Friday, January 21, 2011

Segar Amat Part 2

Yup...aku dah kembali untuk menyambung citer yang ini..hahaahhaa..(gelak jahat)..berkenaan budak tuuuttt tu yang mengatakan segamat ni hutan tu kan,erm...dia sedar tak kalau HUTAN ni juga la tempat dia belajar,tempat dia menuntut ilmu..DAN yang terpenting HUTAN ni juga la satu-satunyer tempat dia diterima..Kira dia patutu bersyukur UiTM Segamat tu nak terima dia,kalau tak dia bukan siapa2..upss(tutup mulut)..terlepas suda...


Bukan apa,aku tak suka dengar orang macam hina2 ni...Hutan pun ciptaan Allah juga kan,kiranyer you dah kira menghina ciptaan Tuhan,macam mana kalau Allah tarik balik kurniaan Dia?Alamatnyer angkat kaki la you dari segamat ni dan balik la ke BANDAR yang you agungkan tu..Pelik manusia sekarang,mudahnyer nak menghina tanpa fikir dulu..Ada apa dengan title bandar dan kampung?Mati nanti bawa ke title tu?Bukan apa,ada la beberapa orang ni mengutuk kampung..Aku mengaku aku budak kampung,tapi fikiran diorang tu mengalahkan orang hulu...orang hulu pun bijak..hahahaha...


Tak payah la bangga sangat awak duduk bandar,saya pun selalu pergi bandar...Ingat sikit,bandar2 awak pun asal awak tetap dari kampung..Datuk nenek moyang awak tu datang dari kampung..Zaman2 dulu mana ada bandar2 ni..So,tipu la kalau ada yang kata dia original dari bandar...hahahaahah...Pencipta kita pun tak pernah membezakan kita sama ada kaya atau miskin..Sebab tu masa kita mengerjakan Haji,semua berpakaian putih..Hal ini menunjukkan bahawa setiap manusia itu sama disisi Allah..(wahh,dah boleh jadi pakar motivasi ni...)


Tapi tak semua orang bandar bangga macam tu...Ada yang baik...Kawan aku budak bandar,tapi diorang nak je kawan dengan aku..(walau aku tak tahu diorang ikhlas ke tak...huahuahua..)..


So,bersyukur je la dengan apa yang kita dapat..Moralnyer,apa yang Tuhan bagi tu terima la dengan redha..Kalau tak tahan sangat duduk Segamat ni,buat la fast track then sambung kat Shah Alam..okay bro?hahahaha...Yang penting kena redha,takut ilmu tu tak sampai..dan lagi takut kalau nikmat yang Tuhan bagi ni Dia tarik balik..Sebab ada satu cerita yang pernah tayang kat TV3,cerita nyer sangat sedih..Pasal seorang suami yang tak pedulikan isteri dan anak2 nya sampai akhirnyer semua anak isteri dia mati dibunuh..satu kata-kata dari cerita tu yang diucap oleh pelakon Jalaluddin Hasan "Dah kita tak nak,Tuhan ambik la balik"..lebih kurang macam tu la ayatnya....Maksudnyer lelaki tu tak peduli kan anak bini dia padahal tu semua kan pemberian Dia sampai akhirnya Tuhan ambik balik semua tu..Masa tu nak menyesal memang tak guna..


Takut tak?(orang tak ada perasaan jangan jawab)Takut kan kalau terjadi kat diri kita?So,jom sama2 kita muhasabah diri kita balik (sambil ajak diri sendiri)..Sebab lumrah manusia suka mengeluh tanpa sedar..kan2...Erm,terima kasih kat ustad masa modul tu sebab bagi motivasi yang menyedarkan aku...;)Saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan...Masih belajar dan terus belajar dari kesilapan.('',)

Redha la dengan apa jua yang terjadi tanpa
ada penyesalan..
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers