Thursday, March 10, 2011

Al Fatihah buat sahabatku



Ajal dan maut tu tak kita jangka..Siapa sangka dalam usia muda pun boleh dijemput Illahi menghadap Yang Esa. Hari ni hujan lebat macam turut menangisi permergian dia..Sampai saat aku tulis entry ni pun aku rasa macam tak percaya dia dah tak ada.


Sakit yang dia tanggung sampai memaksa pelajar cemerlang ni menangguhkan SPM nya..Sakit yang dimana siapa tengok mesti mengalirkan air mata.


Apa yang aku ceritakan ni mengenai seorang kawan aku yang dah meninggalkan dunia ni buat selama-lamanya pada jam 1 pagi tadi. Aku terkejut giler kot..Sebab setahu aku dia dah sembuh dari penyakit misteri dia tu..Kitaorang satu blok,then masa sekolah rendah dia satu sekolah dengan aku..And yang aku tak lupa aku pernah suka dia masa sekolah rendah,yang pasti bukan aku jer minat kat lelaki berkaca mata ni..Ramai juga peminat dia. So sekolah menengah dia masuk asrama sebab dia ni memang diakui bijak sangat..


Tapi masa aku nak ambik SPM aku dapat tahu dia dapat sakit misteri la kat kaki dia.So dia tak dapat nak ambil SPM..Siapa yang tengok keadaaa dia memang rasa nak nangis sampai lastly dia buat keputusan nak potong kaki dia..


Lepas jer potong alhamdulillah dia semakin sihat..Dari badan yang kurus dah kembali normal...Aku ingat lagi gelagat dia masa dia tiup lilin yang kawan aku pasang kat bilik pengantin,masa tu kakak dia kahwin..Dia even bertongkat tapi tak duduk diam..Aku faham dia bosan kalau terus duduk..Mybe dia nak macam orang normal yang lain..


Lepas tu masa aku dapat result SPM,aku  dengan kawan aku pergi rumah dia nak melawat dia..So pergi la kan,then dia tanya result kitaorang..Aku malu nak tunjuk result aku yang tak seberapa ni dekat dia yang pandai....So aku tipu la cakap kitaorang tak ambil result lagi..Sekali lori bapak aku sampai dengan lori,bapak aku ada kat situ dengan beberapa jiran sebab susun kerusi and bangsal kahwin kakak dia tu....Bapak aku nampak aku ada dalam rumah and terus tanya result aku,aku pun bagitahu la kan...So kantoi suda disitu...So aku terpaksa la tunjuk result aku kat dia......Masa tu aku dapat rasakan dia pun nak sangat ambik exam,dia terpaksa asuk form 4 balik sebab walau macam manapun dia nak ambil SPM...Macam tu la tingginya semangat dia...Pergi sekolah pun dia drive sendiri meskipun hanya satu kaki...


Lepas dari kenduri rumah dia,aku dah tak jumpa dia...Kalau jumpa pun just terserepak..Then,last aku jumpa masa hayat dia tak silap aku tahun lepas kat kedai and dia tegur aku "Hidup lagi kau rupanya.."..Itulah yang terakhir dari dia...Aku betul-betul tak sangka.


Pagi tadi,kawan aku mesej tanya 'betul ke Firdaus dah meninggal?'..Masa tu aku tengah syok tidur,lagipun tidur aku asyik terganggu dengan batuk aku,so bila dah dapat lelapkan mata memang tak nak diganggu la kan..So aku tak reply mesej kawan aku tu and aku sambung tido sambil membebel dalam hati 'mana la aku tahu,aku bukannya ada kat rumah'...Masa tu aku macam mamai so aku tak ambil port apa kawan aku hantar tu then aku rasa macam dia tengah merepek sebab lepas operation kaki tu arwah dah sihat,tapi siapa sangak ajal dia dah sampai kan...So pagi tu masa subuh aku bangun,adik kecik aku hantar mesej "Kak chu,abang Firdaus dah meninggal"...Pehhh...Aku terus rasa macam antara percaya dengan tak serta merta aku teringat mesej yang kawan aku hantar tu and aku pun reply mesej dia mengatakan yang memang arwah dah tak ada..


Herm..Al Fatihah la untuk dia,semoga rohnya dicucuri rahmat...Lagipun dia dah banyak menderita,biarlah dia pergi dengan tenang..Bila aku call bapak aku untuk tahu lebih detail,bapak aku pun tak tahu puncanya tapi bapak aku cakap lepas operate kaki tu macam-macam penyakit muncul....Semoga keluarga dia tabah terutama mak dia...Mak dia la jaga dia waktu dia sakit dibantu dengan jiran-jiran..Mak dia la layan karenah dia waktu sakit..Tahu je la kan orang sakit kadang-kadang rasa nak marah..Lagipun bapa dia dah tak ada...erm..Sedih tapi itulah hakikatnya,yang pergi takkan kembali.....


*Hilang sudah seorang sahabat..........Al Fatihah