Saturday, May 11, 2013

Tinggal kenangan

assalamualaikum

Dah terlalu lama aku tinggalkan blog...Semuanya lepas kehilangan yang aku alami...Terlalu perit sampai aku menyepikan diri..Lari dari semua orang, biarkan mesej tak berbalas. Sampai-sampai kawan aku tanya kenapa dah tak aktif twitter, facebook, viber, whatsapp, ask dan semua jenis social networking..haha

Tapi hilang sekejap je punnn..Hahaha, cuma nak tulis blog macam dah tak ada semangat...cewaaahh..haha

Actually dah hampir nak dekat 5 bulan ianya berlalu..Dalam masa 5 bulan tu aku kumpulkan balik semangat, cuba terima kenyataan..Sejujurnya sampai sekarang aku tak percaya dia dah tak ada..Baru-baru ni aku ke kubur dia..Aku tertanya-tanya, betul ke dia yang kat dalam ni...Dia orang yang selalu tersenyum, memanggil nama aku, orang yang dah aku anggap sebagai bapa sendiri..

Dia pergi dalam sekelip mata...Pada saat aku berhadapan dengan kehilangan seseorang..Tapi kehilangan dia ni kehilangan yang selama-lamanya..Petang tu dia ke rumah aku dengan senyuman, memanggil nama panggilan aku dengan ceria..siapa sangka pukul 3 pagi dia pergi buat selama-lamanya...meninggalkan isteri, dan tiga anaknya...meninggalkan kami sekeluarga yang dah pun macam darah daging dia..

mula-mula nenek aku pergi..pada semester akhir aku yang penuh dugaan..Pada masa tu dia sakit, dia menangis tak dapat datang ziarah arwah tok sebab dia kat IJN...Habis je diploma aku, sempat meluangkan masa dengan dia...Dan dia pergi tinggalkan kami dengan kenangan manis sebelum pemergian dia..Arwah cukup kuat, rupa-rupanya dia berpura kuat supaya orang disekeliling tak risaukan dia, before dia meninggal, dia sempat pasang syiling rumahnya...Itulah yang terakhir dari dia..setiap kali ditanya ok ke tak, dia akan tersenyum dan cakap dia okay..Padahal dia masih lemah..

sebelum aku menduduki peperiksaan akhir, subjek yang penuh dengan dugaan..subjek yang aku rasa aku tak mampu untuk lulus sekalipun...Tapi hari tu, dia pegang kepala aku and he said "buat betul-betul" dia juga ada pesan suruh belajar betul-betul..I miss him...seriously...:'(

Tak dapat nak teruskan...Aku still rasa dia ada lagi...Dia sentiasa dalam hati kami semua...Mungkin aku bukan anak kandung dia, tapi aku harap doa aku untuk dia diterima sama macam anak kandung dia...semoga rohnya dicucuri rahmat..Al Fatihah


Gatal tangan pegi make up kan kartun ni..-.-



No comments:

Post a Comment