Assalamualaikum........
Dah beberapa hari ni aku tak sihat..Start dari hari Jumaat hari tu dah..Actually,dulu-dulu la kan aku kalau demam selalunya sehari jer atau paling lama pun dua hari jer..Entah kenapa sejak akhir-akhir ni aku asyik demam lepas tu bila dah demam,meleret-leret pula...
Jangan-jangan banyak sangat dosa kot..hahah...
Selsema aku tak baik lagi dan aku batuk-batuk dalam beberapa hari ni sampai sakit dada aku..Tapi yang aku paling kesian ialah roomate aku yang terpaksa mendengar drum sumbang dari tekak ini tiap-tiap malam..Tidur aku pun tak berapa lena sebab batuk ni menganggu..Aku tak tahu la kenapa parah sangat kali ni..hahahah..
Yang best nya semalam suara aku jadi rockkk....I like....hahahah...
Tapi pagi tadi aku bangun nak solat subuh,tiba-tiba.........jeng..jeng..jeng...Aku masuk bilik air,mata aku TAK boleh BUKA!!!Aku dah gelabah..Bukan la maksud aku mata aku melekat ke apa,cuma pedih bila nak buka...Aku dah rasa lain macam and aku buka juga perlahan-lahan...Mata aku agak berair...Aku agak aku kena sakit mata ni..So lepas solat subuh aku tido la balik kan,bangun tu mata aku lain macam..Berair..Hahaha..so aku pun cakap pada diri,satu lagi penyakit baru..hahah..Bermula dengan demam,sakit tekak,selsema,batuk,sakit mata....Betul cabaran..('',)
Then,pagi tadi juga ada la jiran selang beberapa bilik ni menegur aku,aku pun nak balas la balik..Sekaliiiiiiiii....Suara aku hilang!!Hanya ada bunyi angin suara jer..hahah...Adoiii...Tadi aku cakap dengan roomate aku pun tersekat-sekat..Semalam suara rock hari ni suara angin jer tinggal..Roomate aku suruh aku makan madu..Aku pun tanya soalan cerdik "macam mana rasa madu?" dan roomate aku membalas jawapan cerdik "rasa madu la.."..hahahah...Lantak kau lah labu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment