Saturday, October 22, 2011

Ombak Rindu

Rasanya ramai dah tahu novel ombak rindu akan dijadikan filem..Aku tak sure la filem atau drama yang pasti aku nak sangat tengok ceritanya..Sebabnya novel Ombak Rindu novel favourite aku..Seriously, best sangatttt....Betul, tak tipu..Bacalah...Tapi aku baca ombak rindu satu jer, yang kedua aku tak baca pun sebab si Izzah ada kembar pula dah..Dan katanya ada omabk rindu 3...
Aku baru jer tahu semalam (agak lambat la aku ni..)...Tu pun sebab aku tengok iklan dia...Mula-mula tengok tayangan tu aku macam tertanya-tanya la gak novel mana yang dia ambik...Then aku tengok jer part yang Maya Karin suruh Aaron kahwin dengan dia, aku dah dapat agak...Then last sekali memang betul jangkaan aku..Tak sangka, dulu aku pernah gak terfikir macam mana kalau novel ni dijadikan filem atau drama, mesti best...Sekali dia buat sungguh..Hahaa
Harap-harap cerita lakonan ni nanti sama macam novel...Actually aku tak lepas lagi baca novel Lagenda Budak Setan dengan lepas tu yang Nora Elena punya novel....
Tapi pendapat aku la kan, lagi best kalau Lisa Surihani yang jadi Izzah..Sebab Izzah ni macam gadis kecil molek, agak manja sikit..Kalau Amy Amylia pula watak dia macam diva, artis terkenal gitu la..Watak Hariz pula macam sesuai sangat dengan Aaron Aziz..Lagipun pelakon ni memang berbakat..Bagi watak apa pun menjadi...Dalam novel ni, Hariz ni mula-mula jahat sikit..Asyik dera Izzah sebab Izzah kan budak kampung..Tapi slow-slow dia jadi jatuh hati kat Izzah...Part yang sedih bila dia terkena buatan Mila Amylia then masa dia nak kena kahwin lagi satu...Sedih juga cerita ni tapi ending yang best..
Aku harap sangat novel Pergilah Sepi akan dijadikan filem atau drama..Novel ni best sangat...Kalau boleh watak lelakinya kena handsome sebab dalam novel tu lelaki tu macam playboy awalnya...Tak apalah, tunggu aku jadi pengarah nanti ke kan..Aku buat filem adaptasi dari novel tu...Yang pegang watak Syafiq aku bagi Kyuhyun yang bawa..Kalau watak Afiqah, aku bagi aku la yang bawa....Hahahaha....
*Murah rezeki Aaron sekarang kan..Tapi isteri dia tak jealous ke ek suami dia bawa babak ‘berbahaya’ dalam cerita ni?

Friday, October 21, 2011

Ada Negara nak serang Malaysia

Ada negara nak serang Malaysia!
Assalamualaikum w.b.t
Hah?Apa kau punya tajuk ni seyh?Terbeliak tak mata?Ada rasa takut tak?Ada?Ada?Tak ada?Ya Allah.....Parahhhhhh...
actually, aku tak tahu la sejauh mana kebenarannya tapi aku dapat dari sumber yang tertentu...Kalau salah jangan la serang aku pula....Hahaha...
Actually kita kena berhati-hati...Selalu disebut Malaysia negara aman, tapi kita sendiri tak pasti selama mana keamanan tu..Tengok jer la keadaan di negara kita...Isu politik, isu BERSIH..Isu fitnah..Gossip..Semua tu jadi santapan dalam majalah, newspaper...Haihh..
Aku rasa Malaysia patut contohi negara Korea...Jap, aku cakap macam ni bukan sebab aku fanatik Korea okay...Maklum la kat kelas budak-budak ni dah cop aku sebagai Korea..Ada cop kat dahi tulis Korea and super junior...Hahaha..Actually negara diorang setiap lelaki wajib masuk something like army ke apa entah namanya tapi lebih kurang macam tu la...Berkaitan ketenteraan... bila umur 29 tahun...SEMUA...selama 2 tahun..So, boleh dikatakan, semua lelaki yang 29 tahun ke atas dah ada asas ketenteraan..
Kalau negara kita buat macam tu, barulah ada dapat lahirkan wira-wira negara pada masa akan datang..Yeahh....Nak harapkan PLKN jer memang tak la..Ada yang masuk dengan keluar sama jer, tak ada perubahan...
Kita semua tak rasa erti keperitan yang ditanggung pejuang-pejuang dulu..Kalau kita betul-betul menghayati perjuangan diorang tu semua, and hayati kisah sejarah dulu, mesti kita takutnya punya dan tak nak benda tu jadi..Masalahnya, kita yang remaja ni lahir-lahir dah hidup dalam keadaan aman...
Sejauh mana kita boleh selesa dengan kedudukan negara kita ni?Malaysia patut buat something dengan anak bangsa..terutama golongan belia...Supaya ada pelapis pada masa akan datang...Yang paling penting hal agama perlu diutamakan..
Jangan nak terlalu berpolitik, terlalu nak menfitnah, penuh dengan dunia glamour, gossip, hiburan...Stoppppp laa.. Ini masanya fikir macam mana nak majukan negara..Jangan ketinggalan...Orang putih tu dah jauh ke depan, nak mencapai bintang...Yang kita bintang pun  tak nampak lagi, masih tercari-cari...Adoii...Wake up!!
Nak tahu negara mana yang sedia nak serang negara kita baca kat sini http://www.dezamancottage.com/2011/09/singapura-sedia-berperang-adakah-anda.html
Buat apa nak serang-serang..Seronok ke tengok pertumpahan darah berlaku?Tolong la jangan fikirkan kepentingan diri sampai nak gadaikan nyawa rakyat dan orang yang tak bersalah..Tolong fikir pakai otak....

Wednesday, October 19, 2011

Fida Dan Mamat : Salah siapa?

Assalamualaikum w.b.t..
Wah lama dah aku tinggalkan blog aku ni...And siap ada rasa nak tinggalkan terus jer dunia blogging aku ni...Tapi bila fikir balik, sayang la pula...Hahaha..Lagipun ni dah jadi satu hobi aku...
  Anyway aku nak teruskan dengan tajuk aku...Rasanya dah kecoh kot  kat internet, kat tv, majalah gossip pasal Mamat dengan Fida..Nampak gaya macam hubungan diorang ni dah pun berakhir...Sayangnya...Sebab aku suka tengok kalau diorang berdua..Lagipun diorang baru jer bagitahu hubungan diorang tup..tup...herm..Berakhir suda kisah diorang...
Dalam kenyataan Fida, dia macam salahkan Mamat jer...Tapi fikir balik takkan la Mamat sajer nak aib kan dia, apa untung yang dia dapat..Aku rasa dia betul-betul tak sengaja...Dan lagi dalam hal ni Fida pun salah..Kenapa dia biarkan Mamat ambil gambar dia tak bertudung?Dan lagi lately ni dia dah tukar fesyen tudung tutup kepala jer, leher terbuka..Leher tu kan aurat..Terlalu ikut fesyen sangat pun tak boleh...Ala-ala dato CT..Tapi Dato CT memang dah cakap awal-awal yang dia pakai tu bukan style tudung ..
Tapi Fida dah mengaku salah dia...So tak boleh la nak terus menghukum dia dengan mencemuh dan memaki dia..Kesian juga tengok dia menangis masa kena interview kat melodi...Yer la, kita ni kan manusia biasa, tak lari dari kesilapan..Lagi pun kita Cuma manusia, tak layak nak menghukum..Jangan la sampai nak lempar tohmahan kat dia..
Fida dan Mamat sama-sama buat salah, Mamat pun tak ego, dia mengaku dia salah...Why not kalau diaorang berbaik dan saling memaafkan kan....Kan indah bila memaafkan, hati pun tenang..Semoga semuanya jadi pengajaran buat diorang dan buat kita..
Dan umum tahu kumpulan Sepah dah berpecah...Aku rasa diorang patut fikir balik...Cuba la bagi Mamat peluang lagi sekali mana tahu dengan kontroversi yang dia dah lalui dia akan berubah ker...Bukan nak bela Mamat, tapi aku yakin peminat Sepah yang lain mesti tak suka kan tengok Sepah berpecah...
p/s : Susah betul jadi artis, orang asyik nak paparkan keburukan..Asyik yang kontroversi jer jadi tajuk utama..Yang baik tak nak pula dikorek...Cuba la korek artis nasyid dah berjaya bawa muzik sampai ke luar negara tu...Baik juga untuk penonton kan..Lumrah manusia macam tu la wehh...