Tuesday, September 1, 2015

First Gaji

Assalamualaikum..

Haihoihaihoi.. lately ni rasa seram sejuk pulak.. Mungkin kah kulit aku yang makin menipis.
Bila kulit makin menipis itu tanda-tanda kita harus bershopping *macam tak ada kaitan kan*
Al kisahnya berkisarkan sebuah pengisar yang mengisar dan dikisar dan terkisar..Okay dah jauh tu.. Al kisahnya, aku melalui satu fasa baru dalam hidup aku.. Which is first gaji! Of course excited der… Selama ni kau tadah tangan kat mak bapak kau dengan senang lenang siap angkat kening… But now, bila kau sendiri dah merasa bekerja penat lelah, masa tu baru tahu bukan senang nak cari duit sampai tak terangkat dah kening.. Haaaa, tu la dulu keje minta duit mak ayah so sekarang rasakannnnnnn… Nasib baik I jarang minta duit mak ayah  HIHIHIHI *Fake laugh* 


Tapi seriously, bagi orang yang pernah melalui gaji pertama ni akan bersetuju… Dia punya feeling lain macam der.. Of course la penat lelah kau then kau Nampak hasilnya then hasilnya kau dapat kongsi pulak dengan orang tersayang… Feeling dia indah tau beb, walaupun gaji tak la masyuk mana, tapi syukur Alhamdulillah.. Tapi point dia sekarang, pengalaman beb.. Pengalaman baru…
Moral dia ceq nak habaq..Hargai penat lelah orang tua kita mencari duit nak bagi kita, nak membesarkan kita. Pernah juga ada ketikanya aku rasa down, then terdetik..Macam ni pun dah rasa susah, macam mana la pulak mak bapak aku bekerja keras bertahun-tahun menyara hidup kami adik beradik.. Sob sob..

Ingat, bukan senang tau…Sekarang aku pun dah merasa tapi takkan sama dengan apa yang parents aku lalui..Pengorbanan diorang terlalu besar.. InsyaAllah, aku cuba semampu aku..