Thursday, January 27, 2011

Redha itu penting!!!!

Post aku kali ni tak macam post aku yang lepas yang mana aku ni macam ting tong sikit..tapi entry kali ni lebih kepada slow..Layan feel sementara waktu...hahahah...esok2 kembali menjadi ting tong kot..hahaha

Story aku pasal terpinggir..yupp,hal yang sama seakan berlaku tapi tak seteruk dulu..Tapi semua tu buat aku terbayang balik..Aku tak tahu kenapa,aku mudah sangat sayang orang.. Lagi2 kawan aku... Aku tak pernah buat kat orang..Tapi...........Ermm,tak payah la nak disebutkan..Sedih tapi aku kena redha kan..redha itu.....????(5 saat untuk menjawab)..yupp,tepat sekali,redha itu penting...
Ermm,aku ada dapat assignment tapi...Ishh,tak payah kot nak cerita benda2 ni..Bak kata classmate aku apa yang jadi mesti ada hikmahnya..Part 2 ni aku kena lebih kuat,yang pasti kena bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan..Sememangnya part 2 ni tak sama dengan kisah part 1 dulu..Cuma aku kecewa..Aku selalu salah tafsir dalam persahabatan aku sendiri..Kenapa la aku lupa pesan Salwa (kawan baik aku)..Kalau tak,aku tak la kecewa macam ni..

Kisah aku form 5,aku dipinggir yang namanya kawan..Tak kisah la salah siapa pun..Even kalau salah aku diaorang tak perlu nak buat aku macam musuh..Siap nak perli-perli aku..Apa hak diorang nak hukum aku macam tu??Yang layak menghukum tu Cuma Allah..Bila aku tengking mula senyap (first time aku tengking orang selain adik aku)..Semua yang ada dalam kelas tu terkejut tengok aku..Sebab diorang kenal aku  sebagai orang yang tak reti marah..Kawan sejati bukan meninggalkan kawannya ketika kawannya itu melakukan kesilapan tapi kawan sejati ialah orang yang membantu kawannya jika kawannya salah dengan membantunya memperbaiki kesilapan..Bukan dengan cara menghukum..Tapi lepas apa yang jadi,orang boleh nampak salah siapa...No matter what,aku bersyukur sebab Dia selalu bantu aku..Dia hadirkan orang yang bantu aku bangkit...Aku doakan semoga Allah je la balas kebaikan korang..Tapi kisah ni macam datang balik ganggu aku sebab kes yang terjadi hari ni..Ishh,kenapa la aku nak serabutkan otak kan..Memang dah jadi kebiasaan kalau aku diambil time perlu..(--_)..Tapi aku redha...(‘’,)..Tuhan selalu bersama dengan orang yang sentiasa mengharapkan pertolongan dia..Aku bukan budak2 lagi..Semua ni mematangkan aku untuk jadi lebih baik..(‘’,)..Dan apa pun jadi kat aku,aku tak nak jadi selfish...even ada orang lain macam tu buat kat aku,aku tak boleh balas balik..Aku tetap aku..Biarlah perasaan mudah simpati ni terus ada...


*Kenapa terlalu mudah untuk meninggalkan...
*Takut untuk jadi selfish...Harap dijauhkan...Sebab itu menyakitkan...

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers