Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Emak

Bling Bling *imagine ada bunga-bunga bertaburan*

Selamat hari emak...eh, bukan ibu ke?who cares?Kan sama je perginya..Selamat hari emak, hari ibu, hari ummi, hari mama, hari mommy, dan hari-hari...ehh..haha

Walaupun aku tahu mak aku tak baca blog aku ni, mungkin dia pun tak tahu kewujudan blog..Atau paling tidak  satu-satunya blog yang dia tahu ialah cool blog...yang perisa cendol tu..hahah..Tak kisah la, yang pasti aku harap dia tahu anak  bongsu bagi perempuan*nak jugak tu sebut bongsu* ni sentiasa ingat kat dia, sentiasa merindui dia dan menyebut dia dalam setiap doa...

Well, selama aku kat berada di perantauan ni, ecehh..Mak la banyak tolong aku even hari tu dia sakit dia tetap nak teman kan aku pergi buat medical checkup..Awalnya aku nak pergi buat sorang-sorang tapi dia kesian kot kat aku..Aku kan selalu buat muka kesian..Hahaha

Then, kesusahan yang aku lalui masa mula-mula belajar di puncak ni, aku kuatkan semangat untuk kedua ibu bapa aku..Bila aku call dia, aku tak cerita kepayahan aku..Cuma bila dia tanya "macam mana?" then aku cakap "mula-mula susah la sikit kot.." Tapi dari ayat aku tu dia dah dapat agak, biasa la naluri ibu dan dia pun memberi kata semangat"Pemulaan memang la susah, bertahan je la..Lama-lama nanti okay la tu..Kuat kan semangat " lebih kurang macam tu nasihat dia..

Emak orang yang banyak berkorban, wanita yang sangat kuat, tabah, isteri dan ibu yang baik..Kadang-kadang mengalah untuk kepentingan anak-anaknya

Kita sebagai anak, kena sentiasa call dia..Kena faham sikit, hati ibu ni sensitif bila anak dah jauh...So kadang-kadang kita busy tak call dia, dia dah fikir yang bukan-bukan..Ibu kita terlalu banyak berkorban untuk kita, mengalah...So ada masa kita pun kena mengalah even benda tu memang bukan salah kita tapi demi dia apa salahnya mengalah kan...

Kepada mereka yang dah tiada ibu disisi, tak bermakna tak boleh sambut hari ibu..ziarah la kubur dia..atau paling tidak, sentiasa sedekahkan al fatihah...Nak sedekah kan al fatihah tak semestinya kepada ibu yang dah tak ada je, kita boleh juga kirimkan buat ibu bapa yang masih hidup...Doa anak-anak ni takkan putus

Aku rindu mak aku sebenarnya ni...T.T dah la tengah tak sihat...I love u mom


my mom














Inilah mak saya!!!sama tak?Ada orang cakap aku ikut muka mak..ada yang kata aku ikut ayah..senang cerita aku kacukan mak dengan ayah...hahahah

so akhir kata..ewahh..selamat hari ibu buat emak, mak saudara, mak angkat, mak mentua....ehhh salah..mak mentua tak ada lagi so buat bakal mak mentua la senang cerita yang aku sendiri tak tahu di mana keberadaannya dan juga anaknya merangkap my future husband...ok aku dah jauh tersasar...dan selamat hari ibu buat semua ibu didunia dan tak lupaaa pada kakak ipar aku dan sepupu sepapat aku...Dah macam buat ucapan dekat radio -,-

No comments:

Post a Comment