Friday, February 17, 2017

Dalam aku scroll post lama2, aku terperasan satu post yang tak di publish bertajuk kisah si A.. Dalam aku baca aku cuba cari siapa A siapa C siapa S la. Tapi makin aku baca aku makin faham. And tak sangka ni post 30 jun 2013, hari Ahad. Mungkin time tu broadband aku la selalu buat hal, tu yang tak dapat nak update..

Rasa kelakar.. Sebab dulu jadi persoalan, now dah dapat jawapan. Dan lagi kesemua watak dalam cerita ni semuanya berpunya kecuali si A. Now dah 2017, kau masih kesian la si A. haha

Semoga tahun berikutnya kau dah tak dikesiankan la... Oh by the way, ni post 2013, so agak miang sikit. Wakakakak.. Sekarang dah insaf okay. Aku nak post lirik lagu alih-alih jumpa benda alah ni. Bila baca rasa sebak pun ada. almost 4 years ago. At that time jomblo happy katanya. I miss those moments. Moment yang pada saat kau pulih dari brokenheart is sangat berharga. Sangat-sangat. Sebab time tu kau rasa macam baru sembuh dari penyakit. Last-last kau cari penyakit semula. Haha


Sebuah kisah mengenai gadis si A ni...Si A ni orangnya setia...Tiba-tiba dia kena penyakit heartbroken dengan si C....Selalunya orang heartbroken ni tak nak pandang mana-mana lelaki dah...Berbeza pula dengan si A ni bila lepas brokenheart makin banyak pula lelaki yang dia crush..Alasannya sebab kalau ada banyak crush kalau sorang buat kita kecewa, kita ada backup lagi...Hahaha..Dalam masa yang sama alasan dia "Dulu aku setia tapi lepas frustla aku jadi macam ni..Semuanya salah lelaki tu"...Itulah alasan dia dengan menyalahkan lelaki yang patahkan hati dia..Padahal diri sendiri yang miang...Hahahah

 So si A ni suka banyak orang..Si S dia nak, si H dia nak, si F dia nak...contact list tak payah cerita la kan..Sekejap wechat dengan orang ni sekejap dengan orang tu..Bila member tanya "Kau nak yang mana satu?"...Si A jawab "Aku guna konsep sapa cepat dia dapat...Siapa datang dulu kat aku dia la dapat aku" HAHAHAHA...si member pun malas nak layan..then, Dia rapat la dengan si S tapi last-last kecewa dengan si S..Tapi dont worry, backup ada lagi...Hahahaa

 Si A ni pun makin lama makin rapat dengan si F..kira si F macam hadir untuk mengubati..Si F ni sangatlah baik..Disebabkan baik sangatlah si A ni tak mampu nak terima hati dia..Sebab dia takut nanti dia cuma akan melukakan si F je...Dalam gatal-gatal si A ni ada gak sisi baik dia ni...Hahahaha

 Masalahnya sekarang..Si F makin menunjukkan perasaan dia sikit demi sedikit..Yang si A ni pula tetiba crush dekat kawan si F...Makin complicated cerita Si A ni...dalam masa yang sama juga si A masih mempunyai perasaan pada si C..Dan masih menyimpan perasaan pada si S..Dan tengah mengenali si H yang sangat misteri identitinya..Tambahan lagi...amboihh...Si M pun menaruh hati pada si A..Si A tak memberi harapan apa-apa sebab si M pun baik orangnya...luaran la..dalaman tak pasti sangat...

 Kesian si A..lepas kecewa, dia tak pasti dengan perasaan dia sendiri..Dan kalau boleh dia tak nak tahu siapa yang ada kat hati dia ni..Semuanya sebab tak nak kecewa lagi... Mungkinkah si A masih mengharap si C?atau tengah fall in love dengan kawan F?Atau mungkin dia nak dekat F?Atau mungkin suka dekat S dan H?Bagaimana pula nasib si M?semuanya tinggal persoalan..Hahaah

No comments:

Post a Comment