Friday, July 29, 2011

selamat hari lahir ayah...

Selamat hari lahir buat ayah aku.....
Itu je yang mampu aku ucap, nak bagi hadiah pun ...er..er...saya student lagi, duit pun minta dengan ayah lagi....huhuhu
Pagi tadi aku baru balik rumah.......Petang aku bertolak balik ke kampung menjenguk tok aku...Hanya tiga orang, mak aku dan adik aku......Bapak aku kerja..Itulah seorang ayah....Gigih berusaha mencari rezeki..
Yang membuatkan aku sedih bila aku tahu ayah aku sakit badan..sakit bahagian pinggang pukul 5 setengah pagi tadi tapi still pergi kerja juga...Kerja kalau senang tak apa, ni kerja berat.....Nak je aku cakap “Dah sakit tak payah la kerja” tapi..........Lain la aku ni bekerja, boleh la aku cakap macam tu...Ni duit pun bergantung dari mak bapak lagi...PTPTN pula entah bila nak datang....Dah sem akhir baru nak dapat baik tak payah..
Ayah aku memang garang sangat...Tapi ada masa dia macam boleh jadi kawan..Bergurau, main pukul-pukul........Tapi time dia marah, huihhh....No wonder la anak lelaki dia jadi orang...Hikhikhik..Abang aku yang sulong, bukan jenis kaki lepak masa zaman remaja dia, tiap malam ada kat rumah.......Abang aku first and second bukan perokok even bapaknya mak aihh, kuat nor hisap rokoknya.......
Setiap dari kitaorang ada kenangan masing-masing..Yang aku tahu abang aku yang first pernah kena denda duduk atas lori, tak tahu sebab apa...Tapi yang mak aku cerita bila dia balik kerja dia tengok abang aku tercongok atas lori...Kakak aku pernah kena biar tidur dalam gelap, kalau aku pula yang paling aku ingat sekali, aku kena duduk dekat pokok rambutan....Ada nyamuk, ada kerengga yang teman aku..hahah...tapi masa tu kecil lagi...But bila fikir balik semua tu ada sebabnya..
Mak aku sendiri cakap besarkan dua abang aku tak ada masalah, tak ada nak pening-pening dengan masalah sosial ke apa..Tok aku pun cakap cucu yang senang dia nak jaga abang aku yang second sebab abang aku tinggal dengan atok  aku..
Yang pasti ayah selalu sediakan yang terbaik buat kami adik beradik...Masa abang aku yang second perlukan motor nak guna pergi sekolah time form 6, dia sanggup beli motor ex5 yang second hand then ubah suai motor tu jadi totally nampak baru...sampai orang ingat tu motor baru...Aku ingat lagi rupa motor tu masa first beli....macam motor cabuk..
Handphone kitaorang adik beradik pun dia yang keluarkan duit. Masa dulu-dulu handphone kan mahal even yang 3310..Tapi untuk anak, dia beli walaupun dia tak dapat pakai phone...Lepas tu abang aku yang first dah kerja, dia bagi phone dia kat ayah aku...phone yang ada kamera...Huh, masa zaman tu dapat phone kamera, gila seronok...sikit-sikit ambil gambar, tapi aku yang lebihnya..Masa abang aku yang second tak kerja lagi pun ayah aku yang belikan phone untuk dia...sampai la phone dia beli tahun dulu aku buat jadi harta aku..hahah......
Sanggup berhabis duit buat anak........Itulah ayah.............terima kasih ayah...Selamat hari jadi.......Terima kasih kerana membesarkan kami lima beradik.....Semoga ayah sembuh dan diberi kesihatan..Amin...

Malaysia tetap unggul

Yeah, seperti yang diketahui umum, Malaysia kalah kepada Singapore...Kelihatannya K Rajagopal agak sedih...Jangan sedih-sedih KR (nama manja dia..haha)...Jadikan pengajaran lebih penting barisan pertahanan tu kena baiki...Keep it up!apa yang boleh aku cakap K.Fahmi dengan Safee Sali memang terbaik...Penat Si Fahmi tangkis bola dan penat Safee memburu gol...Tapi kesilapan pertahanan......, tak apa la...Perbaiki lagi...
Ada yang still bagi kata perangsang, ada yang kutuk dan marah..Hey bro, tak payah cakap banyak lu pergi main sendiri tengok...Lawan mewakili untuk negara kot, bukan senang..Dengan bawa harapan rakyat Malaysia nyer..Yang berani nak kutuk tu, asal tak main?Biar aku jawab...Macam mana nak main ‘TAK TERPILIH’...Tak terpilih satu hal mungkin juga KAKI BANGKU..Jangan la nak harapkan kemenangan macam piala AFF Suzuki..
Tapi seronok la tengok dekat cafe UiTM ni, tak sangka student sini still support macam ni punya gempak...Siapa lagi kan nak sokong team kita kalau bukan kita?Takkan nak harapkan T.Henry, Frank Lampard, fernando Tores sokong Malaysia pula kan....
Aku penyokong setia Malaysia, dari saat Malaysia jatuh, dikutuk dilabel jaguh kampung, aku tetap sokong...Siap berdebat lagi dengan budak laki yang kutuk team Malaysia...Sebab aku warga Malaysia...Yang kutuk-kutuk tu, pergi la tukar kewarganegaraan, malaysia tak perlukan rakyat seperti anda..hahaha...Ambil contoh Indonesia la, team dia menang ke kalah ke tapi penyokong dia macam mana?Tak boleh ke kita macam tu?Of course boleh sebab Malaysia BOLEH....Hahaha 

ambik dari abang google..\
dah, sekarang habis cerita pasal bola, aku fikir nak balik...tepat pukul 12 pada tarikh 29 julai birthday kekasih hati aku iaitu bapak aku...Nak balik sambut sama-sama!hehe

Monday, July 25, 2011

Dia Yang Bernama Adik

Aku rasa geram! Kenapa aku geram? Entah la...Tapi mood aku down la lepas parents aku hantar tadi....Adoiiii....AYP, kau bukan sem 1 tau tak!!Kau tu dah jadi senior, takkan nak homesick lagi...
Actually aku pun memang tak sihat lagi...Lama woo, before cuti hari tu...Sebelum aku berjimba ramba dengan kelab KEMUSA UiTM ke Cameron...Then balik rumah aku demam, batuk aku tak hilang dari seminggu lepas sampai hari ni...Macam mana nak hilang kalau makan ubat...Aikk, makan ubat la patut hilang kan?Tapi ubat yang aku makan special sikit...Ubatnya buah mata kucing, durian, air batu, ais krim.......Amacam?Memang padan la kalau tak baik-baik batuk aku ni...Sorry la my roomate, malam ni ada bunyi drum lagi...Tak habis lagi la derr..
Cerita pasal adik ni...Aku agak sedih sebab before aku balik aku ada gaduh dengan dia petang tadi...Kitaorang main bola...Lepas tu aku bengang la kan asal aku sumbat gol dia kata tak aci...Dah la tu tak habis-habis minta penalti..Macam la kau main kat padang...hahaha.Main kat ruang tamu rumah je kot, ala-ala padang futsal la konon...Mula-mula main kat beranda tapi beralih arah sebab ada orang datang..Dia merajuk sekejap siap nangis, lepas tu aku pujuk..Tapi aku warning “sekali lagi kau cakap gol aku batal aku tak nak main dah”...Then tengah main-main bola tu terhempap kuat kat almari kaca mak aku..Aku secara automatik tepuk dahi dia sebab aku terkejut...Mujur almari tu tak ada apa-apa...Kalau tak habis aku kena pancung sebab madam besar dah warning “dah-dah la main tu Qah, pecah pasu mak tu kang..’...So adik aku ni nangis la..so bayang la kan aku tepuk kat cermin mata tu so sakit la dahi dia kot...Aku pujuk dia tak mahu, aku pun stop main pergi mandi...Konon tunjuk bengang la sebab dah pujuk tak jalan..
Then adik aku ni cakap kat mak aku yang dia nak pergi rumah mak Ani (mak kedua dia a.k.a mak angkat)...Masa tu aku rasa bersalah, aku tak nak dia pergi sebab aku nak dia ada bila aku balik...Lepas tu mak aku tak bagi sebab mak aku suruh dia mengaji dulu...Aku try cakap dengan dia..Dia tak layan, lepas tu aku cakap la “Tak pe Mi..Achu nak balik dah..”..Lepas tu dia menangis..Aku ingat dia nangis sebab tak nak pergi mengaji...
Before dia pergi mengaji tu, aku try cakap lagi dengan dia, lepas tu dah okay and dia suruh aku tunggu dia...Tapi dia habis ngaji lambat sangat so aku pun pergi la kedai sorang-sorang sebab dah pukul 6.55 pm..Masa tu kenapa entah rasa  lain la, macam bersalah bila tinggal dia...Padahal bukan tak biasa keluar sorang-sorang..Mybe sebab aku cakap kat dia yang aku nak tunggu dia..
Dalam pukul 7 lebih tu dia minta ajar math..Masa tu aku tanya “Kimi, kenapa Kimi menangis tadi dekat situ(sambil tunjuk satu sudut)...” lepas tu dia jawab “Ye la lepas ni nak main bola dengan siapa..”..Pehh, masa dia cakap tu aku tersentuh...then after aku siap menjalankan kewajipan sebagai umat Islam, aku tengok dia makan..Lepas tu kitaorang makan sama-sama..
Bila parents aku hantar tadi, dia main handset aku lepas tu dia tertidur...Bila sampai je, dia bangun...Lepas tu dia cakap “Achu balikkan Jumaat ni?” aku Cuma angguk...Kalau tak ada program minggu ni memang aku akan balik..Mana boleh tahan macam ni....Sabar la hati menunggu hari Jumaat...
Dia yang bernama adik, dia yang sangat rapat dengan aku, dia la teman aku..Dia la teman ketawa, teman bergaduh..Dia yang bernama adik, sabar lah tunggu akak mu untuk bermain bola...Hahahah..Touching sikit malam ni mybe stress kot memikirkan nak bagi speech esok......Kecewa bila dapat tahu kelas esok banyak batal, kalau tahu awal aku balik je esok..Boleh main dengan adik aku, tak la menyusahkan bapak aku yang tengah penat membetul lori tadi...urghhh

berusia 9 tahun pada 7/7 baru ni

Saturday, July 23, 2011

Malaysia kalah 3-5 menentang Singapore

 Malaysia menentang singapura

Aku rasa mesti ramai yang rasa tak puas hati juga kan permainan malam ni…Aku rasa pertahanan malam ni main teruk sangat…K Rajagopal pun cakap benda yang sama dengan aku(kiranya, aku dah boleh jadi coach la ni..hahaha)

Masa lawan Chelsea baru-baru ni pertahanan mantap, keeper pun hebat Cuma tak banyak penyerang berbisa…But team yang lawan Singapore ni, penyerang harapan Safee Sali dah ada tapi pertahanan pula buat hal…Adoii…K Rajagopal kena buat something untuk next match…Panggil la pemain berpengalaman macam Nor Hafiz Zamani Misbah…Dia hebat woo..

Yang paling aku tak boleh terima gol pertama dengan gol kedua…Keeper macam tercengang dan macam tak ada usaha langsung nak tepis bola..Nak kata kena laser, tak Nampak la pula…haihh…Lain kali nak tackle jangan la buat depan gol sayang oii..
Gol seterusnya sayang aku si Muslim ni macam tak daya je aku tengok, dia banyak terlepas bola yang menyebabkan Singapore dapat sumbat gol….Ish..Ish..Ish…Hahaha sorry la Muslim...
Tapi aku terpukau dengan gol Safee..Punya banyak pertahanan tapi dia dapat tak sia-sia kan bola..Kalau ikutkan bola tu memang dah hujung, kira masuk ngam-ngam..Hebat la dia ni..Selalunya dia memang tak siakan bola yang dia dapat…Memang tak rugi la kelab Indon beli…

Dah la, tunggu next match…Tapi aku macam tak boleh tengok je..Aku dah ada kena balik ke kampus…Alooooo…(buat muncung mulut)…Nak tengok online ibarat bermimpi di tengah hari, broadband dah la terputus-putus linenyer….Ada sapa-sapa nak bagi aku tV sebiji tak…Hahahah..
K.Rajagopal, ambil saya je la main...Hahahah..Jersi dah ada ni

Monday, July 18, 2011

Ketulusan Hati

sedih ku sakitku, ku terima
ku rela ku pasrah jalanku
ini suratan, aku dicoba
demi rahmatMu ku memohon

Ya Allah, redhai ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah, aku sanggup berkorban
Demi rahmatMu..
Ya Allah….


Bawa aku kepada jannahMu
Selamatkan aku dari al hawiyah
Ya Allah kami menyujud Mu
Ya Allah kami memohon kepada Mu

Thursday, July 14, 2011

Kalaulah malang tu boleh Bau...

Hari ni dah boleh kot kalau aku cakap hari malang aku...huhuhu...nak meraung tak boleh, nak melalak tak boleh, gelakkan diri sendiri tak mampu...redha jer la mampu...Ikut sedih memang sedih, tapi baik tak payah fikir..
Actually duit aku hilang.....waaaaaa...Dah la esok ada trip nak pergi Cameron, nak makan strawberrrrryyyyyyyyyy....huhuhu...Aku tak ingat hilang kat mana (kalau ingat dah tentu lah tak hilang kan...)...sebenarnya aku pergi tempah makanan then pergi library nak hantar buku Dont Be Sad tapi library tutup..So aku pun pergi la ke kedai makan balik...
Dah siap ambil makanan baru aku ingat, aku ada bawa duit RM 50 sebab nak beli topup...Nak telefon mak ayah masa kat Cameron nanti (ecehh...hahah)...Tapi sedar-sedar tak ada dah dalam poket..Dalam poket tu aku isi phone dan kad matrik aku...Mybe jatuh masa aku keluar kan kad matrik atau pun phone..Nak cari memang sah la tak jumpa kan...redha jer la weiiii..
Balik bilik dengan muka frust sebab tak jumpa duit tu, lepas tu terus terpandang buku Don’t Be Sad kat atas meja aku..Hahah..Macam dah kena dengan situasi aku...Don’t Be Sad la AYP.....hahah
Mybe RM50 tu tak sebesar mana dan tak cukup nak beli kereta sport sebuah..Tapi...Tapi..Tapi....Duit tu berharga sebab mak aku bagi untuk pergi Cameron.......Waaaaaaaa...Nak ngadu kat mak mesti kena marah punya...So apa kata aku berpura-pura kalau duit aku tak hilang...Tapi macam mana nak berpura-pura kalau hati still fikir duit tu??hukhukhuk..Malang tu memang tak berbau..
Kalau lah aku tak keluar pergi makan tadi, mesti tak hilang duit aku....Ahh...Apa la...Benda dah jadi la fieqa!!Mana boleh nak ‘kalau’ lagi dah...Tak akan dapatnya balik duit kau tu........huhuhu..Tak apa lah, anggap jer la sebagai dugaan...Kot-kot esok jumpa 5 juta..hahah....Tinggi betul angan-angan..

Sunday, July 10, 2011

Katakan tidak pada baju kuning!

Dengar kata dah tak boleh pakai baju kuning kan?Nanti kena tahan...Aku ni dah lama duduk bawah tempurung, dapat cerita pun dari kawan..Lepas tu kecoh pasal BERSIH la...Haihh, tak pasal-pasal perkataan bersih tercemar..Padahal bersih itu separuh daripada iman.....
Habis tu baju warna kuning macam dah boleh je kalau nak bakar...Tapi kesian la bagi mereka yang merupakan penggemar warna kuning..Yang tak faham, gara-gara kesilapan orang yang cetek akal fikiran, kita tak pasal-pasal  tak boleh pakai baju warna kuning..
Baju fakulti aku warna kuning....Errr, macam mana tu ek??Mungkinkah warna tema itu akan ditukar?
Dekat rumah pun aku tak boleh la nak pakai baju kuning kan?Abang aku polis ..Kang abang aku tahan aku macam mana?Hahaha...gila pandai betul soalan aku...Memang dah boleh kalau abang aku nak tembak aku...Hahaahaha...
dah boleh kena tangkap dah ni
digi dah boleh dah tukar warna tema.....
haa
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers