Thursday, June 30, 2011

Shahir AF dah berubah..

Actually aku baru je lepas tengok cerita KARAK yang ditayangkan di kolej aku ni...So excited la nak tengok cerita ni sebab ada Shahir kan...Aku memang minat Shahir, suara dia, peribadi dia...Then bila kawan aku ada cakap “Aku tak minat dah Shahir lepas tengok cerita KARAK”, so aku tertanya-tanya dan rasa tak sabar nak tengok..
Cerita ni banyak buat aku tergelak...Hahah..Lawak tengok budak-budak ni sebenarnya...Belum apa-apa dah jerit..Yang tak boleh bla, time part handphone Zura (siapa ntah pelakonnya, tak ingat la nama asal dia)....part handphone berdering pun kecoh nak jerit-jerit...Aku tak nampak dimana seramnya handphone berbunyi...Haha...Cerita ni macam cerita khurafat, banyak bermain dengan sound effect...Then buat orang rasa berdebar-debar... Nak kata seram sangat tu tak la, sebab aku tak rasa nak tutup muka pun...But kalau tengok cerita hantu Korea and Jepun, memang aku akan mencari somehing untuk dijadikan benteng...hahahah
Then kenapa aku cakap Shahir dah berubah?Mungkinkah sebab dia dah tak pakai pendakap gigi dah sekarang?Oh bukan itu yang patik ingin persembahkan...wah..wah..main drama pula (mana tahu KRU buat Karak 2, boleh la contact aku untuk jadi partner Shahir..kui..kui..kui..)
Ada banyak babak yang aku tak expect Shahir akan buat...First babak dia pegang tangan dengan Zura tu...Aku relax lagi (wah statement macam awek Shahir pula kan..) Then, tiba-tiba ada babak Shahir peluk dengan perempuan tu....Kecewa seketika aku..Sebab tak silap aku Shahir ada buat statement yang dia tak nak berpegangang yang melampau la kan...Lebih kurang macam tu la, tak silap aku, aku baca kat surat khabar...Tapi kalau dah berpeluk, takkan tu dikira tak melampau?Huhuhu.. Sorry Shahir, terkutuk suda...
Before dia masuk AF umum tahu dia ni macam mana kan..Then dia ni kan teror taranum...Datang dari keluarga yang alim...So aku mengharapkan dia kekalkan imej tu after dah keluar AF, but lain jadinya...Tapi kesian juga Shahir, dia tak pernah pun mention yang dia alim kan...Tapi orang pandang tinggi pada dia dan aku yakin mesti ramai juga tak suka babak Shahir pegang-pegang tu...Whatever la, aku still lagi minat dia as long as tak keluar aksi terover lepas ni pasal dia....
Suara dia pun best.... (selalunya suara orang biasa baca Al-Quran memang sedap, lunak...)...Contohnya Mawi..Suka suara dia..(^^,)


Tertanya-tanya la...Kalau Shahir tak jadi artis mungkinkah, dia tidak akan berpegangan macam dalam cerita tu...(Apa ntah yang aku merepek ni..Hak dia kot, suka hati la dia nak pegang ke apa ke kan..)
Saya tetap minat Shahir...Harap tu last cerita Shahir dengan aksi macam tu..Lebih elok tak payah berlakon, seeloknya menyanyi je la... Kalau nak berlakon pun, berlakon la cerita macam Syurga Cinta, Nur Kasih ke.. Ayat-ayat cinta...Wahhh..Ha, ada lagi...Ustad Amirul..dan yang sewaktu dengannya..Macam la aku ni mak dia kan..
Aku harap MR.B masuk Imam Muda....Hahahaha...



Shahir segak berbaju Melayu

2 comments: