Tuesday, July 5, 2011

Confident

Confident....Apa itu confident?Confident itu adalah yakin ye anak-anak...Hahahaha...Hari ni aku melakukan speaking in front of my class dengan ada sedikit keyakinan...Alhamdulillah, tak kisah la siapa pun winnernya, bagi aku, aku Cuma nak lawan perasaan gementar aku...Aku puas hati dengan apa yang aku perform, dah ada improvement..Thanks juga buat kawan-kawan aku...Tanpa diorang sedar, diorang sebenarnya dah bagi semangat kat aku..
Macam mana aku cuba untuk confident?
Dalam group kitaorang, sememangnya dua orang kawan aku ni selalunya perform kat depan okay, very well..Then, kawan aku lagi sorang ni sama dengan aku, pemalu..Selalu juga kitaorang kena bahan sebab malu sangat...Nak buat macam mana, macam yang aku tulis dalam entry sebelum ni, setiap orang kan berbeza..ustad CTU aku pun cakap, setiap orang ada kelemahan masing-masing...Ada orang yakin sangat kat depan, ada orang menggigil sampai tak keluar ayat..Lebih kurang macam tu la...
So kawan aku yang pemalu ni, aku tengok dia ni makin improve tau..Masa debat dia perform baik tapi aku tak.. L Disebabkan tu, aku cabar diri aku..Then kawan aku Hazirah ni, dia memang sentiasa confident bila present..Aku sebenarnya kagum dengan dia, then aku cakap kat diri aku, kalau dia boleh buat, aku pun mesti boleh...So aku try slow-slow...Then, dia pun selalu bagi aku motivation.
Then, aku try kuatkan suara bila bercakap kat depan..Well, setakat ni cara ni berkesan sangat..Bila kita cakap dengan nada yang jelas automatik confident level tu naik..


Semuanya start dari lakonan sem lepas, start dari tu, aku motivate diri aku...Yang penting yakin dengan diri sendiri dulu...Dan palin penting mulakan apa-apa yang baik dengan kalimat Allah...InsyaAllah, Dia sentiasa akan ada bantu kita...Alhamdulillah, aku dapat buat untuk speech dan speaking baru ni..Next yang menanti aku ialah bagi informative speech..InsyaAllah, aku cuba dan terus cuba..Sejak masuk UiTM, banyak yang aku belajar..Love UiTM, tak kira la orang kutuk uitm segamat macam mana pun tapi disinilah aku menimba ilmu...;)
Oppss sebelum terlupa terima kasih kepada Kim Lutadias kerana telah menemankan aku dan terima kasih bangun awal pagi sebab nak teman aku je pun dan kau memang tak ada niat nak pergi..kalau ada pun mungkin hanya kecil di lubuk hati kau..hahaha..Terima kasih juga sebab bawa aku exercise pusing-pusing, ambil jalan jauh untuk kembali ke kolej...(‘.’)Thanks wei, lupa nak ucap kat kau...Gila seronok tengok orang main futsal..Best weh..Tangkal azimat tu aku dah buang la pula..Padahal kenangan kot family day...



Sunday, July 3, 2011

Kita Berbeza...

 
Kita ni manusia biasa...Tak sempurna...Kalau kita rasa orang tu mampu angkat lori, tak semestinya kita boleh kan...Kalau kita rasa kita mampu pusing 1000 kali, jangan fikir orang lain pun boleh buat...Kalau kita rasa kita mampu terjun bangunan tanpa luka, jangan fikir orang lain pun boleh buat..kan..Setiap manusia tu berbeza...Kalau kita rasa orang tu boleh berjalan pantas, jangan paksa diri untuk sepantas tu sebab kemampuan kita berbeza...Tapi tak salah mencuba...Kalau kita rasa orang tu pemalu yang amat (macam aku) jangan fikir yang dia mampu jadi orang yang seyakin kita bila dikhalayak ramai...
Kita mungkin boleh cakap “Itu pun nak malu”... “Pergi bilik air pun nak takut” “jawab soalan senang pun tak dapat” “macam tu pun nak terasa”.........Biasakan kita dengar semua ni?Tapi biasakan diri untuk mengingati diri kita yang kita tak serupa...Kita semua berbeza...beza kemampuan, kebolehan..sikap dan macam-macam lagi...
Kalau kita rasa kita mampu bertahan jangan fikir orang lain mampu buat...Kita dicipta berbeza-beza......Mungkin pada kita benda tu kecil..Tapi belum tentu pada orang lain...Kalau kita rasa bunuh orang tu satu gurauan (gila melampau kan..-.0) tak bererti semua orang boleh terima bunuh tu satu gurauan...(macam tak kena je perumpamaan aku ni...)
Tukar lain..Kalau kita rasa jatuh tangga tu benda simple, tak semestinya bagi orang lain..Mungkin ada orang menangis bila jatuh tangga..Contohnya budak kecil..diorang menangis kan???Jangan fikir sesuatu tu simple pada kita maka boleh jadi sesimple itu untuk orang lain...
Actually, aku langsung tak kisah...Tak ambil hati pun...Tak touching pun..Aku orangnya open minded...Kau nak kata aku, kata lah wei...Nak kata hidung aku senget ker...(senget ke?)..Nak kata pipi aku macam belon ker...Nak kata dagu aku macam badut ke, kata lah...Tak kisah pun...Asal jangan kacau bab family aku sudah...Tu je aku pantang...Pasal aku, cakap la...Nak cubit aku, nak kenakan aku, nak sepak terajang (kalau berani ar kan...)..nak gurau-gurau ke..Tak ada masalah pun bagi aku.........Tapi aku sebenarnya nak tengok effort kau......kesungguhan kau....Tapi aku tak dapat benda tu...Tak sepatutnya aku berharap...Sebab kau adalah kau...Kau dan aku berbeza......ishh, sengal juga kan aku... (sambil hentak kepala laju-laju)....
Hanya bayangkan jika kita ditempat orang itu..marah ke kita?suka ke kita?bahagia ke kita?renungkan sejenak sambil minta Tuhan tunjukkan kisah  disebaliknya..Dan kita akan dapat jawapannya...
Aiseyymann..apa seyhh malam-malam ni ayat nak berbunga-bunga kan...but silent is better for me right now..huhu
Tapi ada satu blog yang mana ayatnya aku sangat suka.. so aku ambil bukan nak jadi plagiat okay... ni blog dan ayat asalnya tertulis  FIKRIJUMIRAN





 Niat itu sememangnya tak menghalalkan cara. Ada sempadan di antara setiap tutur kata. Jika niat hati untuk menggembirakan, teruskan. Sememangnya tak merugikan. Tetapi bukan semua orang sama. Kita kena akui kepelbagaian ragam setiap orang. Jadi yg terbaik, bersederhanalah dalam membahagiakan hari2 orang lain. Usahlah fikir tentang diri kita kerana memang tujuan kita mengukir senyuman di wajah seseorang. Sedih bukan? Tapi diri yg membahagiakan seorang perlu lebih ceria daripada orang yg ingin diceriakan ;)

Aku pun pernah lalui keadaan macam ni..Niat kita memang nak buat orang happy tapi jadinya lain...Mybe gara-gara tersalah langkah.......so apa yang dikata penulis tu aku setuju sangat...



Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers