Sunday, December 3, 2017

Hello December 2017

Assalamualaikum


Today dah  3/12/2017. Cepat betul masa berlalu. Jumaat lepas aku balik kampung and hari ni aku dah pulang semula ke bandar. I was like " Rasa macam baru je semalam aku lipat baju kemas-kemas nak balik. Hari ni aku dah pulang semula ke sini"

Sedih. Sebak

Hari ni post lebih kepada luahan hati. Bukan lagi motivasi sebab diri aku sekarang ni pun tak termotivate.Kahkahkah. So here I am... Membuat luahan seperti zaman 2012 di blog aka diari alam maya. Pftt

December

Bulan yang penuh cerita. Lebih kepada cerita sedih. Oh by the way, this is my final sem. But alot of things happened. Kena buatan orang la, kena buang la, dengan final year lagi research entah kemana, dengan expired day laa...Pfttt

Bila diputarkan semula masa...

December 2012.

Bulan getir. I fell in love with someone tapi bukan dalam bulan ni. But I saw him with someone else pada bulan ni. Bulan heartbroken mybe. Haha. Gila tak patah hati. Dah diberi harapan macam apa alih-alih aku nampak dia post gambar dengan awek baru declare couple siap. A few days later....
Haih, yang ni sebak sikit nak cakap. I lost someone buat selamanya. Arwah yang aku panggil Cik E. He is a good person. Like a father to me. Kawan paling rapat ayah. Our family tersangat rapat. After dia pergi, semuanya hilang.. Hubungan kekeluargaan tu pun hilang. it breaks my heart. So much. Even saaat aku type ni pun hati aku rasa hancur. Need a tissue right now.. Hahahah


December 2014

Allah pinjamkan aku kebahagiaan. Dia hantarkan kebahagiaan yang tak disangka melalui seseorang.

December 2017

Struggling with my life. Alone.


What can I say is aku seringkali diuji pada saat-saat yang aku rasa macam big day untuk aku. Big day bukan hari perkahwinan ye, maksud aku big day is hari yang getir. Time PMR aku diuji dengan persahabatan, kawan makan kawan dan lelaki tak guna ( by the way this guy ada sibuk dok mesej-mesej aku. Melayu kan mudah lupa).. Waktu SPM pun diuji dengan kawan tikam belakang, ditambah dengan seorang lelaki yang memberi harapan dan hilang bersama gadis lain. Haha kes ni sama dengan kes december 2012. Ke nasib aku memang selalu kena macam ni ek? Kahkahkah. During diploma, sem 3 is sem yang sanagt tough pada aku. Masa ni diuji dengan hal keluarga. Allahu masalah dalaman macam ni hanya orang melalui tahu sakitnya. Final year diploma, nenek aku  meninggal. Saat nyawa dia ditarik, semua sanak saudara tengah mengadap arwah. Time ni aku susah nak move on, mybe sebab aku duduk sebelah dia malam tu tak tidur sebab salah seorang kena berjaga takut tak sempat nak ajar mengucap. Aku tak la rapat sangat dengan arwah nenek tapi masa dia meninggal aku macam susah nak move on.

After arwah nenek, arwah cik E menyusul. After December 2012, aku tekad mulakan hidup baru. Aku dapat tawaran degree. Aku punya la tak sabar nak sambung time tu. Sebab masa tu aku macam terperuk seorang diri. After arwah cik E meninggal, aku menyendiri. Kawan baik aku siap tanya wei kau hilang ke mana whatsapp twitter ask.me semua tak ada. Time tu rajin main ask.me.. Rasa terpukul gila dengan kehilangan tu. Sampai aku rasa Allah nak ambil mamat tu dari aku, takpe aku redha dia pergi dengan perempuan lain but please jangan ambil Cik E... I cried so hard at that time. Bayangkan siang tu dia datang tersenyum riang panggil kau but malam tu (around 3-4 am,) tahu-tahu dia meninggal. It breaks my heart :(

Betul mak cakap, kematian menegejut ni lagi sakit dari kematian orang yang sakit pada masa yang lama. Macam arwah nenek. kitaorang masing-masing dah redha. Sebab tengok keadaan dia time tu memang masing-masing dah bersedia kehilangan. Tapi yang tu pun hati aku dah hancur apatah lagi kematian mengejut macam tu.

Aku bawa diri pergi Puncak Perdana. Dengan harapan buka buku baru. Aku selalu ditegur "Memang suka senyum eh". Orang bagi nickname smiley. The pain behind that smile tersimpan rapi. No one knows. Heh.

And now December 2017. Dah tak ada gelaran smiley. Sampai orang pula minta aku senyum. Dah terkena beberapa kali. Sampai beli tiket bas tu pun akak tu cakap "senyum sikit".. Masa tu malu gila. I mean like muka aku masam sangat ke sampai orang pula minta aku senyum. :( . Orang terdekat mostly cakap muka aku dah lain..My officemate pula baru dapat IG aku. Dia rajin stalk gambar lama aku sampai time lunch hari tu dia buka cerita kat yang lain. Diorang semua cakap wei lain gila. Sampai yang sorang tu suruh letak handphone tepi muka aku nak compare muka dulu dengan sekarang. Macam mana boleh jadi macam tu? Hanya Allah yang tahu..

Dear December,
please be nice to me.b Gua nak kena struggle final year ni.. Dengan sakit yang belum sembuh. But Alhamdulillah dengan izin Allah aku dah makin sembuh. Sakit apa? Sakit misteri. One day bila aku dah sembuh and dah tenang, aku akan ceritakan dengan harapan mungkin orang yang terbaca tu.. mungkin la mangsa seperti aku. Who knows kan? Buat mereka yang mungkin.. MUNGKIN terbaca post ni, doakan aku untuk fight harungi semua ni. Buat mereka yang sedang diuji, semoga Allah bagi kekuatan buat kita... Aamiin..


No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers