Wednesday, November 21, 2012

PENGALAMAN KAU PENGALAMAN AKU


Assalamualaikum w.b.t...
Ecehhh, tiba-tiba aku rasa macam professor pula...Hahaha...Maklum la sejak akhir-akhir ni aku dah macam pakar motivasi...Mana taknya kawan aku tanya bab bertunang, aku jawab macam orang expert sangat dalam bidang tu..Macam la aku ni pernah bertunang..Hahaha..Actually aku memang ada pengalaman bertunang pun...Alamak...terkantoi la pula..Betul la aku ada pengalaman bertunang, tapi bukan aku yang bertunang..Abang aku la...So pengalaman diorang aku jadikan pengalaman aku..

Actually kita selalu kan dihidang dengan ayat “pengalaman mengajar kita”..Dan sebenarnya bukan pengalaman kita jer yang berharga..Kalau kita pandai menjadikan pengalaman orang lain sebagai pengalaman kita itu adalah lebih baik dan lebih mengajar kita...Minda kita pun lebih terbuka...Contohnya, walaupun kita tak pernah bercinta tak bermakna kita tak tahu langsung kan macam mana bercinta tu...Atau tak kenal langsung perkataan tu...So even kita tak pernah bercinta, kita boleh dapatkan pengalaman dari kawan-kawan..So bila satu saat kawan kita memerlukan khidmat nasihat, kita dapat bagi khidmat tersebut...Tak ada la kita macam kera sumbang tertanya-tanya apa itu cinta..
Macam tu juga melukis...Kalau kita tak tahu melukis tak bermakna kita tak tahu langsung macam mana melukis..Try jadikan pengalaman orang tu sebagai pengalaman kita, kita akan tahu melukis...Paling tidak dapat lukis orang lidi pun okay apa...hahaha...Kalau hanya mengaharapkan pengalaman sendiri je, mybe orang yang tak pandai melukis tak tahu pun melukis tu kena guna apa, dengan teknik apa...Hopefully, the reader faham apa maksud yang aku cuba sampaikan...Aku memang suka berbelit-belit...ahahh
Contoh lain...Erm, kononnya ada seorang F ni tak tahu menahu langsung macam mana nak repair motor..One day, kawan dia bercerita tentang pengalaman dia tolong seorang awek yang motor dia tetiba mati kat tengah jalan...Kawan dia ni pun berecerita la dari A sampai Z..Tiba-tiba suatu hari motor mamat F ni rosak and situasinya pula sama dengan situasi awek yang kawan dia tolong tu..Tak mustahil kan mamat ni akan ingat pengalaman kawan dia ni?Dan tak mustahil kan mamat ni tahu macam mana nak repair motor dia setelah kawan dia cerita macam mana dia baiki motor awek tu...
So jadikan pengalaman orang sebagai pengajaran pada diri kita...That’s why aku suka jadi pendengar bagi orang yang kesedihan...Sebab aku akan merenung sekejap kalau hidup ni tak sentiasa indah....Then, apa yang jadi dekat orang tu aku akan jadikan bekalan sebagai pengalaman yang berharga untuk aku teruskan langkah aku..
So, belajar dari pengalaman...Pengalaman itu mematangkan kita...explore la semampu mungkin...Pengalaman sendiri sahaja tak cukup..;)
"Experience is what makes us who we are, and dreams let us aim for who we want to be"


Well dekat shoutbox aku tu ada user yang bernama api memberi komen..kalau si dia yang bernama Api membaca ayat aku ni...Boleh aku tahu siapa empunya diri and aku kenal ke dia...Sebab tak ada link disitu..Seriously nak tahu sangat empunya diri sama ada orang yang aku kenal atau tidak

Wednesday, November 14, 2012

Hati perempuan

Assalamualaikum ...

Aku nak gelak jap..(Hahahahah)...Ok dah tutup mulut..Actually malu nak cerita-cerita bab-bab hati ni...Hahahah..Tapi tak kira, aku nak kupas gak topik ni..

Hati perempuan?Dapat disimpulkan sebagai rapuh, lembut, sensitif dan yang sekutu dengannya...Tapi hati lelaki disifatkan lebih kuat..Itu sememangnya lumrah..Sebab tu bila kes patah hati perempuan selalunya akan ambil masa yang lama nak sembuh..Kadang-kdang ada yang dah terkunci hatinya..Macam aku..*wink*

Bila hati tu dah terkunci, selalunya hanya lelaki yang hebat je boleh pecahkan pintu tu tanpa menggunakan kunci memandangkan kunci bagi pintu hati gadis itu ada pada orang yang terakhir menghuni hatinya..So sama ada gadis tu sendiri yang membuka pintu hatinya atau lelaki itu yang memecahkan pintu itu untuk menghuninya..wahhh...*nyaris jatuh katil*

So yeah...Kali terakhir aku suka orang which is suka GILER ialah pada 3 tahun lepas..Lepas tu hati aku dah tertutup..Bukan dia yang kunci, aku sendiri yang kunci sebab tak nak bagi sesiapa masuk hanya untuk break my heart buat sekian kalinya..Then kunci tu aku campak jauh-jauh...

Of course tak dapat nak dinafikan bila kau single then semua kawan kau ada partner even yang pernah broken heart macam kau dah siap jumpa pengganti dah pun, akan ada sikit rasa jeles...Tak payah tipu la wahai orang single..Tapi untuk aku, feeling tu sekejap ada sekejap tak ada..Bila tengok kawan aku gaduh dengan bf dia then aku rasa “seronoknya tak ada bf”..Hahaha..

Tapi entah kenapa bila umur aku dah masuk angka puluh, aku macam ada rasa terbuka hati sikit..Tapi kali ni aku nak relationship yang serius bukan macam zaman sekolah yang mana aku asyik main-main.....kira macam for fun je..sampai la aku form 5 aku crush dengan someone tapi dia tinggalkan dengan harapan (biasa la lelaki)...Tapi bila ingat balik aku bersyukur kitaorang tak jadi couple...hehehe..ada hikmah disebaliknya

Then, last semester..kejadian tak diduga..aku....aku....aku...ala malu nya nak cakap..Yeah, aku fall in love with ‘him’..Tapi banyak sangat halangan...Actually bila aku cerita kat kawan aku baru baru ni, she was like “serious?dah lama kot aku tak dengar kau cerita yang kau suka kat someone”...then status aku kat fb pun kena bahan “amboii dah pandai berjiwang sekarang”...Kiranya kawan lama aku dah nampak perubahan aku yang dulu dengan sekarang.....errmmmm kira aku makin matang kan?*senyum menggoda*..Hahah...

Well semuanya akan jadi sejarah belaka...Aku nak tutup balik pintu ni, then kuncinya aku nak buang...kali ni aku guna pintu besi and besi yang tebal punya...Dah tak larat nak jadi broken heart girl...luka dulu dah elok nak sembuh dah ada luka baru...Biarlah luka ni pulih sepenuhnya..Kalau tak pulih juga lagi 5-7 tahun, aku suruh parents aku je la carikan jodoh..well, aku bukan jenis yang senang nak jatuh hati..aku mudah suka orang tapi lupakan orang tu juga mudah...Tapi aku susah nak fall kat orang dan susah nak lupakan orang yang dah buat aku jatuh tergolek-golek...selalunya bertahun juga la..

HATI AKU..Haha

Mungkin tak semua perempuan macam tu tapi kebanyakannya lebih kurang macam tu la hati perempuan..Once dia dah sayang, dia akan sayang sesungguhnya...that’s why kalau perempuan yang psiko lebih menakutkan dari lelaki psiko..contoh kes cinta, banyak kes bunuh diri perempuan..perempuan suka ugut nak bunuh diri, suka cederakan diri, DAN suka main bomoh untuk dapatkan lelaki yang dia nak...Alhamdulillah aku tak la sampai tahap macam tu...kumbang bukan seekor kot..Kat pokok bunga mak aku berlambak...Hahahah





Tapi aku still tak jumpa lagi jawapan yang aku cari...bila dah betul-betul jumpa jawapan tu baru la aku boleh decide sama ada walk away atau keep waiting..Dokter,please bagi hint sikit..hahaha

Sunday, November 11, 2012

Lepaskan

Assalamualaikum! (jawab please)

Ha...Tajuk dah macam tajuk lagu wana 'lepaskan' dah kan...ecehhh, nak lepas kan apa ni?
Well, bila cakap pasal lepaskan ia akan berkaitan dengan pengorbanan..Ha, senang cerita ini berkisarkan tentang perasaan..Lepaskan orang yang kita sayang, so ia akan melibatkan pengorbanan which is korbankan perasaan...aicehh, dr,Fiqa dah start motivasi cintanye..

Semalam tarikh yang sangat cantik right?10/11/2012..Tapi ianya sekadar tarikh buat aku dimana segala harapan berkubur dan dah disemadikan...hahaa..dan aku decide untuk lepaskan...haaa, tu pasal tajuk entry aku 'lepaskan'...haha

tapi jangan risau hujung tahun ni banyak lagi tarikh cantik contoh 12/12/2012 and 20/12/2012..So pada lelaki yang gentle lagi romantik, propose la pada your girl pada tarikh tersebut..ecehh..Be a man okay, jangan jadi pengecut dalam meluahkan perasaan..Buang ego atau insan yang tersayang akan terlepas...ehhh, macam lari tajuk je aku ni..

Tapi pengajaran yang aku dapat ialah, tak semua yang kita nak kita akan dapat..kadang-kadang kita ditakdirkan suka seseorang tu dan indahnya seseorang tu pun punya rasa yang sama..Tapi jadi tak indah bila keduanya tak ditakdirkan bersama...kita suka seseorang dan seseorang suka kat kita tapi tak dapat bersama?bagi aku keadaannya sama je macam bertepuk sebelah tangan tapi yang ni lagi SAKIT since kita tahu perasaan dah sama then of course akan ada rasa berharap..but the ending just like cinta tak kesampaian..haha..So bertahan je la..

kawan aku cakap cinta tak harus memiliki....so yeah, cinta tak harus memiliki tapi kalau dah memiliki tu haruslah cinta..*itu rekaan aku*..hahah..Orang kalau cakap nak lepas kan actually hatinya tak sependapat dengan dimulut..Mulut cakap lepas tapi hati nak tunggu lagi..disitulah kita mula berperang dengan perasaan..Sama ada lepaskan atau bertahan, ianya bergantung pada seseorang individu..lepaskan tak bermakna kita give up, tapi kadang-kadang ia memberi makna kita terlalu sayangkan dia so demi kebahgiaan dia mungkin kena berkorban lepaskan si dia..Bagi yang tetap nak pertahankan, well sangat bagus..tapi jangan psiko sangat...Hahah..Biarlah kita pertahankan rasa tu dengan cara yang bermaruah okay..So, aku akan mulakan langkah baru..Mulakan dengan senyuman...^^,

my dear dokter : I'll try to walk away from you...for your happiness....Even I know that he will never notice about it because he never realize that I always waiting for him....please take care of yourself...thanks for everything..terima kasih untuk segala rasa ini...T.T

Thursday, November 1, 2012

Patah Hati

Assalamualaikum..

huuu sejukkk..hujan turun tak berhenti menyekat perjalanan aku nak ke kedai..Actually hujan macam main-main sekejap dia lebat sekejap berhenti..

Actually hujan...erm...hujan yang turun bagaikan air mata..eh eh eh..apa entah yang aku mengarut ni..Actually kan aku dah tak tahu macam mana nak buat muqadimah memandangkan dah lama giler aku tinggalkan blog..Aku terus ker tajuk aku je la which is PATAH HATI...Ishh ishhh ishh sampai patah hati tu yerk..

Siapa yang patah hati?Mereka-mereka yang kecewa akan mengangkat tangan dalam diam...Hamboii teruk bebenor ayat bahasa Melayu aku..boleh pulak digandakan perkataan mereka tu..Sebenarnya aku tengok kat facebook, twitter banyak juga la buat status semua tangkap leleh, patah hati, jiwang dan yang sekutu dengannya..Aku?errr..aku pun ada buat juga *tutup muka*...

Orang yang tengah patah hati ni selalunya dah tak mempan dengan kata-kata motivasi..selalunya sang kawan akan menasihati si patah hati dengan ayat
 "mungkin Tuhan nak hadiahkan kau dengan yang lebih baik"
 "kalau dia untuk kau dia akan datang balik" *hug*
"kau layak dapat lagi baik dari dia"*tepuk bahu*
"sabar la eh..dugaan tu" *ambil usap-usap bahu* dan macam-macam lagi la ayat motivasi keluar kann..

Tapi kan..bagila ayat motivasi macam mana pun tak mampu nak sambung balik hati yang dah patah remuk redam hancur berkecai..Hammmbooii!Seriously, ayat-ayat tu semua hanya penyedap hati untuk seketika sebab orang yang patah hati ni cuma 'si pematah' jer yang boleh tolong..sama ada tolong pulihkan atau tolong patah kan lagi bagi patah riuk..hahah..

So untuk mereka yang hati tak tenang, mengadu la kat Dia....Dia kan yang ciptakan hati kita so Dia jer la ada penawar untuk kita..

Well aku rasa agak awkward sikit tulis blog kali ni mybe sebab dah lama kot tak update..Pula tu aku baca entry lama seriously rasa nak gelak gila-gila bab yang stalker..Giler teruk aku ni bila dah crush dengan orang..

Well well and well..Hahh!!!Dokter peribadi aku tegur aku.....
Dokter....sekarang musim hujan kan, dokter jaga la kesihatan ehh..Eh dia kan dokter pandai la dia cari ubat..hahah.....ermm..sob sob sob..Dokter I miss you.. Kbai..

Semoga Dia jagakan dokter untuk aku ^.^ semoga dia bahagia...ok  before cerita sedih bermula aku sudahi dengan wassalamualaikum w.b.t.........................

Wajah baru!

Well blog aku dah baru..I mean berwajah baru tapi blog dah lama...Yeayyyy *jumping*..Dah lama aku tinggalkan blog kesayangan aku berikutan blog aku semput..So aku pula terlalu busy untuk mengubatinya. Actually tak la busy mana tapi sem 5 aku duduk rumah sewa and line suck gila punya gila la..So tak dapat la merawat blog aku..Then bila dah habis belajar ni aku pun decide untuk buat plastik surgery kat blog aku..Maka jadilah macam ni..Dah malas nak letak widget berbagai..nak keep it simple so tak serabut dilihat..So aku akan kembali aktif berblogging..

Well, dah habis sem ni...Errr, aku bertemu dengan dokter peribadi yang dah mencuri hati..aicehh dah macam pantun dua kerat..But cerita kami tak dapat disempurnakan...Ok stop Qa..bukan masanya nak buat drama sekarang..Hahah

Hopefully blog aku dah tak semput dah lepas ni..Jangan semput-semput dah yer sayang aku ni..Kalau dokter aku berambut baru aku..?Rambut aku tak boleh nak dibarukan, tudung tu boleh la...Ahhh dia rambut baru then blog aku berwajah baru.. *angkat kening ziana zain*
Tapi aku harap hati dia tak la baru...sob sob sob..

p/s buat dokter aku : Awak...Saya....errr..tak ada apa-apa lahhh...hohohoho

well ni la wajah blog aku sebelum ni..huhuhu



Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers