Friday, November 19, 2010

ini cerpen dari aku yang direka khas oleh aku sendiri..ada yang aku adaptasi sikit dari pengalaman orang..so,yang rajin baca,sila la baca..yang tak rajin?lantak korang lah....


PUASKAH..

Alin berjalan menuju ke kelas dengan langkah longlai. Mood untuk belajar hilang tatkala dia baru selesai bertengkar dengan teman lelakinya,Fazli. Dia terlalu menyayangi lelaki itu,kenapa tidak pernah lelaki itu cuba melihat dari dalam lubuk hatinya itu. Sejak akhir-akhir ini pertengkaran sudah menjadi kebiasaan untuk mereka.
“Oit!”sergah satu suara. Suara yang sememangnya tidak asing lagi.
“Kau ni Fiqa..Dah tak ada kerja ke?Tak habis-habis nak buat aku sakit jantung,”kata Alin kepada teman baiknya itu. Fiqa satu-satunya kawan yang sering memberi kata-kata perangsang saat dia memerlukannya.
“Kau tu ha..Tak habis-habis buat muka monyok macam tu..Kau tak boleh bagi muka yang lebih lawa lagi ke?”soal Fiqa seraya menjeling rakannya itu.
“Qa..Aku...,”
“Gaduh dengan Faz lagi?Tak payah cakap pun aku dah tahu..,”pintas Fiqa dan Alin hanya tertunduk membisu.
“..Al,kau cari orang lain je la..,”sambung Fiqa.
“Kau gila apa?Jangan nak mengarut la..Dah la,jom masuk kelas..,”Alin terus menarik tangan rakannya itu.

“Al,aku tengok kau langsung tak fokus masa belajar tadi...Apa masalah lagi kau dengan Faz tu?”soal Fiqa.
“Kalau aku cakap kau jangan marah ey?”soal Alin.
“Tengok la dulu..Kau doa-doa la supaya aku tak marah..,”
“Aku tak dapat nak join kau dinner malam ni dengan kawan yang lain..Faz bising la,”
“Kalau yang ni memang aku nak marah. Apa masalah mamat tu?Dia tu suami kau ke?Kau bini dia ke?”Fiqa meninggikan suara lantas Alin memberi isyarat dengan jari telunjuknya di bibirnya.
“Hai..,”entah dari mana Fazli muncul tiba-tiba. Fiqa membuat muka.
“..Al,busy ke?”soal Fazli.
“Dengan kau,mana la dia boleh busy..Kan Al?”Fiqa memandang Alin yang seakan tersepit dengan pertanyaan itu.
“..Dah la..Aku gerak dulu,”Fiqa terus beredar.
“Kenapa tu?”soal Fazli.
“Dia marah la sebab  Al tak dapat join malam ni..,”
“Tu pun nak marah ke?Keluar je la sendiri..Dah tak ada pakwe tu buat cara tak ada..,”
“Faz,tak baik cakap maca tu..Dia kawan Al,walau macam manapun dia tak pernah cakap yang tak elok tentang Faz,selalu sokong hubungan kita..,”
“So,Al nak salahkan Faz la ni?Apa kata Al join je dia jadi single,lepas tu boleh la berkepit dengan dia 24 jam..,”Fazli terus melangkah dan Alin mengekorinya.
“Faz,Al minta maaf ok..Ok,I admit that,ni salah Al..Please..Al tak nak kita gaduh,”pujuk Alin.
“Ok..Tapi ingat ye,Faz tak nak Al keluar malam ni. Kalau Faz dapat tahu siap Al,”Fazli mengingatkannya dan Alin hanya mampu mengangguk.

“Fiqa,mana Alin?”soal Amer. Mereka berjalan beriringan untuk menuju ke kereta milik Amer.
“Kau tahu je la dia..Si Faz tu tak bagi dia keluar kan kalau ada lelaki. Serius beb,rimas aku kalau orang buat macam tu...,”rungut Fiqa.
“Alin kan sayang sangat kat Faz tu,assignment Faz pun dia buatkan. Untuk Faz apa-apa pun dia sanggup. Tak faham aku dia tu..,”kata Amer. Fiqa hanya menjungkit bahu. Tiba-tiba dia ternampak satu pasangan yang sangat dikenali lelakinya. Sah!Itu Fazli.
“Mer,cuba kau tengok sana..Oo,patut la tak kasi Alin keluar..,”
“Aku tak terkejut la kalau setakat macam tu sebab aku dah berkali-kali tengok dia bertukar perempuan..,”balas Amer.
“Kenapa kau tak bagitahu?”
“Aku kesian kat Alin..Kalau aku bagitahu kau,kau mesti mengamuk punya..Kau dengan singa betina kan sepupu..,”kata Amer dan Fiqa tersenyum paksa.
“Hari ni kan..Kasut aku agak tinggi,kalau sumbat kat mulut orang ni memang best..,”sindir Fiqa lantas Amer ketawa kecil.
“Kasarnya bergurau..,”
“Nak rasa ke?”
“Jangan la macam tu..Eh,tapi sejak bila kau pandai pakai kasut tumit tinggi ni?Maju dah kau sekarang..,”usik Amer dan Fiqa membalas dengan menyikunya. Keesokan harinya Fiqa menceritakan hal tersebut kepada Alin. Jelas diwajah Alin akan kesedihan yang bersarang dihatinya.
“Aku tahu,kalau aku tanya dia nanti mesti kesalahan akan berbalik pada aku. Last sekali  semuanya akan berakhir dengan pergaduhan..,”
“Al,kenapa kau nak seksa diri kau?Aku tak tahan  la tengok kau menangis je sebab dia..Mana tahu kalau korang berpisah,kau akan jumpa kebahagiaan kau. Macam lagu Shahir,kebahagiaan dalam perpisahan..,”kata Fiqa sambil membayangkan wajah penyanyi itu.
“Kau boleh cakap apa pun,tapi jangan minta aku berpisah dengan dia..Aku tak sanggup Fiqa..,”air mata Alin mula mengalir.
“Al,kau boleh dapat lelaki lagi baik dari dia..,”tegas Fiqa. Alin menggeleng perlahan.
“Aku sayang dia..Aku harap kau faham. Sebagaimana kau susah nak lupakan Aie,macam tu juga la situasi aku..,”
“Kau silap Al,aku dah lama lupakan dia. Tolong jangan pernah ungkit nama lelaki tu lagi..,”Fiqa terus beredar. Alin menangis tersedu-sedan. Dia tidak sengaja mengungkit nama itu dan membuatkan sahabatnya berkecil hati.

Setelah habis sesi kuliah,Fiqa berehat seketika di tepi kolam berdekatan kelasnya yang terakhir. Matanya merenung kolam ikan itu namun fikirannya melayang jauh. Mana mungkin dia lupakan lelaki yang selalu menyakitkan hatinya itu. Namun semua itu telah berlalu dan dia mampu berdiri tanpa lelaki itu,dan tiada lagi nama itu dihatinya kini.
“Fiqa,kau buat apa ni?Cara kau tenung kolam ni macam nak terjun je..,”tegur Amer.
“Aku tension la..,”
“Kenapa pula..,”
“Si Faz tu,tak habis-habis sakitkan hati Al. Mana dia letak mata dia sampai tak nampak betapa besarnya sayang Al kat dia. Al tu sanggup buat apa pun yang penting dia happy. Kalau dulu masa nak tackle Al,macam-macam dia sanggup buat. Daki gunung Kinabalu pun sanggup rasanya. Tapi bila dah dapat,suka-suka hati dia nak sepak kutip ikut dia suka..Melampau kan?”
“Sebab tu kalau bercinta,janganlah sayang kat orang lebih dari sayang kat diri sendiri. Nanti lama-lama boleh jadi hamba cinta tau tak..Bercinta pun berpada-pada la..,”
“Tapi lelaki ni suka bagi harapan kan?”
“Kau ni Fiqa..Nak kutuk lelaki pun jangan la depan-depan seorang lelaki. Tak semua macam tu la sayang oii..,”
“Ayat tu la juga aku dengar..Tak semua lelaki macam tu..,”ajuk Fiqa.
“Fiqa..,”
“Eh,Alin..,”kata Amer namun Fiqa tidak mempedulikannya.
“Fiqa,jangan marah aku lagi,please..Aku salah,aku minta maaf. Aku janji aku takkan sebut nama tu dah. Please Fiqa,jangan marah aku..,”pujuk Alin. Melihat kesungguhan rakannya itu Fiqa akhirnya tersenyum.
“Apa la korang ni..Jangan la gaduh-gaduh dah..,”kata Amer.
“Mana ada gaduh..,”kata Alin sambil memeluk sahabatnya.
“Aku tak nak peluk ke?”Amer memuncungkan mulutnya.
“Bukan muhrim..,”balas Fiqa lalu mereka tergelak bersama.

Alin bersiap-siap untuk ke majlis hari jadi Fazli. Dia tersenyum memandang cermin. Kemudian dia memandang pula kotak hadiah yang berisi jam tangan. Fazli pernah mengatakan ingin memiliki jam tangan yang diminatinya disebuah kedai. Namun pada masa itu Alin tidak mempunyai duit yang cukup dan mujur sewaktu dia ingin membeli jam tersebut masih lagi ada.
“Alin,Fiqa dah datang tu..,”kata ibunya.
“Baik ma..,”balas Alin lalu bersiap dan dia pergi bersama Amer dan Fiqa yang turut diundang ke majlis hari lahir Fazli. Kelihatannya Fazli sibuk melayan tetamu ketika mereka sampai. Fazli hanya menyuruhnya makan dan setelah memberi hadiah,Fazli hilang di tengah keramaian.
“Boringnya..,”rungut Fiqa. Alin hanya senyap. Rasa ingin menangis ditahannya. Adakah dia tidak begitu penting dihari bahagia Fazli ini?Kehadirannya seola-olah tidak memberi erti.
“Al,tu Faz dah nak potong kek..Jom,”ajak Amer dan semua tetamu tertumpu untuk acara memotong kek. Setelah meniup lilin,Fazli memotong kek. Potongan kek itu tadi disuap pada gadis cantik disebelahnya tanpa dihirau kekasihnya yang berada didepannya. Setelah itu pula,dia meminta memilih hadiah paling istimewa untuk dibuka dan ternyata hadiah yang dipilih ialah hadiah daripada gadis yang sama iaitu seutas jam tangan yang kelihatan mahal. Semua tetamu memuji-mujinya.
“Siapa kekasih dia sebenarnya ni?”soal Fiqa dan Alin terus beredar meninggalkan majlis. Amer dan Fiqa saling berpandangan. Kalau diberi peluang,aku rasa nak tumbuk lelaki bernama Fazli saat ni,bisik hati Fiqa lalu melangkah untuk beredar. Sampai dimuka pintu,Fazli memanggil.
“Korang nak balik dah ke?Alin mana?Birthday aku bukan main nak balik awal..Cuba kalau melepak dengan lelaki..,”kata Fazli tanpa rasa bersalah.
“Aku tak habis fikir la dengan perangai kau ni..Nak kata buta,mata celik lagi..Nak kata tak ada otak,takkan la boleh belajar kat universiti. So,apa perkataan yang sesuai untuk kau?”soal Fiqa tidak puas hati dengan lelaki dihadapannya.
“Apa masalah kau ni?Kau memang dari dulu tak suka kitaorang couple kan?Tak habis-habis nak burukkan aku..,”balas Fazli.
“Kau dah lupa ke siapa yang tolong kau sampaikan isi hati kau masa kau nak dapatkan Alin?Kalau Fiqa tak suka kau,dari dulu lagi dah dia tak payah tolong kau..,”sampuk Amer.
“Orang dah buta hati macam dia ni,mana boleh fikir ikut logik dah..,”
“Jaga mulut kau..,”Fazli memberi amaran.
“Kenapa?Apa yang salah dengan ayat aku?Kau tu memang buta hati..Kau dah tak nampak ketulusan hati Alin lagi. Kau buat dia macam boneka,kau sakitkan hati dia berkali-kali,tapi kau lemparkan kesalahan kat dia sampai dia hidup dengan rasa bersalah. Manusia jenis apa kau ni?Sampai bila kau nak sakitkan hati dia?”tengking Fiqa.
“Kalau dia tak tahan dah lama dia tinggalkan aku..Masalahnya dia yang selalu buat aku sakit hati..,”balas Fazli tanpa rasa bersalah.
“Fiqa,tak guna kau cakap dengan orang macam ni..Dia akan sedar bila dah rasa kehilangan nanti..,”kata Amer lalu menarik Fiqa keluar dari situ.
“Amer,aku nak pergi jumpa Alin..Dia mesti tengah sedih sangat..,”kata Fiqa sewaktu di dalam kereta.

“Alin..,”tegur Fiqa pada sahabatnya yang teresak-esak  di atas katil. Perlahan-lahan Alin bangun dengan mata yang kemerahan. Sayu hatinya melihat rakannya yang terus dalam linangan air mata.
“Al,sabar ye..,”
“Kenapa dia buat aku macam ni..?Apa salah aku kat dia?”
“Al,kau tak salah pun. Al,please..Kau kena lepaskan diri kau dari dia..Aku dah tak sanggup tengok kau macam ni. Sumpah aku tak sanggup..,”kata Fiqa lalu Alin memeluk erat sahabatnya itu.
“Dia terlalu beerti bagi hidup aku Fiqa...,”kata Alin dalam esakan.

Hari itu Alin tekad untuk berbincang dengan Fazli setelah seminggu mereka tidak berhubung selepas peristiwa itu. Setelah setengah jam menunggu akhirnya Fazli muncul juga. Muncul tanpa sedikitpun senyuman.
“Thanks sebab datang..,”kata Alin tetap dengan sifat lembutnya.
“Cepat la cakap..,”
“Al tak tahu apa salah Al..Tapi kalau Al buat Faz sakit hati,Al nak minta maaf..,”
“Tu je la kau kan..Tak habis-habis maaf. Tapi tak habis-habis menyakitkan hati aku..,”kata Fazli kasar. Air mata Alin mula bertakung.
“Aku tak nak kau kawan dengan si Fiqa tu...Dia tu kurang ajar,langsung tak hormat aku sebagai kekasih kau..,”
“Please jangan cakap macam tu kat kawan Al..,”
“Bela la sangat kawan kau tu...Sekarang kau pilih nak terus dengan aku atau nak terus membela kawan sejati kau kononnya tu..,”
“Al memang sayangkan Faz tapi Al tak boleh buang orang yang banyak memberi semangat pada Al..Maafkan Al,”
“Ok,fine..Mulai hari ni,kau dengan aku dah tak ada apa-apa,”Fazli terus beredar. Alin seakan sudah bersedia mendengar ayat itu. Dengan langkah longlai dia menaiki keretanya. Akhirnya dia kalah pada air matanya. Tambahan lagi kenangan manis bersama Fazli terbayang disusuli pula dengan kata putus dari Fazli sebentar tadi. Telinganya tiba-tiba menangkap lagu yang baru berputar di radio.
“Alin,lagu ni memang sesuai untuk kau..,”kata-kata Fiqa beberapa hari yang lalu mengingatkannya pada lagu itu.
Puaskah kau lukaiku..puaskah kau sakitiku,puaskah khianatiku..puaskah oh sayangku..dimanakah nuranimu..dimana akal sihatmu..sekarang kau campakkanku setelah kau dapatkanku..
Dua hari Alin tidak pergi ke kelas dan dia hanya mengurungkan diri didalam bilik dengan bertemankan air mata. Sampai bila aku nak macam ni?Ya Allah,ampunilah aku yang tak mampu melawan semua ini..Aku hanya hambaMu yang lemah..rintih hatinya lalu dia ke bilik air mengambil wudhuk. Setelah itu dia membaca Al-Quran bagi menenangkan hatinya.
“Ustad aku pernah cakap,Al-Quran tu penenang hati. Tengok Al Quran pun dah boleh buat jiwa kau tenang apatah lagi kalau membacanya..,”kata Fiqa.
“Ingat Al,kau masih ada kitaorang. Jangan sesekali buat kerja gila nak tenangkan fikiran dan ingat..Dia sentiasa ada untuk hamba yang sentiasa mengharapkanNya. Kita je yang selalu tak ada untuk Dia..,”kata Amer pula. Kata-kata dari dua rakannya itu masih dipegang sampai bila-bila.

“Hai Fiqa..,”tegur satu suara dengan ceria.
“Alin?”soal Fiqa terkejut dengan perubahan Alin yang tidak lagi murung. Amer juga turut gembira melihatnya.
“Macam ni baru betul kawan aku..,”kata Fiqa gembira.
“Alhamdulillah..Akhirnya kawan aku ni dah nampak pintu keluar..,”gurau Amer.
“Al,aku betul-betul happy tengok kau macam ni..Aku nak tengok kau sentiasa tersenyum macam ni..,”kata Fiqa
“Sorry sebab dah banyak buat korang susah hati. Tapi aku akan berusaha untuk terus ceria..,”
“Katakan tak nak pada air mata..,”kata Amer dan mereka sama-sama tergelak. Tawa mereka mati apabila Faz lalu dihadapan mereka dengan seorang gadis beserta kemesraan yang dibuat-buat untuk menyakitkan hati Alin.
“Tutup mata Al..,”kata Amer.
“Tak payah tengok pun orang macam tu..Macam la dia je lelaki kat dalam dunia ni,”Fiqa mencebik.
“Dah la..Walau apa pun,dia pernah jadi sebahagian dari hidup aku. Dia pernah buat aku tersenyum. Membenci dia tak mendatangkan apa-apa,yang ada sakit hati. Aku ikhlaskan segala yang terjadi..,”kata Alin tenang. Sejak dari itu bukan sekali Fazli berbuat begitu. Setiap kali terlihat Alin dia pasti cuba menyakitkan hati gadis itu.
“Al,berita terbaru aku dengar kan..Fazli dah ditinggalkan perempuan tu,”kata Fiqa.
“Kesian dia kan..Mesti dia tengah sedih saat ni,”kata Alin. Berkerut dahi Fiqa mendengarnya. Murni sungguh hati Alin.

“Kenapa kau nak jumpa aku?Kau nak ketawakan aku?”soal Fazli.
“Langsung tak terlintas dihati Al nak buat macam tu..,”
“Ah,dah la Al..Kau jangan ingat aku nak terima simpati kau tu..Ketawa la kau puas-puas..Aku pun tak heran la,aku boleh dapat pengganti bila-bila masa..,”Fazli terus beredar. Faz,Al jumpa Faz bukan sebab tu..Tapi Al Cuma nak tengok Faz buat kali terakhir. Lepas tu Al akan lupakan Faz buat selamanya,bisik hati Alin. Alin melangkah pergi. Sewaktu ingin menyeberang jalan,Fazli memanggilnya.
“Ambil ni..,”kata Fazli sambil melempar gambar mereka berdua ke arah Alin dan gambar itu jatuh melayang disertai dengan jatuhnya air mata Alin saat itu. Fazli terus melangkah pergi. Rasa sayangnya pada Alin sememangnya ada namun egonya mengatasi segalanya. Tiba-tiba dia terdengar bunyi dentuman yang kuat. Apabila dia menoleh,sekujur tubuh terbaring di atas jalan raya. Dia mendekati tubuh itu.
“Alin!!!”dia terus menerpa pada sekujur tubuh yang telah dikerumuni orang ramai dan telah dipangku oleh Fiqa. Fazli hilang kawalan. Kini air matanya pula mengatasi egonya. Sayu hatinya melihat tangan Alin mengenggam gambar yang dilemparnya. Hanya kerana ingin mengutip gambar itu Alin dilanggar sebuah lori tanpa disedarinya. Darah mewarnai baju putihnya itu. Kaku tubuh gadis yang sering disakitinya itu.

Pengebumian Alin telah pun selesai. Semua orang mulai bersurai. Hanya Fazli yang tidak berganjak dan tidak berhenti menangisi pemergian Alin. Penyesalannya sudah terlambat. Kini yang tinggal hanya bayangan kenangan pahit yang diberikannya kepada Alin.
“Faz,tak baik terlalu tangisi pemergiannya..Doakan je la semoga dia ditempatkan orang yang beriman..,”kata Amer memegang bahunya.
“Puas kau sekarang kan Faz?”soal Fiqa sambil tersenyum sinis.
“..Puas dengan apa yang kau buat kat kawan aku?Puas?”soal Fiqa lagi kali ini dengan nada geram lalu Amer menyabarkannya.
“Kalau dulu kau macam ni,ada gunanya juga..Kalau ikutkan hati aku nak lempar je botol ni kat muka kau..Tapi amanat arwah sebelum meninggal supaya bersikap baik dengan kau. Dan dia ada cakap dia dah maafkan kau and dia ikhlaskan segala-galanya,”kata Fiqa lalu disapu air matanya yang mengalir.
“Dah la tu Faz..Ini ada surat dari Alin yang adik dia jumpa dalam kereta dia..,”Amer menyerahkan surat tersebut dan Fazli menyambutnya.
“Sayangnya penyesalan tu selalu tiba lewat waktu...,”Fiqa mengeluh perlahan lalu beredar. Perlahan-lahan Fazli membuka coretan terakhir Alin.

Faz,Al minta maaf atas segala kesilapan Al pada Faz. Maafkan Al sebab tak mampu jadi yang terbaik untuk Faz. Terima kasih kerana pernah jadi kenangan terindah untuk Al,terima kasih kerana Faz dan kawan Al menaikkan semangat Al semula selepas pemergian bapa Al dua tahun yang lepas..Susah untuk Al cari pengganti Faz,sampai bila-bila pun tak akan ada pengganti Faz dihati Al..Faz,kalau kesedihan ni merupakan kegembiraan Faz,Al rela..Kalau airmata Al merupakan kebahagiaan Faz,Al redha..Seandainya pemergian Al itu ketenangan untuk Faz,Al redha akan perpisahan ni..belajarlah redha dengan ketentuan Dia..Walau apa pun yang terjadi,Faz adalah anugerah yang diberikan Tuhan untuk Al..Terima kasih atas segalanya..

Ikhlas,
Nur Alin Fadzwa

Surat itu dilipat perlahan-lahan. Kau sebenarnya anugerah Tuhan untuk aku yang dah aku siakan..Maafkan aku Alin,maafkan aku!


siap pada 17 november 2010..



No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers