Thursday, November 24, 2011

Memalukan negara

Aku harap page yang mengutuk Fakri Sarani ditutup..iaitu page fakri sarani rubbish...suka-suka hati dia je...Memalukan negara betul...Dah boleh dah kalau dia tukar kerakyatan...Malaysia dah menang pun nak kutuk-kutuk...Padahal yang kutuk tu pun kaki bangku..Mealukan negara betul...ecehhhh, marah la pula ek aku ni...of course la!hahahah.....
Normal la tu, ada masa diorang main ada mistake yang diorang buat...Bukan si Fakri tu jer, pemain lain pun ada buat salah kat padang...Cetek betul pemikiran...Senang kau jer la main bola wahai pengutuk...orang macam ni la yang buat sukan bola sepak tak dapat maju ke depan..Seriously penyokong Indonesia lagi bagus dari kau..sebabnya penyokong diorang tak kutuk pemain sendiri, diorang akan cari salah pemain lawan juga sebab diorang support tinggi pemain diorang even kalah pun..
So apa kata kita klik report jer page tu...cun kan?hahaha...Jom la buat..Actually Fakri punya goal yang melayakkan team Malaysia ke final tau..Tapi it’s okay la, dia dah kata dia tak kisah apa pun orang kutuk dia..yang penting dia dah sedaya upaya...Aku harap dia terus bersemangat...
Haihh..boleh tak nak minta mimpi main bola dengan Asra?Aku jadi keeper lepas tu dia tanduk bola macam masa lawan Indon tu...heheh...macam boleh jadi pelapis Amri Yahyah...Tandukan ajaib gitu....
perlawanan menentang syria tadi nampaknya Malaysia kalah..it's okay la, penat lagi kan...tapi second goal tu masalah sikit la..Muslim agak cuai sikit...Bukan nak salahkan dia just an opinion sahaja..;)..keletihan la tu agaknya..kesian diorang tapi takpe, rm 30000 menanti...haha
yang bestnya kan masa first goal,hampir semua pemain dia sujud syukur...Macam tu kan bagus..;)

Tuesday, November 22, 2011

Malaysia juara pingat emas sukan SEA

Alhamdulillah....syukur pada Allah, berkat doa rakyat Malaysia, negara kita berjaya mempertahankan emas sukan sea...yeayy, Malaysia juara bola sepak sukan Sea....
Actually aku rasa macam nak menjerit bila tengok tandukan asraruddin putra...memang tak expect boleh masuk and hantaran dari siapa aku tak sure tak hantaran yang baik sangat...teringat shahrul idlan talaha yang pandai kelirukan pihak lawan....Dan Khairul Fahmi Che Mat memang tak dapat dinafikan lagi kemampuan dia sebagai keeper Malaysia...Hermm, makin tinggi la saham dia ek, pula tu tengah single...hahaha
Pemain jersi 24, Muslim pun menjalankan tugas dengan baik bersama kawan-kawan dia walaupun ada mistakes juga, normal la...Takkan nak perfect jer semua kan...Dan Badrul menamatkan permainan dengan kegembiraan yang tak tahu lah nak cerita macam mana...Rasa nak tidur ni sambil dengar lagu negaraku..
Yang sedihnya pemain kita disekat oleh fans Indonesia...Kenapa nak macam tu...Aku tak tahu kenapa anti sangat dengan negara kita...Kata serumpun...Pasal bola pun nak gaduh ke...Rakyat dia dilayan baik kot kat sini...artis diorang pun..pemain dia datang malaysia tak ada pun nak kena naik kereta kebal...Tu la dikatakan Tuhan Maha Adil...kecekalan pemain, pengorbanan diorang tu tak sia-sia..
Pengorbanan Nazmi pemain jersi 21 yang menangguhkan SPM pun tak sia-sia...Semangat tinggi betul kau dik...ecehh, sejak bila entah dia jadi adik aku..Bukan apa, dia kan muda dari aku..hahahah
Keseluruhannya, bagi aku kedua-dua pasukan sama-sama hebat...Tapi perlawanan malam ni paling mendebarkan..Perasan tak kedua-dua pasukan macam bagi debaran antara satu sama lain...macam sama-sama buat mistake yang sama...Mula-mula Indonesia gol, lepas tu Asra menyamakan kedudukan...corner kick pun Malaysia dengan Indonesia lebih kurang banyaknya..Then, Indonesia masuk gol tapi offside...Tak lama lepas tu Malaysia sumbat gol tapi offside juga...Cuma harapnyer lepas ni tak timbul la kan Malaysia jampi-jampi...Sebab player Malaysia sememangnya hebat...;)
Entah kenapa aku rasa pengadil tak berapa nak adil la....Ke aku salah pandang...Tak kisah la tapi happy sangat...haha..Tahniah pemain team Malaysia...Malaysia boleh!!!
adoi...nak demam rasanya..memang mas atengok bola tadi dah rasa menggigil...pelik sungguh..

Sunday, November 20, 2011

first day yang malang..

Assalamualaikum w.b.t
Yeah, salam aku dimulakan dengan keadaan yang tak bermaya..huhuhu...semuanya disebabkan first day..
Aku pun tak faham..setiap kali first day sem baru aku masuk mesti ada malang menimpa..hehehe...masa sem 2 aku aku punya loker bermasalah sampai bapak aku terpaksa datang balik pada hari yang sama dan membaiki loker aku sendiri....buat sendiri jer,tak buat aduan pun sebab aku tahu mesti lambat punya prosesnya..
Pada sem 3 first day aku, muka aku berbiji-biji lepas sembahyang..mybe sebab kena ulat bulu yang terkena pada telekung kot sebab aku salah ambil telekung masa tu...dan sem terbaru ni loker dah okay dah....tapi malangnyer mangga aku buat hal...aku nak keluar jumpa roomate lama tadi aku pun kunci la kan loker aku...sekali nak buka balik, macam hang tiba-tiba..Apa lagi, atas idea ex-roomateku, pecahkan besi tu la citernye..dan akhirnyer berjaya...
Cuma yang menjadi masalahnyer, semua dah tercabut so aku kena minta bapak aku datang juga esok untuk pasang besi apa ntah namanya untuk sangkut mangga tu...haha...takper ar kot, mybe ada hikmah disebalik semua ni...ujian kot untuk aku..sedih tu memang la ada kan, yer ar dengan suasana baru dengan orang baru lagi..tiba-tiba problem pula benda alah ni...
Seriously, belum rasa selesa duduk  kat bilik ni dengan orang baru..Tapi mula-mula jer kot...masa sem 2 pun aku rasa macam tu jugak..masa tu tak kenal lagi orang yang bernama anis dan achik tu..tapi yang rasa terkilannya dua sem kitaorang bersama...cewahhhh, macam pasangan bercinta la pulakkkk....tapi seriously memang dah selesa dengan diorang, dah tahu sikit perangai masing-masing...gelak, masam,gaduh manja, buli....paling aku rindu sem 3 punyer roomate la, dengan junior sekali...walaupun agak mencabar sikit..
Actually aku memang berharap satu bilik dengan diorang lagi even aku tahu aku takkan sebilik dah dengan si junior aku sebab dia pra dip...tapi ..haihh banyak betul tapi dalam cerita aku ni..kenyataan harus diterima yang kitaorang bukan satu bilik dah...hahaha...kalau bilik dekat best jugak,ni masing-masing jauh gila...hermmm....
So bila one of my ex-roomate ajak lepak so aku rasa idea yang sangat menarik dikala aku keboringan di sini..tapi tak sangka pula benda malang terjadi...haihh loker...kenapa kau buat masalah..gara-gara kau, aku nyaris skip kelas first esok...
Apa yang aku rasa sekarang sama dengan apa yang aku rasa masa second sem, masa mula-mula dapat bilik..rasa nak balik tu dah memang ada sikit...hahahah..tapi berbeza masa sem 3..masa sem 3 memang lek jer walaupun muka bengkak-bengkak....hahahah....
Aku boring ni...patutkah aku melukis dikala kesunyian ni...line broadband ni pula dah serupa siput lembapnya...skip kelas esok okay tak?hissshhh, idea tak baik....first day dah tak semangat hari yang seterusnya lagi la bungkus citernyer...so hari pertama kena lebih semangat supaya memberi inspirasi pada hari seterusnya...ecehhh..ayat penyedap hati...
Semua roomateku dah tidur...dan aku masih tak berubah, still juga nak tidur lewat...rilex la kot, baru pukul 11.40 p.m...heheh....malam masih muda..

Saturday, October 22, 2011

Ombak Rindu

Rasanya ramai dah tahu novel ombak rindu akan dijadikan filem..Aku tak sure la filem atau drama yang pasti aku nak sangat tengok ceritanya..Sebabnya novel Ombak Rindu novel favourite aku..Seriously, best sangatttt....Betul, tak tipu..Bacalah...Tapi aku baca ombak rindu satu jer, yang kedua aku tak baca pun sebab si Izzah ada kembar pula dah..Dan katanya ada omabk rindu 3...
Aku baru jer tahu semalam (agak lambat la aku ni..)...Tu pun sebab aku tengok iklan dia...Mula-mula tengok tayangan tu aku macam tertanya-tanya la gak novel mana yang dia ambik...Then aku tengok jer part yang Maya Karin suruh Aaron kahwin dengan dia, aku dah dapat agak...Then last sekali memang betul jangkaan aku..Tak sangka, dulu aku pernah gak terfikir macam mana kalau novel ni dijadikan filem atau drama, mesti best...Sekali dia buat sungguh..Hahaa
Harap-harap cerita lakonan ni nanti sama macam novel...Actually aku tak lepas lagi baca novel Lagenda Budak Setan dengan lepas tu yang Nora Elena punya novel....
Tapi pendapat aku la kan, lagi best kalau Lisa Surihani yang jadi Izzah..Sebab Izzah ni macam gadis kecil molek, agak manja sikit..Kalau Amy Amylia pula watak dia macam diva, artis terkenal gitu la..Watak Hariz pula macam sesuai sangat dengan Aaron Aziz..Lagipun pelakon ni memang berbakat..Bagi watak apa pun menjadi...Dalam novel ni, Hariz ni mula-mula jahat sikit..Asyik dera Izzah sebab Izzah kan budak kampung..Tapi slow-slow dia jadi jatuh hati kat Izzah...Part yang sedih bila dia terkena buatan Mila Amylia then masa dia nak kena kahwin lagi satu...Sedih juga cerita ni tapi ending yang best..
Aku harap sangat novel Pergilah Sepi akan dijadikan filem atau drama..Novel ni best sangat...Kalau boleh watak lelakinya kena handsome sebab dalam novel tu lelaki tu macam playboy awalnya...Tak apalah, tunggu aku jadi pengarah nanti ke kan..Aku buat filem adaptasi dari novel tu...Yang pegang watak Syafiq aku bagi Kyuhyun yang bawa..Kalau watak Afiqah, aku bagi aku la yang bawa....Hahahaha....
*Murah rezeki Aaron sekarang kan..Tapi isteri dia tak jealous ke ek suami dia bawa babak ‘berbahaya’ dalam cerita ni?

Friday, October 21, 2011

Ada Negara nak serang Malaysia

Ada negara nak serang Malaysia!
Assalamualaikum w.b.t
Hah?Apa kau punya tajuk ni seyh?Terbeliak tak mata?Ada rasa takut tak?Ada?Ada?Tak ada?Ya Allah.....Parahhhhhh...
actually, aku tak tahu la sejauh mana kebenarannya tapi aku dapat dari sumber yang tertentu...Kalau salah jangan la serang aku pula....Hahaha...
Actually kita kena berhati-hati...Selalu disebut Malaysia negara aman, tapi kita sendiri tak pasti selama mana keamanan tu..Tengok jer la keadaan di negara kita...Isu politik, isu BERSIH..Isu fitnah..Gossip..Semua tu jadi santapan dalam majalah, newspaper...Haihh..
Aku rasa Malaysia patut contohi negara Korea...Jap, aku cakap macam ni bukan sebab aku fanatik Korea okay...Maklum la kat kelas budak-budak ni dah cop aku sebagai Korea..Ada cop kat dahi tulis Korea and super junior...Hahaha..Actually negara diorang setiap lelaki wajib masuk something like army ke apa entah namanya tapi lebih kurang macam tu la...Berkaitan ketenteraan... bila umur 29 tahun...SEMUA...selama 2 tahun..So, boleh dikatakan, semua lelaki yang 29 tahun ke atas dah ada asas ketenteraan..
Kalau negara kita buat macam tu, barulah ada dapat lahirkan wira-wira negara pada masa akan datang..Yeahh....Nak harapkan PLKN jer memang tak la..Ada yang masuk dengan keluar sama jer, tak ada perubahan...
Kita semua tak rasa erti keperitan yang ditanggung pejuang-pejuang dulu..Kalau kita betul-betul menghayati perjuangan diorang tu semua, and hayati kisah sejarah dulu, mesti kita takutnya punya dan tak nak benda tu jadi..Masalahnya, kita yang remaja ni lahir-lahir dah hidup dalam keadaan aman...
Sejauh mana kita boleh selesa dengan kedudukan negara kita ni?Malaysia patut buat something dengan anak bangsa..terutama golongan belia...Supaya ada pelapis pada masa akan datang...Yang paling penting hal agama perlu diutamakan..
Jangan nak terlalu berpolitik, terlalu nak menfitnah, penuh dengan dunia glamour, gossip, hiburan...Stoppppp laa.. Ini masanya fikir macam mana nak majukan negara..Jangan ketinggalan...Orang putih tu dah jauh ke depan, nak mencapai bintang...Yang kita bintang pun  tak nampak lagi, masih tercari-cari...Adoii...Wake up!!
Nak tahu negara mana yang sedia nak serang negara kita baca kat sini http://www.dezamancottage.com/2011/09/singapura-sedia-berperang-adakah-anda.html
Buat apa nak serang-serang..Seronok ke tengok pertumpahan darah berlaku?Tolong la jangan fikirkan kepentingan diri sampai nak gadaikan nyawa rakyat dan orang yang tak bersalah..Tolong fikir pakai otak....

Wednesday, October 19, 2011

Fida Dan Mamat : Salah siapa?

Assalamualaikum w.b.t..
Wah lama dah aku tinggalkan blog aku ni...And siap ada rasa nak tinggalkan terus jer dunia blogging aku ni...Tapi bila fikir balik, sayang la pula...Hahaha..Lagipun ni dah jadi satu hobi aku...
  Anyway aku nak teruskan dengan tajuk aku...Rasanya dah kecoh kot  kat internet, kat tv, majalah gossip pasal Mamat dengan Fida..Nampak gaya macam hubungan diorang ni dah pun berakhir...Sayangnya...Sebab aku suka tengok kalau diorang berdua..Lagipun diorang baru jer bagitahu hubungan diorang tup..tup...herm..Berakhir suda kisah diorang...
Dalam kenyataan Fida, dia macam salahkan Mamat jer...Tapi fikir balik takkan la Mamat sajer nak aib kan dia, apa untung yang dia dapat..Aku rasa dia betul-betul tak sengaja...Dan lagi dalam hal ni Fida pun salah..Kenapa dia biarkan Mamat ambil gambar dia tak bertudung?Dan lagi lately ni dia dah tukar fesyen tudung tutup kepala jer, leher terbuka..Leher tu kan aurat..Terlalu ikut fesyen sangat pun tak boleh...Ala-ala dato CT..Tapi Dato CT memang dah cakap awal-awal yang dia pakai tu bukan style tudung ..
Tapi Fida dah mengaku salah dia...So tak boleh la nak terus menghukum dia dengan mencemuh dan memaki dia..Kesian juga tengok dia menangis masa kena interview kat melodi...Yer la, kita ni kan manusia biasa, tak lari dari kesilapan..Lagi pun kita Cuma manusia, tak layak nak menghukum..Jangan la sampai nak lempar tohmahan kat dia..
Fida dan Mamat sama-sama buat salah, Mamat pun tak ego, dia mengaku dia salah...Why not kalau diaorang berbaik dan saling memaafkan kan....Kan indah bila memaafkan, hati pun tenang..Semoga semuanya jadi pengajaran buat diorang dan buat kita..
Dan umum tahu kumpulan Sepah dah berpecah...Aku rasa diorang patut fikir balik...Cuba la bagi Mamat peluang lagi sekali mana tahu dengan kontroversi yang dia dah lalui dia akan berubah ker...Bukan nak bela Mamat, tapi aku yakin peminat Sepah yang lain mesti tak suka kan tengok Sepah berpecah...
p/s : Susah betul jadi artis, orang asyik nak paparkan keburukan..Asyik yang kontroversi jer jadi tajuk utama..Yang baik tak nak pula dikorek...Cuba la korek artis nasyid dah berjaya bawa muzik sampai ke luar negara tu...Baik juga untuk penonton kan..Lumrah manusia macam tu la wehh...

Wednesday, September 14, 2011

Jangan Hina Agama Kita

Setelah lama aku menyepikan diri kerana membawa diri...ecehhh.. Untuk second time aku tak mengupdate blog aku dengan jangka waktu yang agak lama..Kerana kesibukan masa. Ada satu hari tu seharian aku tak tidur buat coding html punya pasal, pukul 2 petang baru dapat tidur..Tragis tak cerita aku?huhu..

So hari ni aku ada sedikit kesempatan..Apa yang aku nak cerita ialah pasal orang yang sanggup gadaikan agama demi karier..Kalau gadai harta tu tak apa la lagi ni gadai agama...oh..oh...dan oh...Apa nak jadi dengan dunia sekarang..
Actually aku terkejut dengan statement seorang artis mengenai bila dia nak bertudung "Memang saya teringin untuk bertudung. Cuma memandangkan saya sudah terikat dengan beberapa komitmen lakonan, imej bertudung ini akan membataskan karakter dan watak yang saya lakonkan pula. Insya-Allah saya akan bertudung selepas berkahwin nanti. Masalahnya, masih tiada calon suami." Sumber  http://www.dezamancottage.com/2011/08/rozita-che-wan-imej-bertudung-ini-akan.html

Agaknya kalau dia tak dapat suami mungkin sampai mati dia tak akan bertudung kot..Aku rasa isu ni sangat sensitif. Rasanya wartawan tak perlu tanya semua ni kat artis, kalau diaorang dah bersedia, pandailah diorang pakai sendiri. Tak payah nak ditanya bila..Macam jodoh juga, jangan ditanya bila nak kahwin, bila nak dapat anak..Tu kan semua ketentuan Allah..Tapi sangat sedih la dengan jawapan tu, pentingkan kerjaya dari kepentingan agama..well, no comment..

Sedar tak sedar manusia suka bertangguh dalam hal nak bertaubat..Ni nasihat bukan untuk orang jer tapi diri sendiri ni juga..Memang aku mengakui kelemahan aku tu...Herm, nak bertaubat siap boleh postpone..Nanti mati time kena soal kat kubur tak dapat jawab lepas tu malaikat nak sebat ke kan, boleh ke cakap macam ni “Malaikat, postpone sebatnya boleh tak?Tak ready lagi...”

Hahaha..Boleh macam tu?Fikir lah sendiri..Dan lagi isu bela anjing...Banyak kat internet pasal artis bela anjing..Dah tahu kan kita tak boleh pegang anjing..Kalau jaclyn Victor pegang anjing tak la jadi isu masalahnya umat islam..Dalam IC tulis ISLAM..Yang tak boleh tu la juga suka nak dibuat. Bela la kucing ke, kan adik beradik jer tu..Nak lagi comel, bela hamster..Susah sangat bela jer lalat, jimat kos..Hahaha..Aku ada tanya ustad dekat U aku ni mengenai kenyataan seorang artis dimana dia cakap samak jer la lepas main dengan anjing tu..Tak susah pun..Fuhh, senangnnyer jawapan..Then ustad aku cakap haram tetap haram..Kenapa mesti nak bela binatang tu? Haiwan yang tak haram banyak kan..Yang pasti hukum bela anjing HARAM.. Sumber yang lebih detail anjing HARAM.. Sumber yang lebih detail http://www.dezamancottage.com/2011/08/hukum-pegang-sentuh-bela-anjing.html

PS : Kepada artis yang nak berubah untuk bertudung, tolong la bertudung properly..Jangan tutup kepala bawah terdedah..Tolong sangat-sangat, jangan rosakkan imej bertudung..Tutup rambut, leher nampak, telinga nampak..Lebih cantik kalau pakai macam Heliza Helmi AF 5..Kadang-kadang artis cakap “Masyarakat pakai seksi tak jadi isu, hanya kerana kami artis, ianya jadi isu panas”
Herm...of course la mak cik oi..Dah kau public figure..Orang pandang, so tunjuk la contoh yang baik...Aku tak kata aku perfect, aku ni pakai tudung pun senget tapi sekarang ni ceritanya artis adalah someone yangjadi ikutan peminat fanatiknya..Tunjuklah teladan yang baik okay...

islam itu indah jangan cemarinya

Kalau ada salah dan silap harap ditegurkan, aku manusia biasa yang masih belajar..

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri..Raya 2011

Fuhh..fuhh...tiup habuk-habuk kat blog ni..Dah lama gila aku tak buka blog..Ada la dalam seminggu sebab tak berkesempatan nak buka sejak settle kan beberapa assignment..Tu pun tak settle lagi...Dengan test yang menanti...Memang raya ni aku raya dengan buku, dengan coding, dengan macromedia...Yang raya dengan buku tu tak berapa pasti, tapi raya dengan html coding and macromedia harus dipastikan...hahaha..
So memandangkan esok confirm raya, aku pun nak ucap la selamat hari raya adilfitri kepada semua umat islam terutama yang baca blog aku ni la..Raya-raya juga, jangan la lupa pada yang dah tak ada then pada saudara islam kita yang masih berjuang...Juga pada mereka yang kesedihan di pagi syawal, sama-sama la kita doakan semoga Allah memberi hikmahNya pada mereka..Semoga semua umat Islam dapat menyambut dan menghayati Aidilfitri tak kira la kat mana, dan bersederhanalah...Tahun ni baju raya aku sikit juga macam tahun lepas gara-gara beli last minute..Nak suruh orang buat kan pun tempahan dah ditutup...Whatever lah, yang penting kita dapat sambut dengan penuh keamanan..Alhamdulillah...So lastly, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin..Maafkan salah aku kalau ada yang terasa ke apa..Dan aku pun memaafkan kepada yang memohon maaf mahupun tak...;)
macam mana ek, kalau tiba-tiba raya tak jadi esok?Hahaha..Setakat ni raya memang sama dengan kalendar..Terfikir juga macam mana kalau tarikh kat kalendar salah then pengumuman raya jatuh hari lain...Mungkin kah kelam kabut jadinya???;)

Monday, August 8, 2011

Lelaki Dayus part 2


Haih..tadi aku buka facebook, aku nampak dua benda yang mengejutkan...First, erm tak boleh nak cerita kat sini...Cuma aku doakan dia bahagia je la...Second, tiba-tiba dekat most recent tu ada seorang perempuan ditag pada satu gambar...Gambar tu dua orang yang berpasangan...Adoii, sekali ex gua la...Hahaha...Senang cerita aku doakan kau dan si kau bahagia la wei....Let by gone be by gone...Tu semua kisah fantasi belaka...haha
Tapi bukan benda tu yang utamanya untuk aku cerita..Aku nak cerita pengajaran yang aku dapat hari ni...Pernah tak dengar dari mulut perempuan “lelaki senang je, nak keluar tak payah nak tutup bagai..Pakai je seluar tutup lutut pun tak ada masalah..Nak solat pun tak payah nak tutup bagai...Kalau kes lahir anak luar nikah pula, lelaki selalu terlepas...” and so on...Selalu kan kita dengar kalau jadi lelaki tu senang, tak payah nak mengandung, period, and so on..
Tapi sebenarnya tak mudah juga jadi lelaki ni....Tahu apa itu DAYUS?..Yang aku tahu ,setelah mendengar satu tazkirah di radio yang mengatakan lelaki yang membiarkan anak perempuan, isteri, adik perempuannya melakukan kesalahan, tak menutup aurat, melakukan dosa...Lelaki tersebut tergolong dalam lelaki dayus...
aku pun pernah buat entry pasal ni DAYUS part 1

Nabi SAW bersabda :
Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih  : Ghayatul Maram, no 278 )

Hadith lain
Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )


Dayus itu hukumnya BERDOSA BESAR…jeng jeng jeng…Buat lelaki, dan bakal suami aku in the future (belum jumpa lagi orangnya)…Ingatlah…Nampak simple tapi….Fikir-fikir kan lah…

Actually yang buat aku terasa nak tulis pasal ni ialah lepas aku baca nasihat seorang ayah kepada anaknya…Sangat menyentuh hati….Seorang ayah yang minta anaknya berubah kerana merasakan dirinya semakin hampir dengan neraka…antara isi kandungannya ialah sebuah tazkirah dari seorang ustad di surau

Tazkirah dari surau : barang siapa isteri atau anaknya tak memakai tudung keluar daripada rumah, setiap langkahnya dikira semakin hampir ibu bapanya menghampiri ke neraka…

Astaghfirullah……Sedih bacanya…Ibu bapa kita dah besarkan kan kita bersusah payah, sanggup ke kita nak menghantar mereka ke neraka? Sanggup ke?
so itulah pengajaran hari ni yang aku nak kongsikan...Moga bermanfaat InsyaAllah..
 

Keterangan yang lebih jelas dekat dua link ni

Wallahualam..

Thursday, August 4, 2011

Super Junior NEW MV_Mr.Simple

Giler HOT seyh lagu ni...macam sesuai je dengan aku yang serba simple ni.....Memang suka tengok tarian diorang untuk video klip Mr.Simple ni....Nampak transformasi Super Junior untuk 5th album......Lagu ni pun mudah lekat.....Best..best..and best...Paling HOT of course la Kyuhyun dengan Donghae......

Wednesday, August 3, 2011

JALAN MUDAH


Jalan mudah...Apa itu jalan mudah? Jalan mudah tu....errr....aku pun tak tahu nak definisikan macam mana tapi jalan mudah tu jalan singkat...err..jalan singkat?senang cerita cara termudah diambil oleh individu...Alah, macam lah orang tak tahu jalan mudah tu apa kan...Tanya budak tadika pun diorang tahu..
Tapi sedar tak kita dalam kehidupan seharian kita, kita selalu nak cari jalan mudah....Tak percaya? Contoh tengah jalan nak balik rumah kan...Then, kita rasa jauhnya rumah dan kita mesti terfikir “tak ada jalan pintas ke ek?”


Tak pun dalam melakukan sesuatu pekerjaan :

Si A : Aku cadangkan kita buat tajuk astronomi untuk assignment kita...Mencabar kan?
Si B : Hah?Kau dah teror science sangat ke nak pilih tajuk tu?Aku cadang kita ambil tajuk doraemon..Aku dah biasa tengok cerita doraemon...Senang sikit buat tajuk tu..Mesti senang punya...Tak pun ambil tajuk ultramen, senang sangat...Tajuk upin ipin lagi senang...Boleh buat sambil lewa lagi tu
Si B : Kenapa yang senang je kau fikir? (sambil luku kepala A berkali-kali supaya si A tahu erti kesusahan..haha)
Situasi lain :
Kerja apa aku nak buat dulu ek?Buat assignment, study, main game..Erm, ha!Main game dululah...main game senang je dari buat yang lagi dua tu....Yang lagi dua tu susah so buat kemudian..
Dan lagi :
Aku dah tak sanggup hidup macam ni...Asyik-asyik sedih je..Tiap-tiap hari bertemankan air mata...Sesekali nak juga bertemankan Kyuhyun...Erm, kalau macam ni mati lagi senang...... (YANG NI PALING TAK BEST..MANA KAU TAHU MATI TU SENANG?ADA ORANG DAH MATI BAGITAHU KAU KE??)
Herm, kenapa yang mudah juga kita cari?Bukan ke bila kita melalui yang mudah maka kita akan menemui yang susah....Tapi kalau kita temui yang susah dulu maka kita akan bertemu kesenangan pada akhirnya
Situasi 1 :
Si susah : Aku rasa nak buat juga assignment astronomi...Mungkin susah, tapi mencabar..At the same time, dalam melalui kesusahan tu macam-macam pengalaman yang aku dapat..
Sisenang : ikut kau la..Aku nak buat doraemon...
Ending : sisusah dapat markah tinggi dari sisenang sebab tajuknya lebih menarik dari si senang dan disebabkan sisenang mengambil senang kerjanya maka hasilnya tidak memuaskan dan mendapat markah dengan no yang senang seperti no. 1, 2, 3, dan 4...haha







Moral of the story : jangan pandang yang senang je sebab nanti kita tak kenal erti susah..Dan bila terjumpa susah mulalah gelabah...Tapi bila kita kenal dengan susah, tak ada masalah untuk berjumpanya lagi dan kita akan tahu betapa seronoknya kesenangan itu setelah melalui kesusahan..Dalam hidup ni tak ada jalan mudah untuk berjaya...Apa salahnya kalau kita mendaki bukit dahulu untuk sampai ke puncak?Bayangkan perbezaan Mendaki bukit di mana kita bangga dan seronok sampai dipuncak tapi bayangkan turun bukit..Sangat senang tapi tak musahil diakhirnya kita jatuh tergolek-golek kan...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers