Thursday, November 1, 2012

Patah Hati

Assalamualaikum..

huuu sejukkk..hujan turun tak berhenti menyekat perjalanan aku nak ke kedai..Actually hujan macam main-main sekejap dia lebat sekejap berhenti..

Actually hujan...erm...hujan yang turun bagaikan air mata..eh eh eh..apa entah yang aku mengarut ni..Actually kan aku dah tak tahu macam mana nak buat muqadimah memandangkan dah lama giler aku tinggalkan blog..Aku terus ker tajuk aku je la which is PATAH HATI...Ishh ishhh ishh sampai patah hati tu yerk..

Siapa yang patah hati?Mereka-mereka yang kecewa akan mengangkat tangan dalam diam...Hamboii teruk bebenor ayat bahasa Melayu aku..boleh pulak digandakan perkataan mereka tu..Sebenarnya aku tengok kat facebook, twitter banyak juga la buat status semua tangkap leleh, patah hati, jiwang dan yang sekutu dengannya..Aku?errr..aku pun ada buat juga *tutup muka*...

Orang yang tengah patah hati ni selalunya dah tak mempan dengan kata-kata motivasi..selalunya sang kawan akan menasihati si patah hati dengan ayat
 "mungkin Tuhan nak hadiahkan kau dengan yang lebih baik"
 "kalau dia untuk kau dia akan datang balik" *hug*
"kau layak dapat lagi baik dari dia"*tepuk bahu*
"sabar la eh..dugaan tu" *ambil usap-usap bahu* dan macam-macam lagi la ayat motivasi keluar kann..

Tapi kan..bagila ayat motivasi macam mana pun tak mampu nak sambung balik hati yang dah patah remuk redam hancur berkecai..Hammmbooii!Seriously, ayat-ayat tu semua hanya penyedap hati untuk seketika sebab orang yang patah hati ni cuma 'si pematah' jer yang boleh tolong..sama ada tolong pulihkan atau tolong patah kan lagi bagi patah riuk..hahah..

So untuk mereka yang hati tak tenang, mengadu la kat Dia....Dia kan yang ciptakan hati kita so Dia jer la ada penawar untuk kita..

Well aku rasa agak awkward sikit tulis blog kali ni mybe sebab dah lama kot tak update..Pula tu aku baca entry lama seriously rasa nak gelak gila-gila bab yang stalker..Giler teruk aku ni bila dah crush dengan orang..

Well well and well..Hahh!!!Dokter peribadi aku tegur aku.....
Dokter....sekarang musim hujan kan, dokter jaga la kesihatan ehh..Eh dia kan dokter pandai la dia cari ubat..hahah.....ermm..sob sob sob..Dokter I miss you.. Kbai..

Semoga Dia jagakan dokter untuk aku ^.^ semoga dia bahagia...ok  before cerita sedih bermula aku sudahi dengan wassalamualaikum w.b.t.........................

Wajah baru!

Well blog aku dah baru..I mean berwajah baru tapi blog dah lama...Yeayyyy *jumping*..Dah lama aku tinggalkan blog kesayangan aku berikutan blog aku semput..So aku pula terlalu busy untuk mengubatinya. Actually tak la busy mana tapi sem 5 aku duduk rumah sewa and line suck gila punya gila la..So tak dapat la merawat blog aku..Then bila dah habis belajar ni aku pun decide untuk buat plastik surgery kat blog aku..Maka jadilah macam ni..Dah malas nak letak widget berbagai..nak keep it simple so tak serabut dilihat..So aku akan kembali aktif berblogging..

Well, dah habis sem ni...Errr, aku bertemu dengan dokter peribadi yang dah mencuri hati..aicehh dah macam pantun dua kerat..But cerita kami tak dapat disempurnakan...Ok stop Qa..bukan masanya nak buat drama sekarang..Hahah

Hopefully blog aku dah tak semput dah lepas ni..Jangan semput-semput dah yer sayang aku ni..Kalau dokter aku berambut baru aku..?Rambut aku tak boleh nak dibarukan, tudung tu boleh la...Ahhh dia rambut baru then blog aku berwajah baru.. *angkat kening ziana zain*
Tapi aku harap hati dia tak la baru...sob sob sob..

p/s buat dokter aku : Awak...Saya....errr..tak ada apa-apa lahhh...hohohoho

well ni la wajah blog aku sebelum ni..huhuhu