Wednesday, February 9, 2011

CINTA DAN BOLA

Episod 2


Sudah dua hari Fisya menunggu panggilan dari Amar setelah kejayaan pasukan Amar memenangi piala Malaysia dan Amar terpilih menjadi pemain terbaik. Apa kata kalau aku je call dia?bisik hatinya lalu dia mendail nombor telefon buah hatinya. Hampa,itulah yang dirasakan apabila panggilannya tidak berjawab. Tidak beberapa lama kemudian telefonnya berdering dan dengan malas dia mengangkat.
   “Hello,”
   “Hai sayang...,”
   “Amar?”soalnya ceria apabila mendengar suara yang dirindui berada dihujung talian.
   “Ye la,siapa lagi...Ada banyak sangat ke lelaki yang call selain Am?”
  “Tak ada la,Cuma terkejut...Ingatkan orang tu dah lupa kat kita lepas dapat anugerah pemain terbaik kan..,”sindir Fisya.
  “Tu la pasal,orang kat sini asyik ingat je orang sana..Tunggu juga ucapan tahniah dari yang disana tapi hampa...No wish,no call..No call,no wish..,”Amar membalas dengan sindiran. Ambik kau!Kan dah terkena balik,gerutu hatinya.
   “Sorry..Memang nak wish tapi takut Am busy,nak rest..Tu yang tak nak ganggu,”
   “It’s okay la my dear...Esok free tak?”
   “Esok kan hari Sabtu,of course la free..,”
   “Am datang ambil Fie okay..Kita hang out,and ajak la Atul and his boyfriend sekali..,”
   “Really?Erm,okay I wil tell her about it..,”
   “Okay la,Am nak sambung training ni..Esok kita jumpa okay..,”
  “Okay,take care...,”talian telah dimatikan. Hatinya berbunga riang. Selangor ke Segamat?Lebih kurang empat jam perjalanan. Erm,apalah sangat empat jam,dah dekat dua bulan tak jumpa. Ishh,apalah aku ni..Nak buat macam mana,percintaan jarak jauh ni perlukan pengorbanan sikit.

Hari yang ditunggu menjelang tiba. Seperti yang dijanjikan Amar datang mengambilnya dan mereka keluar bersiar-siar ke negeri Melaka setelah bersepakat untuk mengunjungi Negeri yang digelar kota bersejarah itu.
   “Fie,aku dengan Faiz nak masuk Kota A Famosa dulu tau..”kata Atul.
   “Okay,kau masuk dulu nanti aku dengan Am follow..,”balas Fisya dan Atul mengangguk faham.
  “Fie,nantikan Am akan diserapkan jadi player kebangsaan. Fie pun tahu kan itulah impian yang Am tunggu,”
   “Alhamdulillah,tercapai juga cita-cita Am..Tapi nanti bertambah sibuk la Am kan,”
  “Mungkin la..Tapi Fie jangan risau..Am akan pastikan Am ada masa untuk call Fie..,”kata Amar dan itu sudah cukup membuatkannya lega.

Seperti jangkaanya,Amar kini semakin sibuk namun dia harus banyak bersabar menghadapi semua itu. Kadangkala setiap kali menelefon Amar, pasti jejaka itu sedang bermain bola.
    “Oii,kau ni kenapa sayangku?”tegur Atul sewaktu mereka singgah ke kedai buku.
   “Tadi aku call Am..Dia tak ada training tapi dia tengah main futsal..So,berbual sekejap je la..Malam tadi aku call pun tengah main bola..Bola,bola,bola..,”
 “Hahaha..Nasib kau la kawan..Saingan kau bukan perempuan tapi sebiji bola..Tapi kalau aku jadi kau,memang aku tak boleh tahan..Nasib la Faiz tu kaki bangku,”kata Atul lalu tergelak. Fisya meleperkan bibirnya lalu melepaskan keluhan. Kadang-kadang timbul cemburu melihat rakannya bermain mesej dengan buah hati masing-masing. Namun itulah harga yang harus dibayar apabila menerima jejaka bernama Amar itu. Tiba-tiba matanya terpandang pada sebuah majalah Arena Bola Sepak. Macam kenal je cover depan majalah ni..Familiar betul muka mamat ni.,bisik hatinya lalu dibaca tajuk depannya.
   Amar kian menyerlah
Patutlah macam kenal..Bukan macam dah,memang kenal sangat dah ni..,hatinya berbisik sambil bibir mengukir senyuman.
   “Woww,Amar masuk majalah...Habislah kau Fie,confirm tergugat. Amar tu dah la ada rupa,sekarang dah makin famous..Market pun naik ma...Saingan kau lepas ni bukan bola je dah,tapi girl yang cun melecun. Eh,aku pergi bayar dulu,”Atul terus beredar. Senyuman dibibirnya hilang saat mendengar kata-kata Atul sebentar tadi. Nasib baik kau kawan aku Tul,kalau tak memang ada yang makan  sup selipar aku ni..,getus hatinya. Sewaktu ingin membayar,tiba-tiba seorang gadis cuba menjeling pada majalahnya.
   “Eh,Amar la....Mia,Amar jadi cover depan la..I pun nak beli la magazine tu..,”kata gadis disebelahnya kepada rakannya lalu dia pergi mendapatkan majalah itu. Aku kena belajar lebih lepas ni tentang macam mana untuk menjadi lebih sabar,hatinya berbisik lalu dia melepaskan satu keluhan berat

Lelaki Dayus???

Wahh,tiba-tiba je kan aku buka topik ni..Bukan apa,aku teringat baru-baru ni aku ada terdengar ceramah dari seorang ustad ni (tak pasti la ustad mana sebab dalam radio)..Dia ada cakap tiga golongan yang tak cium bau syurga ialah orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa,orang yang memutuskan silaturrahim and the last one lelaki dayus..


Apa itu dayus??Kalau dulu aku punya kefahaman la kan, aku ingat dayus ni lelaki yang pukul perempuan je..So,lepas dengar ceramah ni ustad tu macam explain about dayus..So,dia cakap lelaki dayus ni lelaki yang biarkan isteri dia buat keburukan,dia biarkan isteri dia dedah aurat,dia biarkan isteri dia berpegangan dengan orang lain..Means that,dia ignore tanpa apa-apa tindakan.


Then,aku pun search la kan..(perasaan ingin tahu yang membuak)..


So,yang aku jumpa ialah lebih kurang sama juga..Dia cakap lelaki dayus lelaki yang membiarkan ahlinya means that dia punya isteri dan keluarganya..


Lelaki yang biarkan isteri or family dia masuk akademi fantasia and yang selevel dengannya pun dikira dayus!!
Suami yang biar isteri dia bersalin oleh doktor lelaki pun dikira dayus kalau darurat tu boleh kot..Sebab agama Islam bukan agama yang membebankan..


Tak sangka la pula kan..Kadang-kadang benda macam ni selalu terlepas pandang..Aku dapat info ni dari http://attazkirah.wordpress.com/2008/08/24/dayus-dosa-besar/ ..ada banyak la lagi senarainya..Semoga ianya berguna untuk kita..Wallahualam..