Showing posts with label My Family_aF. Show all posts
Showing posts with label My Family_aF. Show all posts

Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Emak

Bling Bling *imagine ada bunga-bunga bertaburan*

Selamat hari emak...eh, bukan ibu ke?who cares?Kan sama je perginya..Selamat hari emak, hari ibu, hari ummi, hari mama, hari mommy, dan hari-hari...ehh..haha

Walaupun aku tahu mak aku tak baca blog aku ni, mungkin dia pun tak tahu kewujudan blog..Atau paling tidak  satu-satunya blog yang dia tahu ialah cool blog...yang perisa cendol tu..hahah..Tak kisah la, yang pasti aku harap dia tahu anak  bongsu bagi perempuan*nak jugak tu sebut bongsu* ni sentiasa ingat kat dia, sentiasa merindui dia dan menyebut dia dalam setiap doa...

Well, selama aku kat berada di perantauan ni, ecehh..Mak la banyak tolong aku even hari tu dia sakit dia tetap nak teman kan aku pergi buat medical checkup..Awalnya aku nak pergi buat sorang-sorang tapi dia kesian kot kat aku..Aku kan selalu buat muka kesian..Hahaha

Then, kesusahan yang aku lalui masa mula-mula belajar di puncak ni, aku kuatkan semangat untuk kedua ibu bapa aku..Bila aku call dia, aku tak cerita kepayahan aku..Cuma bila dia tanya "macam mana?" then aku cakap "mula-mula susah la sikit kot.." Tapi dari ayat aku tu dia dah dapat agak, biasa la naluri ibu dan dia pun memberi kata semangat"Pemulaan memang la susah, bertahan je la..Lama-lama nanti okay la tu..Kuat kan semangat " lebih kurang macam tu nasihat dia..

Emak orang yang banyak berkorban, wanita yang sangat kuat, tabah, isteri dan ibu yang baik..Kadang-kadang mengalah untuk kepentingan anak-anaknya

Kita sebagai anak, kena sentiasa call dia..Kena faham sikit, hati ibu ni sensitif bila anak dah jauh...So kadang-kadang kita busy tak call dia, dia dah fikir yang bukan-bukan..Ibu kita terlalu banyak berkorban untuk kita, mengalah...So ada masa kita pun kena mengalah even benda tu memang bukan salah kita tapi demi dia apa salahnya mengalah kan...

Kepada mereka yang dah tiada ibu disisi, tak bermakna tak boleh sambut hari ibu..ziarah la kubur dia..atau paling tidak, sentiasa sedekahkan al fatihah...Nak sedekah kan al fatihah tak semestinya kepada ibu yang dah tak ada je, kita boleh juga kirimkan buat ibu bapa yang masih hidup...Doa anak-anak ni takkan putus

Aku rindu mak aku sebenarnya ni...T.T dah la tengah tak sihat...I love u mom


my mom














Inilah mak saya!!!sama tak?Ada orang cakap aku ikut muka mak..ada yang kata aku ikut ayah..senang cerita aku kacukan mak dengan ayah...hahahah

so akhir kata..ewahh..selamat hari ibu buat emak, mak saudara, mak angkat, mak mentua....ehhh salah..mak mentua tak ada lagi so buat bakal mak mentua la senang cerita yang aku sendiri tak tahu di mana keberadaannya dan juga anaknya merangkap my future husband...ok aku dah jauh tersasar...dan selamat hari ibu buat semua ibu didunia dan tak lupaaa pada kakak ipar aku dan sepupu sepapat aku...Dah macam buat ucapan dekat radio -,-

Sunday, March 27, 2011

Pesan Ibu..

Assalamualaikum........................................................................................


Ouhhh liat sungguh aku nak mengemas barang masa nak balik tadi..huhuhuhu...Saat indah buat student ialah bila tiba hari nak balik rumah tapi saat tak berapa nak indah buat para student lepas dah syok dok rumah lepas tu nak kena balik ke tempat belajar masing-masing......Rasa macam nak tendang pintu bilik kolej ni pun ada..hahaha..


Dia lambai kat aku ey...Jangan
ada yang nak sambut balik
nanti aku bagi tendangan
penalti ..
hahahaah
Sepanjang tiga hari kat rumah aku sangat sibuk...Wah..wah..wah..Iye la, masa hari Sabtu dan Ahad,pukul 7 lebih aku hantar kawan aku pergi kursus kahwin..Pukul 1 ambil,1.45 hantar balik,petang dia pergi dengan orang lain then malam tu aku pergi ambil...Hari Ahad aku just hantar pukul 7 lebih then ambil pukul 1...Kira sibuk la tu kan?kan?kan?Sila angguk lajuj-laju.....Jiran-jiran aku ada juga tanya kenapa aku tak ambil sekali tapi mak aku tak nak bagi..Dia takut bila aku dah ada sijil tu nanti gatal nak kahwin...Wah mak..Anak mak ni tak rasa nak kahwin lagi la..Kecuali kalau Kyuhyun yang datang melamar,yang tu tak dapat nak tolak la...huahuahua...


Aku tengah membayangkan macam mana agaknya kalau aku tiba-tiba bagitahu kat mak aku yang aku nak kahwin....agak-agak dapat tak?Confirm la dapat....Dapat la front Kick dalam dua tiga kali....


Then,macam biasa sebagai anak dara kena la kemas rumah pagi-pagi tu...Basuh baju,memasak...MEMASAK?jap,jap....Memasak tu...errr...I surrender...Memasak mak yang buat......Lepas tu baru la boleh kalau nak sambung tidur....Kalau sesetengah orang tidur dulu baru kemas rumah..Tapi konsep kat rumah aku,pagi-pagi rumah mesti dah kena kemas baru boleh nak tidur ke nak terbongkang ke whatever la..So konsep rumah lagi penting dari tidur diamalkan dirumah aku........Konsep di Kolej pula,tidur la kau samapai lebam biji mata pun tak apa....hahaha...Tapi aku tak buat macam tu eyhh...Tak,tak..Not me....


Kali ni memang best sebab aku banyak kali drive...wuhuuuuuuuu....Aku suka sangat drive....Cuma hari ni aku dapat rempit motor jer..Dah la tu bawa motor break lapar (Break tak makan la......)....Kalau ayah aku tahu,ceramah khas dapat kat aku....hahahaha...


So,tiba la masanya..Iaitu kemuncak bagi kisah aku di rumah di mana aku mengemas beg untuk balik ke UiTM di anak tekak ku....So sebelum mak bapak aku nak beredar balik,mak aku ada pesan belajar elok-elok...Solat tu jangan tinggal....See?Normally itu la pesan dari seorang ibu...Mesti dia pesan pasal pelajaran lepas tu solat....Tak pernah la pula aku dengar mana-mana ibu yang pesan kat anak dia Tak payah belajar,main je kat sana ye nak,confirm dekan every semester... Ada ke mana-mana mak pesan macam tu?kalau ada,contact aku...aku nak pinjam jap mak dia,aku nak interview jap..........


So kalau kita yang dinasihati macam tu oleh seorang ibu mesti la rasa sayu kan..Adushh,sedih pula bila kereta tu perlahan-lahan pergi....percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan(muzik background)........


Sedih pun ada lagi ni..Terbayang-bayang kereta hijau berlalu pergi...sob..sob...sob..(sambil lap air peluh,maklum lah musim panas...)Adoyaiii,macam la setahun tak balik kan...Berangan nak belajar kat Korea sangat,tapi rumah dekat ciput pun nak sedih-sedih...Hei,suka hati la nak sedih,saya kan sayang mak ayah saya....sebat kang...ngee...heheheh..




sayang maaaaaaaaaaaaakkkkk...
sayang ayah.............sob..sob..




*Tengah tension memikirkan masalah PTPTN...huhu..

Wednesday, March 16, 2011

Sayang Mak dan ayah

Huhuhu.........


Tajuk tak boleh bla kan?Macam aku je yang sayang mak ayah aku...I'm believed that semua anak sayang kat parents dorang kan.........Yang tak sayang tu maybe tak bersyukur la tu dengan pemberian Tuhan....Hihihi


Anyway,suara rock aku ni masih macam ni,sampai aku lupa suara asal aku macam mana..Dekat kelas aku asyik kena nganjing je dengan classmate aku...Takpe kawan-kawan,time korang nanti aku bagi habis-habis..hahahah...
Pagi tadi aku sangat beruntung sebab dapat jumpa parents aku..Padahal semalam aku baru lepas cakap kat kawan aku dengan kakak aku yang aku rindu mak dan ayah aku,daaaaannn siapa sangka aku dapat jumpa diorang...('',)..Alhamdulillah....Dan yang buat aku terharu,mak aku belikan aku air asam jawa..Mybe bagi orang lain ianya simple tapi pada aku,cukup buat aku tersentuh...Sebabnya aku dah ok dah,tak batuk sangat,sakit tekak pun dah hilang cuma suara aku jer rock sikit...Tapi dia macam risau,then dia suruh aku habiskan....Aku dah la tak gemar air tu,tai sebab mak yang beli,air masam pun jadi manis ma....hahahahaha...Dan even dia tengah tak ada duit dia belikan juga aku kasut...Aku tak minta pun,tapi tiba-tiba dia ternampak satu kasut and pada pandangan dia cantik dan dia dia pun tanya aku ....So aku terima jer la......OWWW...THANKS MOM...


Lagi sedih,mak dengan ayah aku asyik tanya confirm ke aku tak balik minggu ni so aku cakap la tak sebab aku ada test..........haiiiiiiiiiii...Mak dengan ayah aku selalu buat aku tersentuhhhh....huhuhuhuu....Jasa u tersemat dihati...wahhh...hahhahaha


Anyway,aku dah lama tak cerita pasal MR.AF yang aku dok stalker..siap kira bilangan pertemuan lagi tu...Tapi cukup la 10 kali pertemuan yang aku kira...Lepas kes dia dok bergesel-gesel tu then lepas aku balik rumah time aku demam tu....Aku bercadang stop stalker dia...Bukan give up tapi lebih kepada kesedaran diri...hahahah...Then,masa balik rumah tu ada sesuatu yang menyedarkan aku supaya tak terus hanyut dengan benda semua ni......Boleh kalau aku nak stalker orang tapi biarlah duluuu...hahaha...Dan guess what?Aku dah berjaya kot, terserempak dengan dia pun aku dah tak seexcited dulu....perubahan yang baik kan?..('',)


Huhh..Dah la,aku nak menghafaz pula.....Penat balik dari training tadi..Training tadi sangat bestttt...


*Kenapa orang banyak duit sayang sangat duit dia?Kadang-kadang nak makan berkira tapi membazir benda tak tentu arah boleh pulak..pelik aku.....
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers