Monday, May 9, 2011

Keistimewaan memeluk Islam

Mualaf ialah orang yang baru berjinak-jinak Islam. Dari segi bahasa mualaf bererti lemah. Istilah ini lalu disandarkan kepada mereka yang baru saja memeluk Islam dan masih lemah pemahamannya tentang Islam. Kebanyakan daripada kita tidak memahami keperluan mualaf. Mualaf sebenarnya mengharapkan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari kecaman keluarga mahupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah sebaliknya memerlukan banyak pengorbanan. Justeru perlu ada pihak yang menyelia dan membimbing golongan yang baru memeluk Islam ini agar mereka tidak kembali murtad....

Aku tertarik nak cerita bila terjumpa hadis ni : 

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :” Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:” Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”

(al-Bukahri)


yeah, itulah antara keistimewaan bagi mereka yang menganut agama Islam..Tapi kebanyakkan sekarang ni orang yang peluk agama Islam sebab kahwin semata-mata..Lepas tu kalau cerai mula la murtad balik..Mana tak nya, pasangannya tak pernah tunjukkan Islam yang sebenar dan keindahan Islam...Agak-agak macam mana tanggapan orang Islam bila tengok umat Islam sendiri lebih kurang macam dorang gak...Pakai seksi meksi, minum air kencing setan...Kelab malam tu dah macam rumah kedua...Haihh..Bukan itu yang patut ditonjolkan...Sedih rasanya bila saudara baru yang baru memeluk agama Islam tapi tak dapat rasa keindahan Islam..Tak dapat rasa keistimewaan Islam..


Cuba kita renungkan balik........


Sebab tu aku takut kalau kahwin dengan orang yang bukan seagama even dia nak tukar agama...Sebab aku takut tak dapat bawa tanggungjawab untuk tunjukkan dia keistimewaan Islam...


Tapi perasan tak...Kita dapat tengok keistimewaan orang yang peluk agama Islam berdasarkan hadis tu...Dan perasan tak, orang yang baru masuk Islam(yang betul-betul dapat hidayah) ni ada kalanya lebih baik daripada orang yang memang sejak lahirnya memang Islam......Malunya rasa....Contohnya Ustad Muhammad Fitri Bin Abdullah...Bayangkan saudara baru yang memeluk Islam kini menjadi ustad...Wahhh,kita yang memang dilahirkan Islam ni pun still banyak yang kurang kan....


kagum dengan beliau....huhuhu

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers