Monday, May 30, 2011

Bila hati ibu terguris...

Haih risau pula aku dengan keadaan muka aku ni...petang tadi mak aku call, aku cerita la juga pasal muka aku ni...Dia macam risau juga...Dia suruh beli ubat mopiko tu...aku tak tahu la ejaannya macam mana tapi dari kecil kalau kitaorang adik beradik kena ulat bulu memang mak ayah aku bagi ubat tu..berkesan..Tapi dekat mana pula aku nak cari benda alah tu...Aku just pakai cream gatal yang kawan aku bagi..
Baru tadi mak aku call lagi...Dia tanya pasal gatal-gatal ni..Risau juga sebab kat muka kan, bukan boleh bubuh sembarangan cream..Tapi dah pedih sangat aku letak jer la..Tapi bukan cream yang aku nak point kan...Cuma terharu la mak aku call just sebab tanya dah ok ke tak muka aku..(hai,mak...awalnya rindu kat orang?...hikhikhik..it’s ok...orang rindu gak...hahaha)
Cakap pasal mak, aku teringat cerita seorang kawan pasal mak dia..Mak dia ni rupanya terasa hati sebab abang kepada kawan aku ni tak bawa balik pun cucu diorang yang dah sebulan kot usianya..then, apa yang kawan aku tahu si abang dia ni merajuk hati dengan mak dia... Hati mak kalau terasa lagi parah tau..Ingat, syurga seorang suami bukan pada isteri tapi pada ibu mengandung...si abang ni Cuma bawa anak dia ke kampung dia, I mean rumah datuk dia la kot..Tapi kat rumah mak dia tak bawa pun..
Nak terasa pun jangan lah biar cucu tak jumpa dengan atok nenek dia...One day bila mak bapak tawar hati and  diaorang tak layan anak dia dah baru la nyesal..Bila dengar cerita kawan aku sedih la juga, dia bukan lah nak mengaibkan sapa-sapa tapi dia pun terkilan bila abang dia buat macam tu padahal mak dia dah banyak berkorban...Buat apa merajuk macam tu sekali...Mak ayah kita dah tua...Dan lagi kawan aku tu tak nak abang dia jadi anak derhaka...Aku pun doakan sama supaya abang dia akan sedar..Ingatlah ibu bapa sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita...Dan sebagai orang yang dah bergelar ayah, dia kena ingat..Kalau dia buat macam tu kat parents dia one day anak dia pula buat kat dia..Tuhan kan Maha Adil...Dan ingat..doa ibu kan mudah diterima...

coretan 29 may 2011

Sunday, May 29, 2011

Dugaan untuk new sem

Dah lama tak update blog sebab kebusyan melanda....Tak ada la busy mana sangat tapi baru-baru ni aku dapat berita yang menyedihkan bila pak cik saudara aku meninggal...Memang mengejutkan juga..Dan yang sedih kitaorang jarang jumpa dia..Dia tinggal dekat Kelantan..Then last jumpa awal tahun lepas...And tak sangka la kan..Arwah pengsan sebab semput..then meninggal...Actually penyakit semput tu memang keturunan..Arwah tok aku ada kot..Adik beradik mak aku ada 10 sekarang tinggal 6..Mak aku cakap sorang-sorang pergi dan yang dah pergi semuanya meninggal dalam usia tak sampai 60 pun..Dan 3 daripada yang meninggal tu akibat semput...Aku pun ada semput tapi masa kecil je la tu pun aku tak pakai apa-apa ubat sebab aku tak pernah bagitahu parents aku..Lagipun tak la teruk sangat..




And masa aku drive balik ke rumah aku terserempak dengan accident...And aku terpandang mayat terdampar dan dibalut dengan plastik hitam...Innalillah...Dengar cerita accident akibat elak babi...Sebuah kereta hitam hancur depan dan kereta hijau teruk juga.satu lagi lori..Lori mana nak teruknya sebab dia yang besar kan..


Pagi tadi pula aku mendaftar masuk..Sedih juga bukan apa, hari ni juga anak saudara aku balik..erm...dia la penyeri duka mak ayah aku...dan aku juga even dia baru jer berumur tak sampai satu bulan lagi...Qalysh reezqy,jumpa lagi nanti...:(...bila dah sampai kolej, memang la best sebab satu bilik dengan roomate lama tapi entah kenapa tadi aku tak boleh tidur...Padahal tidur kan aktiviti kegemaran aku...cam resah sikit, tak sedap hati...asyik terjaga..rasa nak nangis tapi tak keluar air mata..Dalam masa yang sama teringat qalysh..sem lepas hal yang sama terjadi bila awal-awal masuk bilik ni aku tak boleh tidur....haihh,pelik betul perangai...so, aku pun solat la..dapat lagi dugaan bila lepas solat muka aku penuh dengan biji-biji, or bintat-bintat...Macam kena ulat bulu..Aku rasa bukan macam tapi memang ulat bulu pun..sabar jer la..nasib baik muka jer, kalau satu badan pengsan la aku...esok dah la kelas first...huh...nasib baik juga roomate aku ada video suju yang baru dia download...suju tak sah la kan kalau tak ada moment-moment yang boleh buat aku gelak...terubat sikit...hahaha...


ceritera couple..

Kyuhyun : Bawa kereta tu jangan laju-laju boleh tak...

AYP : (tak sangka perihatinnya dia kat aku..)terima kasih yuyun kerana mengambil berat..
Kyuhyun : ambil berat?saya memang ambil berat tapi bukan kat awak...kat kereta tu..nanti nak kena repair lah apa lah..kan membazir..
Ayp : grrrr....

Tuesday, May 24, 2011

Aku bakal menerima RM 500!!

Ayp dapat RM 5OO?dari mana ?siapa yang nak bagi?Nuffnang?Nuffnang nak bagi RM500?Memang tak la kan....Hahahah...Habis tu?Siapa bagi?Of course la my mother..Dia nak bagi aku RM 500 untuk bayar yuran masuk UiTM nanti...Hahaha..Nak bagi suka-suka tu memang tak la..Ada sape-sape rasa rm 5oo tu kecik je, meh la derma kat patik...Patik tengah pokai ni..heheheh




Ceritera couple
AyP : Yuyun (panggilan manja)...Birthday saya dah lepas tapi awak tak bagi hadiah pun..
Kyuhyun : Af, hadiah tu tak elok bagi masa birthday...
Ayp : Kenapa pula?Takkan nak bagi masa hari kematian pula..
Kyuhyun : Af, tolong jangan sengal sangat..Memang la tak bagi masa mati tapi bagi masa birthday pun tak boleh...Birthday kan hari kita dilahirkan so kita kena renung-renungkan dan rasa bersyukur, kita tak boleh mengharapkan hadiah. Dilahirkan dan hidup sihat tu kan hadiah yang bermakna dalam hidup kita
Ayp : (ewah-ewah..ceramah kat aku pula)..Dah la Yuyun..Cakap je la awak memang tak nak bagi hadiah kan senang..Tak payah nak pusing-pusing..
Kyuhyun : Lahh..Awak faham rupanya..Kalau tahu awek saya ni cepat tangkap, awal-awal saya dah bagitahu, tak payah nak pusing-pusing...hahah
Ayp : grrrrr.....
...............................................
Ayp : Donghae...Nak duit?
Donghae : Minta kat bank..
Ayp : jahat la you ni...tak sayang I la tu (try buat muka simpati)
Donghae : sayang je, tapi kalau u dengan duit, I sayang duit lagi...
Ayp : ???(Jujurnya manusia ni..)

Saturday, May 21, 2011

Happy Birthday To Me

Cuba tengok dekat header tu...Wahh AYP dah 19 tahun la....Yeah happy birthday to me...Happy Birthday to me...Happy Birthday to myself..hahah....terima kasih la pada yang wish..AYP terharu...wekkk...hahahah...poyo la pula..Meskipun birthday kali ni tak ada kek...Actually sedih juga, ada siapa-siapa nak sponsor secret recipe tak?hahahah..Tapi tak ada kek pun it’s ok la sebab my mom buat makanan kegemaran I iaitu Tomyam...Wish yang aku tunggu pun aku dah dapat..Of course la dari adik beradik aku..Wish diorang bermakna buat aku, kalau tak aku akan rasa birthday aku tak best..Aku tengah nak tunggu coklat dari adik aku yang kecil, tak beli siap dia..hahah..So dihari bahagia aku ni, aku tanam azam baru..InsyaAllah aku cuba sedaya upaya....

Aku tunggu juga Kyuhyun and Donghae Super Junior wish birthday...
happy birthday!!kata donghae dan kyuhyun


Akhirnya penantian aku terbalas...Kyuhyun call menggunakan panggilan antarabangsa..Dia cakap ‘jagiya, saengil chukha hamnida’..Maksudnya sayang...opss,terbagitahu pula panggilan manja dia kat aku...ok,maksud dia sayang, happy birthday...So kalau korang rasa nak wish birthday awek ke balak korang ke kan nak cuba kelainan ke...ye la asyik-asyik perkataan yang sama kan so boleh la try wish dalam bahasa korea...hahaha...Donghae pula wish kat facebook sebab kredit dia habis lagipula dia kata mahal..So meggunakan teknologi terkini dia pun wish kat facebook...Dia cakap ‘saengil chukha hamnida,saranghae..upsss...hahaha..Yeah, maka aku mendapat ucapan dari Kyuhyun dan Donghae melalui mimpi di hari jadi aku...haha..

Dah Pukul 12??

Dah pukul 12....Alamak macam mana ni..macam mana ni...Alamak...Dah pukul 12...Aduhhh,...Dah pukul 12....

ahhahaa..Apa kena dengan aku?Sekarang dah pukul 12 dan dah masuk tarikh 21 May...Maka 21 May aku sudah pun naik satu angka...Dari 18 ke 19...huhuhu...Happy birthday to me(nyanyi macam ucop antu kak limah)hahaha..

Friday, May 20, 2011

Pengorbanan ayah bagaimana?



Syurga itu dibawah tapak kaki ibu. Kita selalu dihidangkan dengan ayat pengorbanan ibu. Sampai-sampai kita terlupa pengorbanan ayah. Memang tak dinafikan ibu harus diutamakan tapi ayah tetap harus dihormati dan pengorbanan seorang ayah bukan kecil tapi besar. Pengorbanan ibu senang dilihat contoh bila anak menangis ibu yang bersusah payah menghentikan tetapi ayah?dihatinya penuh kerisauan tambahan lagi tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk anak tersayang. Pengorbanan ayah tidak jelas tetapi ada...Jom hayati cerita ni

MY FATHER N Y SISTER
                                     
Seorang ayah yang sangat gembira dengan kelahiran putera sulongnya dan menyambut dengan penuh kesyukuran. Tapi kegembiraan itu hanya sementara. Selepas dua hari anak yang baru lahir itu harus dibawa kehospital setelah dua hari usianya memandang dunia. Penuh kerisauan didadanya. Dua hari anaknya tidak membuang air besar dan perutnya kembung,lebih tinggi dari dada. Hati bapa mana tak risau. Isteri pula masih dalam pantang. Kerisauan dihati ibu apatah lagi. Dengan keadaan tak terdaya,hanya doa yang dipanjatkan oleh insan bernama ibu. Dan terpaksalah si ayah menguruskan sendirian anaknya yang masih kecil itu. Baru usia dua hari si ayah dengan kesedihan membawa anaknya menaiki ambulans untuk ke johor bharu. Nurse yang menjaga sudah tersengguk-sengguk mengantuk lalu si ayah meminta anaknya itu,biarlah dia sendiri yang menepuk anaknya. Maka si nurse terus melelapkan mata. Dapatkah kita lihat bagaimana kasihnya seorang ayah?ditahan mata mengantuk untuk menjaga anaknya sepanjang perjalanan ke hospital. Si ayah menunggu dihospital. Tidur dihospital gara-gara tidak mampu untuk berulang-alik dari rumah ke hospital. Akhirnya doktor menyuruhnya balik kerana kasihan melihat si ayah yang menunggu tanpa dapat berbuat apa-apa. Si ayah menurut tambahan lagi dia harus bekerja, kalau tidak bagaimana mahu menampung pembiayaan anaknya. Dapat tak kita bayangkan si ayah bekerja dalam keadaan masih risau dengan keadaan putera sulongnya. Kesusahan jelas terasa dengan duit yang tidak mencukupi. Bekerja sebagai penoreh getah. ..Gaji penoreh getah sekarang tidak sama dengan penoreh getah dulu. Setahun kemudian rezeki Tuhan pasangan ini dikurniakan anak lelaki. Memandangkan anak sulong masih tidak baik dan harus menjalani pembedahan maka mereka terpaksa mencari orang menjaga anaknya namun sedih sekali tidak ada yang mahu menjaga. Maka ibu saudaranya yang belum berkahwin menyuruh untuk meninggalkan anaknyan itu untuk dijaga sementara oleh keluarga si isteri. Tapi siapa sangka pada mulanya ingin memberi sementara tetapi terpaksa diberi terus untuk dijaga. Hati ayah lagi merana bila tak dapat besarkan anaknya dengan tangan sendiri.  Bayangkan jika kita terpaksa menyerahkan anak kita untuk dijaga orang lain, sekeras-keras seorang lelaki, hatinya pasti terluka tak dapat besarkan putera keduanya. Sayangnya seorang ayah tak dapat kita bayangkan. Hanya kesedihan yang tersimpan..Ketenangan wajahnya digunakan menutup kesedihan Meskipun begitu, ayah sentiasa berusaha keras mencari rezeki dan dengan rezeki itu si ayah dan si ibu akan kirimkan ke kampung untuk anaknya itu. Segala belanja sekolah masih diabawah tanggungan ayah dan ibu meskipun tak dapat membesarkan anaknya. Kasih sayang pada anaknya sentiasa utuh. Sabarlah wahai ayah...Kesusahan itu ada hikmahnya. Kini si ayah hanya melihat anaknya membesar dan mempunyai kerja. Tidak mengharapkan balasan wang ringgit hanya mengharapkan perhatian. Pandang wajah ayah...Lihat lah wajah nya, sudah ada garis kedutan..Kedutan yang memikirkan masalah keluarga, masalah kerja. Begitu besar tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Penat lelahnya, peluh keringatnya...Pernah ke kita cuba bayangkan....Ayahhh....Pengorbanan mu meskipun tak terlihat namun yang tersembunyi itu sangat besar nilainya. Kerana ianya tersembunyi maka kita terlepas pandang..

coretan  19 may 12.10 am

seriously mamat ni memang cool

hahahah..best giler tengok video dia ni...sebab video dia ni berisi..Bukan hiburan semata-mata tapi ada selingan yang boleh bagi pengajaran..Aku rasa dia ni patut masuk rajalawak,...hahaha

typical local film/drama scenes

cool seyh mamat ni...Suka aku tengok video dia...hahaha...very the coollllaaahhh bro...

Thursday, May 19, 2011

I hate Blog!!!




I hate blog!!What?Habis kalau benci blog kenapa buat blog??Gila apa?Actually bukan ayat aku tu..Tu ayat dari seorang kawan aku. Dia kata tak suka blog. I hate blog,katanya..Dia kata blog tu macam reveal ourself,nak cerita pasal kehidupan sendiri...Nak cerita pasal apa yang terjadi dalam kehidupan seharianlah...Haih,dah la dia cakap macam tu depan penulis blog a.k.a AKU..Hey,dah tak suka blog dah la,tak payah nak cakap itu ini. Setiap manusia kan berbeza. Kalau semua manusia suka berblogging kang susah la nuffnang nak bagi bufered earning nanti sebab banyak sangat yang bersaing...Hahahah...Kalau dah tak suka blog,shhhhh...senyap-senyap je..Bagi je kat kami yang suka tulis blog. Lagipun tak semua orang yang buat blog menceritakan hal peribadi..Manusia lain-lain,ada orang suka itu ada orang suka ini. Tak perlulah kita nak mengutuk sesuatu yang kita tak suka macam tu sekali kan..

whatever lah..you suka ke benci ke I tak kisah la..Yang penting I happy berblogging. you apa tahu?You tak pernah berblogging,so mana nak tahu bestnyer yang kitaorang rasa..you nak benci ke nak meluat ke..Ada I kisah?huahuahua..

 

Sunday, May 15, 2011

Lirik Lagu Selamat tinggal Zizzn ft Dina

Wahh..Terkejut aku tengok video klip Selamat Tinggal sebabnya ada Zizan menyanyi sekali..Memang sebelum ni aku tahu dia boleh nyanyi dan rap tapi tak sangka dia akan berduet dengan Dina..Selama ni tengok Zizan buat lawak dengan mengacara..So masa aku tengok video klip Selamat Tinggal ni aku rasa macam nak tergelak tengok muka serius Zizan..Mana taknya selalu dia rap sebab nak buat lawak dengan Johan...Hahaha...

Lagunya memang best,Zizan rap pun best...Fuiyoo..Lepas ni Zizan dah boleh jadi rapper yang famous, mana la tahu kan....Ni Lirik Lagu Selamat Tinggal


Selamat tinggal



Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini
Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan

Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal
Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini
Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)
Walau ku pergi sayangku (usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal
Jangan biarkan ku menderita di sini
Jangan biarkan ku tersiksa di sini sayang
Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)
Walau ku pergi sayangku (jangan pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal
Aku menyintai dirimu sayang
Jangan biarkan aku sendiri di sini sayang
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Tips kembalikan entry yang hilang

Yeayyyy...Entry aku yang hilang dah kembali...hahahha...Dah macam silap mata pula..Aku dah dapat balik entry aku.yang tak dapat lagi mesti jeles kan dengan aku?Jangan risau,sharing is caring..Aku nak kongsikan ilmu yang aku dapat dari orang lain...Thanks kepada blog tersebut..So sesiapa yang nakkan kembali entry diorang tapi tak tahu caranya bolehlah pergi dekat link ni BLOG SHAZ Dan terima kasih kepada blog ni yang membawa aku pergi ke blog  TUTORIAL KEMBALIKAN ENTRY YANG HILANG  

Tips nya memang senang sebab tuan blog memang tunjuk step by step..Yang tak tahu pergilah buat yang dah tahu tu senyum berlagak jer lahh ok...


Super Junior M is coming to Malaysia!

Super Junior M is coming to Malaysia!: "

Super Junior M is coming to Malaysia for free!!


Coming again?but not super Junior 13 members,cuma Super Junior M jer pada 28 Mei bersamaan 7 hari selepas hari aku wujud di dunia...
What?Suju M will be coming on 28th May?aaaaaa...(sambil guling-guling sebab tahu memang takkan dapat pergi)...Huhuhu..Suju M mesti ada Donghae dengan Kyuhyun..Before the date is my birthday..Haaaa,aku tahu, mesti Kyuhyun datang nak celebrate sama-sama la tu...hahaahah...Jauh menggunung angan-angan...SUJU M will be coming to Malaysia in order to attend the 2011 National Youth Day...You know what?It is 100% free not include duit minyak kereta ok...Duit minyak dan makan tanggung sendiri la,takkan Kyuhyun nak support pulak kan...Lain kalau dia support aku,confirm aku datang biarpun beribu halangan menimpa...Wahhh,anak sapa la ni...Concertnya dekat Putra Jaya..Aku confirm mesti ramai punya la..Yang berbayar pun ramai tambah pula yang free,confirm la berderet macam semut kan....

Ala,nak tengok Super Junior M datang Malaysia..Kalau minta kat mak ayah aku nak pergi diorang kasi tak?Memang kasi punya...Kasi penyepak 36o darjah...hahaha...Alaaaa...Nak tengok Kyuhyun...Nak jumpa Super Junior M...Dah la free..



Tak kira!Nak tengok Suju M performance juga!(sambil hentak-hentak kaki)Free kot...huhuhu..Tak apa la SUJU M plus Kyuhyunku..Kita berjumpa dekat skrin TV jer laahhh....sob..sob..sob..

'Mak,nak tengok SUJU M datang Malaysia kat Putrajaya boleh?'soal aku sambil buat muka kesian
"Suju tu menatang apa?"
"Suju M tu bukan menatang mak, tapi kumpulan..Artis popular,"kataku bersungguh
"Kalau popular kenapa mak tak kenal?"soal mak penuh tanda tanya didahi
"Err...Artis Korea mak...Super Junior tuuu..Yang nyanyi lagu Sorry,sorry..(sambil buat tarian Sorry sorry)...Boleh tak mak?"soal aku lagi..
"Sorry sorry?"soal mak sambil buat aksi sorry sorry yangku buat tadi..Terror juga mak menari.Boleh masuk Super Junior Old..Hahah
"Baik kau tolong aku tolong aku kemas rumah lagi bagus..Ada faedahnya..,"
"Rumah bila-bila boleh kemas, tapi super junior datang sekali sekala...,"
"Ye ker?Penyepak pun datang sekali sekala...Tapi boleh datang sekerap mungkin kalau diminta...,"
'Err..mendalam tu mak..,'
'Pergi lipat baju tu cepat!'

Hahaha...aku dapat bayangkan situasi tu akan terjadi kalau aku menyampaikan hasrat hati untuk tengok Super Junior M buat konsert nanti..

Ni detailnya

Super Junior-M will be coming to Malaysia on the 28th of May in order to attend the “2011 National Youth Day”, and would give a free concert to the fans!

Super Junior-M’s (SJ-M) Siwon and Donghae are currently filming for the idol drama “Extravagant Challenge” in Taiwan; and the other members Kyuhyun, Eunhyuk, Ryeowook, Sungmin, Henry, and Zhou Mi arrived in Taiwan in the middle of March in order to meet up with them. According to reports, the 8 of them would be staying in Taiwan until the end of May, and before leaving Taiwan, SJ-M would make a special “detour” to Malaysia in order to attend the “2011 National Youth Day” event that would be held from the 27th to the 29th of May at Putrajaya, whereby 1 million people are expected to attend, and they would have a free street concert for the Malaysian fans!

An official from the organisers MARCTENSIA revealed that all of the SJ-M members would be present at the concert on May 28th, and would definitely be singing Chinese songs for the Malaysian fans; however the songlist has not been revealed until now. “Since this would be a mini-concert, we will not be having any autograph of fanmeeting sessions.” He also expressed that SJ-M’s concert would officially start at 8PM.

He mentioned that SJ-M’s schedule in Malaysia is rather packed, and are expected to only stay over in Malaysia for a day and a night before leaving for Korea. Aside from SJ-M’s 8 members, their entourage also has about 12 people, including their managers, assistants, stylists among others.

Tak lama diorang stay kat Malaysia padahal baru nak belanja Kyuhyun makan roti canai...hahaha..Dan lagi no autoghraph yer...Ahh,aku tak nak autoghraph bukan boleh jual pun..Nak bergambar boleh?boleh simpan bawah bantal...hakhakhak...

Tengok gambar pun jadi lahh..


"

Saturday, May 14, 2011

Gara - gara Blog buat hal!!




Geram la pula rasanya...Semalam time aku ttry buka blog tak dapat..Mula-mula aku ingat aku punya blog jer bermasalah,cuak gak la rasanya...

Yang bertambah bengan bila aku dah dapat buka blog, entry aku baru-baru ni yang aku buat dah hilang..Giler ahh..Dah la entry pasal Super Junior....Bengangnya rasa!Dah buat hal tu dah la, jangan la entry aku nak dipadamnya...Bukannya aku sebut pasal hal jenayah ker, melucah jauh sekali...






Aku pun tak tahu kemanA perginya yang aku post baru-baru ni...Siot jerr

Wednesday, May 11, 2011

Gara-gara justin bieber say ‘terima kasih’



Haih hebat juga penangan budak ni kan?hahahaha....gara-gara dia sebut terima kasih ianya menyebabkan dua negara bergaduh. Negara bergaduh?I mean rakyat dia la..negara mana boleh gaduh,negara kan cuma kata nama...hahah...rakyat negara manakah itu?Negara mana lagi yang rakyatnya bermusuh kalau bukan Malaysia dengan Indonesia. Sememangnya rakyat dua negara ni memang bermasalah tambah-tambah bila Malaysia menang bola Piala AFF Suzuki...Haih,sebab bola pun jadi bermusuhan. Mana taknya,gaduh main kutuk-kutuk negara orang,tak best la kan..So childish!Kalah menang kan adat,takkan nak sentiasa menang jerr...Baik buat perlawanan sendiri,beli hadiah sendiri,sampaikan hadiah pada diri sendiri...ahahahha

Pasal Justin Bieber say terima kasih ni pula kan boleh la tengok dekat http://www.youtube.com/watch?v=q_JcNniphEQ&NR=1 baca la komen-komen tu semua..Memalukan je kalau negara lain baca. Padahal Malaysia dengan Indonesia dua-dua negara yang ramai penduduk Islam. Lepas tu gaduh hanya sebab Bieber ucap terima kasih. Kalau aku jadi Justin bieber memang aku dah gelak terbahak-bahak sampai keluar anak tekak. Islam tak ajar umatnya bermusuhan macam ni yer kawan-kawan..ceramah AYP dah mula nak keluar ni setelah sekian lama AYP tak mengeluarkan ceramah..hahaaha



Harap rakyat dua negara ni akan mengamalkan sikap peace no war..Bukan apa takut perbalahan macam ni menyebabkan ada negara lain ambil kesempatan..Tak takut ke dijajah lagi???Huhuhuhu...Jadikan tsunai sebagai pembuka mata dan hati...I'm proud to be Malaysian..why?Because negara kita tak kedekut dengan bantuan..Even rakyat Indonesia kutuk macam-macam kat kita,tapi kita still tolong hantar pelbagai bantuan kepada mangsa bencana..Bagus la macam tu,tak nak dendam-dendam...

Tuesday, May 10, 2011

Tutorial Lajukan Buffering Ketika Menonton Video online





Tiba-tiba jer aku buat tutorial ni apa kejadahnya ni?haahaa...lek luuuu...lekkk luuu...Aku bukan la expert mana nak buat tutorial kann..Tapi aku cuma nak share something yang boleh dishare kan...

Pernah tak time korang tengok video online korang rasa macam nak sumbat jer kepala korang dalam laptop or computer korang gara-gara lembap sangat dan penat menunggu nak menonton video online...Aku yakin sangat mesti pernah punya la kan, kalau tak pun mesti korang rasa nak lompat tinggi-tinggi sebab tahan marah menunggu video favourite dalam keadaan yang lembap tahap anak cipan kan?

Ok,ok...aku tahu aku dah banyak bebel tapi tutorialnya tak story lagi...ok, aku nak cerita la ni,sabar kan separuh daripada iman...erm,apa kata aku cerita lagi dua hari jer nanti??hahahhahahahha....Actually aku tak test lagi tapi kejap lagi nak mencuba tutorialnya...

So kalau nak tahu tutorialnya boleh klik dekat sini (TUTORIAL)


PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT : PADA YANG DAH TAHU TU TUTUP MATA JER EYH....HAHAHH

Cantiknya shoutbox diaaaa





Aku jeles!Aku jeles!(sambilguling-guling atas katil dengan menggigit bantal-bantal yang ada)...Huhhuhuhu..Kenapa bila aku pergi blog orang mesti cantikkkkk jer diorang hias blog diorang....Dengan shoutmix yang ada gambar sendiri la(aku tak pandai!tolong lah ajar!!!)hahahah....ada yang shoutmix gambar artis la..sape buh gambar Kyuhyun,aku bom blog diorang...hahahah..cewaaahh,mana ada nak bom,bomnya tak siap buat lagi...hahahha..Hari tu aku try juga letak gambar Kyuhyun tapi gambar nya muncul,chat box nya pula tak keluar...Time chatbox nya keluar gambar Kyuhyun pula tak keluar...Haihhh,main nyorok-nyorok pulak benda alah ni...

comel tak?handsome tak?yanag cakap tak tu maknanya anda dilanda penyakit kejelesan tatkala melihat gabar kyuhyun...hahaha


Dan lagi,aku jeles bila tengok blog yang kiut miut pas tu canggih-canggih sikit...Mula aku nak jakun....Haihh,sabar jer la aku...Macam mana aku nak buat blog aku jadi magic sikit ek???hahah..macam mana nak buat magic kalau shoutbox pun tak menjadi...yang bengang bila gambar Kyuhyun dah muncul,shoutbox nya pun menjadi tapi tiba-tiba tak boleh tutup...haahhaha..last-last aku kembali ke asal usul ku dengan menggunakan shoutbox classic punya style...

So aku berkata pada diriku, it's ok...I'm new blogger...Simple is dimple(tak tahu apa kaitannya)...


*Aku kan budak baru belajar(dah lama tak sebut dalam entry)

Monday, May 9, 2011

Kisah Ustad Muhammad Fitri menerima Islam

Yeahhh..Akhirnya berjaya aku cari info pasal Ustad yang masuk agama Islam ni...Memanglah cerita dia masuk Islam dah lama, tapi baru sekarang aku dapat teroka kisah selanjutnya mengenai pertukaran agama dia...Of course la aku tertanya-tanya macam mana dia terima Nur Allah....





Kenalkah ustad ini?



kenal tak?kenal tak?tak kenal?tu aku dah tunjuk gambar...Maknanya kenal la dah kan....hahahahaha....


Ni kisahnya : 



Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.

Lelaki itu menghidupkan TV 29 inci yang baru dibelinya tidak sampai dua bulan dengan remote yang berada di tangannya. Ditukarnya satu per satu siaran televisyen, TV3, TV2, semuanya sama. Tidak ada apa yang menarik. Bosan!. Dia menukar pula kepada siaran TV1 .

Kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato’ Dr. Haron Din.

Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.

Sedang asyik mengikuti perbincang-an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan: “Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran.”

Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?

Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidak diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.

Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu akhirnya bertekad untuk ber-jumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV.

Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya.Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.

Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.

Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.

Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.

Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut, kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.

Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih menebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya.

Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.

Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.

Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.


Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi ‘masalahnya’ semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam. Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.

Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.

Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?

Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.

Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; “Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.

“Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?

“Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?”

Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.

Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.

Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.

Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: “Memang kenyataan itu saya tujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir.”

“Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi penyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam,” jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang 
dimaksudkan dalam cerita di atas .


kisah ni aku dapat dari blog  NABlL  Kalau nak baca lagi mengenai orang yang peluk agama Islam boleh pergi blog dia, sangat menarik ceritanya...

Keistimewaan memeluk Islam

Mualaf ialah orang yang baru berjinak-jinak Islam. Dari segi bahasa mualaf bererti lemah. Istilah ini lalu disandarkan kepada mereka yang baru saja memeluk Islam dan masih lemah pemahamannya tentang Islam. Kebanyakan daripada kita tidak memahami keperluan mualaf. Mualaf sebenarnya mengharapkan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari kecaman keluarga mahupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah sebaliknya memerlukan banyak pengorbanan. Justeru perlu ada pihak yang menyelia dan membimbing golongan yang baru memeluk Islam ini agar mereka tidak kembali murtad....

Aku tertarik nak cerita bila terjumpa hadis ni : 

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :” Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:” Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”

(al-Bukahri)


yeah, itulah antara keistimewaan bagi mereka yang menganut agama Islam..Tapi kebanyakkan sekarang ni orang yang peluk agama Islam sebab kahwin semata-mata..Lepas tu kalau cerai mula la murtad balik..Mana tak nya, pasangannya tak pernah tunjukkan Islam yang sebenar dan keindahan Islam...Agak-agak macam mana tanggapan orang Islam bila tengok umat Islam sendiri lebih kurang macam dorang gak...Pakai seksi meksi, minum air kencing setan...Kelab malam tu dah macam rumah kedua...Haihh..Bukan itu yang patut ditonjolkan...Sedih rasanya bila saudara baru yang baru memeluk agama Islam tapi tak dapat rasa keindahan Islam..Tak dapat rasa keistimewaan Islam..


Cuba kita renungkan balik........


Sebab tu aku takut kalau kahwin dengan orang yang bukan seagama even dia nak tukar agama...Sebab aku takut tak dapat bawa tanggungjawab untuk tunjukkan dia keistimewaan Islam...


Tapi perasan tak...Kita dapat tengok keistimewaan orang yang peluk agama Islam berdasarkan hadis tu...Dan perasan tak, orang yang baru masuk Islam(yang betul-betul dapat hidayah) ni ada kalanya lebih baik daripada orang yang memang sejak lahirnya memang Islam......Malunya rasa....Contohnya Ustad Muhammad Fitri Bin Abdullah...Bayangkan saudara baru yang memeluk Islam kini menjadi ustad...Wahhh,kita yang memang dilahirkan Islam ni pun still banyak yang kurang kan....


kagum dengan beliau....huhuhu

Sunday, May 8, 2011

Hukum menyambut hari ibu

Betul ker tak baik menyambut hari ibu?Eh,takkan sambut hari ibu tak baik kan...Sambut hari ibu tu baik tapi kalau kena caranya dan tak mengikut budaya agama lain...Dan lagi kita kena tahu asal usul sambutan hari ibu ni..Tapi bagi aku hari ibu tak ada tarikh khusus..Hari-hari pun hari ibu sebab setiap hari dia menjadi ibu kita... so nak tahu lebih lanjut boleh la pergi dekat link ni  HUKUM SAMBUT HARI IBU sebab blog ni cerita pasal asal usul hari ibu

Sebagai tanda aku sayang ibu aku, aku nak buat dia marah la esok..Hah?Gila ke?Mana ada gila..Betul la, aku nak buat dia marah la..Bila dia marah tandanya?Kan orang-orang tua selalu cakap kalau ibu bapa marah tanda sayang..So aku nak buat mak aku marah supaya dia akan sentiasa sayang aku.....hahahahaa......tak dela,aku gurau je. Takkan la aku nak buat mak aku marah..Terguris sikit je hati dia tak cium bau syurga la jawabnya apatah lagi nak menjejak ke sana....

Cakap pasal terguris, aku teringat kisah seorang kawan aku ni..Dia ada mesej abang dia tanya balik tak sempena kenduri kecil-kecilan yang dibuat dirumah dia dan abang dia hanya balas ‘tak balik’..Kawan aku ni tak sampai hati nak bagitahu isi mesejnya kat mak dia..Sebabnya?First dia takut mak dia terasa...Second, bila mak terasa dah sah-sah la abang dia dikira anak derhaka dan dia tak nak abang dia dianggap anak derhaka. So dia senyap je la tapi tiba-tiba mak dia tanya abang dia reply apa..Yang kawan aku ni memang la lurus selurusnya,dia tak sanggup nak bohong so dia cakap la mengikut apa yang dimesejkan. Seperti dugaan dia(macam ayat novel dah)...seperti agaakan dia, mak dia terasa..Mak dia cakap ikutlah nak balik ke tak, tak paksa...Jelas kan kalau hati dia terguris walaupun dia tak cakap dia kecewa...Herm...Kesian juga kat kawan aku ni, dia selalu jadi tempat luahan atas kesalahan orang lain sampai dia terbelenggu dengan masalah tu...At leasr kalau abang dia tak nak balik, bagi la alasan sikit..Kenapa mesej macam orang merajuk...Dan lagi apalah salah kalau call bagitahu kenapa tak dapat balik..Susah ke?Hey,susah lagi tau ibu nak melahirkan kita!Aku dengar sendiri kakak ipar aku yang sulong cerita sakitnya nak melahirkan anak..Suami kat sisi Cuma dapat bagi support..Yang lawaknya abang aku la, suruh akak aku push and aksi dia macam orang tengah tegok bola kata kakak ipar aku..hahaha..

So nasihat aku untuk diri aku dan yang membaca entry aku, respect la ibu kandung,ibu angkat ke, ibu tiri atau ibu mertua..Ibu mertua tu ibarat ibu kita. Semalam aku tengok cerita ampunkan aku ibu..Tak silap aku tu la tajuknya. Ceritanya berkisarkan menantu dia cam tak guna sikit rupanya akibat sikap dia dulu..So ingat-ingat la untuk berbuat baik dengan ibu mertua yer kalau tak nak menantu korang suatu saat nanti buat benda yang sama dengan korang...Wahh,bila aku nak dapat mak mertua ni???hikhikhik.....


sayang mak!!!!


*Perkara selalu terjadi - Menantu akan kelihatan sangat baik bila dibawa berjumpa bakal mertua,rajin lah pemurah lah,macam - macam lah..Tapi bila dah dapat, dah sah jadi menantu...perangai pun jadi macam HANTU
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers