Wednesday, March 26, 2014

Fitnah dan bala

Umum dah tahu mengenai MH370 yang  akhirnya dikatakan terhempas di laut hindi..Ramai yang luah rasa sedih, ada yang yang cuba ambil kesempatan dalam situasi macam ni, ada yang cuba nak putar belitkan kenyataan, dan macam-macam karenah lagi..

Hanya Tuhan je yang tahu betapa sedih dan luluhnya hati keluarga mangsa..Kita yang melihat dan mendengar ni pun rasa sayu apatah lagi tuan empunya badan..Sebagai umat Islam kita kena percaya qada dan qadar Allah..Boleh nak buat spekulasi sendiri tapi jangan la pula nak pengaruhi orang dengan spekulasi yang tak ada bukti dan fakta kukuh....Cukup la andaian "Aku rasa.." tu simpan untuk diri sendiri.

Ini juga boleh dianggap dugaan atau mungkin bala Allah?Wallahualam..Tapi sampai sekarang aku ingat kata-kata ustad aku.."Bila wujudnya fitnah, Allah akan datangkan bala....Tolonglah jauhi fitnah sebab bala yang datang bukan kena individu je..." Terpulang apa orang nak fikir, tapi bagi aku ayat tu macam tepat untuk keadaan dan situasi yang melanda saat ni...Kita tak tahu perancangan Allah, tapi kita boleh berfikir..Allah datangkan dugaan dan ujian beserta hikmah dan makna disebaliknya..Dan tugas kita mencari makna disebaliknya dan perbaiki diri

Dalam keadaan macam ni, still wujud orang yang cuba seek attention, cakap tanpa fikir perasaan orang, fitnah...Hal melibatkan nyawa tapi still wujud orang yang cuba memanfaatkan keadaaan..

Fitnah berleluasa, bala pun tiba...Tiba masanya untuk kita renungkan..Kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang..Berdoala semoga negara kita terus aman, jauhilah sebarang fitnah..Selalulah berdoa agar kita selalu terhindar dari fitnah..Aminn