allah tarik balik kurniaan Dia?Alamatnyer angkat kaki la you dari segamat ni dan balik la ke BANDAR yang you agungkan tu..Pelik manusia sekarang,mudahnyer nak menghina tanpa fikir dulu..Ada apa dengan title bandar dan kampung?Mati nanti bawa ke title tu?Bukan apa,ada la beberapa orang ni mengutuk kampung..Aku mengaku aku budak kampung,tapi fikiran diorang tu mengalahkan orang hulu...orang hulu pun bijak..hahahaha...


Tak payah la bangga sangat awak duduk bandar,saya pun selalu pergi bandar...Ingat sikit,bandar2 awak pun asal awak tetap dari kampung..Datuk nenek moyang awak tu datang dari kampung..Zaman2 dulu mana ada bandar2 ni..So,tipu la kalau ada yang kata dia original dari bandar...hahahaahah...Pencipta kita pun tak pernah membezakan kita sama ada kaya atau miskin..Sebab tu masa kita mengerjakan Haji,semua berpakaian putih..Hal ini menunjukkan bahawa setiap manusia itu sama disisi Allah..(wahh,dah boleh jadi pakar motivasi ni...)


Tapi tak semua orang bandar bangga macam tu...Ada yang baik...Kawan aku budak bandar,tapi diorang nak je kawan dengan aku..(walau aku tak tahu diorang ikhlas ke tak...huahuahua..)..


So,bersyukur je la dengan apa yang kita dapat..Moralnyer,apa yang Tuhan bagi tu terima la dengan redha..Kalau tak tahan sangat duduk Segamat ni,buat la fast track then sambung kat Shah Alam..okay bro?hahahaha...Yang penting kena redha,takut ilmu tu tak sampai..dan lagi takut kalau nikmat yang Tuhan bagi ni Dia tarik balik..Sebab ada satu cerita yang pernah tayang kat TV3,cerita nyer sangat sedih..Pasal seorang suami yang tak pedulikan isteri dan anak2 nya sampai akhirnyer semua anak isteri dia mati dibunuh..satu kata-kata dari cerita tu yang diucap oleh pelakon Jalaluddin Hasan "Dah kita tak nak,Tuhan ambik la balik"..lebih kurang macam tu la ayatnya....Maksudnyer lelaki tu tak peduli kan anak bini dia padahal tu semua kan pemberian Dia sampai akhirnya Tuhan ambik balik semua tu..Masa tu nak menyesal memang tak guna..


Takut tak?(orang tak ada perasaan jangan jawab)Takut kan kalau terjadi kat diri kita?So,jom sama2 kita muhasabah diri kita balik (sambil ajak diri sendiri)..Sebab lumrah manusia suka mengeluh tanpa sedar..kan2...Erm,terima kasih kat ustad masa modul tu sebab bagi motivasi yang menyedarkan aku...;)Saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan...Masih belajar dan terus belajar dari kesilapan.('',)

Redha la dengan apa jua yang terjadi tanpa
ada penyesalan..

Sunday, January 16, 2011

Sedih Tengok...

Mengingatkan aku lagu dari UNIC lirik nya macam ni ''Tak perlu kau singkapi..Labuhan kain mu.."
Perlu ke nak macam ni??

Adik yang berkain singkat,belajar habis2 dulu eh..Habiskan SPM dulu,mesti adik ni bijak,so guna la kebijakan yang Allah bagi tu ye dik..



Mula2 aku macam orang terkena kejutan elektrik bila tengok gambar ni
Nauzubillah..

Kalau makcik-makcik tengok mungkin ada yang kena heart attack..So,bagi yang ada masalah jantung tak digalakkan melihat..Bagi lelaki pula cuma dibenarkan tengok sekali pandang je,kali kedua tu dah dikira pandangan jahat ye...uhuk..uhukk..terbatuk lak saya...

TAPI..

Kalau dilihat gambar kat bawah ni pula..Rasa sejukkk je mata,pemandangan pun nampak indaah jer..
SANGAT MINAT SAMA HELIZA..
CANTIK,AYU,SOPAN..SUBHANALLAH..INDAH CIPTAANNYA..


Aku memasang impian untuk seperti ini..InsyAllah


Aku tak la kata aku ni perfect dalam berpakaian kan,tapi biar la berpada-pada kan..aku pun still kurang juga tapi dalam proses nak berubah dari satu tahap ke satu tahap..Nak berubah tak boleh berubah sekelip mata,takut boleh kembali pada asal dengan sekelip mata juga...Ibarat sebiji bola kita lontarkan dengan laju ke arah dinding dengan lontar dengan perlahan..bola yang laju tadi akan melantun semula ke arah datang nya bola tu tapi bola yang ditolak slow tu tak berpatah balik tapi perlahan2 menuju ke dinding tu..=)

Takut sangat one day orang dah tak dapat bezakan wanita Islam dengan bukan Islam..Harap pereka fesyen lebih perihatin..(Pernah bercita-cita menjadi pereka fesyen..)

Blog yang sangat best untuk diikuti.. Pergi kat link ni..INSOFT

Saturday, January 15, 2011

Segar Amat....Dan Aku Bersyukur (part 1)

Segar Amat...Atau nama glamournyer Segamat..Tadi aku ada Modul yang wajib dilakukan bagi setiap pelajar UiTM every semester (rasanya la..)..Ada satu hal yang menarik perhatian aku bila fasilitator tu ada bagi satu game then dia huraikan makna disebaliknya..Dan yang aku tertarik ialah pasal student yang dok cakap segar amat ni hutan la apa la kan..Aku sebenarnya tak berapa ingat apa yang dia cakap..heheee..tapi apa yang dia nak sampaikan ialah kita kena la bersyukur..


Haa...aku dah ingat sikit..(macam orang hilang ingatan yang dah menemukan ingatannya balik)..Masa tu dia bagi topik yang kita tak boleh salahkan orang lain je...So,ada kait2 dengan kisah student yang merungut duduk kat segamat ni..Tak oleh berjaya,tak boleh nak happy sebab duduk kat segamat la apa la kan..Padahal pandang la pada kesalahan diri sendiri,tak berjaya bukan sebab duduk kat HUTAN ni,,.tapi sebab you tu tak belajar,asyik2 nak hidup senang je...HUTAN2 pun,tetap jugak ciptaan Tuhan kan..
Ada la kisah seorang mamat ni kan,dia dok kata pasal Segamat ni jungle kira macam dia mengejek la...Tapi isu ni aku tak nak kupas sekarang sebab tangan aku tak rasa nak mengupas lagi...So,ianya akan menjadi isu  Segar Amat part 2..(Wahh dah macam drama bersiri tau..)..Aku memang geram juga la dengan statement dia,walaupun aku bukan budak JOHOR tapi dia yang JOHOR nak tunjuk bajet la kan..Bro,yang hutan tu kita punya UiTM je bang..Segamat tak..Kalau I tanya U pernah ke round satu Segamat?I dah tahu jawapan U..Mesti tak kan??Tengok,kan sayee dah beremosi...huh..


(Kembali kepada mood yang ceria)..


Ok..Tadi kat modul,aku dah diajar untuk mengawal emosi...Ok...Try nak kawal la ni...Hehehe..Bukan apa,ada orang yang bajet bandar sangat pun tak boleh kan..Berpijak la pada bumi yang nyata...hahaha...Alhamdulillah..Aku bersyukur dengan tempat aku dilahirkan iaitu Tanjung Gemuk dan tempat aku dibesarkan Selancar..Memang lancar la kan perjalanan aku..haahahah..


Anyway...Aku bersimpati dengan kesedihan kawan aku,so aku tak boleh la nak ceria2 sangat kan..Kalau tadi aku control emosi yang tengah panas so sekarang kena kawal emosi yang tengah ceria..Al kisahnya kawan aku ni teringat kat ex dia..Yupp,bila dah sayang memang la susah sikit nak lupakan kenangan..Tapi dah jodoh diorang takde,nak buat macam mana kan..tiba2 teringat satu lagu yang liriknye berbunyi "Kenangan manis kau dan aku takkan terluput..." hakhakhak...memang kena sangat..


Dalam keadaan yang masih tidak sihat so aku rasa dah tak ada apa yang aku nak bebelkan..ermm..Tiba-tiba rindu my mom punya bebel...Makkk,rindu la kat mak...(opps terkantoi suda..)..Bia la,kite sayang mak kitee..bia la kite nak rindukan mak kite...kite rindu ayah kite jugekkk...kite demam indu aw...(Kalau mak aku baca Ayat Budak Manja ni..mesti terkeluar isi perut...payah pulak kang doktor nak masukkan balik isi perut ke tempat asal..hehehe


SAYA SAYANG MAK AYAH SAYA....



SAYA SANGAT SAYANG MAK AYAH SAYA..MAK,AYAH..SEMOGA ADA KESEMPATAN UTK KU MEMBALAS JASAMU MESKIPUN AKU TAK AKAN TERMAMPU MEMBALAS SEMUANYA

Air ni tak payah letak gula dah...hehehe...Nanti
kena kencing manis pulak kan..

Aku ni anak kacukan sebenarnya..Tapi ramai yang tak percaya..Betul la..Aku ni anak kacukan...Kacukan Johor dan Pahang..JOHANG..Sekarang dah percaya?..('',)

Friday, January 14, 2011

Rendahnya diri ini..

Yup,sungguh rendah diri ini..Tapi bukan kerendahan fizikal patik yg ingin patik ceritakan...Sebab patik tak la rendah sangat dan tak la tinggi sangat...hahahaha..(opps,ketawa sambil tutup mulut..)..Actually,kelas petang tadi buat aku banyak tersedar..(wahh...macam tajuk chapter 1 awareness of...ala lupa la plak,kalau Cik Ada tahu mesti kena ketuk ni..)

Cik Adawiyah,seorang lecturer yang sangat best,cara penyampaiannya memang sampai la kan..Dah nama pun lecturer subject comunication skills kan..Erm,semakin banyak kita belajar semakin banyak kita rasa kita kita tak tahu,rasa kekurangan tu menebal..

Dalam keadaan yang masih demam,aku pun tak tahu nak membebel apa..aku cuma nak muhasabah diri yang memang serba kekurangan...Rasa malu sangat dengan Dia yang Maha Mengetahui...

Lagu kat bawah ni walaupun agak lama dah,tapi sentiasa baru kat telinga aku..Hari-hari aku dengar lagu ni (sebabnya lagu ni ringtone handset aku...hihihihi..)..Liriknya memang best!Bagi aku keinsafan setiap kali aku menghayati bait-bait liriknya..




Lirik Lagu  One Nation Emcee – Syukur ( Kau yang satu )



(chorus)
ku bersyukur kepadaMu
hanya Dikau Yang Satu
memberiku cahaya hidupku
Maha Esa
gelap tanpa kasihMu
perjalananku buntu
ampuni segala dosa-dosaku

(kozae)
aku terpaku melihat kebesaranMu
aku bersyukur segala rezeki untukku
dan juga bila Kau dalam fikiranku
aku tunduk membisu terus sujud padaMu
mari kita renungi segala apa terjadi
mana perginya cinta?
mana hilangnya setia?
aku akan terus cekalkan hati ini
dari terbit sehingga terbenamnya mentari

(zydee)
dunia sementara
kan dihitung juga
sebelum terlambat tunaikan kewawjipan kita
tak guna airmata menitik bila tiba masa
syurga atau neraka
itulah jawapannya
aku lelaki lengkap dengan anggota
berfikir setiap masa
fikir tentang keluarga
lindungilah aku dari fitnah dan noda
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
chorus

(jojoe)
ku hirup secukup udara
hatiku buka termenung
melihat jalan gelap lagi mendung
kadangkala ku bertanya
ke mana cahaya?
mana nak ku cari sedikit kudrat dan keramat
yang penuh rahmat?
berjuta-juta kali dunia mempermainkanku
hati menurut nafsu
nafsu menipu aku
tapi ku bersyukur pada Yang Maha Esa
dapatlah pena menari meluah kata-kata

(zydee)
ku meredhai apa telah terjadi
tunjukkanlah jalan benar
ampunilah dosaku
chorus

(mimi)
aku tafakur dihadapanMu
berderai-derai airmataku gugur
tidak tertanggung
peperangan emosi ini takkan berhenti
selagi dosa lama masih aku bebani
moga aku disirami salju kasih Illahi
semoga malamku tak bertemankan mimpi ngeri
berikanku secebis kekuatan, kebahagiaan
hati ini moga Engkau terangkan….

chorus
Oh Tuhan Yang Satu
ku serahkan diriku
hanya kepadaMu
(hanya mampu berserah kepadaMu)
ampuni segala dosa-dosaku.



Lirik lagu Dadali..Unik sungguh namanya..

Lirik Lagu Dadali - Di Saat Aku Mencintaimu

Lirik Lagu Dadali - Di Saat Aku Mencintaimu

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta

lirik ni aku dapat dari http://ahliriklagu.blogspot.com/2010/10/lirik-lagu-dadali-di-saat-aku.html

Thursday, January 13, 2011

salah mind set

Malu...Itu la yg dapat aku gambarkan dengan situasi yg melanda..Al kisahnya bila aku balik bilik,yang ada maa tu cuma akak senior aku dan dengan confidentnya aku terus pergi ambil air sembahyang then aku pun solat. So,lepas dah solat aku pun baring la atas katil sebab nak lelap kan mata kejap kononnya la kan..Tiba-tiba...Aku terdengar bunyi azan..Aku pun terfikir-fikir jugak,azan apa tu??Tak mungkin la azan asar,impossible...Dan aku menepuk dahi aku laju-laju kemudian dengan muka tebal 2 inci aku pun ke bilik air ambil smbhyang...Seriously,malu tu ada lagi..Senior aku pun lek jer,tak kata apa-apa..Mybe dia ingat aku tengah solat sunat kot..hahaha..Nasib dia je yang ada kalau tak muka aku dah setebal buku dicovery computer tak pun macam kamus long man tu ha...adoi...then,aku solat zohor yg SEBENAR...Aku tak tahu kenapa dengan aku,padahal balik tu aku tengok jam kot..


Mybe juga sebab salah mindset sebabnya aku dah set nak tidur balik kelas tadi tapi aku ingatkan diri aku solat dulu baru tidur...Padahal tak masuk waktu lagi kot..hahaha...Tapi takpe la,bukan satu masalah pun kan,cuma malu tu melanda seketika..Aku macam orang tengah blur pun ye juga..Mybe juga faktornya disebabkan fikiran aku tengah kusut kot...(--_)

Monday, January 10, 2011

Kelas cancel???Seronok atau geram?

Pagi-pagi tadi seperti biasa aku bangun,mandi lepas tu solat subuh and the last bersiap-siap nak ke kelas..Dah ready pakai tudung semua,duduk atas meja kejap konon nak lelap mata dalam lima minit jap sebab mata ni berat  sangat,asyik nak tertutup je..Tiba-tiba (jeng...jeng..jeng..dengan nada suspen) handset aku berbunyi lagu syukur nanyian one nation emcee (belum tukar2 lagi nada dering aku)..Berbalik pada cerita,lagu tadi menandakan ada mesej lalu aku membukanya (asal ayat aku macam tulis ceerpen ni??)Jeng...jeng..Mesejnya seperti ini 'Class BEL at 8 am-9 am today is cancel!Unfortunately,the class will be replace today on 11 am until 12.50.Bring your article along..'


Kalau ditanya perasaan aku bercampur aduk...Geram sebab aku dah bersiap kot..Tapi aku ibarat orang ngantuk disorongkan bantal...Cuma situasi aku tak ada yang sorongkan,aku sorong sendiri,then aku pun tidur la...hahahaha...Mata memang dah ngantuk,dapat peluang emas plak tu...Memang jadi ar kan..hahaha..

Sunday, January 9, 2011

Shahir AF8

Malam ni agak menyedihkan sebab aku tak dapat tengok AJL..Pdahal niat hati ni nak tengok Shahir...Dah la dah lama tak nampak Shahir..(wahh..Macam Shahir tu jiran sebelah umah pulakkk..)Tapi nak buat macam mana,nak tengok tv jauh sangat,UiTM kena upgrade letak TV dekat setiap blok pula lepas ni...Lepas tu UiTM akan sentiasa dihatiku...hahahaha...Sebelum ni aku pelik juga mana perginya Shahir.Rupanya Shahir sakit,dah la tu timbul kontroversi yang dia tak berdisiplin..Daripada apa yang aku tahu,Shahir ni masuk AF 8 sebab dia nak buka gelanggang futsal,dari budak2 melepak baik dia buka tempat futsal..Ada juga aktiviti berfaedah..Tapi sayangnya,Shahir kena tipu,duit dia lesap tak silap..Kesian dia kan?Tapi ada hikmah disebaliknya bila dia jadi juara AF8...Tuhan tu Maha Adil.Tapi kejayaan dia tu pun sebenarnya menguji dia sama ada dia lupa diri ke tak..Of course la Shahir tak macam tu kan..kan..kan..hahaha...Kira dia masuk AF tu niat dia baik,then Allah tolng dia..Bukan dia nak kejar populariti semata-mata..(Mesti makin sihat Shahir kalau baca aku punya pujian ni...hahahah)

Shahir kalau berzanji sedap sangat..Macam Mawi jugak,Mawi kalau azan memang meremang la...Peribadi mcam diorang ni dah tak banyak kat lelaki2 sekarang...Ada tu memang la ada kan,tapi susah la sikit nak jumpa..

Baru-baru ni aku tengok trek selebriti Asyraf Muslim..Suka sangat tengok...Bukan sebab apa,sebabnya aku tengok dia ni macam ala-ala Shahir juga la lepas dia balik umrah..Antara hobi dia nak tahu?Membaca Al-Quran...=)...Dia pun tengah belajar kaedah rawatan cara Islam dengan menggunakan Al-Quran...Cara dia bercakap pun nampak kematangan,kebijakan dia dalam menyusun kata...Wahh,aku terasa macam tengah tulis majalah pula sekarang ni...Tapi betul la,suka tengok cara dia bercakap..Memang dah nampak dia ni macam mana,muka dia je dah ceritakan serba sedikit....Tengok la muka dia,tenang..nampak bersih je...Tengok Shahir pula...Cool kan..Aku rasa la kan,kalau aku dapat suami macam dia,confirm takkan marah..Mana tak nya asal nak marah tengok plak muka suami suci yang amat,memang cair la kan...hahaha...

Tapi moral kat sini yang aku boleh cakap membaca Al-Quran buat hati kita bersih dan bercahaya..Cahaya pun akan terpancar kat wajah kita..Macam tu juga air sembahyang tu penyeri wajah..

Tengok episod Asyraf tu pun kebetulan sebab aku tak pernah la plak ikut perkembangan dia..Lepas balik umrah tu yang dia makin berubah sedikit demi sedikit..Heerm,buat aku terasa nak sangat pergi rumah Allah..Teringin rasanya bawa keluarga lepas tu tunaikan haji bersama-sama...(Tingginya angan-angan aku..)
Tapi berangan tu perlu,kalau tak nanti tak ada la cita-cita..kan..kan..hahaha...InsyaAllah ada rezeki mana tahu hajat aku ni tercapai...Lepas pergi Haji nak pergi Korea lak..Boleh tak?hahaha..Teringin nak pergi tengok keindahan ciptaanNya kat sana...InsyaAllah...


Handsome kan?Tapi yang penting dalam mesti mau cantik maa...

Mesti makcik2 banyak nak buat menantu..Mak saya tak
nak try kerr??hahaha...
Suka sangat tengok mata dia..redup..=)
Tengok muka dia..Cool kan?Memang tak jadi marah la kalau dah
tengok muka dia yg setenang ini..hahaha


Monday, January 3, 2011

Bad day..

Betul2 tension...mybe perubahan yg berlaku kot..Roomate ok kot,entah la..baru first day,mana boleh judge lagi. tapi buat masa ni tak ada masalah...Tapi tetap jugak rindukan bilik yg sebelum ni,and my roomate k.Ani...huhuhu...So,moral and value,kena la struggle sikit for this sem..Dah tak ada istilah nak tidur lewat2 sangat..Dah la tingkap berhadapan hutan and bangunan yg tak siap..Memang dapat la kan...Tapi,anggap tu semua dugaan,tak boleh la nak hidup sentiasa dalam keadaan senang je kan...Tapi,awal2 lagi dah miss my mom and my dad..And also my youngest brother la(Walau hakikatnya asyik gaduh je memanjang..)..Agak susah la rasanya this semester...Tapi kena kuat semangat..(berapa banyak tapi da aku ni..)..Dan yg peliknya kenapa aku tak boleh nak tidur ni..Kelas lambat lagi..Musykil aku,tak pe la..kejap lagi try juga lelapkan mata..hehehe...harap tak terus terlelap...

Sunday, January 2, 2011

Musibah datang tak diundang..

LErm,musibah memang dtg tak diundang..Kalau musibah tu mcm orang yg boleh kita jemput2,confirm aku takkkan undang langsung dlm hidup aku...So,kena la terima dengan rasa terbuka hati mahupun tertutup hati..tutup hati pun,musibah tu tetap juga datang...herm..apa yg boleh dilakukan cuma redha,setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya..

Teruk betul la..Kerana kecuaian aku,semuanya jadi haru biru,merah,hijau,semua ada...Macam tagline astro,mcam2 ada..hish,ngokngek betul la...esok dah start kuliah,rasa liat tu macam ada,mana taknya sebulan dduk menjalar kat umah,mentedarah(bak kata mak sayeee..hehee..syg mk!=)..)Tapi kena lebih bersemangat,sebab azam baru dah ada..Azam lama yg tak kesampaian pun akan dibawa ke tahun ni dan proses menjadi azam baru balik...hahaha...Semoga tercapai la hendaknya.....huhuhu...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers