Fisya memandang gambar yang tertera pada galeri telefon bimbinya. Tersenyum memandang lelaki berkulit cerah itu yang merupakan pemilik kepada nama Amar. Sudah hampir setahun hubungan mereka terjalin. Dengan menongkat dagu Fisya mengingati saat pertemuan mereka.
“Fie,lepas ni pergi makan nak?Aku lapar ni..,”kata Atul,sahabatnya.
“Ok..Tul,kepala aku pening la...Dari semalam tak hilang lagi ni,”kata Fisya.
“Tu la kau,dari semalam dah aku suruh makan ubat,kau degil...Dah,tu nak pergi klinik tak?”
“Klinik?Memang tak la kan....,”
“Hishh,kepala batu la kau ni..Eh,jom la makan,tadi Faiz dah marah aku tau,dia tak kasi aku makan lewat pada masanya,nanti gastrik datang...,”kata Atul dengan gaya manjanya. Gadis itu memang sedang hangat bercinta dengan jejaka bernama Faiz.
“Kau tak habis-habis dengan Faiz kau....Macam la dia tu doktor kan..Konon-konon take care la tu..Eii,geli aku dengar...,”
“Jealous la tu sebab kau tak ada pakwe...,”Atul menjelir lidah ke arahnya. Fisya membulatkan matanya sambil menarik pipi Atul.
“Aku langsung tak jealous la dengan kau punya kerempeng tu..Aku....Aduh!”Fisya mengaduh kesakitan apabila kepalanya seperti dibaling sesuatu objek besar.
“Fie,kau ok tak?”soal Atul.
“Tul,kenapa aku rasa macam tengah duduk dalam rollercoaster..,”
“Rollercoaster?Bulan depan baru kita nak pergi main...,”jawab Atul. Tiba-tiba matanya tertumpu pada sebiji bola lalu Atul mengambilnya dan menunjukkan pada Fisya.
“Kurang asam..Siapa punya kerja ni..,”kata Fisya geram dan tiba-tiba mereka didatangi oleh seorang lelaki.
“Err,sorry..Saya tak sengaja,nak sepak masuk goal tapi kena dekat ‘goal’ lain pula..,”kata jejaka tinggi lampai itu. Baru sahaja Fisya ingin memarahinya namun ianya terhenti saat ditoleh kepada tuan punya suara. Alahai..Mana perginya rasa marah aku tadi?bisik hatinya.
“Ohh,ok..Tak apa,sikit je..,”balas Fisya menguntum senyuman. Itulah detik pertama pertemuan mereka di padang bola beberapa bulan lalu. Setelah dari itu mereka bertukar nombor dan berkawan sehingga la mula menjalin hubungan yang lebih serius.
“Woii!!”sergah satu suara. Bagai nak tercabut jantungnya saat itu.
“Atul,kalau tiap-tiap hari kau buat aku terkejut macam ni,aku boleh kena heart attack Tul..,”
“Opss..Sorry..Bukan apa,aku excited ni ha nak tunjuk kat kau something..,”kata Atul lalu menunjukkan senaskah surat khabar Metro dan membuka helaian belakang pada bahagian Sukan. Fisya terseyum melihat tajuk besarnya.
Amar dianugerahkan pemain terbaik
“Thanks Atul...Aku busy buat assignment tak sempat nak tengok perlawanan malam tadi,”kata Fisya.
“Amar ada call kau tak?”soal Atul dan Fisya menggeleng perlahan.
“Erm,dia sibuk kot..Mybe tak sempat nak call kau,”Atul cuba menenangkan hati Fisya dan Fisya Cuma membalas dengan anggukan perlahan. Apa kena kawan aku ni,tadi geleng sekarang angguk..Dah macam lagu Ahli Fikir dah ni,bisik hati Atul.
“Dah,tak payah nak buat muka sedih sangat. Ikut aku jom,aku dengan Faiz nak outing..Karaoke jom,release tension..,”
“Tak nak la kacau korang berdua..,”
“Mana ada kacaunya...,”
“A’ah kan..Mana ada kacau..Lagi pun tak boleh biarkan korang keluar berdua.Nanti ada yang ketiga datang. Aku siap kejap,”Fisya terus bergegas ke bilik air manakala Atul mencebir bibir. Banyak dia punya orang ketiga,kan senang kalau dia cakap memang dia nak pergi. Pandai betul kawan aku ni berkias,bisik hatinya.
No comments:
Post a Comment